BAB 21

Short Story Completed 93520

Loceng rumah berbunyi namun Ratna tidak berbuat apa.

Diyaa angkat tubuh dan rapat ke pintu.Bila dikuakkan wajah Eiyad muncul.Sejak kejadian itu, dia bermalam di situ, menemani Ratna bila Arjuna masih berada di hospital.Dengan keadaannya yang sarat, Ratna tidak dibenarkan untuk menunggu Arjuna.Hanya Andika dan Eiyad yang bergilir.

Walaupun kesan daripada kejadian itu membuatkan Arjuna hampir hilang nyawa buat kali kedua tapi sebabkan pihak hospital sarankan dia berehat lebih lama di hospital bagi memulihkan semula kesihatannya.

"Ratna dah makan?"soal Eiyad perlahan.

"Sikit"Diya pandang Ratna.

"Saya rasa Ratna rindukan Arjuna.Kita bawa dia pergi hospital sekejap"cadang Diya.

Eiyad angguk.

Eiyad duduk di depan Ratna dan Diya melabuhkan punggung di sisi Ratna.

"Ratna?"seru Eiyad.

Ratna angkat wajah.Seperti kata Diya, diri Ratna nampak benar-benar kosong.Dia pandang Diya dan bila Diya senyum,dia sedia.

"Saya baru balik hospital.Doktor kata Arjuna masih dalam pemantauan lagi.Doktor nak betul-betul tak ada sebarang pendarahan berlaku lagi.Jadi doktor tidurkan dia dulu.Ratna nak ikut saya pergi ke hospital?"

Ratna mengangguk.Dia terus bangkit tapi langkahnya mati bila loceng rumah itu berbunyi lagi.

"Kau duduk dulu, ya? Aku bukakan pintu"Diya berlalu ke pintu bila Ratna duduk.

Tak lama, dia kembali duduk di sisi Ratna.Muncul wajah yang dia tidak pernah kenali dihadapannya.Tetapi cukup dikenali oleh Eiyad.

"Apa khabar, Ratna?"soal Afrina.Matanya jatuh pada perut Ratna yang sudah sarat.

"Baik, awak ni Rina ya?" Ratna cuba menekan tenang.Dia tahu, Afrina adalah orang yang nak berkahwin dengan Arjuna dulu.

Bila dilihat Afrina seperti ada sesuatu yang terbuku dihati wanita itu.

"Saya tak tahu nak cakap apa,Ratna.Tak tahu kat mana silap saya.Saya betul-betul susah nak percaya apa yang jadi pada Arjuna"luah Afrina.

"Saya silap Ratna.Saya silap percaya pada orang yang hanya nak balas dendam pada Arjuna.Saya bersubahat dengan Arwah Raiqal untuk balas dendam pada Arjuna".

Ratna alihkan pandangan.Dia renung mata Diya.

"Maafkan saya Ratna"ucap Afrina.

Dia benar-benar telah berubah.Kifarah Allah beri itu cukup mudah.Dia mengalami keguguran ketika malam dia dapat tahu yang Raiqal mati ditembak.Dia cemburu melihat perut Ratna, kerana itu anak hasil hubungan yang halal dan cinta seorang lelaki bernama Arjuna.

"Saya minta maaf Ratna.Selama Ni, banyak benda yang berlaku pada awak dan Arjuna disebabkan saya dan Raiqal"ucap Afrina.

Tiada guna dia menepis permohonan maaf kerana semua ni sudah ditentukan oleh Allah SWT.

"Dalam apa jadi sekarang.Saya percaya peluang yang kedua Allah bagi pada awak supaya awak benar-benar menyesali perbuatan awak.Saya bagi pihak suami saya, saya tak nak berdendam dengan awak"ucap Afrina.

"Terima kasih Ratna, terima kasih sebabkan maafkan saya.Saya janji saya takkan kacau hidup awak dengan Arjuna lagi.Saya tak nak ada sesiapa sakit lagi sebab saya"kata Afrina.

Ya...tiada lagi yang tersakiti atau disakit lagi.Bukan hanya dia yang tunduk minta maaf tanpa dia tahu apa silapnya.

"Sama-sama"

Aku tidak mahu menghukum kerja tuhan.Cukuplah perjalanan aku untuk bahagia itu sudah cukup sulit.

Manusia harus hargai kehidupan ini sebelum mereka ke destinasi cinta Abadi.

*******

Bunga ditabur diatas kubur.Doa dipanjatkan semoga roh ini tenang dialam sana.Dia memandang tanah perkuburan itu sebelum jalan perlahan ke arah kereta sambil dipimpin oleh Indah.

"Mesti seronokkan kalau arwah ada lagi?"soal Indah.

"Mestilah seronok ni akan jadi cucu sulung keluarga Haji Baharin.Tapi Allah lebih sayangkan dia.Kita doakan dia bahagia dekat Sana"

Eiyad berdiri dipintu kereta menunggu Ratna.

"Ratna nak pergi hospital?"

Ratna angguk.

"Along jaga diri.Perut tu makin besar.Bila-bila masa boleh beranak.Abang Juna pun dah sedar.Insyallah dia akan pulih.Cuma ambil masa.Apa pun, Indah doakan yang terbaik buat along dan Abang Juna.Nanti hari isnin Indah dan Mak akan turun KL"kata Indah.

"Okay along ajak duduk KL tak nak?"soal Ratna.

Indah senyum.

"Macam along tak kenal Umi.Mana boleh dia tinggal cinta hati dia dekat sini"

Senyuman Indah kelam.Dia lihat Ratna senyum dengan mata berair.

"Jangan sedih macam ni.Okay akak kena kuat"kata Indah.

Ratna ketap bibir.

"Abang Eiyad jaga kak long ya.Apa-apa call Indah tau?"soal Indah pada Eiyad yang senyap dari tadi.

"Don't worry.Nanti sampai sana saya inform dekat Indah.Kami gerak dulu.Asalamualaikum..."ucap Eiyad pada Indah.

Kereta Eiyad menghilang dari pandangan mata Indah.

*******

Biarpun hanya diberi keizinan untuk memandang Arjuna dari pintu kaca, dia juga sudah berpuas hati.Mata Arjuna merenungnya, dia senyum.Dia nampak titisan jernih yang jatuh melalui mata lelaki itu.

Ratna menggeleng perlahan.Dia senyum tipis.Arjuna masih memerlukan masa untuk memulihkan badannya semula kerana kesan daripada ditidurkan itu membawa efek pada badannya yang selama ini aktif.

Dia menunjukkan sesuatu kepada Arjuna.Sekeping foto scan anaknya pada Arjuna.
"Kami sayang Abang"ucap Ratna pada Arjuna.

Arjuna angguk beberapa kali.Dia tahu Ratna derita sepanjang ketiadaannya.Setiap hari Eiyad akan memberitahu perkembangan Ratna padanya.Dia sedih sekali setiap kali Eiyad bercerita tapi dia tidak mampu berada dekat dengan isterinya.

Dia nampak Ratna menunjukkan perut yang sudah sarat.Kemudian Ratna menulis sesuatu pada kertas dan ditunjukkan pada Arjuna.

"Anugerah kita"

Arjuna angguk dan senyum manis.

Kali ini air matanya jatuh menitis.Arjuna tidak dapat berkata apa-apa.Arjuna tahan tangis hingga akhirnya lebat juga turun.

Anugerah untuk mereka.Menjadi simbolik kasih Arjuna untuk Ratna.

Ratna telah banyak kali mengampunkan segala silap dan dosanya.

Ratna rasa sakit tiba-tiba dibawah perutnya.Kertas ditangannya terlepas di lantai.Dia memandang wajah Arjuna.Arjuna tidak dapat nak tolong isterinya kerana batas pergerakannya.

"Eiyad tolong Ratna"ucap Arjuna pada Eiyad yang duduk tidak jauh darinya.Eiyad bergegas keluar dari wad dan mendapatkan Ratna yang terduduk.

"Kenapa ni Ratna?"soal Eiyad pada Ratna yang menahan sakit.Eiyad melihat air ketuban Ratna sudah pecah.

"Nurse...nurse"jerit Eiyad kuat.Jururawat bergegas datang membantu Eiyad mengangkat Ratna.

Arjuna yang berada dikatil mengetuk dirinya kerana tidak dapat membantu isterinya.Eiyad masuk semula ke dalam wad Arjuna.

"Kenapa dengan Ratna?"soal Arjuna.

"Dia dah nak bersalin"ucap Eiyad.Arjuna cemas mesti Ratna nak dia temankan dalam wad bersalin.

"Bawa aku jumpa dia Eiyad"kata Arjuna.

"Tak boleh kau masih tak boleh keluar dari wad.Macam ni apa kata kau buat video call untuk Ratna"Eiyad memberi cadangan.

********

Ratna sudah berpeluh-peluh dari tadi kesakitan itu menusuk setiap badannya.Dia rasa tiada tenaga untuk meneran lagi.Muncul Datin Habsah didalam wad bersalin memegang tangan menantunya.

"Mengucap Ratna.Arjuna ada dengan kamu" ucap Datin Habsah pada Ratna sambil dia memegang telefon untuk Arjuna melihat proses bersalin Ratna.

"Sayang...kuat sayang..Abang ada dengan sayang.Sayang.."ucap Arjuna memberi kata semangat kepada Ratna.

Ratna cuba meneran sekali lagi tapi dia rasa tak mampu.

"Puan sila teran lagi sekali lagi.Kepala anak dah nampak.Kuat semangat Puan banyak selawat"kata doktor.

Arjuna cemas melihat Ratna sudah pucat."Sayang...nak jumpa abangkan.Sayang janji nak bawa anak kita jumpa Abang.Sayang kena kuat.Sekali lagi"ucap Arjuna dalam panggilan video.

Ratna menarik nafas dalam-dalam.Dia meneran sekuatnya.Bunyi tangisan bayi itu melegakan Ratna.

"Alhamdulillah.Tahniah Puan dapat anak lelaki"kata doktor itu memotong tali pusat dan diletakkan di dada Ratna.

Arjuna mengalirkan airmatanya."Ya Allah terima kasih atas anugerah Ni.Terima kasih sayang"ucap Arjuna pada Ratna.

Panggilan itu ditamatkan.Eiyad memeluk tubuh sahabatnya itu.

"Tahniah dah jadi Ayah "ucap Eiyad sambil mengesat airmatanya.

Arjuna hanya mampu tersenyum melihat air mata jantan Eiyad tumpah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience