Bab 94

Romance Completed 207871

"Ecah" panggil Intan pada Aishah yang sedang seronok berbual bersama Yati dan Kak Ana sambil makan. Lalu kaki melangkah menghampiri mereka.

"Puan Intan" tegur Aishah.

"Eh, jangan la macam tu, panggil Intan je" tegur Intan.

"Mana boleh Puan Intan, boss marah nanti, tak pasal-pasal gaji kena potong pulak" kata Kak Ana.

"Ala.. yang boss Caden, bukan saya" balas Intan.

"Pandaikan sorok, tak bagitau pun. Tapi masa nampak berpegang tangan dengan Tuan Caden hari tu memang dah agak, mesti ada sesuatu" kata Aishah pula.

"Dalam group whatsapp jenuh kitaorang tanya, tapi sampai ke sudah tak jawab. Sampai hati kan.." sambung Yati pula. Bukan dia tak nak balas, tapi tau sajalah, group whatsapp yang dia ada bukannya satu, macam-macam group ada, kadang-kadang nak baca pun tak sempat.

"Sorry.." itu saja yang mampu Intan katakan.

"It's okay. Tak ada apalah" balas Aishah pula.

"Tahniah Puan Intan, semoga kekal bahagia hingga syurga." ucap Kak Ana, diikuti yang lain-lain.

"Hey, membawang kat sini tak ajak kita pun.." sergah Amira yang datang bersama suaminya.

"Eh, Mira." tegur Intan.

"Cantiknya dia malam ni.. anyway, tahniah. Semoga kekal bahagia dengan boss kitaorang yang handsome tu dan dapat anak-anak yang cantik, handasome macam papa dan cantik mama dia" ucap Amira pula.

"Amboi kau punya ucapan kemain tak nak kalah" kata Kak Ana. Tercetus ketawa.

"Apa yang suka sangat ni?" soal Caden lalu berdiri rapat di sisi Intan dan tangannya naik memeluk pinggang Intan.

"Tuan, tak ada apa, borak kosong je. Lama tak jumpa kan" jawab Kak Ana.

Majlis malam itu berlangsung dengan meriah walaupun yang hadir hanya keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja. Tetapi itu pun sudah cukup membuatkan Intan gembira dan terharu.

+++

"Hm.. wanginya sayang abang, seksi pulak tu.." sapa Caden dari belakang lalu tubuh Intan yang dilapisi pakaian tidur nipis dan jarang dipeluk rapat. Aroma yang terbit dari leher mulus Intan disedut dalam, terpejam matanya. Dagu diletakkan di atas bahu Intan dan tangan dililit pada pinggang yang ramping. Intan hanya tersenyum sambil jemarinya mengusap lengan Caden yang berada di pinggangnya

"Thanks abang.. sayang terharu sangat dengan apa yang abang buat untuk sayang" ucap Intan lalu ditoleh ke sisi dan kucupan singgah di pipi Caden.

"Abang akan buat apa sahaja untuk sayang asalkan sayang bahagia. You are my everything sayang" balas Caden.

"Macam mana abang jumpa Tuan Ihsan?" soal Intan.

"Eh, abang ke yang jumpa?" Caden sengaja bersoal jawab.

"Abang.." Intan memprotes. Sengaja kan..

"Cerita tak menarik, yang penting ayah dah tak salah faham lagi dengan abang dan sayang tak perlu susah hati lagi selepas ni" kata Caden.

"Tapi yang paling penting sekarang, our first night" kata Caden lalu memusingkan tubuh Intan supaya mengadapnya.

"First night apanya, kita bukan baru kahwin pun.." tak sempat kata-kata diteruskan, bibir Intan dipaut Caden. Tangan kirinya memeluk rapat pinggang Intan manakala tangan kanan naik memegang dan mengusap pipi Intan. Asyik keduanya meluahkan rasa kasih dan cinta mereka. Bibir Intan perlahan dilepaskan dan tubuh Intan dicempung ke katil. Perlahan dibaringkan.

"You so beautiful" ucap Caden sambil jemarinya naik mengusap pipi Intan sambil mata keduanya saling berpandangan. Perlahan Caden menunduk dan bibir Intan ditindih lagi. Kali ini lebih lama dan keduanya hayut dibuai angin asmara.

+++

"Abang, dah siap. Jomlah, kita sarapan" ajak Intan lalu lengan Caden dipeluk erat sambil melangkah bersama-sama menuju ke cafe. Waktu itu jam sudah pun menginjak ke jam lapan setengah pagi, dilihat sudah ada yang bersarapan. Ayah juga sudah ada di cafe bersama Tuan Ihsan.

"Ayah" tegur Intan lalu mengambil tempat di sisi Tuan Rahman.

"Intan tak makan sekali" soal Tuan Ihsan pula.

"Tak apa, kejap lagi saya ambil" waktu itu Caden sudah pun duduk di sisi Intan setelah bersalam dengan Tuan Rahman dan Tuan Ihsan. Tidak lama beberapa orang pekerja resort datang menghantar makanan ke meja bersama minuman. Caden biasalah sarapan paginya roti bakar dan kopi panas.

"Hm.. baru sebut makanan dah sampai. Bertuah Intan" usik Tuan Ihsan. Intan sudah tersenyum malu di samping Caden.

"Lepas ni ayah nak balik terus" kata Tuan Rahman sambil tangan memegang cawan teh.

"Cepatnya, tidur lah lagi di sini. Esok kan sabtu" ajak Intan sambil menoleh pada Tuan Rahman di sisi.

"Ayah ada hal. Nanti Intan bawa la Caden jenguk ayah di rumah. Ayah pun bukan ada siapa, Mak Mah dengan Pak Said je yang ada" kata Tuan Rahman.

"Saya pun sama, nak beransur juga selepas sarapan ni" sambung Tuan Ihsan pula.

"La.. Tuan pun nak balik juga. Stay la lagi sehari dua" pujuk Intan.

"Maaflah, nanti lain kali kalau nak bercuti saya bawa bakal isteri ke sini" kata Tuan Ihsan.

"Boleh, Tuan call je saya tak pun Afrina, saya bagi special price" sampuk Caden yang sedari tadi hanya diam sebagai pendengar.

"Oh, bila majlisnya?" soal Intan pula.

"In sha Allah, tak lama lagi. Nanti saya bagi kad jemputan, nanti jangan tak datang pulak" kata Tuan Ihsan.

"In sha Allah.." balas Intan. Sedang Intan dan yang lain-lain bersarapan. Datang Aniq dan Syam.

"Tuan" tegur Aniq dan Syam pada Tuan Rahman. Tangan dihulur bersalam pada kaum lelaki yang ada.

"Caden, rasanya nak gerak dulu. Takut lambat pula sampai" kata Aniq.

"Nak balik juga?" soal Caden lalu bangun dari tempat duduknya. Aniq hanya mengangguk. Waktu itu Yus, isteri Aniq baru sampai dan berdiri di sisi Aniq. Laju Intan bangun dan bergerak menuju Yus.

"Puan Yus, maaflah. Malam tadi tak sempat nak berbual panjang" kata Intan pada Yus.

"Eh, tak apa, saya pun kurang sihat malam tadi" kata Yus sambil menepuk perlahan lengan Intan yang memegang tangannya.

"Puan sakit ke?" soal Intan.

"Sakit nak dapat orang baru, macam tu la" sampuk Syam yang tadi hanya diam. Terkejut Intan. Dia pula yang suka.

"Wa.. tahniah Tuan Aniq, Puan Yus. Berapa bulan dah?" soal Intan teruja.

"Baru lagi, nak masuk empat bulan" segan Yus bila dia pula jadi topik bualan.

"Ye ke, jaga diri baik-baik Puan" pesan Intan.

Tidak lama yang lain-lain juga datang menghampiri. Semuanya sudah siap untuk pulang. Beg masing-masing sudah sedia di sisi.

"Terima kasih semua sudi datang jauh-jauh" ucap Intan terharu. Setelah semua berangkat balik hanya tinggal Intan, Caden, Shira, Carlos dan Fahmi sahaja.

"Eh, aku ingat kau balik sekali" kata Intan pada Shira yang berdiri di sisinya.

"Kau ni.. macam halau aku je.." merajuk bunyinya.

"Bukanlah. Ada juga teman kalau kau tak balik. Petang nanti boleh kita naik ATV ronda-ronda kat bukit belakang tu, ada air terjun tau. Kan abang" kata Intan sambil menoleh pada Caden. Caden hanya senyum pada Intan.

"Ye ke. Macam best je" balas Shira pula. Bukan senang nak cuti rehat macam ni. Nanti dah masuk kerja, tak ada dah waktu nak bersenang lenang macam ni.

"Kalau macam tu petang sikit kita jumpa" suka Intan. Shira pula sudah tersenyum-senyum memandang Carlos.

Petang itu seperti yang dijanjikan Caden membawa mereka ke tempat pusat ATV milik resort. Gugup juga rasa nak naik benda alah ni. Maklumlah tak pernah ditunggang kenderaan beroda tiga macam tu. Caden waktu itu membantu Intan memakai helmet dan memakaikan gelang kunci pada lengan sebelum kunci dicucuk pada lubang kunci.

Shira yang waktu itu sudah terkial-kial mahu memanjat ATV, tiba-tiba Carlos datang membantu. Tersenyum suka Shira, memerah wajahnya. Intan yang memandang sudah rasa 'sesuatu'. Something fishy here.

"Sayang, are you ready?" soal Caden pula. Waktu itu Fahmi di depan, kemudian Caden bersama Intan, Shira dan akhir sekali Carlos. Intan sudah mengangguk teruja.

Petang itu kelima-lima mereka menghabiskan masa menunggang ATV dan mandi di air terjun. Mujurlah Caden awal-awal lagi minta Fahmi dan Carlos bawakan makanan, jika tidak lepas berendam pasti lapar. Hampir jam enam petang baru mereka pulang ke resort. Penat tapi seronok menikmati pengalaman begitu. Malamnya Intan tidak ke cafe, sebaliknya meminta Caden memesan makanan ke bilik sahaja. Penat katanya.

Shira sudah memaklumkan dia akan pulang selepas sarapan.

+++

"Kau tak apa ke balik sorang-sorang macam ni?" soal Intan pada Shira sewaktu sarapan pagi.

"Okay je. Tak ada masalah pun" jawab Shira sambil menjeling pada Carlos yang duduk di hadapannya. Carlos pula sudah tidak senang duduk.

"Carl, aku rasa kau balik dulu, tolong tengok-tengokkan rumah yang tengah renovation tu. Kalau dah siap, boleh bincang dengan Ustaz khairi" ucap Caden tiba-tiba.

Carlos yang sedang meneguk air di cawan pantas menoleh pandang pada Caden. Pandangan mata mereka seakan sedang berbicara bahasa yang tidak difahami.

"Tapi Fahmi stay sini, in case ada apa-apa." sambung Caden lagi sambil menyuap roti bakar.

"Hm.. kalau macam tu Carlos tumpang Cik Shira je la" Fahmi pula menyampuk.

"Boleh ke?" soal Carlos pada Shira di depan. Shira yang mendengar sudah terkebil-kebil memandang Carlos.

"It is okay?" soal Carlos lagi.

"Hah, okay-okay" balas Shira gagap. Intan yang dari tadi jadi pemerhati menyampuk.

"Kalau balik dengan Carlos, tak la aku risau sangat" kata Intan sambil menyuap kuih keria.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Nak berkemas" pinta Carlos lalu menghilangkan diri.

Tidak lama Carlos sampai bersama beg pakaian di tangan.

"Intan, Caden. Terima kasih sponsor penginapan kat sini. Makan pun best" ucap Shira.

"Aku yang patut ucap thanks pada kau, sudi datang jauh-jauh macam ni" balas Intan lalu menarik Shira dalam pelukan.

"Den, aku gerak dulu. Thanks" ucap Carlos pada Caden. Macam ada maksud tersirat sahaja.

"Hati-hati pandu kereta tu" pesan Intan. Kini hanya tinggal Intan, Caden dan Fahmi.

"Sayang nak buat apa lepas ni?" soal Caden pada Intan sambil jemari Intan dipaut dan digenggam.

"Kita pergi Bukit Tinggi nak, tak pun Japanese Village" ajak Intan.

"Okay. Fahmi, ambil kereta" arah Caden pada Fahmi.

Suka Intan, dapat bercuti dengan Caden. Ada juga gunanya Fahmi ikut sama, jadi photographer tak bertauliah. Banyak gambarnya dan Caden diambil semasa di Japanese Village, berkesempatan juga dia memakai pakaian tradisi Jepun tu, tidak ketinggalan juga Caden dan Fahmi.

Bukan selalu dapat bercuti dan berkunjung ke tempat menarik begini. Begitu juga semasa di Bukit Tinggi, banyak gambar kenangan yang diambil. Lenguh juga kaki berjalan sehari suntuk. Dekat jam tujuh baru tiba di resort. Badan penat usah dikata tapi yang penting gembira. Shira pula sudah selamat sampai tengah hari tadi bersama Carlos. Hm.. diaorang ni macam ada sesuatu je.. nak kena siasat ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience