BAB 4

Short Story Completed 329

Mengapa merdeka disebut? Kenapa merdeka berada dalam ingatannya kini?
Kenapa merdeka itu mengganggu rasanya? Adam bingung. Apa yang terjadi,
fikir Adam. Soalan bertalu-talu itu menyucuk jiwanya. Fikirannya kusut.
Dadanya sesak seperti ada batu yang menimbun.

"Apa burukkah nama merdeka yang kamu dengar? Hati kamu sangat marah.
Bencikah kamu akan merdeka?" Tanya orang tua itu.

Adam memandang orang tua itu dengan tajam. Adam menilik wajah tenangnya
itu. Wajah yang macam pernah nampak. Sakit hatinya mula bertimpa-timpa.

"Beginikah kamu melayani merdeka? Atau lebih tepat, merasai merdeka?"
Tanya lagi. Adam mengetap bibirnya. Apa lagi, apa lagi..monolog Adam.

"Aaaahhh pak cik. Heiii pak cik! Dengar sini. Saya boleh penjarakan pak
cik sebab pak cik ceroboh rumah saya, tau tak! Saya tidak kenal pak cik.
Entah dari mana datang, masuk-masuk sini tanpa izin tuan rumah. Pergi!
Pergi sekarang! Pergi! Kalau tidak, saya telefon polis. Datang-datang
ceramah pasal merdeka pula" sergah Adam. Adam berpaling mencari susuk
tubuh mangsa lastiknya itu.

"Entah apa-apa" kata Adam lagi sambil berpaling ke belakang semula. Adam
mahu melihat jika orang tua itu masih di belakangnya. Namun, hidung
mereka bertembung membuatkan Adam terkejut lagi sekali. Adam terundur ke
belakang. Orang tua itu melangkah setapak. Adam melihat tingkah orang
tua itu. Degup jantungnya laju. Sakit. Adam dihurung ketakutan.

Apakah ini pernah berlaku? Adam berfikir. Dengan cepat, Adam
menggelengkan kepalanya.

"Tidak! Tidak! Tidakkk" Suara Adam memenuhi bilik. Adam terbangun namun
masih berbaring. Adam menendang selimutnya sehingga jatuh ke lantai.
Adam mengeluh kasar. Apalah mimpi begitu, keluh Adam lagi. Adam
meniarap. Kepalanya ditutup dengan bantal. Sakit hatinya kerana tidurnya
terganggu. Namun, bak kata pepatah "kusangka panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengah hari". Tidurnya diulit lagi dengan laungan
semangat merdeka oleh orang tua gila itu.

"Aaaarghh! Tidak habis-habis orang tua gila ni" Marah Adam berapi-api.
Adam bangun lalu menyubuk melalui tingkapnya.

"Awasss" amaran Adam sendiri. Adam keluar dari bilik. Rambutnya
kusut-masai. Dia pergi ke dapur. Mencari pisau dalam hajatnya namun
tidak ditemui. Adam terjumpa parang. Parang itu digenggam hulunya lalu
diacuh ke hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience