MALAM itu, Airra hanya mengenakan baju kurung cotton dan bercorak bunga kecil berwarna biru muda. Rambutnya yg panjang separas pinggang itu dibiarkan mengurai. Secalit lipstik menghiasi bibir mungilnya.
Dia tdk mahu terlalu menonjol kerana pertemuan ini hanyalah utk menutup keresahan ibu dan ayah. Petang tadi, sesudah sampai ke rumah, dia sudah awal-awal memesan Akief supaya tdk menghebohkan mengenai peristiwa dia dilanggar. Dia tdk mahu ibu dan ayah risau akan keadaannya. Akief pd mulanya enggan bersetuju dgn permintaannya namun apabila dikaitkan dgn ibu dan ayah, automatik Akief menerima keputusan Airra meskipun wajah itu kelihatan terpaksa.
" Cantiknya adek!" puji Akief. Matanya bersinar-sinar memandang tampang Airra. Meskipun tdk mengenakan heavy make-up, namun wajah itu tetap manis pada pandangannya. Agaknya kalaulah si Airra itu bukan adiknya, sudah pasti dia akan menjadi lelaki pertama yg beratur utk mengenalinya. Padan sajalah si Ashraf begitu berkehendakkan Airra.
" Menonjol sangat ke long?" Airra mulai resah. Risau jika ibu dan ayah menyangka dia begitu teruja dgn pertemuan ini. Padahal, Allah sahaja yg tahu hatinya.
" Taklah menonjol. Tapi adek tetap nampak cantik! Mana adek dpt baju kurung ni?" Seingat dia ,tdk pernah Airra mengenakan baju kurung tersebut selama ini.
" Tak tahulah long. Adek jumpa dlm kotak kat almari tu. Adek tengok cantik, adek pakai je. Tak sangka pulak baju ni memang ngam ke badan" Airra tersengih. Baju kurung tersebut nampak familiar tetapi dia tdk tahu di mana dan bagaimana dia pernah nampak baju tersebut. Seolah-olah ada kenangan manis yg pernah tersimpan di sebalik baju kurung itu.
Akief mengerutkan dahi. Dia juga spt pernah nampak baju tersebut. 'Jangan-jangan ni baju yg pernah Azrul bagi'. Akief berasa tdk enak hati.
" Dah siap ke semua?" tanya ayah sesudah menuruni anak tangga. Ibu di sebelah nampak elegan mengenakan kaftan berwarna hijau muda. Dipadankan dgn shawl chiffon, membuatkan ibu kelihatan muda dari umur.
" Dah ayah" Sahut Airra.
" Ni kan baju..." Puan Zahara hendak menyambung bicaranya namun melihat signal gelengan dari Akief, dia tdk jadi hendak meneruskan ayatnya.
" Baju apa bu?" Airra mengerut dahi. Encik Alias sudah ke garaj, mendapatkan keretanya.
" Tak. Takde apa-apa. Jom. Kita dah lewat ni" Puan Zahara usir segera perasaan tdk enak itu. Tdk mahu terus-terusan memikirkannya. Risau akan mengganggunya sepanjang pertemuan nanti.
Airra mengetap bibir. Dia tahu, satu keluarga menyembunyikan sesuatu daripadanya. Namun dia tdk mampu utk menebak kebenaran itu. Tdk mengapa. Dia masih punya masa. Dia akan merungkai sendiri kebenaran yg selama ini dirahsiakan oleh keluarganya.
ASHRAF memberhentikan kereta di hadapan restoran bertaraf lima bintang itu. Enjin kereta dimatikan. Dia mengeluh berat. Sekejap lagi, dia akan bertemu dgn bakal isterinya, calon menantu umi. Apakah yg harus dilakukannya? Topik apa yg akan diutarakan? Paling penting sekali, bersediakah dia dgn perjumpaan ini?
Ashraf sengaja tiba lewat malam itu. Dia tdk mahu kelihatan terlalu ghairah dgn pertemuan ini. Nanti umi dan abahnya menyangka bahawa dia senang dgn aturan jodoh ini. Sedangkan dia hanya menurut permintaan umi dgn rasa terpaksa. Oleh sebab itu, dia sengaja membiarkan umi dan abah bergerak dahulu.
Bunyi notifikasi menembusi ruang handphonenya. Mesej dari umi diterima. Dibuka kotak mesej tersebut.
' Raf mana? Kami semua dah sampai. Keluarga mereka pun dah sampai. Raf jangan nak buat malu umi pulak! '
Ashraf mengeluh. Kunci kereta ditarik. Dia menapak keluar dari perut kereta. Seketika, dia melihat pantulan dirinya melalui cermin kereta. Walaupun agak gelap, namun bayangannya masih dapat ditilik. Baju lengan panjang berwarna biru muda dipadankan dgn seluar slack berwarna hitam. Janggutnya yg tersimpan rapi, menambahkan lagi auranya malam itu. Dia hanya membetulkan sedikit imejnya itu.
Nak jumpa dgn bakal keluarga mentua, kenalah kemas dan rapi! Walaupun bukan pilihan hati dia. Kena tunjukkan karisma yg dia ada. Setelah berpuas hati dgn penampilan diri, Ashraf bergerak memasuki restoran tersebut. Lehernya dipanjangkan dan sekejap saja dia sdh bertentang mata dgn umi.
Datin Hamidah melambai tangan dari jauh. Ashraf sempat menghela nafas sebelum mengatur langkah mendekati mereka. Dari jauh, dia dapat melihat sepasang suami isteri mengenakan busana berwarna hijau. Ehhhh, kenapa wajah si ayah mirip Airra? Wajah wanita yg separuh abad itu seakan-akan dia kenal tapi dia ingat-ingat lupa. Takkanlah mereka ini keluarga Airra? Ashraf bermonolog sendiri.
Dia dapat melihat seorang lelaki dan seorang perempuan duduk bertentangan dgn pasangan suami isteri tadi. Disebabkan posisi duduk mereka membelakanginya, dia tdk dapat melihat wajah itu sehinggalah derap kakinya berdiri betul-betul di sebelah gadis itu.
Airra menggigit bibir. Dia tdk mahu menoleh ke sebelah. Debaran di hati kian terasa. Wajahnya terasa panas. Akief mengangkat kepala memandang lelaki itu. Dia hampir menjerit, namun mampu dikawal saat itu. Ashraf! Melihatkan Airra yg terkaku, dia jadi tdk berani utk mengkhabarkan perkara itu. Sudahnya dia hanya terdiam.
"Sorry, lambat sikit. Ada kerja sikit tadi di hospital"
Airra mengerut dahi. Suara itu spt sdh lali di perdengarannya.
Lantas, dia menoleh. "Doktor Ashraf!"
Ashraf menoleh. Sungguh, dia tdk menyangka dgn kehadiran Airra di situ. Jika betullah Airra itu pilihan uminya, maka dia sdh bersetuju dgn hati yg terbuka.
" Ehhhh, korang kenal ke?" Datin Hamidah pelik. Dia keliru dgn keadaan tersebut. Ashraf tersenyum panjang. Airra kaget. Ini ke anak mak Datin?
" SAYA tak pernah sangka awak orangnya. Patutlah umi berkenan sangat. Rupanya citarasa umi sama dgn saya"
Airra tertunduk malu. Malu kerana pernah menolak lelaki ini dgn bermacam-macam alasan. Tolak punya tolak, ke pangkuan Ashraf juga dia kembali.
Ashraf merapatkan diri ke Airra, sehinggakan lengan mereka sempat berlaga. Airra tersentak.
" Doktor jangan nak ambik kesempatan. Nanti saya tak bersetuju dgn aturan ni.." Airra mula mengugut. Takut pula dgn kelakuan Ashraf yg tiba-tiba itu.
Ketawa Ashraf meledak. Dia hanya ingin mengusik Airra. Tdk mungkin dia ingin berlebih-lebihan. Dia begitu menghormati Airra dan ikhlas ingin bersama gadis itu.
" Saya bergurau je Airra. Janganlah risau" Ashraf berdiri di hadapan Airra. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Tampang Airra ditatap. Kini, perasaannya semakin mendalam terhadap gadis itu. Dia sdh hampir berputus asa dgn perasaannya namun takdir Allah menulis sebaliknya. Kini gadis pujaannya berada betul-betul di hadapannya, sedang direnung dgn penuh kasih sayang. Dia tdk akan melepaskan Airra pergi lagi.
Airra yg sedang tersandar elok di bahu kereta, pantas menukar posisi kerana tdk selesa dipandang sebegitu oleh Ashraf. Pandangan lelaki itu menikam kalbu, menjerat dia ke dalam lembah asmara. Dia hampir tergoda dgn sepasang mata hazel itu.
Pergerakannya terbatas kerana Ashraf terlebih dahulu mengunci dia. Dia tdk mampu bergerak ke mana-mana. Dia hendak menjerit ,tapi risau suaranya akan terdengar di kejiranan tersebut. Kecoh pula jadinya nanti.
" Awak jangan nak macam-macam! Nanti ibu tengok, haaaaa... " Airra main ugut lagi. Sudahlah mereka sekarang berada di hadapan rumahnya. Buatnya ibu atau ayah, ataupun along menjenguk, mahu diteriaknya mereka berdua di situ.
Ashraf mendekatkan wajahnya ke wajah Airra. Dia tersenyum apabila Airra menggigil ketakutan sambil menutup matanya rapat-rapat.
" Awak main lagi ugut-ugut, cakap tak nak kawen dgn saya, saya takutkan awak macam ni lagi" tukas Ashraf.
" Ye, saya tak buat lagi" Airra separuh merintih. Dapat dia rasakan nafas halus Ashraf menampar lembut pipinya. Dia meremang. Lelaki yg satu ini pandai menggoda.
Ashraf menahan gelak. Dia berundur sedikit ke belakang. Dia tdk berniat apa-apa. Hanya ingin mengusik Airra yg galak mengugutnya. Dia juga tdk berani berlama-lama spt itu dgn Airra. Bimbang jika kehendak yg satu itu menguasai dirinya.
" Okey-okey. Saya tak buat lagi dah"
Airra mencelikkan matanya perlahan-lahan. Bimbang juga jika lelaki itu menipunya. Pun begitu, dia berlagak selamba setelah sedar Ashraf hanya ingin mengusiknya.
Sepi. Utk sesaat. Dua saat. Tiga saat. Ashraf menyandarkan kembali badannya ke bahu kereta, bersebelahan Airra. Terlalu banyak perkara baik berlaku hari ini ,terutama sekali apabila dia dijodohkan dgn Airra. Itu adalah antara perkara terbaik yg pernah berlaku dlm hidupnya.
"Saya ada permintaan" suara Airra mengembalikan dia ke dunia nyata. Ashraf membuang pandang ke wajah Airra.
" Permintaan apa?"
Airra menarik nafas sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Dia sdh merangka rancangan ini sebelum ini.
" Tolong pikat saya"
Ashraf tersentak, tdk mampu utk mencerna maksud di sebalik kata-kata Airra.
AZRUL mendengus. Dia meraup wajah beberapa kali. Tadi, setelah berjanji utk bertemu dgn Ayuni di sebuah restoran bertaraf lima bintang, dia sempat bersua muka dgn Airra yg berdiri di hadapan tandas. Fikirnya, Airra akan mengenali dan menyapanya. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Airra berlalu pergi tanpa menegurnya. Dia hampa. Adakah semudah itu Airra melupakan cinta mereka? Ya, dia memang sdh pergi dari hidup Airra selama empat tahun tetapi tdk sekalipun keselamatan gadis itu terlepas dari pandangannya.
" Saya janji akan setia dgn awak sampai bila-bila tak kira apa pun yg jadi. Jangan tinggalkan saya ye?"
Kata-kata Airra terngiang-ngiang di cuping telinganya. Dia menggenggam penumbuk. Air mata yg banyak kali sudah ditahan, gugur juga pada akhirnya.
" Mana janji awak Airra? Mana janji awak utk setia pada saya tak kira apa pun jadi? Kenapa Airra?"
Azrul terduduk di lantai. Angin yg menyapa lembut menenangkan hatinya yg berduka lara saat ini. Dia sempat mengekori Airra sehingga gadis itu pulang. Tdk disangka, Airra sdg bermadu kasih dgn lelaki lain. Mereka sgt mesra, bahkan spt sepasang kekasih. Dia cemburu, tdk mampu menerima kenyataan bahawa penggantinya sdh Airra temui. Semudah itu Airra melupakannya. Sudahlah baju kurung yg dipakai Airra utk keluar dgn lelaki itu adalah pemberian daripadanya. Sampai hati awak Airra!
" Airraaaaa" Dia merintih dalam kesenyapan. Hanya air mata yg setia di sisi saat ini. Selama empat tahun dia cuba bertahan tanpa Airra di sisi. Selagi ugutan daripada Ayuni masih hidup, selagi itulah dia tdk bisa memiliki Airra dgn tenang. Sekarang Airra sdh berpaling kasih. Utk apa dia terus hidup lagi? Dia terseksa menyaksikan bahagia Airra dgn lelaki lain. Meskipun doanya tak pernah putus buat Airra, tapi hatinya tetap sakit dgn keadaan ini.
Dia mengenali lelaki itu. Lelaki yg sama menyelamatkan Airra petang itu daripada dilanggar. Pantas saja tampang lelaki itu cemas, rupa-rupanya mereka sdg menyulam benang asmara.
Haruskah dia melepaskan Airra pergi tanpa membuka pintu kebenaran kepada gadis itu? Dan kuatkah dia melihat Airra di samping lelaki lain? Namun apakah dia tega utk menghancurkan kebahagiaan Airra? Buat kesekalian kalinya, dia tewas pada keadaan diri.
"TOLONG pikat saya" Kata-kata itu terngiang-ngiang di pendengarannya. Bersatu dgn alam, ianya bergema di segenap ruang. Ashraf tersenyum. Permintaan yg agak pelik pada pengamatannya. Teringat dia akan perbualan mereka tadi sebelum dia pamit utk pulang.
" Bagi saya sebab"
" Does a doctor always need a reason for something?"
" Yes. They do"
" Fine" Airra berjeda. Dia terdiam seketika, mengatur ayat yg paling tepat utk diutarakan kpd lelaki itu. Ashraf bukan lelaki sebarangan, yg senang diperkotak-katikkan. Kalau salah tingkah, lelaki itu bijak mengenakannya kembali.
" Sejujurnya, saya belum ada apa-apa perasaan pada awak saat ni. Perasaan saya, hati saya, semuanya kosong. Saya tak tahu apa yg pernah terjadi pada saya di masa lampau. Sebab saya masih mencari kebenarannya. Selagi saya tak jumpa apa yg saya cari, selagi tu lah saya tak berani nak janji apa-apa pada awak. Tapi, awak boleh terus pikat saya masa tu. Like you said, saya akan kalah jugak dgn cinta awak satu hari nanti. So, prove it to me"
Ashraf tersenyum. Dia tahu, Airra mencabar dan mengujinya. Tapi dia tdk akan berputus asa. Cinta Airra akan diraih. Kasih Airra akan ditagih biarpun dia harus mengemis. Kerana ini adalah cinta pertamanya. Tak semudah itu dia akan melepaskan Airra pergi.
Ketukan demi ketukan di pintu menyentakkannya. Ashraf meluru ke pintu dan memusingkan tombol. Terpacul wajah umi di situ. Siap dgn senyuman melebar lagi! Dia tahu apa yg umi inginkan.
Pintu bilik dibuka selebarnya. Umi dijemput masuk. " Raf tahu apa yg umi nak"
" Tell me. Macam mana you kenal Airra? Rasanya umi tak pernah lagi kenalkan you berdua kan? Weird"
Ashraf tersenyum. Melihatkan umi sdh melabuhkan punggung ke kerusi, dia terus meluru ke balkoni. Punggung turut didaratkan bersebelahan umi.
" Actually, she was my patient"
Datin Hamidah mengangkat kening. Seingat dia, Airra menghidap penyakit amnesia spt yg didakwa oleh Puan Zahara.
"Ohhhh you lah doktor dia" Baru sekarang Datin Hamidah faham. Dari situlah mereka berkenalan.
" Yup. And that's how we got to know each other. And out of your concern, she is the girl that I told you that day"
" Pardon?" Datin Hamidah kurang mengerti. Gadis apa yg pernah diberitahu Ashraf kepadanya?
" Umi ingat lagi tak, Raf pernah cakap yg Raf ada pilihan hati sendiri. And we argued about this a few days ago? She's that girl"
" Ohhhh patutlah you defend kan sgt girl you masa tu. Rupanya orangnya cantik. Looks like we have same taste"
" Yes. And bila Raf tahu dia pilihan umi, Raf rasa macam beban kat bahu ni hilang serta-merta. I'm so happy mi. Takdir Allah merubah segalanya. Thanks to umi. Sebab you pilihkan gadis sebaik Airra utk Raf. I was almost give up on her. Macam tak percaya semua ni terjadi dlm sekelip mata" Ashraf tdk habis-habis bersyukur atas apa yg terjadi. Dia harapkan penghujungnya berakhir dgn kebaikan.
"Umi tak sangka yg Raf dah kenal dia before. Tapi apa pun, umi bersyukur sebab you jatuh sayang pada orang yg betul. Umi pray the best for you" tutur Datin Hamidah ikhlas sambil menggosok-gosok belakang tapak tangan Ashraf.
" In Shaa Allah mi. Thanks for that. But mi, umi tahu apa-apa tak pasal masa silam Airra?" Tiba-tiba dia teringat akan hal itu.
Datin Hamidah mengerut dahi. Seingat dia ,tdk pernah Puan Zahara bercerita apa-apa mengenai masa lampau Airra kepadanya kecuali...
" Puan Zahara cuma pernah cakap yg Airra pernah ada kekasih. Tapi umi tak tahulah macam mana pengakhiran dia"
Ashraf terdiam. Ada sedikit rasa cemburu. Namun segera dia tepis. Itu adalah masa lampau Airra. Sekarang Airra sudah hampir menjadi miliknya. Dia hanya harus terus bersabar dan berdoa agar jodohnya ada bersama Airra.
" Umi pernah jumpa dia?"
" Pernah tapi sekali je. Orangnya hensem. Macam pelakon Bollywood tu. Salman Khan" Bersungguh-sungguh dia memuji. Ashraf terdiam.
" Kenapa you tanya?"
" Ohh takde apa-apa. Saja"
Ashraf mula memasang rancangan. Dia harus mencari tahu akan masa silam Airra. Kalau tdk melalui ibu atau ayah, dia pasti Akief ada menyimpan rahsia tersebut.
Share this novel