Bab 11

Action Series 9408

Anna memandang Taufiq yang sedang berseronok dengan memutarkan dirinya menggunakan kerusi pejabatnya.
“Wah abang, seronok nampak lepas abang pecat Irfan tu.”
Selamba Anna menegur Taufiq yang sedang bergembira. Lalu Anna meletak fail hitam di atas meja. Taufiq memandang Anna pelik.
“Apa ni Anna?”
Soal Taufiq lalu mengambil fail tersebut dan baca isi kandungannya.
Abang jangan happy sangat, Fatimah dah mulakan serangan balas dia. Hari ini sahaja dah sebarkan kes cawangan di Melaka dekat media.”
Kata-kata Anna membuatkan Taufiq terdiam. Dia menelan air liur kesat.
“Kita nak buat apa ni Anna?”
“Dalam fail tu ada skrip untuk abang hafal. Ayat sempoi je Anna buat tapi make sure jangan nampak ketara sangat tu ayat skrip. Wartawan akan datang dan temubual abang. Buat elok elok ye.”
Kata Anna sebelum berlalu keluar dari pejabat untuk pulang ke rumah.

XXXXXXXXXX

Anna yang sedang memandu terkejut mendengar telefonnya berbunyi. Dengan segera dia berhenti di tepi jalan dan mengambil telefonnya yang di simpan di dalam beg tangan. Anna segera angkat.
“Hello. Siapa ni?”
“Hello cik Anna, cik saya pekerja encik Amirul. Minta cik datang sekarang ke restoran boleh? Ada lelaki pukul encik Amirul dan sekarang tengah meroyan sebut nama cik.”
Anna mendengus. Dia tahu siapa yang pekerja Amirul maksudkan. Anna yang hampir tiba di rumah segera memngambil keputusan untuk berpatah balik. Dia memandu laju ke restoran Amirul.
Tibanya Anna di restoran Amirul, Anna lihat restoran itu kosong dan hanbya ada Aliff dan Amirul yang terduduk di lantai. Pekerja Amirul berada di belakang Amirul cuba melindungi Amirul. Aliff tidak sedar akan kehadiran Anna, ketika dia cuba menyerang Amirul lagi sekali Anna segera menarik kolar baju dari belakang Aliff menghalang Aliff daripada menyerang Amirul. Aliff yang terkejut kerana tarikkan kuat Anna segera memusingkan tubuhnya cuba memandang Anna. Tanpa di sangka Anna menjauhkan dirinya dari Aliff lalu mengangkat kakinya dan melepaskan satu tendangan yang kuat pada perut Aliff membuatkan Aliff terjatuh 6 kaki jauh dari tempatnya berdiri. Aliff terbaring di atas lantai terkejut menerima serangan dari Anna manakala Amirul dan pekerja Amirul terdiam melihat Anna menyerang Aliff tanpa sebarang amaran.
“Aku dah pernah cakap dengan kau jangan cari pasal, jangan kacau life aku. tapi apa kau buat? Kau ni memang tak sedar dirikan?”
Bebel Anna sambil matanya melilau mencari sesuatu. Akhirnya matanya terhenti pada sebuah tray makanan stainless steel. Yang terletak di atas kaunter makanan. Anna tanpa berfikir panjang dengan selamba dia berjalan dan mencapai tray tersebut. Di pegang dengan kedua belah tangan memandangkan ia berat dan besar.
“Aku tak faham betul dengan perangai kau ni. Kau ni bodoh ke apa? kau memang nak aku jumpa mak kau dan biar mak kau jadi lagi sakit ke apa?”
Soal Anna sinis lalu dia menghampiri Aliff yang sedang cuba bangun sambil tangannya memegang perutnya yang sakit. Di saat dia sudah berdiri Anna dengan tanpa rasa belas kasihan memukul wajah Aliff dengan tray tersebut. Aliff tercampak jauh ke sudut restoran. Anna tersenyum sinis. Dia mencampakkan tray tersebut ke lantai dan mencapai Amirul yang sudah berdiri bersandar pada meja. Amirul memandang dia tidak percaya.
“Jom aku bawa kau pergi klinik.”
Kata Anna perlahan. Amirul ragu-ragu ingin menerima ajakkan Anna. Serba salah melihat Aliff yang sudah pengsan di sudut restoran miliknya.
“Tak payah risau, aku dah panggil orang untuk ambil si Aliff tu.”
Kata Anna keras lalu dia terus menarik Amirul menuju ke kereta miliknya.
Sebaik sahaja Anna keluar dari restoran Amirul, sebuah kereta sedan hitam tiba di hadapan Anna. Pemandu yang memakai sut hitam keluar dan menganggukkan kepalanya perlahan tanda menegur Anna.
“Dia dekat dalam. Hantar dia balik rumah dan bagi amaran dekat family dia untuk jaga anak mereka ni betul betul. Kalau boleh ikat sekali. Melampau sangat kacau hidup aku.”
Kata Anna keras sebelum kembali menarik Amirul. Tiba-tiba Anna berhenti. Dia memusingkan tubuhnya.
“Kunci kereta kau mana?”
Soal Anna pada Amirul. Amirul menunjukkan jarinya ke arah restoran.
“Tolong hantarkan kereta Amirul ni sekali ke rumah aku. kunci boleh minta pada staff restoran.”
Lelaki yang memakai sut tadi menganggukkan kepalanya faham.

XXXXXXXXXX

Anna duduk di sebelah Amirul setelah mendaftarkan Amirul untuk menerima rawatan daripada doktor. Amirul masih memandang Anna pelik. Akibat rasa tidak selesa di perhatikan oleh Amirul Anna akhirnya memandang Amirul dan menjawab persoalan yang berada di minda Amirul.
“Ayah aku dari kecil dah masukkan aku dalam kelas mempertahankan diri. Setakat nak belasah mamat lembik macam Aliff tu tiada masalah.”
Kata Anna selamba. Amirul mengeluh lemah,
“Tapi, kau kuat sangat Anna. Kesian Aliff. Kalau dia saman kau macam mana?”
“Berani dia nak saman aku? aku dah cukup bukti nak saman dia balik. Dia stalk aku dah setahun kau tahu tak? Kacau privacy aku. dia ingat dia boleh menang? Kalau aku kalah pun aku akan pastikan dia kalah juga!”
Anna berkata yakin. Kemudian nama Amirul di panggil untuk masuk ke bilik doktor nombor 1. Anna menolak bahu Amirul menyuruh Amirul masuk ke bilik rawatan tersebut.
20 minit Anna menunggu Amirul, akhirnya dia keluar dari bilik rawatan dengan lukanya yang sudah di rawat dan di balut oleh doktor.
Anna menyuruh Amirul menunggu di dalam kereta sementara dia ingin mengambil ubat dan membayar rawatan di klinik tersebut.
Anna segera keluar dari klinik setelah menyelesaikan bayaran namun tanpa di sangka ibu Aliff datang dan menyerang dia.
Badan Anna di tolak kasar namun tidak cukup untuk menjatuhkan Anna mungkin kerana dia sudah tua.
“Perempuan gila! Kau dah tolak anak aku tu kau tolak je la, perlu ke kau pukul dia!”
Kata Suraya kasar. Anna tersenyum sinis. Dia sudah agak. Suraya pasti tidak tahu anaknya itu seorang pervert yang selalu ikut Anna kemana-mana.
“Mak cik, kesian kau dapat anak tak guna. Dah lah tak guna, mengharapkan duit mak bapak sahaja lepas tu penipu. Eh! Kau pergi balik rumah kau tanya anak kau selama ni dia tak duduk dekjat rumah dia buat apa? Kau pergi tanya anak kau tu”
Jerkah Anna bengang. Suraya memandang Anna berang, dia tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Anna.
Kemudian dia menampar pipi Anna kuat. Anna terkejut apabila menerima tamparan dari wanita tua itu. Dengan wajahnya yang merah dia segera mengangkat tangannya tinggi dan menampar semula pipi kiri Suraya. Hilang terus rasa ingin hormat dia pada wanita itu. Suraya terkejut menerima tamparan dari Anna.
“Kau perempuan gila!”
Jerit Suraya sambil memegang pipinya. Dia dapat rasa terdapat darah mengalir di bibirnya.
”Kau yang gila! Terlampau manjakan anak sampai kau tak reti beza mana yang baik dan mana yang buruk. Mari sini aku bagitahu kau, anak lelaki yang kau sayangkan sangat tu, dia selalu ikut aku mana aku pergi. Setiap hari dia akan call aku dan dia akan ganggu privacy aku tak kira aku dekat mana. Setakat ni cuma rumah aku sahaja yang selamat untuk aku sebab anak kau tak boleh masuk rumah aku. selain dari rumah aku tak selamat dekat mana -mana kau tahu tak?”
Marah Anna kemudian dia menyambung kata-katanya.
“Bila aku bagitahu aku dah ada boyfriend anak kau tak boleh terima, dia sembur cat dekat kereta dan dia serang boyfriend aku dekat tempat kerja dia. Sekarang kau masih nak kata aku gila ke?”
Jerit Anna puas. Suraya terdiam mendengar kata-kata Anna.
Kenapa diam? Kau tak nak panggil aku perempuan gila lagi ke? Balik ni kau pergi ajar anak kau. Jangan dia buat perkara yang sama lagi. Aku bila-bila masa boleh saman dia. Faham tak?”
Kata Anna lagi namun nada dia dari marah sudah bertukar sinis. Mujur tiada orang di tempat mereka, kalau tidak pasti malu mereka bergaduh di tempat awam. Anna tahu Suraya tiada point lagi ingin menyalahkan dia lalu dia terus berjalan pergi ke keretanya yang terletak agak jauh dari klinik tersebut.
Anna masuk ke kereta seperti tiada apa yang berlaku padanya.
“Ubat apa je yang aku dapat?”
Tanya Amirul yang berada di tempat duduk pemandu.
“Ubat cuci luka je. Balik nanti kau cuci lah luka kau, aku minta doktor painkiller sekali untuk kau. Incase kau sakit ke.”
Amirul ketawa kecil.
“Aku kene tumbuk je pun Anna. Sikit sangat luka aku. macam aku sakit teruk pula ya cara kau layan aku.”
Anna tersengih. Dia menyiku perlahan lengan Amirul.
“Konon sikit, tapi tadi lepas kena tumbuk elok pula kau terbaring lembik ya..”
Sindir Anna mengingatkan situasi mereka ketika di restoran tadi.
“Jom kita pergi makan dulu. Aku teringin nak makan steak. Sebabkan kau punca aku kena pukul jadi kau kena belanja aku.”
Kata Amirul teruja sambil mengoyangkan badannya seperti budak kecil. Anna menjeling Amirul yang sedang teruja itu. Selamba sahaja dia bermain-main ketika ingin mengeluarkan kenderaan dari parking.
“Ikut kau lah Amirul. Bawa kereta elok sikit. Kalau rosak kereta aku, siap kau aku belasah.”
Ugut Anna sambil menunjukkan penumbuk pada Amirul. Amirul menjelirkan lidahnya sengaja mengacau Anna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience