Ketiadaan El Amin di rumah besar itu membuatkan Basheera mempunyai kawalan penuh atas hal yang berkaitan dengan urusan rumah itu. Pagi-pagi lagi Basheera sudah bangun menyibukkan dirinya di dapur seperti biasa. Hari ini ada tetamu yang akan datang kerumahnya. Iaitu sepupunya Naina. Seorang sepupu yang sangat rapat dengannya dari kecil sehiggalah sekarang.
“Yam hidangkan ya. Saya nak naik atas sekejap tengokkan dua orang tu kenapa tak turun-turun lagi. Babah dengan mizan tak ada, berlemak pula dua orang tu..” Basheera memberi arahan kepada Maryam yang sedang memotong timun untuk lengkapkan hidangan nasi lemak mereka pada pagi itu.
“Baik puan..” Jawap Maryam mengangguk kepada Basheera.
Belum sempat Basheera ingin berjalan keluar dari ruang makan untuk naik keatas, dia bertembung dengan Hasbi yang sudah siap berpakaian lengkap, sedia untuk ke pejabat.
“Assalamualaikum mama, morning my queen” Hasbi mendepakan tangannya kearah Basheera.
“Waalaikumsalam Hasbi. Morning sayang.” Basheera menerima pelukan itu dengan mesra. Belakang tubuh Hasbi ditepuk-tepuk lembut oleh Basheera.
“Mama nak kemana ni?” tanya Hasbi sebaik pelukannya terlerai.
“Mama nak naik ke bilik Seena. Tengok dia bangun ke tak lagi. Kita ada tetamu hari ini. Mama tak naklah dia bangun lambat. Malu dekat tetamu kita nanti..” Basheera menjelaskan tujuannya kepada Hasbi.
“Nak Hasbi kejutkan ke?” Hasbi mempelawa dirinya.
“Tak payah, kamu nak ke office. Nanti lambat pula kamu nak sarapan. Mama bukannya tak tahu. Kalau kamu kejut dia, kamu melekat dalam bilik dia pula nanti. Dengan kamu-kamu sekali duduk melayan dia, tak turun-turun bawah. Hasbi turun makan sarapan dulu.. Nanti mama turun..” Basheera mengarahkan Hasbi.
“Baiklah ma.. Hasbi turun sarapan dulu..” Hasbi berjalan melintasi mamanya.
“Kejap.. Sebelum mama lupa. Hari ini kita ada tetamu tahu. Makcik Naina nak datang.. Hasbi tahu kan?” tanya Basheera.
“Ma.. Hasbi kerja. Petang nanti baru Hasbi free itu pun Seena nak Hasbi temankan keluar..” jelas Hasbi.
“Aik, mama tak tahu pun..? Orang nak datang rumah, jangan buat tertamu tertunggu-tunggu pula nanti. Kalau Hasbi free balik lah awal. Boleh kenal-kenal dengan makcik Naina dan Pakcik Imadi. Bukannya selalu nak jumpa mereka..” Basheera mula nak beleter kepada Hasbi.
“Mama tanya Seena. Hasbi okay aja ma..” Hasbi berjalan masuk ke ruang makan.
Basheera memanjat tangga naik keatas dan berjalan sampai ke hadapan pintu bilik anak daranya.
“Seena! Dah bangun ke belum ni?” tanya Basheera sambil tangannya mengetuk pintu bilik Haseena.
“Maaa..” Haseena menyahut dari dalam biliknya.
“Ehhh? Baru bangun ke anak dara ni? Haseena bangun.. Buka pintu bilik ni!” Basheera mengetuk pintu bilik Haseena dengan lebih kuat.
Kreeeakk..
Terbuka pintu bilik Haseena yang berona merah jambu itu sedikit. Tangan Haseena keluar memegang tombol pintu dan menayangkan wajah dan rambutnya yang kusut kepada Basheera.
“Anak dara bertuah! Baru bangun?” Suara Basheera mula meninggi.
“Seena study lah mama.. Semalam tido lambat. Kenapa ma?” tanya Haseena. Langsung dia tak perduli dengan dirinya yang serabut dan masih memakai pakaian tidur itu.
“Ya Allah ! Kalau ya pun bangun lah. Matahari dah terpacak atas kepala ni. Anak dara jenis apa ni? Bangun lambat. Orang tengok pun tak berkenan, kalau macam ni” Basheera mula membebel lagi. Tangannya menolak pintu bilik tidur Haseena sampai terbuka luas. Membuatkan Haseena berjalan mundur ke belakang beberapa langkah. Memberi ruang buat mamanya masuk kedalam biliknya.
“Mama.. Bukan masih pagi ke?” Haseena menggaru kepalanya.
“Menjawap.. Orang kata tu menjawap. Subuh ni mesti tak bangun kan?” Basheera masuk melihat keadaan bilik Haseena. Katil bilik itu kelihatan kemas sepertinya Haseena tertidur di meja belajarnya kerana disitu penuh dengan buku-buku yang masih terbuka dan alat tulis bersepah di atas permukaan meja itu.
“Seena cuti lah ma..”
“Memanjang cutinya kamu ni.. Dah pergi mandi. Mama dah pesan semalam yang kita akan ada tetamu hari ni. Lupa lah tu kan?” tanya Basheera.
“Tau, mama ni. Mana ada Makcik Naina tu datang awal pagi..” rungut Haseena lalu berjalan memeluk bahu mamanya.
“Pandailah kamu. Nanti Yusrina akan tidur di bilik tamu. Kamu jangan-jangan nak ajak dia tidur bilik kamu yang serupa sarang tikus ni..”
“Ma! Mana ada sarang tikus.. Bilik Haseena dah kemas lah ma..” Haseena membela dirinya. Pada matanya, bilik itu sudah cukup kemas dan teratur.
“Kenapa mama tengok bilik ni macam sarang tikus. Penuh dengan barang-barang..” Basheera menunjuk isi bilik itu yang kelihatan sarat dan penuh gambar-gambar yang tergantung pada bilik anak daranya itu.
“Mama.. Ini semua kenangan tau, mana boleh buang. Mahal ni semua. Tak ternilai..” Haseena melepaskan pelukan bahu ibunya dan beralih memeluk dinding yang sarat itu.
“Hmm.. Yea lah tu. Pergi mandi. Kamu tu, babah tak ada. Abang kamu tak ada. Ingat boleh bangun lambat-lambat lah kan. Mandi-mandi! Lepas tu turun..” Basheera menolak belakang tubuh Haseena. Kemudian Basheera berhenti kerana teringatkan sesuatu.
“Abang kamu kata, kamu nak keluar dengan abang kamu petang nanti, kemana?” tanya Basheera.
“Oh tu! Abang ni, pecah rahsia pula..” Haseena merungut.
“Rahsia-rahsia! Rahsia apalah sangat tu.. Jangan macam-macam Seena. Kalau tahu ke babah kamu dengan abang kamu…”
“Tak ma.. Tak macam-macam pun. Seena janji, seena keluar sekejap je dengan abang..” Haseena berpaling mengadap Basheera dan mengangkat tangannya untuk berikrar.
“Mandi, lepas tu turun.. Mama nak turun bawah tengokkan abang kamu pergi kerja..” Basheera berpaling untuk keluar dari bilik Haseena.
“Baik mamaku sayang..” Haseena kembali memeluk Basheera dan mencium pipi wanita itu kemudian cepat-cepat dia berlari masuk menghilangkan diri disebalik pintu bilik air.
Anak bertuah ni. Dah besar-besar panjang pun semuanya serupa budak kecil saja. Basheera menarik bibirnya tersenyum manis. Layanannya tak ubah seperti anak-anaknya yang masih bersekolah dulu. Tak sangka anaknya semua kini sudah besar dan masa sungguh cepat berlalu. Dia juga sudah semakin meningkat umurnya dan semakin tua. Basheera turun ke bawah semula untuk melihat Hasbi pula.
“Hasbi.. Habis temankan Seena tu balik terus tau. Boleh kenal-kenal dengan tetamu kita. Bukan selalu mereka datang.” Ulang Basheera tanpa sedikit pun rasa jemu.
“Ya ma. Jangan risau. Hasbi tak bawa Seena merayau-rayau. Habis saja Hasbi terus balik” satu janji dibuat kepada Basheera.
Selesai sarapan Hasbi terus bertolak ke pejabat. Sibuk dia menguruskan urusan kerjanya dan hampir terlupa janjinya dengan Haseena. Bunyi nyaring dari telefon bimbitnya mengejutkannya yang sedang berbincang dengan Femida mengenai beberapa hal.
“Sekejap ya Femida..” Hasbi melihat telefon bimbitnya. Tertera nama Haseena di paparan skin telefon miliknya.
“Waalaikum salam, Seena. Dah siap ke?” tanya Hasbi. Percakapan yang lembut itu mengundang Femida untuk melihat kepada jejaka yang ada di hadapannya itu.
“Yelah, abang nak balik lah ni..” Hasbi mengangkat kepalanya melihat kepada Femida. Gadis itu sekadar senyum sambil mengigit hujung pen yang melihat kepadanya.
“Mereka belum sampai. Ha! Yea lah.. Bye.. Tunggu abang balik ambik Seena..”
Tuan Hasbi ni cakap dengan cik Haseena bukan main lembut saja. Tu baru cakap dengan adik belum lagi dengan awek. Kalau awek mesti lagi lembut kan. Untunglah siapa awek tuan Hasbi. Terisi kah tempat tu atau masih kosong? Siapa kah gerangan pemilik hati tuan Hasbi tu? teringin nak tahu.
“Femida?”
“Ya tuan Hasbi..” pen yang tergigit tanpa sedar itu, dibawa turun oleh Femida.
“Saya dah selesai kan? Tak ada yang penting lagi kan.?” Tanya Hasbi.
“Ha, ya. Betul lah tu..” Femida menayangkan sengihannya.
“Kalau macam tu saya balik dulu ya. Seena dah call” Hasbi tersenyum lalu bangun dan mengambil baju kotnya yang tergantung dan terus memakaikan kot itu ke tubuhnya.
“Baik tuan” Femida mengikut Hasbi sama-sama berjalan keluar dari ruangan pejabat itu.
Baliklah Hasbi ke rumahnya untuk mengambil Haseena. Sebaik sampai dia melihat Haseena sudah terpacak berdiri di hadapan pintu rumahnya.
“Jom abang..” Haseena membuka pintu kereta Hasbi dan terus masuk duduk di sebelah tempat duduk penumpang.
“Aii! Sampai macam ni sekali, sampai tak sempat abang nak masuk jumpa mama.” Perli Hasbi. Kereta putih itu terus dipandu keluar dari perkarangan rumahnya.
“Mama kata cepat, kalau nak keluar. Mereka dah nak sampai.” Kata Haseena sambil memakaikan tali pingang keselamatannya.
“Ni nak kemana?” tanya Hasbi.
“Abang ikut aja. Jadi driver Seena..” Haseena ketawa lepas. Suka dia akhirnya Hasbi dapat menemaninya. Sudahlah sepanjang cuti dia terperuk saja didalam rumah agam milik keluarganya itu.
Hasbi yang sudah tahu perangai adiknya itu, mengikut saja kemahuan Haseena. Lepas ke satu tempat mereka singgah ke tempat lain. Sampai selesai semua urusan Haseena.
“Abang ikut sini!” Haseena memberi arahan mendadak kepada Hasbi.
“Bukan Seena kata semuanya dah selesai? Dari kita ke dobi, kedai buku, pos barang.. Semua tu. Bukan kata nak balik?” tanya Hasbi, mengambil simpang yang sedang ditunjukkan oleh Haseena berkali-kali.
“Ni last.. Last! Seena janji. Seena nak belikan mama kuih ni, sedap! Seena belanja abang air ya. Upah!Sebab temankan Seena..” kata Haseena.
“Hem! Yealah. Nak abang turun sekali ke macam mana? Parking full ni?” Hasbi mencari-cari petak pakir yang kosong di kawasan itu. Namun sudah beberapa kali dia berpusing. Tak juga dia ketemu dengan petak pakir yang kosong. Semuanya sudah bertuan.
“Abang tunggu saja dekat sini. Seena turun seorang saja, cepat sikit..” Haseena membuka tali pinggang keselamatannya.
“Phone jangan lupa bawa. Kalau ada orang nak keluar abang jalan ke depan sikit. Kalau tak jumpa call abang..” Hasbi mengeluh bila pintu keretanya sudah kembali ditutup oleh Haseena.
Hasbi melihat saja Haseena sedang melintas jalan masuk kedalam kedai makanan yang dia sendiri tak pernah masuk kedalamnya. Didalam kedai itu kelihatan banyak orang yang sedang beratur panjang untuk memesan makanan.
“Ramainya.. Patutlah paking penuh..” Hasbi melihat gelagat orang yang ada didalam kedai itu sambil memeluk tubuhnya.
Pap!
Pintu keretanya kembali ditutup. Masuk seorang gadis berambut keperangan didalam keretanya duduk seperti kereta itu miliknya.
“Pegang ni..”
Suara gadis itu memberi arahan, Hasbi melihat satu bekas minuman yang terisi air disuakan kepada kepadanya. Sejuk tangan Hasbi memegang bekas minuman itu. Mengikut saja arahan dari gadis itu.
Siapa dia ni? Tiba-tiba masuk kereta aku. Jual tisu ke? Sekarang orang jual tisu sampai masuk dalam kereta orang ke? Ke jual air secara paksa ni?. Gadis itu sekadar santai mengeluarkan tali beg silangnya dari tersangkut pada bahunya dan membuang begnya ke lantai kereta, kearah kakinya.
“Tahu Esha, gila ramai dalam tu..” gadis itu berpaling melihat kepada Hasbi.
“Kau siapa?” tanya gadis itu kepada Hasbi. Gadis yang manis wajahnya tadi kini memasang wajah garang melihat kepada Hasbi.
“Saya?” Hasbi menunjuk kepada dirinya.
“Yealah! Kaulah, kenapa kau boleh ada dalam kereta ni. Ni air aku! bagi balik” gadis itu merampas kembali air yang ada di tangan Hasbi.
Hasbi yang kebingungan memberikan saja air yang dipegangnya semula kepada gadis itu. Kemudian dia mengangkat kedua-dua tangannya yang kosong keatas.
“Kawan saya, Eshal mana? Macam mana kau dalam kereta ni? Kau nak culik aku? kawan aku mana?” tanya gadis yang mempunyai pipi kemerahan seperti buah pic.
“Saya tak kenal kawan cik yang namanya Eshal tu.” Hasbi mengelengkan kepalanya.
“Tak kenal? Mana boleh tak kenal. Memanglah kau perompak kan? Apa awak buat dalam kereta dia? Awak culik dia ya! Saya call polis!” ugut gadis itu tanpa gentar. Dia menunduk mengambil beg silangnya yang dibaling ke lantai kereta tadi.
“Eh! Cik dah salah faham ni” Hasbi cuba menerangkan situasi sebenarnya. Tak pasal-pasal dia pula jadi takut dan serba salah. Padahal itu bukan salahnya.
“Salah faham? Tak ada maknanya! Awak ni penculik, perompak kereta orang kan. Pakai baju bukan main smart. Ni kalau orang tengok ni pasti tak percaya yang orang yang rupa macam ni, perompak!” Bebel gadis itu. Tangannya ligat mencari telefon bimbitnya dari dalam begnya. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbit itu untuk membuat panggilan kecemasan. Tapi belum pun sempat, dia nak mendail. Hasbi terlebih dahulu merampas telefon bimbit itu darinya.
“Bagi balik phone saya, dasar pencuri.!” Gadis itu menampar Hasbi secara rawak sampaikan air yang ada ditangannya berkocak dan tumpah ke merata-rata.
“Cik dah salah kereta ni. Cik, ni kereta saya.. Saya tak kenal pun cik, kawan cik yang bernama Eshal pun saya tak kenal. Cuba cik sabar. Saya ni lelaki, sekarang ni saya pula yang risau bila cik masuk kereta saya macam ni.” Hasbi menangkap kedua-dua tangan gadis itu.
Sunyi seketika. Saat mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Yang kedengaran hanyalah bunyi enjin kereta dan air yang sedang mengalir keluar dari bekasnya di tempat duduk belakang.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan di tingkap kereta Hasbi mengejutkan mereka berdua. Terangkat bahu gadis itu. Pantas Hasbi melepaskan gengaman tangannya, yang memegang pegelangan tangan gadis yang sesat masuk kedalam keretanya.
“Eshal !” jerit gadis itu. Hasbi berpaling melihat kepada satu lagi gadis yang berdiri di luar keretanya.
“Tengok kawan saya dah datang! Siap, saya viralkan awak” ugut gadis itu. menunjukkan tangannya tepat ke wajah Hasbi.
Eh! Kita pulak yang dia nak viralkan. Padahal dia yang salah masuk kereta orang. Hasbi menurunkan tingkap keretanya. Gadis yang berada di luar keretanya menunduk melihat kedalam.
“Rina! Kat buat apa dalam ni?” tanya gadis bernama Eshal itu.
“Aku buat apa? Ni kan kereta kau Eshal. Ni lelaki ni.. Dia perompak..” gadis itu menunjuk kepada Hasbi.
“Saya merompak?” Hasbi memegang dadanya. Kemudian dia bersandar dengan selesa pada kerusinya. Pening nak menyampuk lagi. Penat dia cuba membela dirinya. Tapi semua itu bahagaikan sia-sia belaka.
“Rina kau ni! Ni kereta orang lah! Kereta aku di sana” Eshal menunjuk ke depan. Berselang beberapa biji kereta di hadapan kereta Hasbi.
Terkebil-kebil gadis itu melihat kepada sahabatnya yang ada di luar. Kemudian di melihat kepada Hasbi yang sedang memandang ke hadapan. Baju yang dipakai oleh Hasbi turut diperhatikannya. Baju yang basah tersimbah dengan air minumannya semasa bergelut tadi.
Air? Mana air aku? Dia mula tercari-cari air yang sepatutnya ada pada tangannya. Kemudian dia melihat ke tempat duduk belakang dimana ada bekas minumannya, sedang terbaring disana. Bibir bawah digigit rapat. Sebelah tangannya gagah mencapai bekas yang masih bersisa air yang baru dibelinya tadi.
“Maaf encik.. saya..salah..kereta..” gagah gadis itu cuba menyuarakannya sesalnya.
“Saya dah cuba terangkan tadi, tapi cik yang melenting tak tentu pasal.” Hasbi menyua semula telefon bimbit milik gadis itu.
“Encik.. Maaf saya mati-mati ingat encik ni perompak. Saya akan bayar ganti rugi kepada encik. Baju encik, cuci kereta.. Saya janji, saja akan bertanggungjawab sepenuhnya. Encik masukkan nombor encik dalam tu saya akan cari encik untuk bayar semula ganti ruginya…. Bila saya ada duit nanti..” lambat saja ayat terakhir itu keluar dari bibir merah gadis itu.
Hasbi berpaling melihat kepada gadis yang ada di sebelahnya. Nampak gaya macam pelajar lagi, lebih kurang umur Haseena. Apalah sangat nak bayar balik semua ni. Sedangkan dia sendiri masih ditanggung oleh orang tua dia. Aku tak boleh bayang kalau Haseena pula yang ada di tempat dia, berada didalam situasi yang macam ni.
“Tak payah bayarkan. Kita selesai disini. Tapi selepas ni. Hati-hati kalau tiba-tiba masuk kedalam kereta orang yang tak dikenali. Tambah-tambah kalau orang tu lelaki. Apa yang cik kata kan tadi. Mungkin akan berlaku. Malah lebih teruk lagi, dari semua tu..” Hasbi memperingati gadis itu.
“Selesai disini? Maksudnya, apa?” tanya gadis itu tidak mengerti.
“Saya takkan menuntut apa-apa dari cik. Cik ambik phone cik ni dan kita selesai. Cuma pesan saya lepas ni, cik kena lebih hati-hati. Jangan masuk kereta orang lain terutamanya LELAKI..” Hasbi menekan bait bicaranya satu persatu sekadar untuk menerangkan kepada gadis itu.
“Okay baik pakcik.. Terima kasih..” gadis itu keluar dari kereta Hasbi dengan tergesa-gesa.
“Pakcik dia panggil aku?” Hasbi mengelengkan kepalanya. Sambil telinganya menangkap perbualan dua sahabat itu yang ada diluar.
“Terima kasih Encik.. Terima kasih..” tertunduk-tunduk Eshal yang berdiri di luar kereta.
“Kau ni Rina! Suka-suka je masuk dalam kereta orang” marah Eshal menarik tangan sahabatnya menjauh. Kecut perutnya bila melihat sahabatnya masuk ke kereta orang lain dan tak keluar-keluar dari tadi.
“Mana aku tahu. Tadi kau berenti disitu kan. Macam mana kau pergi sana pula.. Lagi pun kereta kau dengan dia sama warna..” Dia berpaling melihat ke belakang. Tapi Eshal menariknya melihat ke hadapan semula.
“Memang sama. Tapi brand tak sama kot. Kereta aku apa Honda, dia kereta apa BMW kot.. Kau ni.. Kau ingat semua kereta putih tu kereta aku ke.. Dah ramai orang kan, aku ke depanlah..” Marah Eshal menarik sahabatnya agar segera pergi dari situ.
“Siapa tu abang..?” Haseena yang baru sampai menegur Hasbi yang sedang tersengih melihat kepada gadis yang baru keluar dari keretanya mula menjauh.
“Mana tau. Jodoh kot..” Balas Hasbi melengkapkan wajahnya dengan senyuman yang menghiasi wajahnya. Di dalam hati masih bergelak sakan kepada gadis yang tak mengaku kalah pertahankan dirinya. Walaupun dari awal itu sudah salahnya.
Agak2 siapa tuh? Hihihihi.... Tqtqtq semua.. Lepas ni mungkin akan ada lock chapter.. Terima kasih semua sudi support waney.. Tq.tq.tq.. Muaahhh muahh muaahhh...
Share this novel