Bab 19

Romance Series 80702

SUDAH hampir 2 bulan lebih dia berkhidmat dengan Tuan Syed Iqwal. Perkembangan kesihatan Tuan Syed Iqwal juga semakin membaik hari demi hari.

Seronok semua yang ada di Villa Rose itu melihat keadaan Tuan Syed Iqwal yang cuba berjalan dengan bantuan tongkat kaki 4. Namun masih tertatih seperti bayi lagi kerana keadaan kakinya yang belum sepenuhnya kuat untuk berdiri lama.

"Chaiyok Tuan Syed !! sikit hari lagi dah boleh main bola sepak dah ni dengan Benjamin hehe." Sengaja Nurjihan berseloroh untuk memberi semangat.

Tersengih Tuan Syed Iqwal.

"Benjamin tu entah pandai ke tidak main bola sepak." Tuan Syed tersengih sambil berlatih berjalan.

"Erm saya boleh aje kalau nak main. Tapi rasanya Cik Nurjihan lagi teror kot." Benjamin membaling semula perlian kepada Nurjihan.

Ewah, aku pulak. Jangankan bola sepak, Bola jaring pun aku tak pandai nak main !

Nurjihan menghampiri Tuan Syed Iqwal bersama kerus roda.

"Cukuplah tu untuk hari ini Tuan Syed. Rehat pulak."

"Yelah." Tuan Syed Iqwal kembali duduk di atas kerusi roda itu di bantu Benjamin.

Benjamin yang seakan faham itu bergerak perlahan keluar dari bilik meninggalkan Tuan Syed Iqwal dan Nurjihan bagi memberi ruang kepada mereka.

Sayu hatinya memandang Nurjihan, tidak lama lagi dia bakal pulih sepenuhnya. Bermakna kontrak di antara mereka akan tamat. Dengan itu Nurjihan tidak lagi akan bekerja dengannya. Mampukah dia relakan gadis itu pergi? selama ni hiburannya di isi oleh Nurjihan. Bagaimana rasanya bila Nurjihan tiada lagi? Bolehkah dirinya melarang dari pergi? Sedangkan Megat Rusydi belum di selesaikan lagi.

Hmmm berharap agar masa lambat berputar.

Pap !

Bunyi petikan jari dari Nurjihan itu menyentakkan lamunan Tuan Syed Iqwal.

"Lah, Penat saya pot pet rupanya Tuan Syed tak dengar pun."

Nurjihan berpeluk tubuh. Merajuklah tu.

Ketawa kecil Tuan Syed Iqwal melihat.

"Sorry saya tak fokus."

"Ermmm baik cakap dengan mimi lagi syok kalau tau Tuan Syed tak bgi respond. Macam bercakap sorang-sorang." Bibirnya di cebikkan.

"Kalau mimi tu bagi respond pun, awak bukannya faham."

Tuan Syed Iqwal mencapai mimi si kucing berbulu kembang yang kebetulan lalu di situ.
Tuan Syed Iqwal sangat sayang akan mimi. Khabar mereka kucing itu milik Ibu Tuan Syed Iqwal. Dari awal perkenalan mereka, Nurjihan tak pernah nampak sekali pun Ibu kepada Tuan Syednya itu.

"Jadilah Tuan Syed, janji dia mengiau setiap kali saya cakap."

"Untung la kalau mimi mengiau kalau saya... tak mengiau .. karang bunyi lain yang keluar."

Sengihan di lebarkan kepada Nurjihan.

"Eiii Tuan Syed ni... merepek ! ." Balas Nurjihan.

Terus pecah ketawanya di tuduh begitu oleh Nurjihan.

Entah la Sejak akhir-akhir ini dia suka menyakat Nurjihan. Adakah perubahan Tuan Syed ini menandakan sesuatu? Yang pasti Tuan Syed sangat ralat hendak kehilangan Nurjihan.

"Malas la saya layan Tuan Syed ni. Karang makin lama melayan, Makin menjadi-jadi pulak."
Kata Nurjihan lalu dia bangun.

Spontan itu Tuan Syed Iqwal menarik lengan Nurjihan menahannya dari pergi.

"Eh, awak jangan tinggalkan saya." Katanya dengan cemas.

Nurjihan yang terduduk semula bila di tarik oleh Tuan Syed Iqwal itu terkejut.

"Tuan Syed....saya nak ke dapur jelah. Nak sediakan makan tengah hari kejap lagi."

Kendur wajah gusar Tuan Syed Iqwal. Dia termalu sendiri.

"Ouh.. okay." Balasnya melepaskan nafas lega.

Nurjihan kehairanan. Kenapa Tuan Syed Iqwal itu semakin aneh. Dia menuju ke muka pintu bilik untuk keluar.

Tuan Syed menggigit jari. Dia memujuk diri sendiri agar bertenang.

Benjamin dan Syifa yang mendengarkan suara Tuan Syed ketawa sebentar tadi jadi kelu. Baru ini kali dia mendengar Tuannya itu ketawa sebegitu kuat setelah sekian lama. Nurjihan sememangnya pandai menjaga Tuan Syed Iqwal.

"Ha tu, dah ketawa-ketawa tu ada makna la tu." Kata Syifa.

Benjamin hanya menggangkat kedua-dua bahunya. Gelas di tangan berisi air ribena kembali di minum.

Sesampainya Nurjihan di ruangan dapur itu dia kehairanan melihat Syifa dan Benjamin yang memberi pandangan semacam ke arahnya.

Nurjihan menoleh semula kebelakang.

Kenapa diorang ni tengok aku macam tu? tengok aku ke tengok orang lain. Tapi tak ada sesiapa di belakangnya.

"Why...?? Kenapa korang tengok saya macam nampak hantu ni?"

"Tak ada apa. hehe."
Syifa tersenyum gedik seraya ke singki untuk membasuh sayur.

Matanya kini teralih pula kepada Benjamin.
"And...awak Ben?".

Benjamin menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tak nak ambil port.

"Hooo... okay."

Sudahlah dia pun malas nak ambil kisah.

Bagi mereka, mendengarkan tawa Tuan Syed Iqwal itu adalah satu rahmat besar yang di limpahkan dalam Villa Rose ini. Syukur kini dia kembali seperti dulu. Kehadiran Nurjihan di rumah ini ibarat penawar.

Nurjihan melihat sekeliling untuk memastikan keadaan di situ tiada orang lain selain dia dan Syifa.

"Kak Syifa, Jihan nak tanya sikit boleh?".

Tergerak ke belakang sedikit Syifa mendengarkan permintaan Nurjihan yang berbunyi seperti rahsia itu.

"Tanya apa Cik Jihan?."

"Erm...Kak Syifa pernah jumpa dengan ibu Tuan Syed ke sebelum ni?." Tanya Nurjihan.

"Haaa Puan Diana ke?."

Nurjihan mengganguk. Betullah itu nama yang dia ternampak ukiran benang 'DIANA' pada selendang tebal yang sentiasa terlilit kemas pada leher Tuan Syed Iqwal setiap kali semasa tidur.

"Kenal. Tapi sejak bercerai dengan Tuan Syed Ibrahim, dia dah tak jejak lagi ke rumah ni."
Kak Syifa melepaskan nafas berat.

"Kenapa ye?." Tanya Nurjihan.

"Lepas bercerai, Tuan Syed Ibrahim pisahkan Tuan Syed Iqwal dengan ibunya. Besar juga konflik yang melanda keluarga Tuan Syed tu."

Syifa mula bersandar pada meja dapur itu terimbau kembali peristiwa lampau.

"Hari itu, Puan Diana balik lewat malam di sebabkan keretanya rosak dan di hantar balik oleh rakan sekerja dia, dan nak di jadikan cerita Ayah kepada Tuan Syed Ibrahim ni Namanya Tuan Syed Akram dia la nampak lelaki yang rakan sekerja Puan Syarifah tu keluar dari kereta hantar sampai depan rumah. Kebetulan malam tu hujan dan dia pun payungkan la Puan Diana hantar sampai depan pintu."

"Okay...i guess Tuan Syed Akram tak suka?." Sampuk Nurjihan.

"Ye....betul Cik Jihan."

"Tuan Syed Akram tu memang tak suka Puan Diana tu dari awal anaknya tu kahwin lagi. Sebab bukan dari keturunan Syed dan Syarifah la katakan. So kesempatan itu la yang Tuan Syed Akram buat fitnah yang memisahkan rumah tangga anak dia."

"Haish, kasihannya Puan Diana tu. Nasib malang pada orang tak sama darjat kan Kak Syifa?". Tanya Nurjihan merenung ke lantai.

"Habis mimi tu macam mana ada dekat sini?." Nurjihan teringat kucing kepunyaan Puan Diana.

"Haaa mimi tu Puan hadiahkan pada Tuan Syed. Jadi dia kirim melalui Benjamin la. Contact pun melalui emel je." Terang Syifa.

Patutlah Tuan Syed Iqwal tu sedia-sedia berada di meja kerjanya.

Apakah Tuan Syed Akram mengira darjat itu lagi penting dari kebahagiaan anak dan cucunya? Sadis....

MAK ETON yang sedang membawa banyak beg plastik untuk di masukkan ke atas kereta pacuan 4x4 pemborong sayur-sayuran itu keletihan.

Banyak pula sayur nak kena angkat ni. haishh..
Tiba-tiba ada satu tangan yang datang menolong. Terkejut Mak Eton. Lalu dia tersenyum melihat gerangan orang itu.

"Lahhh Dr. ni. Susah-susah aje. Tak apa ni keja mak cik. Mak cik boleh buat."

Dr.Haider berdecit.

"Takpa mak Eton, bila saya ada ni biar saya buat. Jangan la angkat benda berat-berat macam ni lagi lepas ni kalau tak nak saya cakap dekat Jihan."

Terkejut Mak Eton.

"Dr. ni saja nak takutkan mak cik ye?."

Bukan takutkan apa, pasti Nurjihan tak lagi memberi kebenaran untuk bekerja padanya lagi jika Mak Eton berdegil membuat kerja-kerja berat.

"Bukan nak takut-takutkan...saja nak suruh beringat sikit." Ketawa Dr.Haider.

Sejak Nurjihan di denda oleh Dr.Haider..hubungan bagai anjing dan kucing itu bertukar rapat seperti abang dan adik pada Nurjihan.

Tetapi pada Dr.Haider ??? Siapa tahu....

Dari jauh Nurjihan berlari mendapatkan emaknya di pasar itu. Rutinnya menjemput emaknya balik selepas bekerja semenjak Mak Eton mengadu rasa selalu di ekori oleh seseorang.

"Lahh Mak... kenapa buat kerja berat ni lagi. Kan tauke suruh duduk kat kaunter aje.. degil la." Marah Nurjihan.

Melihatkan kehadiran Nurjihan di situ Mak Eton panjang akal.

"Eh, mak tak buat apa-apa pun. Dr. kau ni je yang dok tolong mak ni dari tadi. Bertuah la siapa dapat bersuamikan dr. ni kan?". Dia mengerling Nurjihan di sebelah.

Dr.Haider yang mendengarkan bicara mak Eton itu hanya menggeleng senyum.

Nurjihan membuangnya pandang ke arah lain dan memutarkan bebola matanya ke atas.

Mak ni suka sangat puji Dr.Haider ni la. Senang-senang mak la kahwin dengan dia. Bebel Nurjihan simpan dalam hati.

"Dr. ni pun..susah-susah jela datang tolong Mak saya ni." Kata Nurjihan.

"Tak apa lah. kebetulan je saya memang lalu kawasan ni. Bukan orang lain pun kan mak cik?"
Dr.Haider cuba mencucuk jarum.

Mak Eton menyiku pinggang Nurjihan. Nurjihan tergelak. Memang tidak singgah di hati segala gurauan daripada Dr.Haider itu.
Sudah memang begitu sikapnya Dr.Haider yang terlalu baik dengan semua pelajarnya.

"JIHAN, saya nak awak contact balik Megat Rusydi dan cakap kata awak setuju terima perlawaannya untuk makan bersama."

Arahan dari Tuan Syed Iqwal itu menghentikan kerja Benjamin dan Nurjihan yang menyediakan beberapa strategi dalam rancangan mereka terhadap Syediq Group dan hal berkaitan dengan Megat Rusydi.

Nurjihan memandang Benjamin dengan pandangan tidak percaya.

"Cepatnya Tuan Syed. Hari tu kata hold dulu 3 bulan." Tanya Benjamin.

Tuan Syed Iqwal menggurut-urut dagunya dan menggeleng.

"Saya rasa better kita percepatkan. Saya tak nak gangu Jihan punya final projek for last sem, am i right Jihan?".

Nurjihan masih kebuntuan, lalu dia mengganguk.
Betullah, dia harus siapkan projek akhir sebagai syarat untuk tamatkan pelajaranya di Universiti itu. Tuan Syed begitu prihatin terhadap.

"Tak apa la kalau Tuan Syed dah decided macam tu. Saya tak ada masalah." Kata setuju dari Nurjihan.

Gadis itu di pandang dalam-dalam...risau sebenarnya untuk melepaskan Nurjihan terlibat dalam rancangan pembalasan dendamnya ini. Namun Karlisa telah wujud. Harus dia meneruskan dan melindungi gadis itu sebaik-baiknya.

"remember..kemana pun awak pergi. Benjamin kena ada untuk escort awak. Faham?."

"Faham Tuan Syed !."
Serentak jawapan daripada Nurjihan dan Benjamin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience