Chapter 58

Romance Completed 35261

“Astaghfirullahalazim” gugur jua air mata seorang ibu apabila menerima berita tentang kandungan luar nikah anak perempuannya. Linda mengurutkan jantungnya yang sedang berdegup laju. Anak yang baring lesu di katil hospital itu dipandang dengan suatu pandangan yang sukar untuk ditafsir. Adakah itu pandangan benci atau pandangan sedih?

“Mak, minum air ini.” Razim menghulurkan sebotol air mineral kepada Linda.

“Mak tak nak along.” menolak Linda.

“Mak, jangan macam ni. Mak kena jaga kesihatan mak juga.” bersuara lembut Razim. Razim tahu ibunya, Linda sedih dan luluh hatinya setelah mendengar berita yang doktor wanita telah sampaikan tadi.

“Along tahu tak mak malu. Kamu tengok akak kamu. Sanggup malukan mak. Sampai hati dia buat perkara terkutuk. Kenapa along? Kenapa Tiara jadi macam ni? Apa salah mak, Razim?”

“Mak sabar mak. Lepas akak dah sedar, kita tanya terus kat dia siapa bapa anak dalam kandungan dia.”

“Assalamualaikum, macam mana Tiara? Apa doktor cakap?” muncul Hafiz di bilik rawatan Wahidah Tiara. Hatinya tidak berhenti berdebar laju.

Tadi Hafiz dalam perjalanan ke rumah Wahidah Tiara. Jenuh dia laung nama Wahidah Tiara dari luar rumah. Tetapi tiada sahutan. Berpuluh kali Hafiz menghubungi Wahidah Tiara, malah tidak dijawab. Puas dia menunggu di halaman rumah Wahidah Tiara pada waktu malam itu. Sehinggalah jiran rumah Wahidah Tiara bertegur Hafiz.

“Encik, cari siapa tu?” tanya jiran Wahidah Tiara.

“Mak cik, saya cari Wahidah Tiara. Dia tiada di rumah ke?”

“Encik tak tahu ke? Tadi ada ambulans datang. Wahidah jatuh pengsan.” cerita jirannya.

Jantung Hafiz seolah berhenti berfungsi apabila mendengar cerita jirannya. Tangannya bergetar. Mindanya terbayang wajah Wahidah Tiara.

“Wahidah telah dibawa ke hospital mana mak cik? Mak cik tahu tak?”

“Hospital Shah Alam.” jawab jiran.

“Terima kasih.”

Hafiz masuk ke dalam perut kereta. Kakinya terus menekan pedal minyak. Kereta Audi meluncur laju meninggalkan rumah Wahidah Tiara.

“Apa dah jadi kat Tiara sampai dia pengsan? Macam mana dia sekarang? Macam mana anak aku?” Hafiz monolog sendiri dan membawa kereta laju ke Hospital Shah Alam. Hatinya meronta untuk berjumpa dengan Wahidah Tiara.

“Waalaikumsalam. Encik siapa? Encik kenal akak Tiara ke?” soal Razim lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Saya Hafiz. Saya kenal Tiara. Apa dah jadi kat dia?” tanya Hafiz tergesa-gesa. Tidak mampu untuk bersabar. Air mata jantannya menunggu masa untuk menitis dari mata apabila lihat muka pucat Wahidah Tiara.

“Akak pengsan. Macam mana encik boleh kenal dengan dia?” Razim masih kekal menyoal.

“Doktor cakap apa? Dia tak apa-apa kan? Baby sihat kan.” Hafiz terus menyoal tentang kesihatan Wahidah Tiara dan juga anaknya. Soalan Razim dibiar sepi.

“Kau lah durjana yang buat anak aku mengandung! Jantan tak guna!” Linda meraung dan menampar pipi Hafiz berkali-kali. Linda menghilangkan kesabarannya. Terkejut Razim melihat tindakan drastik ibunya. Hafiz pula berdiri kaku. Matanya tidak berganjak dari tatap kekasihnya, Wahidah Tiara.

“Mak sabar mak. Apa pula tampar dia?” Razim menarik tangan ibunya dari menampar pipi Hafiz.

“Kamu suruh mak berdiam ke along? Lepaskan tangan mak. Mak ajarkan jantan ni cukup-cukup. Suka hati rosakkan anak dara orang!” marah Linda.

“Mak bawa bertenang. Mengucap mak. Ingat Allah. Kita dengar dulu penjelasan dari abang dulu.” pujuk Razim.

“Tia!” Hafiz membuka mulut setelah lama berdiam. Jari Wahidah Tiara bergerak perlahan. Matanya dibuka perlahan.

Linda dan Razim mendekati Wahidah Tiara apabila Hafiz menyebut nama Wahidah Tiara.

“Akak, dah sedar? Along panggilkan doktor mak. Mak, jaga akak.” kata Razim dan keluar untuk memanggil doktornya.

Wahidah Tiara mencelikkan matanya berkali-kali. Cahaya lampunya menyilaukan mata. Matanya perhatikan seluruh bilik itu.

“Tia, kau okay ke tak?” Hafiz membantu Wahidah Tiara untuk bangun.

“Hafiz, aku nak air.” meminta Wahidah Tiara. Tekaknya rasa haus sangat. Ibunya, Linda tiada bercakap apa-apa. Nak sentuh anak perempuan? Tidak sampai hati untuk pegang Wahidah Tiara.

“Mak…”panggil Wahidah Tiara perlahan.

“Jangan panggil aku mak Wahidah Tiara!” suara Linda naik seoktaf. Terkedu Wahidah Tiara dan Hafiz.

“Puan jangan bising kat sini. Anak puan masih belum sihat.” muncul doktor di situ.

Doktor Amalina, doktor yang memeriksa Wahidah Tiara menghampiri Wahidah Tiara.

“How are you feeling now, Miss Tia?” bertanya mesra doktor Amalina.

“Better doctor.”

“Doctor, how is Tia? Anything serious?” jelas nada risau dalam suara Hafiz.

“Sebenarnya she is having low blood pressure. Plus dia telah mengalami pendarahan ringan. Mujur sempat bawa dia at correct time. Kalau lambat sikit, susah untuk selamatkan kandungannya.” jelas doktor Amalina.

“Baby tak ada apa-apa kan doktor?” mencelah Wahidah Tiara.

“Baby is fine Tia. No need to worry. Tapi awak mesti ingat, lepas ni jangan over stress, jangan buat kerja berat dan pastikan rehat secukupnya.” nasihat doktor Amalina.

“Baik doktor.”

“Esok pagi awak boleh discharge. Take enough rest.” doktor Amalina mengatur langkah untuk keluar dari bilik rawatan.

“Mak, maafkan Tiara mak.” Wahidah Tiara meminta maaf setelah doktor Amalina keluar dari bilik rawatannya.

Linda hanya berdiam. Razim pula tidak tahu hendak berpihak siapa. Adakah dia perlu berpihak ibu atau kakak kandung?

“Mak cakap sesuatu, please. Jangan senyap je mak. Tiara tahu Tiara banyak berdosa pada mak. Tiara minta maaf, mak. Tolong cakap sesuatu mak.” luah Wahidah Tiara. Kakinya turun dari katil untuk menghampiri ibunya. Hafiz turut membantu Wahidah Tiara untuk berjalan.

Wahidah Tiara meraih kedua-dua tangan ibunya lalu mengucup.

“Mak, tolong maafkan Tiara mak.”

“Mak cik, kami minta maaf. Mak cik jangan risau. Saya akan bertanggungjawab. Mak saya akan jumpa mak cik secepat mungkin untuk mengadakan majlis nikah.” bersuara Hafiz.

“Sampai hati Tiara buat perkara tak senonoh. Mana perginya semua didikan agama? Kenapa kamu bodoh sangat Tiara?”

“Mak…” lidahnya kelu.

“Dah lah mak. Kan abang Hafiz nak kahwin dengan akak. Bukannya abang lepaskan tangan macam tu je. Sepatutnya kita bersyukur. Abang Hafiz bukan macam lelaki lain. Tinggalkan macam tu je lepas sudah diguna puas-puas.” Razim cuba untuk memujuk ibunya.

“Saya nak buatkan majlis nikah secepat mungkin. Sebelum nampak perut dia membesar!” kata putus Linda. Sudahlah anak perempuannya memalukan dirinya. Bagaimana orang akan berkata sekiranya orang kampung tahu berita kandungan Wahidah Tiara?

“Baik mak cik. Saya akan memberitahu mak.”


************************

“Sayang, bangun. Solat subuh.” Iskandar Faiz mengejutkan isterinya yang sedang dibuai mimpi.

“Abang, jangan kacau.” menggeliat Sofia Amelia kecil.

“Sayang, bangun. Kita solat subuh dulu. Tak baik tidak menjalankan tugas penting kita sebagai umat islam.” kata Iskandar Faiz sambil menepuk lengan Sofia Amelia.

“Hish! Abang ni!” Sofia Amelia mendengus kasar dan bangun untuk mandi dan mengambil wudhunya. Rasa geram terhadap suaminya kerana mengacau semasa tidur.

“Tak payah nak mencebik bibir tu. Abang cium kang baru tahu!” usik Iskandar Faiz. Dia tahu isterinya marah.

“Diam lah abang.” Sofia Amelia bangun pantas untuk mengambil tuala yang tersidai kemas di hujung biliknya. Tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut-denyut.

“Auch!”

“Sayang, kenapa ni?” gelabah Iskandar Faiz. Nasib baik Iskandar Faiz sempat memaut bahu isterinya sebelum jatuh ke lantai.

“Abang, sayang sakit kepala. Rasa macam nak pitam.”

“Sayang nak pergi hospital tak?”

“Tak pe. Sayang tidur dulu. Mungkin tak cukup rehat abang. Kan tiga hari tak cukup tidur.”

Selama tiga hari berturut-turut Sofia Amelia kekurangan tidur. Persiapan majlis nikah dan majlis persandingan adik iparnya mengambil masa lama sehingga lewat malam.

“Betul ni sayang?”

“Ye abang. Abang janganlah risau.”

“Sayang baring dulu. Abang bawa panadol. Lepas makan ubat, sayang tidur.” Iskandar Faiz menolong isterinya untuk berbaring.

“Kenapa ni along? Sakit ke?”

Kebetulan Fatimah berada di dapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk ahli keluarganya.

“Bukan along umi. Sofi.” jawab Iskandar Faiz perlahan. Panadol dua biji dan air putih diletak di dulang.

“Kenapa dengan Sofi?”

“Dia sakit kepala umi. Itu along bawa ubat untuk Sofi.” jelas Iskandar Faiz.

“Teruk ke?” risau Fatimah.

“Tak kot umi. Kalau dia tak dapat tahan, along bawa dia ke klinik ataupun hospital.”

“Kenapa nanti along? Bawa lah sekarang. Hospital kan buka 24 jam.” bukan apa Fatimah terasa tak sedap hati. Zaman sekarang apa-apa sakit pun tidak boleh dianggap mudah. Ingatkan sakit biasa, tetapi ia akan bawa kepada sakit lebih teruk sekiranya tidak dirawat dari awal.

“Along dah ajak umi. Tapi Sofi tak nak. Dia kata dia nak rehat dulu. Kalau masih sama, baru nak pergi check. Kan beberapa hari dia sibuk tolong Tasha untuk membuat persiapan majlis nikah dan persandingan. Tidak cukup tidur.”

“Ye lah. Tengok nanti. Kalau masih tidak sembuh, bawa dia ke klinik.” arah Fatimah.

“Baik umi. Along pergi dulu.”


********************

“Mummy tak akan setuju Hafiz!”

“Mummy please. Tiara pregnant. Anak Hafiz mummy. Kesian dia.” Hafiz menceritakan segala-galanya kepada Datin Mariam.

“Hafiz lupa ke? Hafiz dah nak bertunang dengan Sara bulan depan. Hafiz mereka cerita ke? Nak elak dari bertunang dengan Sara?” Datin Mariam mengagak.

“Tak ada masa mummy Hafiz main-main. Apa yang Hafiz cerita semuanya betul. Kalau mummy tak percaya, ikut Hafiz. Hafiz bawa mummy jumpa Tiara.”

“Habis macam mana dengan Sara?”

“Tak habis-habis mummy dengan Sara. Dari dulu Hafiz sudah beritahu dekat mummy kan, Hafiz tak suka Sara. She is not my taste mummy.” mengeluh Hafiz. Hafiz memang tidak sukakan Sara dari mula mereka berkenal. Apatah lagi nak sayang.

“Cakap dekat mummy, apa kurangnya Sara?”

“Mummy this is not time for argue.”

“Mummy tak akan setuju. Only Sara can be my daughter-in-law.”

“Baik, kalau itu keputusan mummy, Hafiz tak dapat nak buat apa-apa. Tapi Hafiz akan keluar dari rumah ini.” kata Hafiz tegas.

Tergamam Datin Mariam. Hanya Hafiz adalah satu-satunya insan yang disayangi oleh sepenuh hati. Tak mungkin Datin Mariam hidup tanpa anak tunggal tiada di sisinya.

“Hafiz!”

“Apa mummy? Mummy nak ke Hafiz tinggalkan rumah ni?” soal Hafiz berbaur ugutan.

“Sanggup Hafiz tinggalkan mummy?” mutiara jernih menitis perlahan.

“I am sorry mummy. Hafiz tiada cara lain. Tolong setuju mummy. I love Tiara sepenuh hati Hafiz.” rayu Hafiz. Bagi Hafiz, Wahidah Tiara sahaja boleh menjadi peneman hidupnya.

“Mummy setuju.” Datin Mariam bersetuju akhirnya.

“Thank you mummy, thank you so much.”

“Bila mummy boleh jumpa mak dia?” tanya Datin Mariam.

“Esok pun boleh mummy. Nanti Hafiz cakap je dekat mak Tiara.” nampak sangat Hafiz gembira.

“Baik, esok mummy akan pergi jumpa bincang dengan dia.”

Selamat membaca :) Jangan lupa untuk follow ig miz.kikki_novelplus untuk teaser-teaser dan gambar watak-watak :) Jangan lupa comment and rate <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience