BAB 1

Romantic Comedy Completed 8880

‘’Eh kau kenal tak perempuan tu, tu yang baju hitam pakai baju-T Nirvana tu?

“Aku dengar nama perempuan tu unik seunik perangainya.”

“Gaya macam perempuan habis tapi perangai mengalahkan jantan.”

Aku lontarkan pandangan ke arah perempuan yang menjadi perhatian ramai. Betullah! Memang unik budak perempuan itu. Dengan wajah yang cemberut. Rambut panjang lepas ke bahu. Dia memang cantik walaupun wajahnya masam.

“Andika, apa yang kau tengok sampai tak berkelip mata?”

Aku sengih tak menjawab. Biarlah rahsia.

“Wei, kau Syeh Ahmad Syabil kan?”

Tiba-tiba perempuan itu bersuara lantang. Terkejut aku. Syed Ahmad Syabil, rakan sekuliahku yang popular dengan gelaran Buaya tersedak bila disergah sebegitu oleh si perempuan.

“Ye, aku Syabil. Kau siapa?”

Aku dapat lihat perempuan itu tersenyum sinis. Ikatan sweater di pinggangnya, diketatkan.

“Aku? Your worst nightmare!”

“Your another stupid fans, Syabil?” Perempuan di sebelah Syabil bersuara.

“Eh, perempuan bodoh macam kau je suka mamat macam ni!”

Ujar si perempuan unik sebelum kembali bersuara pada Syabil.

“Aku ada hadiah untuk kau.”

“Tak minat, tapi ada hadiah.”

Gadis di sebelah Syabil menyindir. Aku lihat, gadis unik itu memegang gelas sirap yang ada di depan Syabil,

“This is your present!”

Dan aku lihat Syabil sudah basah dengan air yang berwarna merah itu.

“Kau!” Syabil dah berdiri.

“Ini first warning dari aku! Jangan mainkan Aliya. Kalau tak, siap kau!”

Pempuan itu berpaling dan sebelum berlalu, aku dengar dia bersuara, “Dan make sure kau ingat nama aku. Adinda Amani. Remember that!”

Dan aku lihat dia berlalu pergi. Unik. Itulah dia. Adinda Amani. Wajahnya yang cemberut telah meninggalkan kesan dihatiku. Apakah?

Tanganku rancak memetik gitar kapok kesayanganku. Gitar yang aku beli sewaktu aku di tingkatan empat dengan menggunakan duit aku sendiri. Gitar kesayanganku yang aku usung ke sana ke mari. Dari zaman sekolah, masuk ke zaman matrikulasi sampailah masuk zaman universiti.

“Andika!”

Aku angkat muka merenung Helmi yang bersandar di muka pintu, “Kenapa?”

“Jom pekena mamak malam ni.”

Aku kerling jam di dinding, dah pukul 11.30 malam, “Siapa lagi join?”

“Alif, Odie dengan Ayie. Jomlah!”

Aku angguk, “Kejap, bagi aku sepuluh minit!”

Helmi mengangguk dan terus berlalu. Aku pula bangun dari duduk dan terus meletakkan gitarku di atas katil. Baju Body Glove yang separuh lusuh aku sarungkan pada tubuh yang tidak berbaju.

Ya, aku tidak setegap Fahrin Ahmad. Badan aku kurus tapi taklah kurus macam Faizal Hussein. Badan aku ni kurang lemak. Pernah orang kampung tuduh aku mat pit. Kureng gila!

Ingat muka terpelajar macam aku ni kaki ganja ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience