PERISTIWA semalam seakan terlayar di ruang mindanya. Rasa serba salah terhadap penolakan Airra membuatkan dia tidak senang duduk. Dalam diam, dia juga berkecil hati dgn sikap acuh tak acuh gadis itu.
" Aku ajak dia keluar je kot. Bukannya nak culik dia. Atau nak buat benda tak elok. Aku ni dah besar panjang. Dah boleh fikir baik buruk sesuatu tu" Ada keluhan di hujung bicaranya. Sungguh, hatinya ditampar walang apabila Airra spt tdk mempedulikannya langsung ,bahkan mahu memujuk jauh sekali. Fikirnya, dgn menyepikan diri akan merubah fikiran Airra lalu bersetuju dgn ajakannya. Tetapi lain pula yg jadi. Gadis itu jadi ikutan diam sptnya.
Ashraf menggaru kepalanya yg tidak gatal. Pusing pula memikirkan soal perasaan. Dia memang sudah terlajak suka dgn Airra. Lagipula, di kala ini juga dia tdk berkawan dgn mana-mana wanita melainkan Airra.
" Ke dia tak suka aku? Hmmmmm" Ashraf menghela nafas berat. Dan kali ini ,ternyata hatinya benar-benar kecewa dgn pendapat yg dia olah sendiri. Haruskah dia bertanya dgn umi soal ini? Lagipula, umi juga seorang perempuan. Yg pastinya, seorang perempuan tahu akan kehendak perempuan yg lain. Tetapi apabila memikirkan umi, bulunya tiba-tiba meremang. Teringat akan kata-kata umi tempoh hari. Hmmmmm.. Haruskah dia mengalah dgn umi?
"IBU. Adek ada benda nak tanya ibu" Airra mengengsot sedikit duduknya ke arah Puan Zahara yg sdg sibuk membuat aduan kuihnya.
Puan Zahara menggapai gelas yg berisi air lalu dituang ke dlm aduan tadi. Kemudian, dikacaukan semua aduan tersebut di dlm sebuah besen kecil. Memang begitulah aktiviti hariannya di rumah. Membawa gelaran surirumah sepenuh masa membuatkan dia mempunyai masa lapang utk melakukan sebarang aktiviti. Kuih yg dibuat akan dijual di bakeri milik Akief.
" Adek nak tanya apa?" tanya Puan Zahara. Dia sudah menapak ke singki ,mencuci tgn lalu kembali mendekati Airra.
" Hmmmm.. Adek nak tahu siapa adek sbenarnya" Kata-kata Airra mengundang rasa tdk enak dlm hati ibunya. Tapi sehabis mungkin dia cuba mengawal riak wajah.
" Adek ialah adeklah. Airra Farisha. Permata hati ibu dan ayah. Dan satu-satunya yg kami punya"
" Tu adek tahulah bu. Tapi adek nak tahu pasal masa lalu adek. Adek dah cuba cari apa-apa yg berkaitan masa lalu, tapi adek tak jumpa. Adek buntu" Dia bernada kecewa. Hanya ibulah satu-satunya harapan dia saat ini.
Puan Zahara tersentak. Kali ini, riak wajahnya sdh tdk mampu dikawal lagi. Dia berubah kelat sehingga Airra dpt mengesan riaknya itu.
" Bu..." Airra menggoncangkan tubuh ibunya perlahan-lahan.
Puan Zahara tdk berganjak. Kaku berdiri dgn pertanyaan Airra. Tdk disangka-sangka anak gadisnya itu akan mengungkit soal itu kembali. Sangkanya, Airra tdk akan menyentuh sama sekali mengenai hal itu. Dia mula berasa takut. Airra kalau ingin tahu akan sesuatu, dia tekad akan mencari solusinya sendiri. Bagaimana kalau Airra mengetahui kisah silamnya dan dia bakal kehilangan Airra sekali lagi?
" Bu..." Kali ini, suara Airra sedikit mengeras.
" Hmmmm?" Puan Zahara memandang wajah Airra. Dimaniskan sehabis-habis agar Airra tdk mengesyaki apa-apa.
" Kisah silam adek ,takde apa yg menarik. Adek habiskan masa dgn tolong along di bakeri. Pastu, adek luangkan masa dgn ibu dan ayah. Tu je sayangg" Puan Zahara terpaksa berbohong demi kebaikan Airra. Dia sudah selesai meletakkan adunan tadi di dlm loyang. Kemudian, dia menapak ke oven lalu memasukkan loyang tersebut ke dlmnya. Ditetapkan masa dan suhunya sekali.
" Hmmm. Adek takde kenal dgn siapa-siapa ke bu? Maksud adek, adek tak bercinta dgn siapa-siapa ke?" Sekali lagi, Puan Zahara tersentak. Hampir saja oven yg dipanaskan terkena tangannya.
" Ibu okey ke?" Airra sdh berdiri di belakang Puan Zahara. Wajahnya tampak cemas.
" Ibu okey sayang" Dia bergerak ke meja makan lalu mendaratkan punggungnya disitu. Airra menurut dr belakang. Kerusi ditarik lalu duduknya bersebelahan ibu
" Kenapa adek nak tahu pasal tu?" Puan Zahara memulangkan soalan. Risau kalau-kalau Airra terserempak atau terjumpa Azrul di mana-mana. Boleh jadi kisah silam mereka terdedah tanpa sengaja.
" Saja. Lagipun, adek selalu mimpi seorang lelaki. Dia senyum kat adek dan cakap yg dia nak kawen dgn adek. Bila adek tersedar, adek rasa pening. Sbb tu adek nak tahu. Selagi adek tak tahu, adek tak mampu nak tidur dgn tenang" cerita Airra. Dia hampir-hampir hendak menangis apabila terkenangkan setiap mlm yg akan dihabisi dgn teka-teki itu. Bermimpikan seorang lelaki misteri yg dia sendiri tdk kenal setiap hari, tidurnya jadi terganggu. Teka-teki ini harus diselesaikan sebelum hidupnya jadi tunggang terbalik!
Puan Zahara terkaku. Sungguh, cerita Airra mengejutkannya sama sekali. 'Azrul, kau dah ganggu Airra sebelum ni. Sekarang dlm tidur pun kau masih nak kacau dia?'
" Tu mainan tidur je dek. Jgn dilayan sgt. Lagipun, adek tak pernah bercinta dgn siapa-siapa sebelum ni" Puan Zahara menunjukkan riak wajah yg yakin. Berharap agar kepercayaan Airra dpt diraih kali ini.
Airra terdiam. Tdk mungkin ianya mainan tidur kerana mimpi itu berulang-ulang kali, seolah-olah pita rakaman yg sdg dimainkan.
" Dek. Syaitan ni akan buat bermacam-macam cara utk ganggu kita. Dan salah satunya melalui mimpi. Adek tu, sebelum tidur ,cuci kaki dulu. Pastu baca tiga Qul. Baca ayatul Kursi. In Shaa Allah, semua malaikat melindungi kita semasa kita tidur" nasihat Puan Zahara sambil tersenyum.
Airra mengangguk faham, mengiyakan kata-kata ibunya. Mungkin ada benarnya apa yg diperkatakan ibu. Hmmm, tapi... Arghhhhh! Dia percayakan ibu. Ibu lebih mengetahui akan dirinya.
Share this novel