Rate

Full

Short Story Completed 12613

Setiap orang pasti mempunyai cinta pertama. Cinta pertama memang sulit untuk dilupakan. Tidak ramai yang dapat berkahwin dengan cinta pertama. Sebelum menemui cinta pertama pasti ada banyak cinta monyet. Tak banyak cinta monyet yang berjaya sehingga jinjang pelamin.
  Muhammad Syafiq Iqbal, seorang usahawan hartanah yang berjaya. Dia ialah anak Dato' Haikal dan Datin Safiyah. Syafiq membuka sebuah syarikat hartanah sendiri. Dia tidak mahu bergantung kepada ayah dan ibunya. Selain daripada menguruskan Star Holding miliknya, Syafiq turut menguruskan Mega Holding milik ayahnya. Dia telah mendapat gelaran Dato' pada tahun lepas.
  Syafiq telah menikah dengan seorang wanita yang juga bekerjaya. Isteri Syafiq, Alia Elyana ialah seorang pereka fesyen dan mempunyai sebuah butik, AE Fashion Boutique. Alia mempunyai koleksi pakaian rekaannya yang banyak. Ramai orang ternama menempah pakaian atau membeli pakaian rekaannya. Bagi pasangan pengantin, kebanyakannya menyewa. Yalah kan, pakai cuma sekali. Ada juga yang membeli kerana mahu disimpan dijadikan kenangan.
  Hubungan Syafiq dengan Alia sangat baik dan mereka bahagia bersama. Syafiq dan Alia menikah atas aturan keluarga tetapi mereka bahagia. Pada awal pernikahan mereka, Alia bersikap dingin terhadap Syafiq. Keluarga mereka menjodohkan mereka hanya untuk menutup malu keluarga Syafiq. Tunang Syafiq melarikan diri dengan lelaki lain seminggu sebelum pernikahan mereka. Atas dasar persahabatan, ayah dan ibu Alia, Haji Mardi dan Hajah Zahrah bersetuju untuk menikahkan Alia dengan Syafiq. Syafiq pula tidak menyangka Alia mahu berkahwin dengannya kerana perkahwinan mereka hanya untuk menutup malu dan menyelamatkan maruah keluarga Syafiq.
"Al, esok ada majlis makan malam. Sediakan pakaian kita." Syafiq memberitahu Alia yang sedang berehat di ruang tamu.
"Aku tak dapat ikut kau. Aku ada temu janji dengan klien." Alia meneliti jadual kerja dalam iPadnya.
"Tangguh dulu. Esok, kau mesti ikut aku. Takkan aku nak pergi sorang diri, malulah. Apa orang kata nanti?" Syafiq berkata dengan tegas.
"Ada aku kisah? Temu janji dengan klien aku juga penting. Klien aku tu dah nak nikah bulan depan. Kalau pasal majlis makan malam macam tu, dah selalu dah. Kau tak payah hadirlah kalau malu nak pergi seorang diri." Alia beredar ke kamar, malas mahu melayan perangai Syafiq yang mementingkan diri.
"Al! Aku tak kisah. Malam esok, kau mesti ikut aku! Harus! Wajib!" Syafiq memekik dari ruang tamu.
"Do I care?" Alia tidak mahu mengalah.
  Selama mereka sudah menikah, Alia sudah banyak kali menangguhkan temu janji dengan klien hanya untuk menemani Syafiq ke majlis dengan klien. Pokoknya, apa saja aktiviti luar Syafiq, Syafiq pasti mahu Alia terlibat sama. Kali ini, Alia tidak mahu mengalah. Dia tidak mahu dianggap tidak profesional. Dia mempunyai identiti dan imej yang harus dijaga.
  Pada keesokan hari, Syafiq mengingatkan Alia tentang majlis makan malam nanti. Alia memekakkan telinga sahaja.
"Al, jangan lupa majlis makan malam nanti." Syafiq mengingatkan isterinya.
"I won't go!" Alia terus beredar dengan keretanya untuk ke butik.
  Semasa Alia pulang pada petang itu, Syafiq sudah tiba ke rumah. Alia sudah menyediakan pakaian Syafiq untuk majlis makan malam nanti. Alia bersiap untuk temu janji dengan kliennya. Kliennya mengatur temu janji pada malam itu kerana mereka hanya ada masa lapang pada waktu malam memandangkan mereka sibuk bekerja pada waktu siang. Apabila melihat Alia bersiap memakai gaun paras lutut tanpa lengan warna krim dan blazer, Syafiq tahu isterinya itu benar-benar tidak akan menemaninya.
"Al, kau betul-betul tak ikut aku ke?" Syafiq ingin memastikan.
"Yalah." Alia mengoleskan pelembap bibir ke bibirnya.
"What? Kau nak buat aku malu ke? Apa aku nak jawab kalau orang tanya mana kau? Selama ini, boleh je kau tangguhkan temu janji dengan klien." Syafiq duduk di birai katil.
"Tu dulu. Aku fashion designer yang profesional. Aku harus tunaikan janji. Kalau aku asyik tangguhkan temu janji dengan klien, tak pasal-pasal aku dianggap tak profesional. Aku juga ada kerja yang harus aku lakukan walau harus mengetepikan hal-hal lain. Aku ada imej yang harus aku jaga." Alia menjelaskan.
"Syurga bawah tapak kaki suami. Berdosa ingkar arahan suami." Syafiq menggunakan kuasa vetonya.
"Stop it, Syaf! Kali ni aku harus utamakan kerja aku. Kau tak boleh pentingkan diri. Karier aku juga penting. Kalau kau takut malu sebab aku tak ikut, tak payah pergi! Dahlah. Aku malas nak layan perangai kau. Tak pernah nak berubah!" Alia keluar dari kamar.
"Al!" Syafiq menarik lengan isterinya.
"Apa lagi? Kali ni aku minta dan aku merayu sangat kat kau. Tolong faham bahawa aku juga ada karier aku sendiri dan aku tak boleh abaikan tanggungjawab terhadap kerja aku!" Alia naik angin.
"Okey, fine!" Syafiq juga naik angin.
  Syafiq menghadiri majlis makan malam itu sendirian. Alia pula menemui kliennya untuk berbincang soal baju pengantin. Setelah selesai temu janji tersebut, Alia terus balik. Jam sudah pukul 10 malam semasa dia sampai ke rumah. Dia melihat kereta suaminya sudah berada di garaj, bererti suaminya sudah balik.
"Al!" Syafiq yang berada di ruang tamu memanggil isterinya yang hendak menuju ke tangga.
"Apa?" Alia duduk di sebelah Syafiq.
"Aku nak kau berhenti kerja." Syafiq berkata serius.
"What?! Are you out of your mind? Syaf, aku sayang karier aku. Mana mungkin aku berhenti dari karier aku. Kau dah gila ke?" Alia bertambah marah. Sudahlah amarahnya petang tadi belum reda.
"Kita tak dapat sama-sama berkarier. Tengok, macam hari ni. Kau nak kita selalu gaduh macam ni? So, lebih baik kau berhenti kerja. Biar aku je kerja." Syafiq tidak mahu mereka bermasam muka hanya kerana hal seperti tadi.
"Aku memang tak nak kita gaduh macam tadi tapi Syaf, aku sayang karier aku. Kau tak boleh paksa aku." Alia berlembut.
"Al, listen. Kalau kau tak nak berhenti kerja, kau mesti sentiasa ada dengan aku bila ada majlis atau apa pun aktiviti yang aku ikuti." Syafiq memegang tangan Alia.
"Aku tak boleh janji sebab klien keutamaan bagi aku." Alia tidak sanggup berjanji.
"Al, kau juga ada suami. Kau juga bertanggungjawab sebagai seorang isteri. Jangan lupa tu. Aku juga harus jadi keutamaan kau." Syafiq berlembut.
"Dahlah Syaf. Aku tak nak berdebat soal ni lagi. I'm tired." Alia beredar ke kamar.
  Syafiq cuma mahu Alia fokus dengan rumahtangga mereka. Dia tidak mahu mereka bergaduh hanya kerana hal seperti tadi. Dia menyayangi isterinya. Dia tidak mahu mereka bergaduh sehingga menjejaskan hubungan mereka kelak.
  Keesokan harinya, Syafiq mendapat seorang pekerja baru kerana setiausahanya telah berhenti kerja. Syafiq sangat terkejut apabila melihat wanita yang melamar kerja sebagai setiausahanya.
"Nia?"
"Fiq?"
  Syafiq dan Rania bertanya serentak. Mereka tidak menyangka akan bertemu lagi. Rania ialah tunang Syafiq yang pergi dengan lelaki lain seminggu sebelum majlis mereka. Rania telah bercerai dengan suaminya, Tengku Rayyan. Rania ternyata masih mencintai Syafiq, begitu juga Syafiq. Walaupun Syafiq telah beristeri dan mencintai isterinya, bohong jika tiada sekelumit pun rasa cinta untuk Rania yang tersisa. Kehadiran Rania kali ini menggugat rasa cinta Syafiq terhadap Alia. Adakah Syafiq akan berpaling kepada Rania atau tetap setia kepada isterinya, Alia?
  Pada tengah hari itu, Syafiq makan tengah hari bersama Rania. Mereka asyik mengenang kisah lama sewaktu mereka bercinta dahulu. Alia kebetulan ada temu janji dengan klien di restoran yang sama dengan Syafiq. Alia melihat suaminya bersama seorang perempuan. Dia tidak mahu mencurigai apa-apa. Selepas selesai temu janji dengan klien, Alia kembali ke butik. Dia berjalan melewati meja Syafiq dengan Rania. Syafiq tidak menyedari Alia ada di sana kerana terlalu asyik berbual dengan Rania. Alia mulai mencurigai kemesraan suaminya dengan wanita itu. Adakah suaminya mempunyai hubungan dengan wanita itu? Kenapa? Alia tidak dapat fokus dengan kerjanya kerana asyik memikirkan kemungkinan hubungan suaminya dengan wanita tadi.
  Setibanya di rumah pada petang itu, Alia membersihkan diri. Kemudian, dia menunggu Syafiq di ruang tamu. Syafiq masih belum pulang walaupun jam sudah pukul 11 malam. Alia sudah berkali-kali menelefon suaminya dan sudah berpuluh-puluh mesej dihantar tapi tidak berjawab mahupun berbalas. Alia tertidur di atas sofa. Syafiq pulang pada pukul 1 pagi. Dia terlalu leka berbual dengan Rania sehingga tidak sedar malam sudah larut.
  Pada pagi itu, Alia terkejut apabila dia bangun kerana seingatnya semalam dia tidur di atas sofa dan pada pagi itu dia berada di bilik. Dia terdengar bunyi pancuran air dari kamar mandi. Tidak lama kemudian, Syafiq keluar dari kamat mandi dengan hanya bertuala.
"Kau pergi mana semalam? Kenapa balik lewat?" Alia bertanya.
"Aku banyak kerja kat pejabat." Syafiq berbohong.
"Semalam aku nampak kau dengan perempuan. Siapa tu? Kau tak ada kat pejabat sejak pukul 4 petang tadi. Kau pergi mana sebenarnya? Kau keluar dengan perempuan tu kan?" Alia tidak mahu berdalih.
"Tu setiausaha aku. Mana ada pergi mana-mana. Aku kat pejabat, siapkan kerja." Syafiq berbohong lagi.
"Okey. Kali ni, silakan berbohong. Aku akan cari tahu kebenarannya." Alia tahu suaminya berbohong.
  Alia telah menelefon sepupunya yang bekerja sebagai akauntan di Star Holding, Raiqal. Syafiq tidak tahu Raiqal ialah sepupu Alia. Tadi, Raiqal memberitahu Alia bahawa Syafiq telah pulang pada pukul 4 petang. Haikal juga memberitahu bahawa dia hairan melihat kemesraan antara bosnya dengan setiausaha baharu bosnya. Mereka sangat mesra seperti sepasang kekasih. Alia akan mencari tahu tentang kedekatan Rania dengan suaminya. Jika benar suaminya selingkuh, dia akan melakukan sesuatu yang sudah pasti akan disesali oleh suaminya. Jika masih mampu bersabar, dia akan bersabar. Bila kesabarannya sudah mencapai tahap maksimum, dia akan membuat suatu keputusan demi masa depan dan hidupnya.
  Selepas Syafiq berangkat kerja, Alia menyusul. Dia mahu menyelidiki kedekatan suaminya dengan Rania. Dia juga telah mengupah seseorang untuk mencari maklumat mengenai Rania. Belum sampai setengah hari, Alia sudah mendapatkan biodata penuh Rania dan dia mendapat tahu bahawa Rania ialah bekas tunang Syafiq. Alia memberhentikan kereta yang baru dia beli beberapa hari lepas tidak jauh dari kereta Syafiq. Syafiq tidak tahu dia telah membeli kereta baharu. Dia meninggalkan kereta baharunya itu di rumahnya. Alia mempunyai sebuah rumah agam yang tidak jauh dari rumah Syafiq. Syafiq juga tidak tahu mengenai rumah itu. Rumah agam itu Alia beli sebelum dia menikah dengan Syafiq. Ayah dan ibunya tinggal di sana.
  Semasa waktu rehat tengah hari, Alia melihat Syafiq dan Rania yang berjalan beriringan ke kereta. Syafiq membukakan pintu kereta untuk Rania. Alia mengekori mereka sehingga tiba di sebuah restoran. Dia melihat Syafiq dan Rania berpegangan tangan masuk ke restoran tersebut. Betapa sakitnya hati seorang isteri melihat suaminya berpegangan tangan dengan wanita lain. Tambahan pula, wanita itu pernah melakar sejarah dalam kehidupan suaminya. Namun, mengapa Syafiq sanggup menerima seorang wanita yang pernah melukai hatinya? Wanita itu juga hampir mencalarkan maruahl keluarganya.
  Alia masuk ke dalam restoran ng lalu duduk di meja belakang Syafiq dan Rania. Dia duduk membelakangkan mereka. Dia mahu mendengar perbualan Syafiq dengan Rania.
"Fiq, Sabtu ni kita jalan-jalan ke mall ya?" Rania melentokkan kepalanya di bahu Syafiq dengan manjanya.
"Okey. Tapi kita tak boleh pergi mall dekat-dekat sini. Nanti isteri I tahu." Syafiq mengusap kepala Rania.
"Okey." Rania memeluk lengan Syafiq.
  Alia sudah naik angin mendengar perbualan Rania dengan suaminya. Dia keluar dari restoran tersebut lalu pergi ke butik. Dia berasa sangat marah dan kecewa terhadap suaminya. Pada malam itu, Alia tidak pulang ke rumah. Syafiq berkali-kali menelefon dan menghantar mesej kepadanya. Dia tidak menjawab panggilan dari Syafiq mahupun membalas mesej Syafiq. Hatinya benar-benar sakit.
  Syafiq mencari Alia ke butik tapi dia melihat butik sudah gelap. Yang terpasang hanya lampu luar butik. Alia berada dalam pejabatnya. Dia hanya memasang lampu meja. Di dalam pejabatnya itu sudah tersedia tempat tidur dan almari tempat dia meletakkan pakaiannya. Dahulu, sebelum menikah dengan Syafiq, Alia sering bermalam di butik untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Tempat tidur disediakan juga untuk dia berehat kerana dia sering sakit kepala akibat terlalu letih. Peralatan mandi juga tersedia.
  Alia pulang ke rumah setelah dua hari tidak pulang. Syafiq terus bertanya kepada Alia semasa isterinya sampai ke rumah. Alia tidak menjawab walau sepatah pertanyaan suaminya. Syafiq naik angin lalu menarik lengan Alia dengan kasar.
"Aku tanya, jawab!" Syafiq menggenggam lengan Alia dengan kuat.
"Sakit!" Alia menjerit kesakitan.
"Jawab! Kau pergi mana dua hari lepas?" Syafiq membentak.
"Kenapa kau nak tahu sangat? Kau kan sibuk dengan Rania ex tunang kau tu?" Alia senyum sinis.
"Al!! Jangan nak biadab! I'm your husband!" Syafiq menengking isterinya.
"Ya, you're my husband but now, you don't deserve to. You betray me!" Alia membentak.
"I never betray you!" Syafiq tidak mahu mengaku.
"Ni apa?! Apa?!!!" Alia sangat marah sambil melemparkan beberapa keping gambar kedekatan Syafiq dengan Rania.
"Al, I love you."
"And you love her too!"
"Al, aku tak ada niat nak khianati kau." Suara Syafiq kendur.
"Oh ya? But, you've do it."
"Al, aku tak ada apa-apa hubungan dengan Rania." Syafiq masih mencuba untuk menyembunyikan kenyataan.
"Liar!" Alia menampar pipi Syafiq lalu beredar ke kamar.
  Syafiq terduduk di atas sofa. Dia tidak menyangka isterinya tahu kedekatannya dengan Rania. Dia terlalu bodoh kerana membohongi isterinya yang begitu bijak. Isterinya bijak mencari bukti dan kebenaran.
  Alia tidak menangis walau sedikit pun apabila mengetahui suaminya bermain kayu tiga. Dia tidak mahu mensia-siakan air matanya untuk seorang lelaki yang menyakitinya. Dia tidak kisah jika Syafiq memilih untuk meninggalkannya kelak. Dia mampu hidup sendirian. Siapa kata seorang wanita tidak mampu hidup tanpa seorang lelaki? Dia tidak memerlukan seorang lelaki jika lelaki itu hanya hadir untuk menyakiti hati dan melukai perasaannya.
  Keesokan harinya, Alia berangkat awal ke butik. Syafiq sudah mencuba untuk memujuk isterinya itu tetapi dia kalah dengan kekerasan hati isterinya itu. Dia mencintai isterinya. Pada masa yang sama, dia masih mencintai Rania. Siapakah yang akan Syafiq pilih kelak? Alia isterinya yang telah menyelamatkan maruah keluarganya atau Rania janda bekas tunangnya yang hampir menjatuhkan maruah keluarganya? Sang pemusnah atau sang penyelamat?
  Syafiq tetap menjalinkan hubungan dengan Rania. Alia sudah lama tidak pulang ke rumah Syafiq. Alia bermalam di butik. Dia tidak mahu pulang ke rumah orang tuanya. Dia tidak mahu mereka tahu masalah rumahtangganya dengan Syafiq. Namun, lama-kelamaan, orang tua mereka tahu juga. Ayah Syafiq, Dato' Haikal melihat sendiri anak tunggalnya bergandingan tangan dengan wanita lain, bukan menantunya. Dia memberitahu isteri dan besannya. Mereka sama-sama pergi ke rumah Syafiq untuk mengetahui kebenarannya. Sayangnya. Alia tiada di rumah.
"Syafiq Iqbal!!!" Dato' Haikal memekik memanggil Syafiq.
"Ada apa daddy?" Syafiq berlari menuruni tangga.
"Mana Alia?!" Dato' Haikal bertanya.
"Dia dah lama tak balik." Syafiq berkata seolah Alia bersalah.
"Kenapa?" Haji Mardi menyelidiki.
"Entah. Tiba-tiba hari tu dia tak balik sampai hari nilah." Syafiq berkata tanpa rasa bersalah.
"Kamu tak cari dia? Tak cuba hubungi dia?" Datin Safiya pula bertanya.
"Macam mana nak cari? Macam mana nak hubungi dia? Syaf dah cuba berkali-kali call dia, mesej dia dan chat dia tapi satu pun tak berjawab. Syaf dah cari dia kat butik, pun tak ada. Bukan Syaf tak usaha. Dia yang larikan diri." Kata-kata Syafiq seolah-olah Alia bersalah.
"Cukup Syaf, cukup! Daddy, mummy, papa dan mama datang sini sebab kami nak tahu apa masalah korang! Ini apa?! Apa hubungan kamu dengan Rania? Kamu dah lupa dia hampir menjatuhkan maruah keluarga kita? Kamu lupa?" Suara Dato' Haikal sudah naik satu oktaf.
"Dad, Syaf tak tipu. It's the truth. Dia tinggalkan Syaf. Soal Rania, Syaf tak ada apa-apa hubungan dengan dia." Syafiq ingin terus menyembunyikan kebenaran.
"Syafiq! Alia takkan bersikap macam ni kalau tak ada apa-apa. Mama yakin dia tinggalkan kamu bersebab. Kamu tak payah berdalih lagi. Kami korbankan kebahagiaan anak perempuan kami demi menjaga maruah keluarga kamu! Kal, Saf, saya bukan nak mengungkit tapi saya cuma nak Syafiq tahu yang Alia rela berkahwin dengan Syafiq meski dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Syafiq. Tak boleh ke kamu hargai Alia?! Dia sanggup menikah dengan kamu demi menjaga maruah kamu! Soal Rania, kenapa kamu sanggup duakan Alia? Apa kurangnya dia? Apa yang dia buat sampai kamu sanggup duakan dia? Tak berarti ke apa yang Alia dah buat dan korbankan untuk kamu selama ni? Saya takkan maafkan kamu kalau apa-apa terjadi pada Alia. Abang, jom balik." Hajah Zahrah menarik tangan Haji Mardi.
  Dato' Haikal dan Datin Safiya memarahi Syafiq kerana mensia-siakan Alia. Mereka tidak menyangka Syafiq sampai hati menduakan Alia. Bagi mereka, Alia ialah seorang menantu yang sangat baik. Sebelum pulang ke rumah, Haji Mardi dan Hajah Zahrah pergi ke butik anak mereka. Kata pekerja di sana, Alia sudah lama tidak datang. Butik diuruskan oleh sepupu Alia, Sara. Apabila mereka bertanya kepada Sara, Sara memberitahu bahawa dia juga tidak tahu Alia ke mana. Alia hanya meminta dia menguruskan AE Fashion Boutique untuk sementara waktu lalu pergi tanpa khabar. Haji Mardi dan Hajah Zahrah sangat khuatir akan keadaan anak mereka.
  Sebenarnya, Alia ada di butik. Dia terpaksa berbohong. Sara pula membantunya saja. Dia belum bersedia untuk menjawab apa-apa soalan dari keluarganya atau keluarga Syafiq. Hatinya masih sakit. Suami yang dia percayai semenjak mereka sah menjadi suami isteri tiga tahun yang lalu sanggup menduakannya. Alia baru berumur 19 tahun apabila dia menikah dengan Syafiq yang pada waktu itu berusia 22 tahun. Dia menerima perjodohannya dengan Syafiq yang merupakan aturan keluarga demi kepentingan persahabatan orang tua mereka. Tipu jika dalam masa tiga tahun itu tiada walau sekelumit pun rasa cinta kepada suaminya. Dia mencintai suaminya. Tadi, Alia melihat ayah dan ibunya yang datang ke butik. Dia dapat melihat kebimbangan yang jelas terpancar di wajah mereka. Alia sangat merindui ayah dan ibunya. Namun, apakan daya dia tidak mahu mereka tahu dia ada di sana. Dia tidak mahu mereka memberitahu Syafiq. Untuk saat ini, dia tidak mahu berjumpa dengan Syafiq. Selama Alia tinggal di butik, Sara banyak membantunya. Sara selalu membawakan makanan untuknya kerana tidak mahu dia asyik makan di luar.
  Syafiq naik angin kerana dia dimarahi oleh ayah dan ibunya hanya kerana Alia tiada di rumah. Dia tahu dia salah tetapi baginya Alia juga salah kerana tidak mahu mengalah dengan meninggalkan karier demi rumahtangga mereka. Tapi, kesalahan lebih kepada Syafiq kerana menduakan Alia. Syafiq telah menyakiti isteri yang telah bersamanya sejak tiga tahun lalu, isteri yang menjaga makan minum dan pakaian, menemaninya semasa dia menghadiri majlis-majlis penting atau apa saja aktiviti syarikat dan sanggup meluangkan masa untuknya. Buktinya, Alia sanggup menangguhkan temu janji dengan kliennya untuk menemani Syafiq.
  Pada malam itu, Syafiq pergi ke AE Fashion Boutique. Dia yakin Alia tidak akan pergi jauh. Mana mungkin Alia sanggup menitipkan urusan butik kepada orang lain. Dia tahu Alia tidak mempercayai orang dengan mudah. Buktinya, Alia sampai mengekorinya untuk mengetahui hubungannya dengan Rania. Dia yakin isterinya itu bukan sembarangan perempuan yang dapat dia permainkan. Kebetulan Alia baru pulang makan malam bersama Sara semasa Syafiq sampai.
"Al!" Syafiq memanggil Alia.
  Alia terus masuk ke dalam butik. Belum sempat Alia mengunci pintu, Syafiq menahan pintu lalu masuk.
"Kau nak apa lagi?" Alia berkata dengan geram.
"Aku nak penjelasan. Kau tahu tak tadi, daddy, mummy, papa dan mama serang aku kat rumah. Mereka tanya kau mana? Daddy dan mummy marah aku sebab kau. Kenapa kau tak balik?" Syafiq bertanya sambil kedua belah tangan disilangkan di dada.
"Kau nak penjelasan? Cuba tanya diri kau sendiri. Aku pasti kau tahu jawapannya." Alia berkata sinis.
"Apa?"
"Kau tak tahu? Okey, biar aku beritahu kau. Aku kahwin dengan kau untuk selamatkan maruah keluarga kau. Kita kahwin atas dasar persahabatan orang tua kita. Tiga tahun dah kita bersama. Sekarang, kau memilih untuk bersama perempuan yang hampir menjatuhkan maruah keluarga kau. Kau ingat aku bodoh? Kau ingat semudah tu kau nak perbodohkan aku? Aku tak macam perempuan lain di luar sana yang mudah mempercayai suatu kebohongan. Bagi aku, bohong tetap bohong. So, kau dah tahu masalahnya kan?" Alia senyum sinis.
"Al, aku tak tipu." Syafiq masih mahu menafikan kebenaran.
"Stop it, Syaf!! Stop! Aku tak buta dan aku tak pekak. Aku lihat sendiri kau berpegangan tangan dan keluar bersama betina tu. Aku dengar perbualan korang kat restoran hari tu. Kau mungkin boleh tipu perempuan lain, but not me. Aku paling tak suka ditipu. Kalau kau masih nak betina tu, aku beri kau pilihan. Ceraikan aku atau tinggalkan aku." Alia memberi pilihan yang bukan pilihan kepada Syafiq.
  Pilihan yang bukan pilihan tu maksudnya pilihan yang sama tetapi dalam kata yang berbeza. Kalau Syafiq menceraikan Alia, itu bermakna dia meninggalkan Alia. Jika Syafiq meninggalkan Alia, itu bermakna sebuah penceraian. Maksudnya sama kan?
"I love you, Al." Syafiq memegang tangan Alia.
"Aku dah tak percaya cinta terutama dari lelaki macam kau! Kau kata kau cintakan aku tapi kau cintakan betina tu juga kan? Kau harus pilih. Aku atau dia? Kalau kau pilih aku, pecat dia, tinggalkan dia dan lupakan dia. Kalau kau pilih dia, ceraikan aku, lupakan aku dan jangan pernah berniat untuk rujuk. Aku takkan terima setelah apa yang dah kau buat." Alia merentap tangannya dengan kasar.
"Al, trust me. I love you. Really and seriously." Syafiq mencuba meyakinkan isterinya.
"I won't trust you. Walaupun kita bersama lagi, aku takkan percayakan kau seperti dulu. Kau dah hancurkan kepercayaan aku terhadap kau. Semua hancur kerana sikap kau! Now, get lost from my boutique. Fikirkan baik-baik apa yang aku katakan tadi. Bila kau dah ada keputusan baru kau jumpa aku." Alia menolak Syafiq keluar lalu mengunci pintu.
  Syafiq pulang. Dalam perjalanan, dia memikirkan keputusan yang harus dia ambil kelak. Dia mencintai isterinya. Dia juga mencintai bekas tunangnya. Dia dilema cinta masa hadapan dan cinta masa lalunya.
  Sudah seminggu berlalu. Syafiq masih belum memberikan keputusan kepada Alia. Alia masih mengintip pergerakan Syafiq. Orang upahannya, Azman sentiasa memerhatikan gerak-geri Syafiq. Melalui Azman, Alia mendapat tahu bahawa Syafiq masih berhubungan dengan Rania. Malah, hubungan mereka kelihatan semakin akrab. Alia membuat keputusan sendiri demi kebahagiaan dan masa depannya.
  Di pejabatnya, Syafiq terkejut menerima sampul berisi surat cerai dari isterinya. Syafiq membawa sampul tersebut lalu menemui Alia di butik.
"Apa ni?!" Syafiq melemparkan sampul itu di atas meja Trisha.
"Tak pandai baca? Ini surat cerai! Surat cerai! Dah seminggu. Kau belum beri jawapan. So, thats mean you choose her." Alia melemparkan surat cerai mereka ke wajah Syafiq.
"Al! I love her. Tapi, aku juga tak nak kehilangan kau!" Syafiq memegang tangan Alia.
"So, kau harapkan poligami?" Alia senyum sinis.
"Ya." Syafiq berkata dengan lemah.
"Jangan harap! Kalau kau nak poligami, tandatangan surat ni. Aku tak nak berpoligami. Ingat, sebaik sahaja kau turunkan tandatangan atas surat ni, there's no way to turn back." Alia tidak mahu diperbodohkan lagi.
"Aku takkan pernah tandatangan surat ni. Never!" Syafiq tidak mahu.
"Okey. Jom." Alia menarik tangan Syafiq lalu membawanya ke keretanya.
"Pergi mana?" Syafiq masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.
  Alia memandu ke Star Holding. Selepas memarkirkan kereta, dia menarik Syafiq kr pejabat. Rania terkejut melihat Alia datang. Selama tiga tahun Alia sudah menikah dengan Syafiq, itu kali pertama dia pergi ke Star Holding kerana kepercayaannya terhadap Syafiq yang sudah luntur.
"You're fired!!!" Alia bersuara dengan lantang sekali sehingga pekerja-pekerja lain memandang ke arah mereka.
"Kenapa Puan? Saya ada buat salah ke?" Rania bertambah terkejut dengan kata-kata Alia.
"Al, kita boleh bincang baik-baik. Jangan guna cara macam ni. Malu orang tengok." Syafiq berbisik kepada Alia.
"Malu? Saya melakukan apa yang patut! Kau!! Kau dah terdesak sangat ke sampai nakkan suami orang? Terdesak sangat?" Alia menuding jari telunjuknya tepat ke wajah Rania.
"Puan, janganlah malukan saya." Rania berkata perlahan.
"Oh, rupanya kau tahu malu juga? Aku ingat kau dah tak tahu malu! Sekarang, kemas semua barang kau dan pergi! Forever. Jangan ganggu Syafiq lagi. Kalau tak, kau akan terima akibatnya." Alia mengusir Syafiq.
"Al, enough!! You're too much!" Syafiq menengking isterinya yang sudah keterlaluan baginya.
"Kau nak bela betina ni? So, kau dah setuju tandatangan surat cerai kita? Okey. Nah!" Alia meletakkan surat cerai mereka di atas tangan Syafiq.
"Puan, jangan buat Dato' macam ni. Saya salah." Rania gerun melihat kemarahan Alia.
"Korang sama salah!! Kau lupa apa yang kau dah buat kat Syafiq dan keluarga dia? Lepas cerai dengan Hakimi, kau nak dapatkan Syafiq balik? You're too much." Alia menampar pipi Rania.
"Macam mana Puan tahu?" Rania berasa hairan kerana Alia tahu mengenai penceraiannya dengan bekas suaminya, Hakimi.
"Aku tahu semua yang aku nak tahu. So, kau harus buat keputusan terbaik untuk diri kau dan keluarga kau. Kalau kau masih berhubungan dengan Syafiq lepas ni, tengoklah apa yang akan terjadi pada keluarga kau. Ibu kau, Rogayah ialah salah seorang pekerja di butik aku manakala adik kau, Azmil bekerja sebagai pelayan di Star Restaurant milik ayah aku. Aku boleh menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan mereka dalam sekelip mata. Ayah kau pula, Jamal, sekarang dah tak dapat bekerja sebab matanya sudah tidak dapat melihat dengan jelas lagi. Kau pasti tahu sekarang tak mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Aku akan pastikan yang kau akan menyesal sebab mendekati Syafiq lagi. Jangan sampai aku menjadi lebih kejam." Alia bukanlah seorang yang jahat tetapi dia terpaksa kerana dia benci apabila ada orang ketiga yang mencuba untuk meruntuhkan rumahtangganya.
  Rania segera beredar. Dia tidak mahu keluarganya menanggung akibat daripada perbuatannya. Dia masih mencintai Syafiq. Dahulu, dia meninggalkan Syafiq kerana pada waktu itu, Syafiq belum mempunyai apa-apa seperti sekarang. Rania tidak tahu ibu dan adiknya bekerja untuk keluarga Alia. Dia tidak berani menentang Alia kerana baginya Alia bukan wanita sembarangan dan sangat hebat kerana tahu semua mengenainya. Dia yakin Alia mempunyai seribu macam cara untuk mendapatkan apa pun yang dia inginkan.
  Syafiq tidak menyangka Alia akan menjadi sehebat tadi. Selama ini, Alia tidak pernah berbicara kasar apalagi sampai mengugut orang seperti tadi. Itu kali pertama dia melihat isterinya sangat marah. Selepas Rania pergi tadi, Alia terus pulang. Dia tidak mahu berlama-lama. Dia mana peduli dengan staf-staf Star Holding yang memandangnya.
  Sudah setengah tahun berlalu. Hubungan Syafiq dengan Alia sudah lebih baik. Walaupun Alia telah kembali kepada Syafiq, kali ini dia tidak akan menaruh sepenuhnya kepercayaan terhadap suaminya. Rania kembali berhubungan dengan Syafiq. Kali ini, dia ingin merampas Syafiq daripada Alia dan menjadikan Syafiq miliknya seorang. Syafiq khilaf sekali lagi. Kali ini, Syafiq nekad untuk mengahwini Rania. Alia sudah tahu semuanya. Dia tahu suaminya berhubungan dengan Rania. Dia membiarkan saja. Dia mahu melihat sejauh mana Syafiq mampu membohonginya. Setiap kali pulang lewat, Syafiq memberitahunya bahawa dia sibuk dengan urusan di pejabat. Dato' Haikal telah menyerahkan Mega Holding kepada Raiqal. Dia percaya Raiqal mampu memajukan Mega Holding. Untuk pengetahuan semua, Alia yang mencadangkan agar ayah mertuanya menyerahkan Mega Holding kepada sepupunya itu dengan alasan suaminya sangat letih dan sibuk serta tidak mampu menguruskan dua buah syarikat sekali gus. Dia mempunyai rancangan sendiri. Selepas Rania berhenti bekerja sebagai setiausaha dan Raiqal berhenti bekerja sebagai akauntan di Star Holding, Alia menghantar dua orang upahannya untuk bekerja di sana. Arman bekerja sebagai setiausaha dan Ariana bekerja sebagai akauntan.
  Sudah sebulan Syafiq menikahi Rania. Alia tahu itu. Ibu Rania, Khadijah masih bekerja sebagai tukang jahit di butik Alia dan adik Rania, Zarif masih bekerja sebagai pelayan di restoran Haji Mardi. Suatu hari, Alia terlibat kemalangan. Keretanya jatuh ke dalam gaung. Nasib baik dia sempat keluar dari keretanya lalu berpegang pada akar kayu sebelum keretanya terjunam ke dalan gaung lalu meletup. Seorang lelaki nelihat kemalangan itu. Dia segera menyelamatkan Alia yang madih berpegang kuat pada akar kayu.
"Kimi?"
"Al?"
  Hakimi dan Alia sudah saling kenal. Mereka berteman rapat semenjak sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Hakimi itu ialah bekas suami Rania. Hakimi menghantar Alia ke hospital. Terdapat luka di dahi Alia. Alia dirawat di hospital. Syafiq datang untuk melihat keadaan isterinya itu setelah mendapat panggilan daripada Alia.
"Terima kasih dah bantu isteri saya." Syafiq berjabat tangan dengan Hakimi.
"Sama-sama. Saya Hakimi. Teman karib Al sampai sekolah menengah. Al, aku balik dulu. Kalau free nanti bolehlah kita jumpa." Hakimi mengusap rambut Alia sebelum beredar. Itu kebiasaannya sejak dulu.
"Kau ada apa-apa memori ke dengan dia?" Syafiq cemburu.
"Tak. Dia cuma bestfriend aku." Alia malas mahu melihat wajah pendusta di hadapannya itu.
"Ya Allah, Alia. Macam mana boleh jadi macam ni?" Hajah Zahrah baru sampai.
"Mama, Al okey. Mama janganlah risau. Sikit je ni." Alia memegang luka di dahinya yang sudah diubati.
"Syafiq, macam mana boleh jadi macam ni? Selama empat tahun Alia dah drive, dia tak pernah accident tau. Ni pasti ada yang buat dia banyak fikiran sehingga tak fokus driving. Kamu buat masalah apa lagi, ha?!" Hajah Zahrah sedih melihat anak tunggalnya terluka begitu.
"Syaf tak buat apa-apa mama. Tadi Al call Syaf beritahu yang dia accident." Syafiq belum tahu yang Alia sudah tahu dia telah menikahi Rania.
  Setelah Hajah Zahrah beredar, Syafiq mahu beredar tetapi Alia menghalang. Alia meminta Syafiq menemaninya selama dia di hospital. Syafiq resah. Dia yakin Rania akan marah kerana tadi dia sudah berjanji akan menjemput Rania di tempat kerja baharunya. Hari itu hari terakhir Rania bekerja. Syafiq tidak mahu Rania bekerja lagi memandangkan mereka sudah menikah dan dia akan membiayai hidup Rania.
  Keesokan hari, Alia tidak membenarkan Syafiq pulang. Syafiq semakin resah. Pasti Rania marah. Dahlah semalam dia tidak menjemput Rania, hari ini dia tidak menemui isterinya itu pula. Alia senyum dalam hati. Dia pasti Rania marah kerana Syafiq tidak menemuinya.
"Syaf, kau ada apa-apa nak beritahu aku tak? Aku tengok, kau kelihatan resah dari semalam lagi." Alia mahu menguji kejujuran Syafiq.
"Ha? Nothing." Syafiq berbohong.
"Okey. Aku ada sesuatu yang nak disampaikan." Alia duduk.
"Apa?" Syafiq membetulkan duduknya.
"Aku rasa dah cukup lama aku pendam masalah ni. Aku rasa dah tiba masanya untuk beritahu kau demi kebahagiaan masing-masing. Aku tahu aku bukan isteri yang terbaik untuk kau. Aku tahu aku tak macam para wanita di luar sana yang sanggup meninggalkan karier setelah berkahwin. Mungkin salah aku juga selama ni aku sibuk dengan butik tapi aku sentiasa ada untuk menemani kau ke apa saja majlis yang harus kau hadiri. Aku tahu aku bukan cinta pertama kau. Pasti tak ada walau sedikit pun ruang di hati kau untuk aku kan? Pasti Rania yang masih utuh bertakhta di hati kau. Ya, aku bukan seorang isteri yang baik. Aku harap kau bahagia dengan Rania. Cukuplah kau tipu aku dan membohongi aku selama ni. Aku tahu semuanya. Selama ni aku biarkan je sebab aku harap kau berubah. Tapi kau tipu aku. Aku dah letih nak teruskan semua ni. Hubungan kita, cukup sampai di sini. Aku tak nak terus terluka dan tersakiti." Alia menyerahkan fail berisi surat cerai mereka.
"Al, aku tak nak kehilangan kau. I love you." Syafiq memegang tangan Alia.
"Kalau kau tak nak kehilangan kau, kau takkan melakukan sesuatu yang menyebabkan kau kehilangan aku. Kau tak akan menduakan aku. Jangan kata I love you kalau kenyataannya kau juga mencintai wanita lain. Tak semua isteri sanggup berpoligami and I'm one of them. Walaupun poligami tak dilarang dalam Islam, aku tak sanggup. Cukuplah kau seksa aku dengan kebohongan, menenangkan aku dengan kepalsuan. Ceraikan aku." Alia tidak menangis walau sedikit pun.
"Cerai?! Poligami? Syafiq, kamu dah kahwin dengan Rania? Lelaki seperti apa kamu? Suami seperti apa kamu?!" Hajah Zahrah mendengar semuanya kerana tadi dia kebetulan mahu masuk semasa Alia berkata seperti itu.
"Mama?" Syafiq terkejut dengan kedatangan ibu mertuanya.
"Get out!" Hajah Zahrah mengusir Syafiq.
"Ada apa ni, Zah?" Haji Mardi baru sampai.
"Bang, kita tak perlukan seorang menantu macam tu. Dia dah duakan anak kita. Zah tak terima dia buat anak kita macam ni." Hajah Zahrah mengusap tangan Alia.
"Alia, betul ke apa yang mama cakap?" Haji Mardi seakan tak percaya dan Alia menganggukkan kepalanya.
"Biar papa buat perhitungan dengan dia. Beraninya dia buat anak kesayangan papa macam ni?" Haji Mardi marah anaknya disakiti.
"Pa, tak payah. Biar Alia selesaikan masalah sendiri. Papa jangan risau." Alia memegang tangan ayahnya.
"Al, papa tak suka anak papa diperlakukan sebegini. Kamu tak layak diperlakukan sebegini." Haji Mardi mengusap kepala anaknya.
"Pa, trust me. Papa percaya Al kan? Al takkan biarkan siapa pun menindas Al. Al takkan biarkan siapa pun menyakiti Al." Alia tidak mahu ayahnya pula bermasalah dengan suaminya.
"Okey. Janji dengan papa, kamu akan pertahankan hak kamu. Janji yang kamu takkan biarkan Syaf sesuka hati mempermainkan kamu dan tipu kamu. Papa tak nak kamu bersedih." Haji Mardi sangat menyayangi anaknya itu.
  Sebaik sahaja Alia keluar dari hospital, dia terus meminta Arman dan Ariana datang menemuinya. Dia mahu rancangan mereka dipercepat. Dia akan memastikan rancangannya berjaya dengan apa cara sekalipun. Dia tidak mahu haknya sebagai isteri ditindas. Dia tidak mahu dirinya diperbodohkan dan dipermainkan. Dia mahu Syafiq tahu bahawa dia bukan seorang wanita lemah. Dia bukan wanita sembarangan yang mudah ditipu.
  Syafiq belum menandatangani surat cerai mereka. Dia tidak mahu kehilangan Alia. Dia juga tidak mahu kehilangan Rania. Adakah dia terlalu tamak? Salahkah dia mencintai dua orang wanita pada waktu yang sama?
  Alia mengawal semua aktiviti Syafiq. Dia meminta Sara mengurus butiknya untuk sementara waktu. Alia menjadi setiausaha dan pembantu peribadi Syafiq. Selama Alia sudah bekerja dengannya, Syafiq tidak pernah menemui Rania. Alia telah menukar nombor telefon Syafiq. Nombor telefon pejabat juga ditukar. Sebolehnya dia mahu Syafiq putus komunikasi dengan Rania dan Rania tidak dapat menghubungi Syafiq. Alia juga mengawal penggunaan kad kredit dan kad ATM Syafiq. Semua kad kredit Syafiq, dia yang pegang. Dia sudah melunaskan semua bayaran kad kredit Syafiq. Hanya ada sekeping kad ATM pada Syafiq. Syafiq tidak dapat berkata apa-apa atau membantah tindakan Alia. Dia yakin Alia akan melakukan sesuatu yang lebih dan tidak terjangkau oleh fikirannya jika dia membangkang.
  Sudah dua bulan Alia mengawal Syafiq. Sudah dua bulan juga Syafiq tidak berjumpa dengan Rania. Pernah beberapa sekali Rania datang ke pejabat Syafiq. Dia pulang semula kerana melihat Alia ada di sana. Sudah dua bulan sewa rumah mereka tidak dibayar. Sudah beberapa kali Rania ditagih bayaran rumah. Alia memang mahu itu terjadi. Apabila Rania masih tidak membayar sewa rumah, dia akan diusir. Itu yang Alia mahu. Pemilik rumah itu ialah abang sepupu Alia, Syazwan. Syafiq telah menghubungi Syazwan dan meminta diberi tempoh. Dia tidak dapat mengeluarkan wang dari mesin ATM kerana Alia sentiasa bersamanya. Syazwan memberitahu Alia soal itu lalu menyuruh Syazwan mengusir Rania. Rania keluar dari rumah itu.
"Al, aku nak keluar sebentar. Ada hal." Syafiq mendapat tahu Rania diusir.
"Aku ikut." Alia menyarungkan kasutnya.
"Tak payah. Aku pergi tak lama." Syafiq menegah.
"Syaf, kau masih nak bohong? Kau nak jumpa betina tu kan? You know what? Aku tahu semua! Ingat kata-kata aku ni. Selangkah kau keluar tanpa aku, itu maknanya kau setuju untuk ceraikan aku. Walau sesen pun duit kau berikan kepada betina tu, kau akan kehilangan aku. Sekali kau jumpa betina tu, kau akan kehilangan aku selama-lamanya dan kehilangan besar. Ceraikan betina tu." Alia bertegas.
"Al, aku cuma nak keluar jumpa Syazwan." Syafiq tidak tahu Syazwan ialah abang sepupu Alia.
"Nak merayu supaya betina tu dapat tinggal kat sana lagi? Syaf, kali ni aku takkan biarkan kau berhubungan dengan betina tu. Never. Kau harus pilih. Aku atau dia? Kalau kau pilih dia, kau akan menghadapi kehilangan besar." Alia beredar.
  Syafiq tidak jadi pergi. Dia takut juga dengan isterinya itu. Alia akan melakukan apa yang dia katakan. Dato' Haikal tahu apa yang Alia lakukan terhadap anaknya. Walaupun agak kejam, dia tidak melarang. Dia mahu anaknya itu sedar akan kesalahannya. Dia menyayangi menantunya. Dia yakin Alia yang terbaik untuk Syafiq. Dia juga tahu mengenai perkahwinan Syafiq dengan bekas tunangnya yang hampir menjatuhkan maruah keluarga mereka.
  Suatu hari, Alia jatuh sakit. Dia berasa kepalanya sangat pening. Syafiq mengambil kesempatan itu untuk menemui Rania. Rania kini tinggal di sebuah rumah sewa yang agak kecil dan bekerja di sebuah Star Cafe sebagai pelayan. Tanpa pengetahuan Rania, kafe itu milik Alia. Alia mempunyai banyak bisnes. Selain daripada bisnes butik, dia beberapa buah kafe di beberapa buah tempat.
  Alia mendapat tahu daripada Syazwan yang ternampak Syafiq menemui Rania bahawa suaminya menemui Rania. Alia meminta Arman dan Ariana datang ke rumahnya. Arman dan Ariana datang bersama dokumen-dokumen yang Alia mahu. Terdapat surat penyerahan semua harta milik Syafiq kepada Alia. Arman mendapatkan tandatangan Syafiq dengan meletakkan fail berisi surat itu bersama fail dokumen yang harus Syafiq tandatangani. Syafiq jarang memeriksa dokumen yang Arman minta dia tandatangani.
  Semasa Syafiq pulang ke rumah pada petang itu, dia terkejut melihat bagasi dan barang-barangnya di depan pintu rumah. Alia berdiri dengan tangan disilangkan di dada sambil memandang Syafiq.
"Kenapa barang-barang aku kat luar?" Syafiq bertanya.
"Kunci kereta?" Alia meminta kunci kereta Syafiq.
"Kenapa?" Syafiq menyerahkan juga kunci keretanya kepada Alia.
"Aku dah kata sebelum ni. Aku dah mengingatkan kau sebelum ni. Sekali kau jumpa betina tu, berhubung dengan betina tu atau apa pun yang berkaitan dengan betina tu, bermakna kau setuju ceraikan aku, sedia kehilangan aku dan kehilangan besar. Sekarang, pergilah kat betina tu. Berbahagialah dengan dia. Sebelum tu, tandatangan surat cerai ni!" Alia melemparkan surat cerai mereka ke wajah Syafiq.
  Syafiq redha. Dia menandatangani surat cerai mereka.
"Kunci kereta aku?" Syafiq meminta kunci keretanya.
"Sorry. Now, you've nothing. Semua yang kau miliki, sekarang milik aku. So, Dato' Syafiq Iqbal, silakan pergi kepada isteri tercintamu. Hiduplah dengan cinta pertamamu." Alia menutup pintu rumah.
  Keesokan harinya, Syafiq pergi ke pejabat. Namun, dia dilarang masuk. Syafiq berkeras mahu masuk.
"Syafiq Iqbal!!! Stop it!" Alia berteriak apabila Syafiq mencuba untuk memukul pengawal keselamatan yang menghalangnya masuk.
"Al, apa maksud semua ni? Kenapa aku dilarang masuk? This is my company." Syafiq memandang Alia.
"Nak tahu kenapa? It's because now you are nobody. Kau, Dato' tanpa apa-apa sejak kau keluar dari rumah. Semua harta kau dah jadi milik aku. So, hiduplah dengan cinta pertama yang kau pertahankan tu kalau cinta tu boleh dimakan dan buat kau senang. I want you to remember one thing. I am not a weak woman." Alia terus beredar masuk ke bangunan Star Holding.
  Syafiq runsing. Dia kehilangan semuanya. Dia kehilangan syarikat, rumah dan segala-galanya. Syarikat yang dia bangunkan dengan jerih payah, rumah dan kereta yang dia beli dengan hasil titik peluhnya, semuanya kini milik Alia, bekas isterinya. Dia kini benar-benar yakin bahawa Alia bukan wanita sembarangan sehingga wanita itu dapat mengambil semua hartanya. Syafiq pergi menemui ayahnya.
"Dad, I lost everything." Syafiq mengadu kepada ayahnya.
"You deserved it. Daddy tak nak dengar apa-apa daripada kamu lagi. Selagi kamu bersama Rania, jangan harap nak minta bantuan daddy. Daddy tak akan pernah merestui perkahwinan kamu dengan dia." Dato' Haikal menutup pintu rumahnya.
"Abang, kasihan Syaf. Walau bagaimana pun, dia tetap anak kita." Datin Safiya berkata kepada suaminya.
"Saf, he is too much! Awak sepatutnya kasihan kat Alia. Dia terlalu muda untuk jadi janda. Tambahan pula, she is pregnant, Saf." Dato' Haikal mengetahui semuanya dari bekas besannya.
"Alia hamil? Kita akan jadi datuk dan nenek, bang." Datin Safiya sangat gembira dengan berita itu.
  Alia kini hamil. Usia kandungannya barul sebulan. Syafiq tidak tahu mengenai kehamilan Alia. Sudah dua bulan Alia tinggal bersama ayah dan ibunya. Haji Mardi dan Hajah Zahrah menjaga Alia sebaik mungkin. Alia telah memecat Rania sekeluarga yang bekerja untuk keluarganya. Dia mahu mereka hidup sengsara dan menderita. Kesakitan yang dia rasai lebih daripada apa yang Rania sekeluarga rasa. Suaminya meninggalkannya demi wanita lain, bekas tunangnya pula tu. Perbuatan Alia boleh dikatakan kejam tetapi perbuatan suaminya dan Rania lebih kejam. Syafiq sanggup menyakiti perasaannya dengan menipu dan meninggalkannya demi Rania. Tambahan pula, sekarang dia sedang mengandung. Dia tidak mahu Syafiq tahu bahawa dia mengandung. Syafiq telah begitu menyakitinya. Syafiq mendapat tahu bahawa Rania sekeluarga dipecat oleh Alia. Dia menemui Alia untuk membuat perhitungan.
"Al!!! Kenapa kau pecat Rania dan keluarga dia?!" Syafiq mendatangi rumah Rania.
"Kenapa? Marah? Seharusnya aku yang marah!! Aku dah peringatkan dia dulu kan? Aku dah kata, kalau dia masih berhubungan dengan kau, aku tak akan hanya buat dia sengsara but also her family. So, aku dah tunaikan semua kata-kata aku." Alia senyum sinis.
"Al, you're too much! Kita dah cerai. So, kenapa kau masih nak sibuk hal Rania dan keluarga dia?" Syafiq menengking Alia.
"Ya, there's nothing between us anymore. Aku tak menyibuk hal betina tu. Aku cuma buat apa yang aku dah katakan dulu. Dah tak apa-apa yang perlu kau cakap lagi kan? So, get kost of my sight. I'll make sure that they will suffering." Alia mengusir Syafiq.
  Syafiq beredar. Kini, Syafiq bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran. Hanya itu pekerjaan yang mampu dia dapatkan sekarang. Rania pula berusaha mencari pekerjaan. Ayah, ibu dan adik Rania sudah pulang ke kampung. Masalah mata ayah Rania semakin memburuk. Gaji Syafiq hanya mampu menampung kehidupannya dengan Rania. Berapalah sangat gajinya. Mereka memerlukan wang untuk makan dan sewa rumah. Belum lagi keperluan-keperluan lain. Rania sudah mulai sering merungut tentang kesusahan hidup mereka.
  Usia perkahwinan Syafiq dan Rania sudah hampir setengah tahun. Rania telah hamil. Usia kandungannya kini dua bulan lebih. Alia pula menunggu harinya bersalin sahaja. Syafiq berusaha bekerja lebih untuk memenuhi keperluan Rania. Rania sering meminta dibelikan itu dan ini. Syafiq sampai pening kepala memikirkan kewangan mereka yang masih belum stabil dengan permintaan Rania yang begitu banyak. Keluarga Rania di kampung hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
  Alia selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 3 November, pukul 3 pagi dengan jisim 4 kilogram. Rakan karib Alia yang menemaninya, Kamal Lee, menolongnya mengazankan bayinya. Fareez Zamri ialah seorang duda anak satu. Isterinya meninggal selepas melahirkan anak mereka, Muhammad Alif. Ayah dan ibu Alia tiada di sana. Hajah Zahrah menemani Haji Mardi mendapatkan rawatan di luar negara. Haji Mardi mempunyai tumor di otaknya. Alia mahukan yang terbaik untuk ayahnya. Alia sanggup menghabiskan duit untuk kesembuhan ayahnya.
  Alia dibenarkan pulang selepas beberapa hari. Ibu Fareez, Datin Khalida menjaga Alia selama Alia berpantang. Fareez juga banyak membantu Alia dalam urusan menjaga anaknya. Alia menamakan anaknya Muhammad Arif Furqan. Datin Khalida sangat baik terhadap Alia. Dia sangat suka jika Fareez kelaknya dapat memperisterikan Alia.
  Sudah enam bulan berlalu, Fareez dan Alia telah bernikah. Alif sangat gembira. Dia mendapat ibu baharu dan adik. Alia menyayangi Alif seperti anaknya sendiri. Kehidupan Syafiq dan Rania sudah membaik semenjak Syafiq membuka kafe sendiri bermodalkan wang gajinya selama ini. Belum sempat mereka merasa kesenangan hasil usaha sendiri, mereka terlibat dalam sebuah kemalangan semasa mahu menghantar Rania ke hospital untuk bersalin. Mereka cedera parah. Rania hanya sempat dibedah untuk melahirkan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Syafiq meninggal dalam ambulan semasa dalam perjalanan ke hospital. Pihak hospital menghubungi keluarga Syafiq dan Rania. Dato' Haikal mrnghubungi Haji Mardi sebelum berangkat ke hospital. Alia pula mendapat tahu daripada Fareez yang bekerja sebagai doktor di hospital tempat Syafiq dan Rania dirawat.
  Alia telah memaafkan Syafiq dan Rania. Dia tidak mahu menyimpan dendam yang menghantui hidupnya dan membuat dirinya menjadi seorang yang kejam. Alia pergi ke hospital sendirian. Anak-anak ditinggalkan bersama ibu mertuanya. Ayah mertuanya sudah lama meninggal. Fareez segera mendapatkan isterinya sebaik sahaja isterinya tiba.
"El, jom." Fareez menggenggam tangan isterinya.
  Ahli keluarga Syafiq dan Rania sudah berada di sana. Ahli keluarga Rania meminta maaf pada Alia atas semua yang sudah Rania lakukan terhadap Alia. Alia memeluk Rogayah.
"Mak cik, saya dah maafkan dia. Mak cik sabar ya." Alia mengusap belakang Rogayah perlahan.
  Setelah pengebumian jenazah Syafiq dan Rania, Alia dan Fareez pulang. Setibanya di rumah, Alia terus membersihkan diri. Selepas itu, dia pergi ke ruang tamu. Alif dan Arif berada di sana bersama Datin Khalida. Datin Khalida sangat menyayangi kedua-dua cucunya itu.
"Mummy." Alif mengawang-awangkan tangannya meminta dipeluk oleh Alia.
  Alia memeluk Alif lalu menepuk belakang anak kecil itu dengan lembut. Akhirnya, Alif tidur dalam pelukan Alia. Alia meletakkan Alif di atas kerusi rehat anak kecil yang diletakkan di atas lantai ruang tamu. Fareez yang sudah selesai mandi turun dari tingkat atas. Kemudian, dia melabuhkan duduk di sebelah Alia.
"El, apa kata kita bantu keluarga Pak Jamal?" Farrez memeluk bahu Alia.
"I've prepared something for them. Don't worry." Alia mengusap pipi Fareez.
"Okey. Saya akan bantu Pak Jamal untuk dapatkan rawatan mata dia." Fareez mencium pipi Alia tanpa segan-silu di hadapan ibunya.
"Reez, tengok pipi isteri kamu tu dah merah. Tak lama lagi Alif dan Arif dapat adiklah kalau macam ni." Datin Khalida mengusik anak dan menantunya.
"If course, umi." Fareez senyum nakal memandang isterinya.
  Alia mencuit lengan Fareez. Dia malu. Selepas itu, Alia masuk ke kamar. Dia mencuci muka dan menggosok gigi. Kemudian, dia duduk bersandar di atas katil. Dia memikirkan rancangannya untuk keluarga Rania. Dia telah menyediakan sesuatu untuk mereka. Dia tidak mahu ada dendam di antara mereka lagi.
  Keesokan pagi, setelah menguruskan Alif dan Arif, Alia bersarapan bersama Fareez dan Datin Khalida. Sebaik sahaja selesai bersarapan, Alia pergi menemui keluarga Rania yang bermalam di rumah Dato' Haikal. Sudah tiada dendam antara mereka semua.
"Assalamualaikum. Morning daddy, mummy." Alia menyalam tangan Dato' Haikal dan Datin Safiya.
"Waalaikumsalam." Daddy dan mummy menjawab salam Alia.
  Selepas itu, Alia menemui keluarga Rania. Dia berbicara dengan mereka di ruang tamu.
"Mak Yah, Pak Mal, Azmil, saya datang sebab nak ajak korang tinggal dengan saya." Alia memberitahu maksud kedatangannya.
"Eh, tak apalah. Kami akan balik kampung." Jamal tidak mahu bergantung kepada orang lain.
"Pak Mal, saya ikhlas nak bantu. Saya nak Mak Yah bantu umi jaga budak-budak dan uruskan rumah. Pak Mal juga boleh bekerja sebagai tukang kebun. Azmil pula, saya nak dia uruskan kafe saya. Saya dan Fareez juga dah setuju nak ambil Puteri Arisya sebagai anak angkat kami." Alia berkata bersungguh-sungguh.
"Yalah." Jamal akhirnya setuju.
"Satu hal lagi. Fareez dah dapatkan bantuan untuk rawatan mata Pak Mal." Alia senyum.
  Selepas itu, Alia meminta pemandu keluarganya, Pak Mail menjemput keluarga Jamal. Dia ada urusan di pejabat dan butik. Alia semakin sibuk sekarang semenjak dia harus menguruskan urusan Star Holding dan AE Fashion Boutique sekaligus. Dia telah meminta Sara menguruskan butik apabila dia ada urusan di pejabat dan meminta bantuan sepupu Syafiq, Taufiq yang kini bekerja sebagai pembantunya di Star Holding untuk menguruskan hal pejabat apabila dia ada urusan dengan butik. Alia tetap meluangkan masa untuk keluarganya walaupun jadual kerjanya sangat padat. Dia tetap mengutamakan keluarganya dalam segala hal. Apabila Alif atau Arif jatuh sakit, dia sanggup cuti untuk menemani anaknya.
  Sudah sebulan keluarga Rania tinggal bersama Alia dan keluarga suaminya. Mereka hidup harmonis. Datin Khalida sangat menerima kehadiran Jamal sekeluarga. Mata Jamal sudah dirawat dan sekarang dalam proses pemulihan. Arisya sudah menjadi anak angkat Alia dan Fareez. Alia kini mengandung. Udia kandungannya baru beberapa minggu. Fareez sangat gembira. Ahli keluarga mereka akan bertambah. Fareez sangat menitikberatkan pemakanan dan kesihatan isterinya semenjak isterinya mengandungkan anak mereka. Tekanan darah Alia sentiasa diperiksa oleh Fareez. Fareez juga mengawal kerja dan aktiviti Alia. Dia mahu isteri dan bakal anaknya sihat. Mereka berbahagia hendak-Nya. Alia dan Fareez berbahagia dengan keluarga besar mereka. Mereka mendapat bayi kembar lelaki. Kini, mereka mempunyai lima orang anak yang sangat mereka sayangi. Fareez berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan mencintai isteri dan anak-anaknya sehingga hembusan nafasnya yang terakhir dan akan sentiasa membahagiakan keluarga mereka.
                                   TAMAT

Share this novel

syfnaalya
2020-10-28 14:21:51 

Birthday saya tu 3 november


NovelPlus Premium

The best ads free experience