BAB 6

Romance Series 81452

Seusai sahaja sampai di depan pintu kelas, semua pelajar di dalam kelas itu memandang ke arahnya. Inara Adelia tercungap-cungap mencari nafas. Dia tersengih pada Sir  Wan yang sedang mencekak pinggang itu.

"Inara! Saya dah beritahu pada semua supaya datang awal. Apa masalah awak ni datang lambat?" marah Sir  Wan.

"Maafkan saya, Sir. Saya terlewat hari ni. Kesesakkan jalan raya" ujar Inara Adelia.

Ini semua salah lelaki itulah. Kalau bukan kerana dia sengaja melewatkan tadi, tentu tepat dia sampai.

"Sudah. Pergi duduk tempat awak" kata Sir  Wan.

Dia menghayungkan langkah ke tempat duduk. Dia menoleh ke tepi bila seseorang mencuit bahunya.

"Apa?" tanya Inara Adelia.

"Kau okay tak?" tanya Hana Aqeela balik.

"Okay saja. Jangan risau" jawab Inara Adelia dan menyimpul senyuman.

Dia mula mencapai botol minuman dan meneguk perlahan.

"Seperti kamu semua tahu, Sir akan berpindah ke Kolej lain. Yang akan menggantikan Sir  adalah Sir  Izz Lutfil. Jemput masuk Sir" Sir  Wan mengalukan kedatangan Izz Lutfil.

Hampir tersembur air diminum oleh Inara Adelia bila melihat Izz Lutfil sedang masuk itu.

Perlu ke lelaki itu muncul kembali selepas 7 tahun berlalu? Perlu ke dia muncul disaat hati sebanyak sedikit mahu terubat? Dia memaling wajah ke luar tingkap.

Izz Lutfil melihat itu terasa sedikit hatinya tatkala gadis itu tidak memandangnya walaupun sekilas.

'Sampai hati sayang tak pandang pun abang. Tak apa, nanti sayang pandang abang seorang sahaja. Pandang tingkap pun abang tak akan izinkan' getus hati Izz Lutfil.

Dia mengangguk sekilas bila Sir  Wan membuat isyarat 'teruskan'

"Nama saya Tengku Izz Lutfil. Kamu semua boleh panggil saya Sir  Izz. Saya harap semua boleh beri kerjasama pada pembelajaran kita nanti" Izz Lutfil perkenalkan diri dan senyum. Matanya dari tadi tidak henti melihat Inara Adelia.

"Baik Sir!" balas mereka serentak.

"Handsome betul Sir Izz tu kan?"

"Dah handsome, segak pula tu"

"Aku nak try boleh tak?"

"Lagi semangat aku nak belajar lepas ni"

Bisik pelajar di situ.

Inara Adelia senyum nipis.

'Kalau korang tahu perangai dia sebenarnya, mesti korang tak akan cakap macam tu' getus hati Inara Adelia.

"Yang dekat tepi tingkap dah kenapa? Ada apa-apa masalah ke?" soal Izz Lutfil.

Lantas dia menggeleng kepala dan menunduk ke bawah memandang sehelai kertas.

•••

Tepat pukul 2:00 Petang, semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing. Inara Adelia mengemas barangan atas meja dan tergesa-gesa mahu keluar dari kelas itu.

"Inara!" panggil Hana Aqeela.

"Apa?" soal Inara Adelia. Sesekali dia terpandang Izz Lutfil sedang senyum sinis padanya itu.

"Petang nanti kau free tak? Aku ingat nak ajak pergi teman aku ke Mall" balas Hana Aqeela.

Dia berfikir sejenak.

"Maafkan aku, Hana. Aku tak boleh teman kau lah. Sebab petang nanti aku ada kerja nak buat" kata Inara Adelia serba salah.

Bukan apa, dia tidak mahu mengingkari lagi arahan dari Ammar Hafiy. Nanti dia juga yang sakit.

"Okay kalau macam itu" kata Hana Aqeela pula

"Aku pergi dulu" pamit Inara Adelia.

Izz Lutfil melihat itu tertawa kecil. Semua pelajar di situ sudah tiada, hanya tinggal dia seorang sahaja. Dia mengecilkan mata bila menangkap sesuatu menarik perhatiannya.

"Rezeki aku betulah. Tunggu abang ya sayang" kata Izz Lutfil dan mencapai kunci kereta milik Inara Adelia. Mungkin terlalu mahu pergi sampai tercicir.

•••

Tanganya menyeluk ke dalam bag untuk mencari kunci kereta. Sesekali dia berdecit geram.

"Mana ni? Masa macam inilah dia nak hilang" gumam Inara Adelia.

"Sayang cari benda ni ke?" tanya Izz Lutfil sambil menunjukkan kunci kereta.

"Bagi balik" kata Inara Adelia dan mahu mengambil lalu Izz Lutfil melarikan ke arah lain.

Dia tersenyum menyenget. Wajah cantik milik gadis itu ditatap lama.

"Sayang, i miss you so much!" Izz Lutfil mencium pada pipi gebu Inara Adelia.

PANG!

"Abang jangan kurang ajar sangat! Kenapa baru sekarang abang nak muncul? Kenapa dulu tinggalkan Delia dalam keadaan macam itu? Delia benci abang. Bagi Delia, abang dah mati!"

"DELIA!"

Rahangnya bergerak-gerak sambil mengetap gigi. Tajam sahaja dia merenung gadis itu.

"Sejak bila Delia pandai lawan cakap abang ni? Jangan nak benci, abang. Abang tak suka" kata Izz Lutfil tegas.

"Delia tak kisah. Bagi balik kunci tu abang. Delia penat nak rest ni" ujar Inara Adelia sambil menghulurkan tangan.

"Sayang! Kenapa tak balik lagi ni?" celah Ammar Hafiy dan memaut bahu Inara Adelia. Semakin lama, semakin kuat pautan itu.

Dia tersentak dan menoleh Ammar Hafiy dengan senyumannya itu. Air liur ditelan kesat.

Izz Lutfil melihat itu cemburu. Tangan mengepal penumbuk.

"Lepaskan dia. Dia milik aku" arah Izz Lutfil.

Ammar Hafiy tertawa sinis.

"Jangan harap! Dia milik aku" bentak Ammar Hafiy.

"Dia mi-"

"Sudah! Abang bagi balik kunci tu. Delia penat tahu tak?" rayu Inara Adelia.

"Bagilah balik!" Ammar Hafiy merampas kasar kunci kereta dan menarik lengan Inara Adelia.

"Tapi keret-"

"Aku suruh jeo ambik!" cantas Ammar Hafiy laju.

"Siapa lelaki tu? Apa kaitan dengan Delia?" soal Izz Lutfil sendirian.

•••

"Ammar! Sakit!" Inara Adelia cuba untuk merentap lengannya namun tidak berjaya.

Tubuhnya ditolak ke atas sofa ruang tamu. Dia berdesis sakit dan memandang anak mata Ammar Hafiy. Jelas kelihatan lelaki itu dalam keadaan marah.

"Kau ni memang jenis murah ke apa, perempuan? Kau biarkan sahaja lelaki tu cium pipi kau? Kalau diri tu murah, memang murah dimata orang!" ujar Ammar Hafiy.

"Awak dengar dan tengok sendiri kan tadi? Awak tengok tak saya buat apa pada dia? Saya tampar Ammar! Tampar! Bukannya izinkan dia cium pipi saya!" bentak Inara Adelia.

Adakah lelaki itu buta?

"Aku tak kisah. Sekarang apa hubungan kau dengan dia? Beritahu cepat!" desak Ammar Hafiy.

Dia tersentak dan diam.

Tak akan nak beritahu pada lelaki itu bahawa Izz Lutfil sepupu dan pernah merogol dia. Dia bukan sesiapa nak tahu peristiwa hitam itu.

"Jawablah!" kedua belah rahang Inara Adelia dicengkam kuat.

"Saya tak kenal dia" bohong Inara Adelia.

Dia tersenyum sinis mendengar jawapan gadis itu.

PANG!

"Bodoh! Kau ingat aku ni pekak? Kalau kau tak kenal dia, macam mana kau boleh panggil dia 'abang' hah!" kali ini, rambut Inara Adelia pula menjadi sasarannya.

Diam juga. Dia sanggup kena pukul daripada beritahu perkara sebenar.

PANG!

PANG!

"Kau bisu ke!" oktaf suara Ammar Hafiy.

"Awak tak perlu tahu siapa dia antara kami berdua. Awak tak layak nak tahu apa-apa. Awak dengan dia sama sahajalah!" herdik Inara Adelia.

"Kau tak nak beritahu sangat? Tak apa sayang..." telefon dikeluarkan.

"Awak nak sebar sangat gambar tu, silakan. Saya langsung tak kisah. Jangan sampai suatu hari nanti awak menyesal!" ditolak dada bidang Ammar Hafiy ke tepi dan berlari angkat ke tingkat atas.

"Tak apa. Aku akan tahu juga apa yang kau sembunyi sangat daripada aku tu" ujar Ammar Hafiy dengan melihat pada tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience