Bab 5
”Ha ah lebih-lebih lagi Si Hani ni, memang nakal sikit. Eh mana Boy tak turun-turun lagi ke budak ni. Mon pergilah panggil dia, nanti lambat majlis ni nak mula.”
Tanpa membuang masa datin itu terus naik ke atas memanggil anaknya, teruk betul anak orang kaya ni suka membuat orang tertunggu-tunggu dia. Memang padan betul dengan hadiah yang aku akan berikan padanya.
”Hani, Nini mari sini majlis dah nak mula ni.”
Datin itu menarik tangankku, berderau darah aku melihat susuk tubuh manusia di sebelah aku. Dia menghadiahkan senyuman manis buatku, terasa nak pengsan. Aku mengengam jari Nini, dia memang wajahku yang tidak tentu arah.
Apakah ni hanya satu kebetulan dalam hidup aku sering berjumpa dengan orang yang telah menyakitkan hatiku. Selepas acara memotong kek selesai, kami diperkenalkan dengan anaknya.
”Mari saya kenalkan inilah anak pakcik yang bongsu., Boy kenalkan diri pada mereka.”
”Saya Hairul Aizam,nice to meet you.”
Memberikan senyuman manis buat aku sekali lagi.
”Saya Hani Karmila.”
”Saya Kartini.”
”Papa dan mama pergi situ kejap nak jumpa Dato Zul, Boy layan mereka dulu.”
Dia mengangguk-angguk.
”Awak kita ni macam dah di takdirkan bersama betul tak?” Lelaki ini dah bersuara, dulu masa kat rumah aku bukan main diam lagi.
”Ye ke saya tak rasa macam tu pun ,maafkan saya nak kesitu kejap.”
Sengaja aku meninggalkan dia dan Nini.
”Kawan awak memang macam tu ke?”
”Ha maksud awak?”
”Yelah garang macam anak jin.”
”Eh tak adalah mungkin dengan awak aje kot, setahu saya dia tu manja dan periang orangnya.”
”Saya nak join dia awak nak ikut.”
”Tak payahlah awak pergi sajalah saya tunggu kat sini.”
Aku terkejut bila mamat itu betul-betul di hadapan mata, aku cuba menguatkan semangat walaupun sekarang ni telah goyah sedikit.
”Encik Aizam boleh tepi sikit saya nak lalu.”
”Boleh dengan tiga syarat?”
”Hai nak lalu pun ada syarat,ok beritahu saya syarat-syaratnya.”
”Syarat yang pertama awak kena panggil saya Boy hanya awak sorang saja yang boleh panggil saya dengan panggilan itu. Yang kedua awak kena maafkan kesalahan saya dan ketiga hhhmm ini berat sedikit.”
Dia tersenyum nakal. Apa pulak kali hantu ni nak.
Share this novel