Macamana Ia-nya Mula

Action Series 1082

Zehir Thalassocracy adalah satu negara yang bersikap mengasingkan diri dari situasi antarabangsa.
Hanya mahu memfokuskan kemajuan bangsa, kerajaannya tidak begitu memberi tumpuan akan konflik yang menimpa dunia sehinggalah...

Dukedom of Elimina, negara yang begitu gah dari aspek ekonomi dan ketenteraan melancarkan perluasan wilayah demi kepentingan sendiri.
Bagi mengelakkan campur tangan dari Zehir Thalassocracy, sebuah operasi serangan dijalankan untuk melumpuhkan kekuatan tentera laut milik empayar maritim itu.

Pertama sekali, satu rundingan dibuka untuk menamatkan serangan serangan ini. Dapat dilihat pihak Duke berminat untuk membina balik keamanan di rantau timur.
Tapi ia menemui kegagalan, maka Duke dikenakan sekatan minyak dan beras oleh Zehir sebagai satu wadah dan cara untuk memaksa agar serangan tersebut dihentikan.
Namun benda luar jangkaan pula berlaku, tentera Duke mula serang kapal-kapal milik Zehir, merampas bahan-bahan yang dibawa ke negara lain.

Tidak lama kemudian, satu surat dikeluarkan oleh Istana Zehir dan Tuan Perdana Menteri akan bacakan kepada rakyat jelata;

"Dalam keadaan yang hina, Zehir Thalassokrat tiba-tiba & sengaja diserang oleh tentera laut dan udara Dukedom of Elimina.

Hubungan Zehir Thalassokrat & Dukedom of Elimina adalah damai selama ini. Atas permintaan mereka, satu rundingan dilakukan dengan kerajaannya.
Bahkan, Duke-nya melihat & mahu mengekalkan keamanan di timur.

Bagaimana sekalipun, satu jam selepas pengeboman di Pulau Raya, Duta Elimina ke negara kita dan rakan sekerjanya menyerahkan satu jawapan rasmi sebagai balasan dua mesej negara kita baru-baru ini.
Jawapan itu jelas menyatakan ia tidak berguna untuk meneruskan rundingan diplomasi sedia ada, ia tidak mengandungi sebarang bentuk ancaman atau petunjuk perang atau serangan bersenjata.

Direkodkan bahawa jarak Kemboja ke Elimina jelas menunjukkan yang serangan itu sengaja dirancang beberapa hari atau minggu lalu.
Pada masa yang sama, Kerajaan Elimina sudah menipu kita dengan kenyataan dan ungkapan harapan untuk keamanan palsu yang berterusan.

Serangan semalam ke atas Pulau Papillon sudah menyebabkan banyak kerosakan teruk pada tentera laut zehir. Saya rasa bersalah untuk beritahu, banyak nyawa orang kita telah hilang.
Selain itu, banyak kapal milik orang-orang zehir tenggelam oleh torpedo musuh di tengah-tengah laut di antara Kemboja dan Melur."

Selang beberapa hari kemudian, satu lagi surat dikeluarkan oleh Istana Zehir kepada Tuan Perdana Menteri;

"Malam tadi, Elimina melancarkan serangan terhadap Maraya.
Malam tadi, Elimina menyerang Yan.
Malam tadi, Elimina menyerang Suam.
Elimina menyerang lagi banyak Pulau-Pulau Zehir. Malam tadi, Elimina menyerang Pulau Marigold dan pagi tadi, Elimina menyerang Pulau Cempaka.

Elimina telah melakukan banyak serangan di seluruh timur. Fakta semalam dan hari ini menunjukkan siapa diri mereka sendiri.
Beta yakin, rakyat di seluruh Zehir Thalassocracy sudah pun ada fikir pendapat masing-masing dan faham dengan baik akan implikasi serangan ini kepada kehidupan dan keselamatan negara kita.

Demi mempertahankan kedaulatan negara kita, semua langkah wajib diambil. Sebagai panglima tentera laut, darat dan udara, telah beta diamanahkan untuk mempertahankan negara ini.
Setiap rakyat negara ini pasti akan sentiasa ingat peristiwa ini buat selama-lamanya.

Tidak kira berapa lama masa kita perlukan, orang zehir pasti akan menang dengan kekuatan kita sendiri hingga diabadikan dalam sejarah.

Beta percaya bahawa beta sudah mentafsirkan kehendak kongres dan rakyat apabila beta menegaskan bahawa kita bukan mempertahankan diri tetapi, memastikan bentuk pengkhianatan seperti ini tidak akan membahayakan kita lagi.

Ancaman telah pun wujud. Sudah terang lagi bersuluh akan hakikat bahawa rakyat kita, negara kita dan kepentingan kita berada dalam bahaya besar.

Keyakinan pada angkatan tentera kita, dengan keazaman tidak kenal batas dari rakyat kita, kita akan memperolehi kemenangan yang tidak dapat dielakkan. Jadi, tolonglah kami Tuhan.

Beta menitahkan kongres untuk mengisytiharkan, bahawa sejak serangan tidak beralasan dan keji oleh Elimina, peperangan telahpun wujud antara Zehir Thalassocracy dan Dukedom of Elimina."

Semboyan sudah berbunyi, sudah menjadi tanggungjawab anak bangsa kepada negaranya.
Semoga semuanya baik. Lambaian tangan dan doa mengiringi mereka ke medan bakti.

Wau, sudah lama aku tak terbit cerita. maaf buat kamu semua lama tunggu. apa-apa pun, bacalah cerita ni dengan tenang. aku pun akan berusaha bawa cerita ni ke tahap yang menyeronokkan. terima kasihlah sebab sanggup menunggu, aku gembira. kalau ada apa-apa nak komen, tapi saja. manatau boleh bagi aku idea untuk tulis bab akan datang. sekian.

Share this novel

BakuretsuZN0v1
2025-05-12 22:27:02 

idea ehhh, hmm

BakuretsuZN0v1
2025-05-12 22:26:47 

tema yang kau bawa menarik


NovelPlus Premium

The best ads free experience