BAB 1

Crime Series 20796

TERGAMAM.

Pisau diangkat. Mulut di pekup dalam keadaan menggeletar. Segalanya berlaku dalam sekelip mata, sahaja dan tidak dirancang. Sisa darah yang ada pada hujung runcing pisau, berterusan mengalir lalu menitis pula ke tanah.

"Awak... Saya dah tiada masa lagi...” ujar lelaki bertampang memucat itu dalam pelukan si gadis. Makin laju kepala si gadis yang semakin keliru itu digelengkan.

Teramat tergamam!

"Ya Allah awak! Tolong! Tolong!" teriak si gadis masih lagi memegang tubuh yang semakin tidak bermaya itu. Wajah memucat. Bertambah-tambah pucat, membuatkan si gadis semakin meraung dan memeluk kepala yang makin lembik di dadanya.

Habis kedua-duanya dibanjiri darah nan merah pekat. Memangku kepala kekasih hati yang cuba juga untuk tersenyum sambil tangan pula diangkat, walau kian lemah. Penuh denga darah dari perut.

Sedaya-upaya diletakkan atas lengan si gadis dan membuatkan gadis itu, semakin diasak rasa bersalah. Dia menunduk dan sekali lagi memekap tangannya pada perut yang semakin di hiasi cecair pekat serta likat berwarna merah gelap.

Makin dia menekan, makin membuak darah keluar dan mengalir ke tanah.

"Tidak, bukan aku yang lakukan!" nafinya secara tiba-tiba. Kepala dari menunduk melihat keadaan luka pada perut sang kekasih kini dipanggungkan lalu tajam menancap ke arah pisau yang berada dekat dengan kaki, laju kakinya menendang pisau itu agar menjauh darinya.

Tergeleng-geleng.

"Nea." Panggilan itu diiringi sentuhan lembut atas bahu figura tersebut. Suara lirih terhenti. Perlahan-lahan figura itu menoleh dan memandang ke arah sisinya. Tatkala mata keduanya bertatapan, lelaki berkacamata itu mengukirkan satu senyuman.

Dia kenal akan senyuman dan lirikan mata itu. Figura bergaun putih itu terus mengengsotkan tubuh sedikit mara ke depan dengan membawa bersama seseorang dalam pangkuannya itu.

"Nanti dulu..." Pinta lelaki berkaca mata itu dengan memaut lengan gadis bernama Nea.
Nea meronta-ronta ingin dilepaskan namun pegangan tersebut dipereratkan lagi.

“Kau nak apa lagi, hah? Puas hati kau!” Nea terus menengking. Dan lelaki berkacamata itu menguatkan lagi cengkaman pada bahu. Nea tetap meronta dengan sekuat yang mungkin agar bahu terlepas dari pegangan erat lelaki tersebut.

“Nanti dahulu, Nea. I tak habis lagi dengan you. Ya, memang I puas hati sebab dia mati di tangan you, sayang... bukannya I...” sahutnya dengan nada menyindir.

Makin berbahang telinga gadis itu kini. Makin tajam dia merenung pisau yang dia tendang sedikit jauh tadi.

Jari telunjuk tegak atas bibir sebagai isyarat diam dahulu, pada seseorang yang hanya dia seorang saja nampak. Dia masih tidak berpuas hati lagi.

Nea perlu diajar!

“Jadi sekarang, apa yang kau nak lagi dari aku? Aku dah tiada apa-apa lagi, kau tahu tak?” tukas Nea menggigil badan menahan asakan amarah.

“Aku nak kau!”

“Argh!” pekik Nea terus meluru ke depan lalu susuk tubuh yang sedang tersenyum di hadapan, terus dia cekik serta menggoyang-goyangkan tubuhnya.

“Aku bunuh kau!”

“Aku bunuh kau!”

“Aku bunuh kau!”

“Warden! Cepat! Dr. Sara kena serang!”

“Aku bunuh kau jahanam! Aku benci kau!” pekik Nea masih lagi mencekik leher doktor muda yang baru sahaja mengambil kes di tempat kerja barunya itu.

Di pandangan mata gadis berambut ikal mayang namun kian mengusut, pakar psikoterapi itu adalah lelaki bernama Jeff. Memandangkan dia memakai kacamata yang sama bentuknya.

“Aku nak kau sayang...” Ulang suara yang hadir dari dalam otak celarunya.

“Diam aku kata!” pekik Nea lagi.

Bunyi derapan tapak kasut berlari makin dekat bunyinya. Nea dapat mendengar namun suara-suara itu mengaburi.

"Aku nak kau sayang!"

"Nea sayang, kenapa tikam abang?"

"Nea..."

"Nea..."

"Argh! Mati kau!" pekik Nea terus menguatkan lagi cekikan pada batang leher gadis yang juga berambut ikal itu. Dia tidak menyangka pada hari ini, Nea bertindak agresif sedangkan sudah dua hari dia berada dalam pusat mereka.

Dia hadir untuk menjalani sesi psikoanalisis kali kedua namun di serang.

“Ya Allah! Nea! Lepaskan Dr Sara!” pekikan Ketua Warden bergema dalam kubikel bernama bilik gelap.

Makin ditengking semakin Nea menguatkan cekikan. Terawang-awang tangan figura bergelar pakar psikoterapi dek kekurangan oksigen akibat saluran pernafasan tersekat. Wajah menjadi pucat.

Jenuh empat orang Warden cuba meleraikan mereka berdua. Tenaga Nea, gadis yang sepatutnya dipakaikan baju pasung atau straitjacket itu, ternyata kuat.

Biar pun tubuh kelihatan kurus serta kekurangan banyak zat kerana dari hari mula dia di masukkan ke situ, dia langsung tidak mahu menjamah makanan walau sebutir nasi.

Dan susuk tubuh itu, di masukkan ke pusat tersebut di atas arahan pihak mahkamah untuk pemeriksaan mentalnya di atas dakwaan membunuh. Dan sekiranya dia di dapati mempunyai masalah, dia akan dilepaskan dari hukuman gantung mandatori 302 namun akan di masukkan ke pusat.

“Lepaskan Dr Sara, Nea! Lepaskan Dr Sara, dia bukan Jeff!” celah satu suara yang hadir dari arah belakang. Ketua Warden sekali lagi bersuara dalam masa yang sama dia cuba mendekat.

Bantuan masih lagi belum tiba. Wajah Dr Sara semakin pucat-lesi. Awangan tangan juga kian perlahan. Kesemua yang berada di situ resah. Nea masih lagi berdegil. Mulut dan tangan sama naik.

“Aku bunuh kau! Aku bunuh semuanya!” jerit Nea bukan makin mengurang sikap agresif dia, malah bertambah. Apatah lagi setiap kali nama, Jeff suara itu berulangkali menyebutnya.

"Aku bunuh kau, Jeff! Aku bunuh kau!" Leher Dr Sara bukan sahaja dicekak malahan dihenyak-henyak. Nea semakin di rasuk kata-kata dari minda celarunya.

Wajah Dr. Sara semakin memucat.

“Nea Ameera, dia bukan Jeff... Itu Dr Sara. Tolong lepaskan dia Nea...” pujuk suara itu.

Misi Alya hadir dengan beberapa picagari di tangan beserta straitjacket. Misi Alya memberi isyarat mata kepada Warden yang ada di situ, agar cuba menarik perhatian Nea.

Memudahkan untuk dia menyuntik picagari ke leher gadis yang sedang melakukan self defense mechanism, tersebut. Salah-seorang Warden yang berdekatan melangkah ke sebelah kanan betul-betul menghadap muka Nea.

Manakala Ketua Warden bersiaga dengan straightjacket. Usai sahaja Misi Alya menyuntik dia akan menyarungkan straightjacket ke tubuh Nea. Kiri dan kanan sudah ada Warden.

"Aku bunuh kau Jeff! Aku bunuh! Aku bunuh semuanya. Baru puas hati aku."

"Nea sayang, sampai hati bunuh abang sayang..."

"Nea Amera!"

"Nea, kau bunuh! Dia punca segalanya. Kau mesti bunuh dia. Kau tak sakit Nea. Tapi mereka-mereka itu mahu kau sakit!"

"Nea... Nea..."

"Aku bu..." Kata-kata kasar terhenti. Laju Nea berpaling wajah pada Misi Alya. Picagari masih terpacak pada leher kerana tidak sempat mahu mencabutnya. Misi Alya terus mendapatkan Dr Sara yang terduduk.

Nea di pegang dengan mudah. Ketua Warden terus menerpa lalu menyarungkan straight jacket dan membeliti tubuh Nea. Pandangan Nea makin samar. Usai memasang serta mengikat baju pasungan, Nea di bawa kembali ke pembaringan.

Dan sekiranya dia di dapati mempunyai masalah, dia akan dilepaskan dari hukuman gantung mandatori 302 namun akan di masukkan ke pusat. “Lepaskan Dr Sara, Nea! Lepaskan Dr Sara, dia bukan Jeff!” celah satu suara yang hadir dari arah belakang. Ketua Warden sekali lagi bersuara dalam masa yang sama dia cuba mendekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience