Bab 4.1

Romantic Comedy Series 614

"Ni Hadiah yang aku janjikan, ambil lah." Haziq menghulurkan plastik buah yang berisi buah jambu kepada si Fatin. Dia menghadiahkan potongan buah tersebut kepada Fatin kerana meminjamkan buku latihan semalam. "Yang ni ke hadiahnya? Fatin tidak terlalu gembira dan agak berasa kecewa dengan pemberian itu. "Hmmm maseh la kerana bagi juga, aku ingat 'something special'. Nada Fatin sedih sedikit.

"Ni kira okay la tu, lagipun makanan ter'favourite' aku jarang nak kongsi dengan orang lain, kau je aku berikan." Ujar Haziq dengan panjang lebar. "Ni kira 'last' tau aku bagi pinjam buku latihan." Fatin tidak ingin melakukan perkara yang dia lalui sebelum ini. "Akan tetapi, aku akan bantu kau dengan ajarkan siapkan latihan yang diberi, kalau kau tidak siap lagi tu." Si Fatin memberi alternatif yang mungkin membantu si Haziq.

"Kau mahu ajarkan aku? Betul ke kau ni? hari ini kau demam ke apa." Haziq tidak percaya dengan apa yang Fatin cakapkan. Mungkin dia terlepas cakap berkenaan tadi. "Betul lah aku mahu ajarkan, bukan selalu aku jadi pengajar untuk seseorang." Ujar Fatin. "Aku bukan selalu tidak siapkan kerja sekolah, ni pun sebab tertinggal di kelas." Haziq tidak mahu menyusahkan orang lain disebabkan kesilapan dia. "Tapi, kalau kau rajin, aku akan buat bersama-sama dengan kau, kali ni kau boleh ajarkan la." Haziq tidak ingin melepaskan peluang yang diberi.

"Boleh, nanti kalau ada masalah ke, kau boleh tanya pada aku, kita buat sama-sama." Fatin setuju dengan cadangan Haziq. "Nice!" Haziq masih tidak percaya dengan apa berlaku sekarang. Dia tidak menyangka pula seseorang yang pendiam boleh menawarkan perkara seperti begini. Mungkin nasib baik berpihak pada dia. Berangan si Haziq.

Sambungan Chapter 4 ye kawan-kawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience