BAB 16

Humor Completed 657

“Tukk tukk tukkk!” pintu bilik Tara di ketuk

Tara diam.

“Tukkkk tukkk tukkk!!” makin kuat pintu biliknya diketuk

Tara telan air liur.

“Tukkk! Tukkk! Tukkk!” lagi kuat dari tadi. Masa tu tengiang-ngiang apa
yang dia bualkan dengan Mien tadi. Segala jenis muka hantu yang pernah
dia tengok dalam movie dah mula terbayang-bayang.

“Mien memang hantu kau.” Tara memaki Mien dalam hati.

Tiba-tiba suasana sunyi sepi. Tak ada dah bunyi ketukan. Tara lega tapi
bersyukur sangat-sangat. Tapi tak lama. Telinga Tara menangkap bunyi…
“Krekkk…” seolah-olah pintu biliknya di buka.

“Astagfirullahalazim… astagfirullahalazim…” Tara dah mula berzikir.
Selimut di tarik kejap menutup seluruh badan.

Senyap lagi. Suasana sepi balik. Tara terdiam. “Benda tu dah tak ada ke?”

Hujung selimut di tarik sikit. Sikit ja cukup untuk mata dia melihat
keadaan sekeliling. Sebaik sahaja selimut ditarik… mata Tara
bertentangan dengan sepasang mata milik ‘Benda tu’. Jantung Tara dah
berhenti berdegup masa tu. Benda tu duduk mencangkun betul-betul depan
mata Tara ! Depan mata! Bukan tepi bukan tengah bukan belakang… tapi
betul-betul depan mata! Terkejut punya pasal spontan kaki Tara menyepak
kuat kepala ‘Benda tu’ beserta jeritan yang kuat

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!”

Kuat gila Tara sepak sampaikan ‘Benda tu ‘ terpelanting dan terperosok
ke belakang sampai ke bawah meja! “Aduhh!”

Tara dah berdiri atas katil dengan aksi berkung funya tu tiba-tiba rasa
pelik bila dengar perkataan aduh.

“Hantu pun pandai mengaduh ke?” Tara pelik. Dia takut-takut berani nak
mengahampiri ‘Benda tu’ tapi diberanikan juga diri. Perlahan-lahan dia
bergerak ke arah ‘Benda tu’.

Semakin dekat… semakin dekat… Tara nak pegang… baru tanggannya menghulur
tiba-tiba…

“WArgghhhhh!” benda tu bangun menunjukkan wajahnya yang ngeri!

“Aaaaaaaaaaaa!” serentak tu Tara menjerit dan sekali lagi kakinya
hinggap ke kepala ‘Benda tu’ kali nie lagi kuat dari tadi. ‘Benda tu’
terlentang ke belakang dan terhantuk ke atas lantai sebelum tak
bergerak. Tara pulak tak boleh nak imbangkan badan selepas sepakan tu
lalu terjatuh sebelum kerusi menghempap kuat kepalanya.

Tara pengsan! ‘Benda tu’… pun tak bergerak. Dua-dua kaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience