BAB 30

Romance Completed 65433

Fathia sedang ralit bermesej dengan Hani.Dia tidak menyedari gerak gerinya diperhatikan oleh seseorang.

Weii,babe..Nanti kita jumpa kat cafe hari tu eh.#Fathia.

Oh,boleh jer.Nanti kalau kau dah nak sampai roger aku ehh.#Hani

"Beres.See you! #Fathia.

Terus dia menyimpan telefon bimbit di dalam beg silang nya itu.Dia mengangkat wajah memandang kehadapan.

Waaah!!!Sejak bila dia pandang aku macam tu?!!Fathia menjerit dalam hati.Lekas Faqih memandang kehadapan.

Fathia tidak puas hati segera dia melangkah mendekati Faqih yang berpura-pura leka dengan telefon bimbit.

"Apa yang Tengku duk tenung saya macam tu? Apa saya ni perempuan yang lain dari yang lain ke?"Fathia menjegilkan mata sambil berpeluk tubuh.

Faqih mengangkat muka memandang gadis manis dihadapannya.Dia tersenyum.

"Saya tanya Tengku duk senyum-senyum tu kenapa?Kang saya koyak mulut tu baru tahu!"Makin lebar senyuman Faqih mendengar ayat Fathia.

"Hmm,saja senyum.Senyum tu kan sedekah.Cuba awak tu senyum sikit.Tak nak dapat pahala ke?"Faqih menyakat.

"Ergh,takkan lah saya tak nak pahala! Tapi kalau nak senyum mestilah ada sebab takkan nak senyum tiba-tiba.Nanti orang ingat ada sindrom down pulak!"Fathia mengetap gigi.

"Hehe,senyum kat sayalah.Dah ada sebab kan tu.Kalau awak senyum nanti sejuklah hati saya."Faqih tergelak.Fathia kaget.

"Tak adanya saya nak buang tabiat nak senyum kat Tengku!"Fathia menjeling.

"Alah apa salahnya awak senyum kat saya?Lagipun kita kan..."Belum sempat Faqih menghabiskan kata ada suara lain yang mencelah.

"Hey,Faqih!Lama i tak jumpa you.I really really miss you sayang."Tengku Emylia tersenyum menggoda.

"Kenapa you ni Emylia?Sayang-sayang.You ingat i sayang you ke?I tak nak ada apa-apa dengan perempuan.You faham tak?"Faqih mengetap gigi.

Geram dengan sikap Tengku Emylia yang keras kepala.Orang dah bnyk kali cakap tak suka dia buat jugak.Biul punya perempuan.

"Alah you ni.I cakap sikit you marah.Benci!"Tengku Emylia membentak.Faqih memgangkat kening.

"Go ahead with your hate than."Mendatar suaranya.Tengku Emylia mencemik kemudian dia berpaling ketepi.

"Hoi pompuan!Apa kau buat kat sini dengan Faqih hah?!"Tengku Emylia mencerlung memandang Fathia.

"Eh,eh kawasan ni kawasan bapak awak ke?Suka hati sayalah nak buat apa kat sini,duduk dengan siapa.Tak payahlah nak busy body sangat."Fathia mencebik.

"Hey,kau ni kan pompuan!Mulut celopar!Sibuk dengan boyfriend orang!Perempuan murahan!Tak ada laki nak, kacau jugak yang orang punya!"Tengku Emylia menjegilkan mata.

Merah membahang muka Fathia tatkala mendengar ayat Tengku Emylia itu.Cis kau pompuan!!

"Hoi,mulut awak tu jangan nak cakap.ikut sedap aja ehh!Siapa perempuan murahan sekarang ni?!Awak ke saya?Terhegeh-hegeh jugak dengan lelaki yang tak suka!Bukan tu ke murahan.Oh by the way saya tak layan lah lelaki yang sudah berstatus taken or marriedge! No class!"Fathia berkata geram sambil berlalu pergi.

"What?!!! Kau kan..."Tengku Emylia tidak jadi melangkah kearah Fathia apabila tangannya di rentap kasar.

"Hey,apa you ni?!Suka hati you aja rentap tangan i.Sakit tahu tak?!"Tengku Emylia menggosok pergelangan tangannya itu bersama mata yang berkaca.

"Oh,kalau you cakap ikut suka hati you tak apa pulak?Dah lah Emylia,you memang sengaja cari pasal dengan Fathia.Just stop lah.I...i malas nak kata apa-apa!"Faqih berkata sambil menjeling dan kemudian mengangkat kaki pergi dari situ.
~~~~~~~~~~~~
"Weii,kau ok tak ni?"Hani bertanya prihatin tatkala dia melihat seperti mata Fathia berkaca.Mereka duduk.di tempat yang agak tersorok dari pandangan luar.

"Ok.Cuba kau cerita kat aku.Apa benda ni?!"Hani sedikit menjerit.Dia tidak tahan lagi melihat Fathia bersedih begini.

"Apahal si Emylia tu?!Aku tak kacau boyfriend dia pun.Tetiba dia datng cakp aku perempuan murahlah rampas boyfriend dialah.Menyampah tahap maksima aku.Kalau boleh undur balik masa memang aku bagi dia makan pelempang!"Fathia berkata geram.

Seumur hidupnya,tidak pernah lagi dia dikata perempuan murah.Apahal kau pompuan terlebih hormon!

"Kurang asam lah pompuan tu.Dah tu kenapa kau tak bagi?Kalau aku ada bukan setakat pelempang dengan kaki sekali ke muka terlebih make up.dia tu!"Hani geram.

"Tak nak aku buat scene kat depan butik tu.Tak pasal masuk berita.Hmm tapi boleh jugak.Tumpang glamour sikit!"Entah apa Fathia merapu.

"Kau boleh balik ambil black belt taekwondo kau tu buang dalam tong sampah.Masa high school dulu bukan main lagi belajar taekwondo.Siap tolong orang yang kena buli lagi."Hani menjeling

"Erghh,jangan lebih-lebihlah!"Fathia mencubit lengan sahabatnya itu.Auch,sakit siot!Hani menggosok lengannya.

Kemudian Hani terpandang dua orang jejaka tampan masuk ke dalam cafe D' Amour tempat dia dan Fathia melepak.

"Weh-weh-weh.Tu bukan ke Faqih ngan mamat handsome hari tu.Wauu,handsome pulak diorang hari ni! Macam model aja aku tengok."Hani mencuit tangan sahabatnya itu.

Fathia mengintai sedikit.Hah?Dia ni lagi!Tak boleh ke bagi aku ruang sikit.Dah lah berurusan dengan gf tak betul dia tu!Fathia mengomel dalam hati.

Hani dan Fathia memerhati kedua-dua jejaka itu yang sedang melangkah mendekati kaunter.
~~~~~~~~~~
"Hmm,boleh tahan obses jugak Emylia tu dengan kau!Kesian si fathia tu."Haiqal berkata sambil melangkah mendekati kaunter bersama Faqih.

Faqih telah bercerita semua tentang perkara yang berlaku tadi.Dia menjeling.

"Huh,aku tak tahulah nak cakap apa.Menyampah betul dengan perempuan yang terhegeh-hegeh macam tu."Faqih mengeluh.

"Hmm.Pandai-pandai kau lah survive.So nak order apa?"Haiqal bertanya sambil memandang menu yang terdapat di atas kaunter.

"Espresso."Jawab Faqih pendek.Haiqal menoleh.Hmm.

"One hot espresso and one ice chocolate."Haiqal membuat pesanan sambil memberikan senyuman kepada penjaga kaunter wanita itu.

Dia mengheret Faqih ke arah meja yang agak tersorok.Sebelah meja Hani danFathia.Tapi Faqih dan Haiqal tidak menyedari kewujudan dua orang gadis itu.

"Pst,weii diorang duduk sebelah meja kita lah."Fathia berbisik cemas.Hani menjeling ke meja sebelah.

"So nak blah tak?"Hani bertanya dengan nada berbisik.

"Ha'ah.Jom blah sebelum diorang sedar kita kat sini."Fathia berkata sambil menyangkut tali beg silangnya ke bahu.Hani mengangguk.

"Hani.Nanti suruh best friend awak.siapkan paper pasal fail Bakti Jaya tu."Tiba-tiba suara Faqih menghentikan perbuatan dua gadis yang berfikir mereka tidak disedari oleh Faqih dan Haiqal.

"Hah?!"Hani tekejut.Terus dia memandang ke sebelah.Terlihat Faqih dan Haiqal merenung dia dan Fathia.

"B...baik Tengku.Saya pergi dulu."Hani berkata gugup.Masih terkejut.Fathia lekas mengheret sahabatnya keluar dari cafe itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience