Ali Fattah mencebik. “Aku tak cakap aku maafkan kau, wahai Cik Fatma Hanim. Aku just cakap aku tak nak hukum kau. I’m not a God. Itu je. Jangan nak salah faham pulak,” tukasnya selamba. Tangannya dimasukkan ke dalam poket jeannya.
“Tak apa. Aku kira kau maafkan aku la tu,” balas Fatma seraya meraup wajah. Syukur lelaki itu tidak menyimpan sebarang dendam terhadapnya.
Ali Fattah melarikan pandangan. Dua perkara yang harus ditawarkan kepada Fatma sementelah tugas perempuan itu selesai terkubur begitu sahaja. Dia tidak berhak. Biarlah ianya menjadi rahsia antara tubuhnya dengan jiwanya.
“Lepas ni kau nak buat apa?” soal Fatma sekadar ingin tahu.
Ali Fattah menjungkit bahu. “Entah. Maybe aku akan jelajah satu dunia ni kut. Lagi pun, business is not my passion,” jawabnya bersahaja.
Dia tidak berminat untuk menyambung dunia perniagaan arwah Datuk Asran. Sebenarnya menjadi pengembara adalah perancangannya sebelum ini. Tetapi jika menjelajah satu dunia tanpa teman seperti naik perahu bersendirian. Boring!
“Aku doakan kau dapat kebahagiaan kau, Ali Fattah,” ucap Fatma seraya senyum.
Lelaki itu menghela nafas kemudia mengalihkan pandangan. Matanya pada wajah Fatma. Bibirnya buat kesekian kalinya mengulum senyum. Tetapi senyuman yang penuh dingin dan kepuraan semata-mata.
“Berangan!”
Fatma terpisat-pisat. Ada pula Laila cakap dia berangan. Padahal dia masih memikirkan tentang rancangan percutiannya ke Jakarta. Seronoknya! Dia ingin merehatkan minda daripada kekangan kes-kes yang telah selesai. Ini masa untuknya bergembira dan melepaskan tekanan kerja. Have fun!
“Aku tak berangan, okey? Aku dok fikir kat mana aku nak shopping nanti. Kau jangan jealous, kawan!” Fatma menayangkan sengihnya. Teruja sangat-sangat!
Laila mencebir bibir. “Tak ada maknanya aku nak jealous. Nanti belikan buah tangan untuk aku tahu. Kau pergi dengan siapa nanti?”
“Sorang,” jawab Fatma sepatah.
“Eh, bukan berdua ke?”
Kening Fatma bertaut. “Huh?”
“Pergi tengok kat luar rumah siapa yang tunggu kau tu,” arah Laila sebelum berlalu ke dapur. Di hujung bibir dia mengukir senyum. ‘Bertuahlah kau, Fatma ada orang nak temankan hati kering-kontang kau tu!’
“Eh, Ali? Kau buat apa kat depan rumah aku ni? Macam mana kau tahu rumah aku ni?” soal Fatma agak terkejut dengan kewujudan Ali Fattah di depan rumahnya. Tiba-tiba pula tu!
Share this novel