BAB 10

Humor Completed 6566

"Kakak.." panggil aku.

" ya dik?"

"Adik rasa nak batalkan pertunangan ni lah" kata aku.

"Adik. Kenapa ni? Kalau ada masalah kita buat berbincang. Jangan buat tindakan melulu, dik" nasihat kakak.

"Betul tu dik. Umi nak adik fikir betul-betul. Perkahwinan ni bukan permainan" kata umi. Walid hanya jadi tukang memerhati.

Aku pergi ke dalam bilik.

"Biar kakak pujuk" umi dan walod hanya memerhati.

Kedengaran pintu bilik aku dibuka.

"Adik..jangan buat macam ni..."

"Adik cuma sedih. Kalau pasangan lain mesti dia orang hari-hari jumpa dan berbual. Tapi adik.." air mata aku menitis.

"Adik..adik kena berfikiran positif. Mana tahu Aliff nak adik jadi kekasih halal dia dulu"

"Tapi adik rasa pertunangan ni kosong"

"Dik, antara kita merasai kemanisan sebelum kahwin dengan kemanisan selepas kahwin, kemanisan selepas kahwin lagi membuatkan kita bahagia"

"Maafkan dik, kak. Adik rasa bersalah sekarang sebab berfikiran negatif."

"Tak mengapa, dik"

Aku memeluk kakak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience