BAB 25

Family Completed 4130

BAHAGIAN TERAKHIR

"Alhamdulillah."

Semua orang yang turut menghadiri upacara pengislaman Ayden rata-rata mengucap syukur menyambut kedatangan ahli saudara baru sesama Islam.

"Assalamualaikum Muhammad Ayden bin Abdullah."

Maroz menyalam tangan Ayden dengan erat. Senang hatinya ketika itu. Baru kenal Ayden dalam beberapa jam, berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias, tup-tup masuk Islam.

"Waalaikumsalam Maroz."

Ayden menjawab salam itu. Entah kenapa dia tidak kekok apatah lagi semasa dia diberikan penjelasan oleh Ustaz Kazim Elias tadi. Lama betul mereka berdua berbicara, Alhamdulillah pintu hidayah untuk menerima Islam.

Sempat juga dia menelefon ibu bapanya dengan menggunakan telefon pejabat, bukan main menangis lagi Puan Mellisa bila dia memberitahu bahawa dia ingin masuk Islam. Upacara pengislaman berjalan dengan lancar, syukur ke hadrat Illahi.

Sewaktu mereka semua menikmati jamuan tengahari, perkarangan pusat pendidikan didatangi oleh sebuah bas besar diikuti dengan beberapa buah kereta mewah turut masuk ke kawasan itu. Kelihatan kanak-kanak begitu cerita keluar dari perut bas itu dengan didahului oleh seorang wanita berniqab.

Salah seorang pegawai dari pusat pendidikan menyambut kedatangan mereka dengan berbesar hati apatah lagi mereka semua cukup berezeki berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias.

Tanpa membuang masa, wanita yang mengetuai kanak-kanak tadi turut diperkenalkan kepada Maroz dan Ayden.

Anak mata wanita itu terbuka besar bila melihat Maroz. Nasib baik dia berniqab, kalau tidak, mungkin orang akan nampak mukanya sudah bertukar menjadi pucat. Bagaimana lelaki ini boleh berada dipusat pendidikan ini? Ya Allah.

"Nama cik siapa?" tanya Ayden bila mereka sudah duduk di meja panjang yang disediakan khas di situ.

"Nama saya Noresha."

"Nama saya Ayden. Sebelah saya ni Maroz."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience