BAB 4

Romance Completed 9492

Lama aku menyimpan nombor telefon tu. hampir setahun barulah aku mempunyai kekuatan untuk menjalankan misi untuk berkenalan dengan Abang Asyraff tapi menggunakan identiti lain.

Bulan oktober, 2006 barulah aku mulakan kerja ni. Bukan apa, kata Syahirah, Abang Asyraff dah tingkatan 5, aku pun dah tingkatan 2. Tak lama lagi, Abang Asyraff dah nak habis, aku pun dah pindah rumah. Tidak lagi berjiran dengan Abang Asyraff.

Kononnya tersalah meseg akhirnya menjadi teman mesra bila keserasian antara kami tu ada. Hampir setiap malam, Abang Asyraff akan menelefon aku. Katanya rindu jika tidak mendengar suara aku. Pada mulanya aku bahagia sangat-sangat tapi rasa bahagia itu, lama-lama hilang bila aku menipu dengan cara begini.

Hampir 7 bulan juga kami berkawan dalam telefon, hinggakan Abang Asyraff menyatakan keinginannya untuk berjumpa dengan ‘Farisya’ yang dia sayang itu. Nak tercabut jantung aku tika itu.

Aku terus berselindung dan menyatakan aku berada di tempat yang jauh jika ingin bertemu sekalipun. Kiranya aku tak dapat memenuhi permintaannya sebelum dia berangkat ke Jordan untuk menyambung pelajarannya di sana.

Aku masih ingat lagi tarikh 7 April 2007, yang menjadi tarikh kebahagiaan kepada Mak Su yang menamatkan zaman bujangnya, dan menjadi detik hitam dalam hidupku. Aku tidak menyangka bahawa ayah telah menjemput pak cik Shukri dan keluarganya datang ke kenduri itu.

Pak cik Shukri adalah jiran baik ayah di rumah lama kami. Oleh itu, ayah mahu menghidangkan sendiri makanan di dalam rumah untuk keluarga pak cik Shukri. Aku hanya ingin mengusik Abang Asyraff yang sedang makan, tetiba handphonenya berbunyi. Kelam kabut dia menggagau handphonenya dalam poket baju melayu. Bila dia ingin mengangkatnya, aku terus matikan talian.

Begitulah sampai dia sudah habis makan. Umi menyuruh aku ke kedai untuk membelikan sirap bancuhan. Handphone aku, aku letak di tepi pintu dapur dan terus ke kedai. Kesilapan yang aku tak sepatutnya buat dengan meninggalkan telefon di merata tempat.

Bila aku balik, aku melihat Abang Asyraff menayangkan handphone aku di tangannya. Mungkin muka aku pucat, tapi aku cuba buat seperti tiada apa-apa. Abang Asyraff memberikan handphone aku, dan 11 miscalls daripadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience