15.

Romance Completed 46610

Seminggu selepas Nendanya pergienghadap Illahi, Aura mula bekerja semula. Dia harus menyediakan 5 kertas kerja yang akan dibawa olehnya dan Melissa ke Brunei minggu depan.

"Mel. Kau tolong aku kejap." Kata Aura.

"Apa?" Tanya Melissa.

"Kau tolong aku hantarkan fail Akaun ni pada Tuan Calvin. Aku nak siapkan lakaran untuk projek dekat Brunei tu." Kata Aura memohon pertolongan Melissa.

"Ok. Bak sini." Pinta Melissa.

Aura memberikan Fail yang dimaksudkan ketangan Melissa.

Melissa berlalu keluar dari ruangan mereka dan menuju keruangan Tuan Calvin.

Aura bangun dari duduknya dan berlalu kemeja drawing yang berada disisi ruangannya.

Farel masuk dengan senyuman manis diwajahnya. Jelas terlihat oleh kerlingan Aura.

"Morning Dear." Kata Farel. Namun Aura tak mengendahkan.

"Aura aku dengar kau dah ditalak oleh Mateen dengan talak 3. Betul ke?" Tanya Farel.

Sama seperti tadi Aura hanya diam melukis lakaran diatas meja drawing tadi.

"Kau tak payah malu dan sombonglah pada aku Aura. Kau tu dah bergelar 'JANDA' jadi takkan ada lelaki nak kat kau. Kahwinlah dengan aku." Kata Farel lancang.

"Eh Farel kau takde kerja ke?" Tanya Melissa yang mulai menapak kedalam ruangan dia dan Aura.

"Kerja aku dah settle and now aku nak pujuk kawan baik kau ni. Supaya dia nak jadi bini aku. Dengan status janda yang dia pegang tu orang lelaki takkan nak dekat dengan dia selain aku." Kata Farel.

"Kau jaga mulut kau tu Fare!!" Herdik Aura Lantang.

"Kenapa? Jangan sombong sangat Aura." Kata Farel.

Semua staff yang ada diluar ruangan mendengar pergaduhan antara Farel dan Aura.

"Kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau ni hah?" Kata Aura.

"Sikit pun aku tak hingin. Kau tahu tak." Kata Aura.

"Kau keluar dari sini Now!!!" Teriak Aura menahan amarah.

"Jangan kau datang melutut depan aku nanti Aura!" Kata Farel keluar dari sana.

"Kau ingat aku hadap dengan kau sangat ke?" Aura berkata lagi.

"Dah lah Aura. jangan layan mamat senget tu." Kata Melissa.

"Geram sangat aku dengan dia tu." Kata Aura.

"Dahlah makin kau layan makin dia menjadi." Kata Melissa.

Disisi lain, Irma duduk bersama Roslan di Balkoni bilik Banglo mareka.

Bertemankan 2 cawan kopi dan sepiring kek gula hangus diatas meja didepan mereka.

"Abang rasa hati Uth tu dah boleh terima perempuan lain tak?" Tanya Irma.

"Kenapa Umie tanya?" Kata Roslan.

"Sebab selepas Melati Berkahwin dengan Luthfan, Umie tak nampak dia dekat dengan perempuan melainkan waktu dekat Banglo Rasyid tu." Kata Irma

"Anak Rasyid tu ke maksud Umie?" Tanya Roslan.

"Haah." Kata Irma.

"Baik budak dia. Dengar dari Bibik tu dia cucu kesayangan PuanSri Zaiton. Sejak kecil PuanSri Zaiton yang urus dia sebab Rasyid dan Rina tak anggap dia anak mereka." Kata Irma.

"Kesian budak tu kan." Kata Roslan.

Tokk tokk tokk

Pintu biliknya terkuak perlahan.

"Umie?" Panggil Luthfan.

"Masuk Fan." Pelawa Irma.

Luthfan menapak mendekati Irma dan Roslan.

"Mie. Fan nak bagitau Fan akan pergi ke Istanbul beberapa minggu ni." Kata Luthfan.

"Melati?" Tanya Irma.

"Fan tak bawa isteri Fan. Fan takut dia boring dekat sana." Kata Luthfan.

"Bila gerak?" Tanya Roslan.

"Lusa." Balas Luthfan.

"Ermm ok." Kata Irma.

"Errr Mie, Fan nak tanya, betulke Uth nak kahwin?" Tanya Luthfan.

"Kenapa Fan tanya?" Kata Roslan.

"Fan takut Uth akan rampas Melati dari Fan?" Tanya Irma.

"Errmm." Kata Luthfan.

"Jangan risau Uth takkan buat benda tu. Kalau dia nak buat, dia dah buat sejak Melati baru bernikah dalengan Fan dulu." Kata Roslan.

"Sebab tu Uth tak tinggal kat sini?" Tanya Luthfan.

"Uth hanya nak berdikari. Sebab tu dia tak tinggal kat sini lagi." Kata Irma menjelaskan.

Hati Luthfan mulai takut selepas kejadian lepas. Melihat isterinya yang melihat adik bongsunya dengan pandangan yang sukar untuk dinyatakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience