bab 2

Romance Series 4352

akhirnya, dania pun habis mendaftar, dalam 1 jam macam tu lah dia mendaftar, terlepas 1 mata pelajaran, dania dan fendy pun terus masuk ke kelas, dania terus duduk di sebelah myza, dah myza sorang je yang dia kenal kan? tak kan nak duduk sebelah Mamat kabut tu

dania P.O.V

akhirnya habispun waktu cikgu kimia ni, memulas perut aku tunggu rehat, lapar giler, baru sahaja aku dan myza nak pergi ke kantin, kami ternampak sekumpulan budak perempuan yang tengah menggila

"apsal tu myza? "tanyaku

"tu sebab ada Adam kot"

"Adam? "

"nanti awak tahu lah tu"

"dah tu? macam mana nak pegi kantin ni? "

"redah je lah"

"okay"kataku lalu menyelit, baru sahaja aku nak menyelit, tiba-tiba aku terjatuh

"aww! sakit lah siak"kataku dalam hati

"awak okay ke? "tanya myza

"okay je"kataku, tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan tangannya padaku, aku pun menyambutnya dengan terpaksa

"awak budak baru ke? "tanya lelaki itu

"ADAM!!!! Awak okay tak? tak de luka pape? perempuan ni kacau awak ke? "tanya 'fans' nya

"patutnya kau tanya aku ni ha! aku yang jatuh kot! dia yang lebih "kataku dalam hati lalu menarik myza menuju ke kantin, baru sahaja aku sampai ke kantin, aku perasan bahawa nametag yang aku pakai kini hilang, aku pun mengajak myza mencari nametag ku, ni mesti kes tertanggal masa tolak-tolak tadi, heish!

"mana nametag aku ni! "kataku bengang

"sabarlah"kata myza memberikan kata-kata semangat

"carik apa? "tanya fendy yang tiba-tiba datang

"carik nametag"jawabku sambil mencari

"nametag siapa? "

"ouh,aku tolong carikkan acik kantin punya nametag!mestilah nametag aku mangkuk! "kataku serabut

"tulah, tak reti jaga! baru sehari sekolah dah hilang nametag" kata fendy manakala myza pula hanya diam sambil tersenyum-senyum

"ni awak punya ke? "tanya lelaki yang kujumpa tadi sambil menghulurkan nametag yang bertulis dania haneesya

"eh, Adam! mana datang? "

"dari tadi dah kat sini"katanya, akupun terus merampas nametag itu, buang mase je kalau aku tunggu Mamat-mamat ni berborak

"bye"kataku lalu menarik myza

"kau nak pegi mana? "tanya fendy

"nak pegi kantin lah, aku tak makan lagi tadi" baru sahaja aku mahu menuju ke kantin, langkahku terhenti kerana loceng telahpun dibunyikan bermaksud rehat telahpun tamat

"hahahaha! tak dapat makan ke sahabat? kesian, hahaha! "gelak fendy

"siapa sahabat kau? aku sembelih buat korban raya haji nanti baru tau"kataku lalu terus menuju ke kelas manakala myza dan Adam pula hanya tersenyum melihatku

-
- -

akhirnya, sampaipun ke dalam rumah, dania pun terus masuk ke bilik lalu mandi, selesai mandi, dia terdengar pintu biliknya diketuk

"Assalamualaikum, pekak ke? orang ketuk ni bukak lah! " sah tu fendy

"kejap lah"kata dania lalu membuka pintu"

"nah"kata fendy lalu menghulurkan sedulang makanan kepadaku

"kau demam ke apa ni? "tanya dania hairan

"aku dah bagi ni ambik je lah, lagipun, kau kan tak makan kat sekolah tadi"

"ye lah, terima kasih"kata dania lalu menutup pintu

"Amboi, main tutup je! aku macam mana? "tanya fendy dari luar bilik

"bilik kau sebelah ni je kan? pegi lah sana! "kata dania lalu makan

"hish! kalau aku tau, tak de lah aku bawakkan makanan tu kat bilik kau tadi"kata fendy berang

"aku tak suruhpun"kata dania sambil tersenyum

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience