Bab 21

Romance Series 12449

Dia membuka perlahan kelopak mata yang terasa berat. Dia mengelip mata berkali-kali sebelum pandangan semakin jelas.

Berkerut pelipisnya melihat sekeliling. Seketika dia cuba mengingat kembali. Faizs, sepak, mulut? Matanya kembali terbuka.

"Kena culik rupanya" keluh Iman Nadhirah.

Dia cuba menggerakkan badan namun ikatan terlalu kuat. Dia mendengus kasar. Kornea matanya melilau mencari benda yang boleh potong tali tersebut didalam bilik itu.

Namun matanya terhenti apabila  terpandang susuk tubuh seseorang yang dikenali. Membulat matanya yang sedia sudah bulat.

"Farah? Apa dia buat dekat sini? Dia pun kena culik juga ke? " bisik Iman Nadhirah dalam hati.

Dia cuba menjerit memanggil Tengku Farah Adlina. Namun dia mengetap bibir semula apabila terdengar sayup sayup suara dari luar. Pantas sahaja dia kembali berlakon pengsan.

"Mana betina tu?" soal Tengku Hellysya datar.

"Dorang ada dekat dalam bos" ujar orang suruhannya.

Tengku Hellysya memulas daun pintu dan menolaknya. Dia bersama orang suruhan masuk kedalam. Dapat dilihat Tengku Farah Adlina dan Iman Nadhirah masih pengsan.

Dia menuju kearah Tengku Farah Adlina. Dia memberi isyarat kepada orang suruhan untuk menyimbah air. Pantas lelaki itu menganguk.

Dia mengankat baldi yang dipenuhi dengan air dan menyimabah kearah Tengku Farah Adlina.

Terbatuk Tengku Farah Adlina apabila air memasuki rongga hidungnya. Matanya tajam melihat Tengku Hellysya sedang tersenyum sinis serta bersama orang suruhan Tengku Hellysya, Zey.

"Bodoh! Kau tak ada otak ke! Main simbah air dekat anak orang! " kata Tengku Farah Adlina dingin.

Tengku Hellysya memeluk tubuh dan melakarkan senyuman menyenget.

"Kau fikir aku kisah ke, betina sundal? ".

Dia menapak kehadapan dan menarik kasar rambut Tengku Farah Adlina. Mendesis sakit Tengku Farah Adlina menahan apabila terasa rambutnya ingin tanggal dari kepala.

"Kk-kau jangan nak bangga sangat. Semua rahsia kau dalam genggaman aku. Apa kau ingat aku tak tahu yang kau bagi tubuh kau dekat lelaki lain" sinis sekali kata Tengku Farah Adlina.

Terkejut Tengku Hellysya mendengar kata gadis tersebut. Dia melepaskan rambut Tengku Farah Adlina dan kehulur-hilir seperti cacing kepanasan.

Memang betul apa yang dikatakan oleh gadis itu sendiri. Dia memberi tubuhnya pada lelaki lain. Dia sudah tiada dara sejak tingkatan 4 lagi.

"Macam mana kau tahu! " Tengku Hellysya menoleh kebelakang dan memandang tajam kearah Tengku Farah Adlina yang tersenyum sinis.

"Ni Farah Adlina lah. Segala rahsia pelajar lain sorok walaupun sekecil zarah sekalipun aku mampu tahu".

Sakit hati Tengku Hellysya melihat senyuman sinis itu melakar pada bibir gadis tersebut. Dia menuju kehadapan dan menampar kuat wajah Tengku Farah Adlina sehingga terteleng.

Hujung bibir Tengku Farah Adlina sudah mengeluarkan darah. Namun gadis itu masih lagi mampu kekal senyum.

"Kau... Kau..  Hurgh! " Tengku Hellysya menarik rambutnya seperti seorang pesakit mental. Tiba-tiba dia berhenti dari tarik rambut dan ketawa dengan kuat.

"Memandangkan kau dah tahu pasal ni. Aku kena lenyapkan kau! " Tengku Hellysya mengeluarkan pisau belati yang disimpan pada betisnya dan menuju kearah Tengku Farah Adlina dengan ketawa tidak henti.

"Matilah kau! "

•••

"Semua sudah siap sedia?" kata Ku Syaf Ariana dingin. Mata berwarna kelabunya memandang satu persatu raut  wajah dingin kawan-kawannya.

Tengku Syafiqah serta Nik Aira menganguk.

"Aku nak nanti kita berkomunikasi dalam Italy nanti. Kalau kita guna bahasa melayu nanti, aku takut ada orang lain nanti dalam hutan" ujarnya lagi.

Mereka berdua menganguk lagi.

"Jom".

Mereka bertiga keluar dari chalet milik mereka. Mata Nik Aira tajam melilau melihat sekeliling.

"Line clear" tutur Nik Aira.

Mereka bertiga berjala masuk kedalam hutan. Nasib mereka baik kerana chalet mereka berada betul-betul ditepi hutan.

"Voglio che tutti noi ci lasciamo. (Aku nak kita semua berpecah.)" kata Ku Syaf Ariana datar.

"Si (Ya)" jawab mereka serentak.

Pantas mereka bertiga berpecah. Ku Syaf Ariana memilih jalan utara manakala Tengku Syafiqah melalui jalan selatan. Nik Aira pula berjalan mengikut timur.

Sepanjang berjalan dihutan, matanya melilau melihat sekeliling. Torchlight ditangan digerakkan untuk melihat.

Kakinya melangkah lagi sehingga terjumpa rumah usang ditengah hutan. Secar tak sengaja, dia bertembung dengan Nik Aira.

Mata mereka berdua memerhati rumah usang yang dicurigai oleh hati mereka. Tampak dipintu utama dijaga oleh dua orang lelaki berbadan sasa.

"Penso che la ragazza abbia tenuto Farah con Iman qui vicino. (Aku rasa betina tu menyimpan Farah dengan Iman dekat sini.)" ujar Nik Aira. Anak matanya tajam melihat rumah usang itu.

Dia mengeluarkan telefon dari jaket dipakai. Dia membuka camera dan menghalakan pada rumah usang tersebut. Segera camera itu menscan rumah usang itu.

Selesai scan, Nik Aira melihat data yang diperoleh. Dapat dilihat rumah usang itu diruang tamu dijaga seramai 4 orang manakala diatas seramai 5 orang.

Dia menyimpan kembali telefon kedalam kocek jaket.

"Vicino al fondo ci sono quattro guardie e vicino alla cima ci sono cinque persone. (Dekat bawah ada empat orang jaga manakala dekat atas ada lima orang.)".

Ku Syaf Ariana pantas memicingkan mata menghala kearah rumah usang itu.

"Macam mana kita nak buat dua ekor ayam tu pengsan? " bisik Ku Syaf Ariana perlahan. Mereka memandang antara satu sama lain.

Tiba-tiba terdengar bunyi tembakan. Pantas kepala mereka menghadap kehadapan. Terkedu mereka melihat dua orang penjaga itu sudah terbaring dengan darah melimpah dari dada.

"Hai my lovely friends " panggil seseorang dibelakang. Pantas mereka berdua menoleh kebelakang.

"Kau! " jerit mereka berdua serentak.

•••

Iman Nadhirah perhati tajam jasad Tengku Hellysya terdampar pengsan disisi Zey. Dia menepuk perlahan bahunya konon ingin menghilangkan rasa debu yang melekat.

Dia mendekati Tengku Farah Adlina dan membuka tali yang mengikat gadis tersebut. pantas Tengku Farah Adlina bangun dan meluku kepala Iman Nadhirah.

"Aduh! Sakitlah ngok! " Iman Nadhirah mengusap lembut kepalanya diluku oleh Tengku Farah Adlina.

Tengku Farah Adlina menjeling tajam kearah Iman Nadhirah. "Kau lah lambat sangat. Nasib dia tak sempat tikam aku" bebelnya.

Dia menghampiri Tengku Hellysya dan memijak kuat kakinya. Membalas kembali biarpun dia tahu Tengku Hellysya takkan terasa.

Nasib aku kena ikat. Kalau tak dah lama mampus aku kerjakan!

Menggeleng kepala Iman Nadhirah melihat Tengku Farah Adlina selamba memijak kaki anak orang.

"Oi dah lah tu! Aku nak keluar ni. Kau tak nak keluar ke? " jerit Iman Nadhirah.

Terhenti aktiviti Tengku Farah Adlina. Dia mengalihkan kaki dan mencapai lengan Iman Nadhirah lalu ditarik keluar dari bilik gelap itu.

"Now kita nak jalan mana ni? " Iman Nadhirah menggaru kepalanya yang tidak. Tudung yang sudah senget dihiraukan. Apa yang penting kita kena keluar dari sini.

Mata biru laut Tengku Farah Adlina melilau. Banyak lorong serta pintu disepanjang jalan. Mereka mencuba nasib.

"Kita ikut lorong kirilah" ujar Tengku Farah Adlina.

Tengku Farah Adlina menarik lembut tangan Iman Nadhirah. Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam menumpukan jalan.

Mereka lalu dihadapan pintu. Tiba-tiba hati Iman Nadhirah berdetak kencang. Kakinya berhenti dari melangkah.

"Asal kau berhenti jalan, Iman? " soal Tengku Farah Adlina pelik.

Iman Nadhirah tidak menjawab soalan Tengku Farah Adlina. Dia menolak lembut tangan Tengku Farah Adlina pada lengannya dan menuju ke pintu di belakangnya.

Dia memegang daun pintu itu dan berhati-hati memulas pintu tersebut. Dia menolak perlahan pintu itu sehingga terbuka luas.

Dia masuk kedalam diikuti Tengku Farah Adlina dibelakang. Terbuntang mata mereka berdua melihat wajah Faizs dipenuhi lebam.

"Faizs! ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience