Chapter 3

Romance Completed 35261

Matanya dibuka perlahan-lahan. Bunyi televisyen dapat didengar dengan jelas. Kepala rasa berat. Tangannya menyentuh dahinya.

“Aku kat mana ni?” Sofia Amelia bangkit dari katil dan memerhatikan bilik itu. Bilik itu disusun kemas. Filem Transformer telah ditayangkan di TV3. Matanya memfokuskan kaca televisyen. Sofia Amelia cuba mengingat semula apa yang berlaku malam tadi.

“Aku keluar dari rumah. Aku on the way ke airport. Di pertengahan jalan kereta Vios berwarna hitam menghalang jalan aku. Aku hon. Lepas tu?” Sofia Amelia mengetuk kepalanya.

“Apa yang jadi lepas tu? Think Sofi!!” Sofia Amelia memaksa dirinya. Cuba mengulang balik apa yang berlaku malam tadi. Kepalanya semakin sakit.

“Arrgghhh!!!” jerit kuat oleh Sofia Amelia.

Pintu biliknya dibuka. Pandangan Sofia Amelia terus menghala ke arah pintu biliknya.

“Amir!!” terkejut Sofia Amelia.

“Kenapa dia culik aku? Dia nak buat apa kat aku? Entah-entah nak rogol aku ke?”

“Sofi.” lelaki itu menghampiri Sofia Amelia.

“Jangan dekat dengan aku!” Sofia Amelia memberi amaran.

“Sofi. Jangan panik. Aku bukan nak buat apa-apa pun.” Amir mendekati Sofia Amelia.

“Kau kenapa culik aku? Aku kat mana sekarang?”

“Kita kat Bali.”

“What? Bali? Kau jangan main-main! Aku nak balik sekarang!” Sofia Amelia menolak Amir dan berlari ke arah pintu untuk keluar dari bilik itu. Kalau lah orang lain nampak dia berdua-duaan dengan Amir mesti tangkap basah. Nak tak nak terpaksa kahwin dengan si Amir itu.

“Sofi, wait” Amir menghentikan langkah Sofia Amelia dengan memegang pergelangan tangan Sofia Amelia.
“Take off your hand now!”

“Okay. Im sorry.”

“Kenapa kau bawa aku ke sini? Aku sepatutnya bercuti pergi ke Thailand. Bukan ke sini!” Ingatkan dirinya berasa tenang kalau pergi bercuti. Tapi sebaliknya terjadi.

“Kau nak tahu ke kenapa aku culik kau?” soal Amir bersama dengan senyuman yang penuh bermakna.

“Yes!”

“Before that aku nak solat dulu. Lepas tu aku datang balik ke bilik kau.”

Amir mengambil kad access bilik sendiri dan bilik Sofia Amelia. Senyumannya dihadiahkan kepada Sofia Amelia.

“Apahal dengan dia ni? Senyum-senyum! Ingat diri tu handsome ke? Muka macam kingkong!” gumam Sofia Amelia.

“By the way, kau tahu ke mana arah kiblat? Mari sini. Aku tunjuk. Kau pun nak solat kan.” Amir menunjukkan arah kiblat di bilik itu. Sofia Amelia menelan air liurnya.

“Solat? Aku masih ingat ke cara solat? Dah beberapa tahun aku tak solat ni.”

“Sofi! Sofi!” panggil Amir. Tetapi tiada sahutan.

Amir menjentik jari di hadapan muka Sofia Amelia.

“Ye?”

“Kau dengar ke tak apa yang aku cakap tadi? Itu arah kiblat. Kalau nak solat, mesti tahu arah kiblat. Sebagai umat islam, mesti tahu arah kiblat kat mana di sesuatu tempat sebelum menunaikan solat.” Amir memberikan ceramah sedikit kepada Sofia Amelia. Sofia Amelia terpinga-pinga.

“Kenapa dia ni diam je? Dia ni solat ke tak?” Amir mula berasa curiga.

“Kau ada bawa telekung?” tanya Amir.
“Huh? Telekung? Alamak! Apa aku nak jawab? Tak akan lah aku nak cakap aku ni dah tinggal solat lama. Tak ingat cara menunaikan solat.”

“Aku… aku… aku tak boleh solat.” Sofia memberikan alasan supaya dia tidak kantoi dengan Amir.

“Tak boleh solat? Apa maksud kau? Kenapa tak boleh?” Amir bertanya soalan bertubi-tubi. Dahinya berkerut.

“Hish!! Kau ni! Faham-faham je lah! Tak akan lah itu pun aku nak bagitahu.” muka Sofia Amelia merona merah. Bagaimana dia nak bagitahu Amir yang dia datang bulan kononnya. Amir ni bukan sesiapa untuk Sofia Amelia. Lagipun Sofia Amelia mencipta alasan untuk cover isu solatnya.

“Kau tak sihat ke?” Amir terus bertanya.

“Yes! Kata nak solat kan. Go!” Sofia Amelia menolak badan Amir untuk keluar dari bilik.

“Malunya aku kalau si Amir tahu aku tak tahu nak solat.” kedua-dua tangannya menutup mukanya.

***********************

“Ziah, awak balik lah. Ni duit. Pergi klinik sebelum pergi rumah. Kaki awak tu bengkak.” Dato’ Johari memberi beberapa not 50 kepada Mak Ziah.

“Tak ape Dato’. Bukan teruk pun saya tengok. Nanti balik saya urut. Ada apa-apa berita pasal cik Sofi?” hatinya tidak sedap sejak Sofia Amelia keluar dari rumah. Banyak kali telah dipanggil. Namun panggilanya tidak dijawab. Hanya masuk peti suara.

“Tak ada Ziah. Saya suruh PA saya untuk check dekat airport. Kebetulan ada kawan dia kerja kat airport. Senang sikit untuk dapatkan senarai nama pelancong.” Dato’ Johari memberitahu Mak Ziah dengan nada lemah. Wajahnya jelas kerisauan.

“Jangan risau Dato’. InsyaAllah cik Sofi selamat. Allah akan selamatkan cik Sofi. Saya balik dulu ye Dato’. Assalamualaikum.” Mak Ziah meminta dirinya.

“Where are you Sofi? Daddy risau. Ya Allah, selamatkan anak tunggal aku.”

Tiba-tiba Dato’ Johari mengingat kawan rapat anak tunggalnya, Rohani dan Christina.

“Mesti mereka tahu mana Sofi. What if Sofi with them? Aku pergi tengok kat rumah sewa Rohani je lah.” Dato’ Johari bergegas ke rumah sewa Rohani dengan harapan dapat jumpa dengan anaknya. Kalau tak dapat jumpa pun, dapat berita mengenai anak pun cukup. Hati akan berasa tenang.

******************

“Assalamualaikum. Umi, abi, Tasha. Along dah balik.” Iskandar Faiz memberi salam dan masuk ke dalam rumah di kampungnya.

“Waalaikumsalam. Along. Sihat?” muka Fatimah nampak ceria saat tengok kehadiran anak lelakinya. Iskandar Faiz menunduk dan mencium tangan uminya.

“Along sihat. Umi sihat? Dah pergi check up harini?”

“Dah. Pagi tadi Tasha ikut sekali dengan umi. Semuanya okay. Umi sihat. Along tak payah risau.”

“Mana abi? Along tak nampak pun. Biasanya kalau along balik, mesti abi terpacak kat depan untuk meraih along.” mata Iskandar Faiz mencari kelibat ayahnya.

“Abi pergi kedai. Umi suruh beli barang sikit. Along masuk mandi dulu. Kejap lagi dah nak maghrib. Kita solat berjemaah. Dah lama dah kita semua berkumpul bersama.”

“Baik umi. Sebelum along lupa, ni Wahidah ada kirim kek lapis Sarawak untuk umi dan Tasha.”

“Kek lapis Sarawak. Kenapa susah-susah Wahidah buat?”

“Along dah pesan tak payah. Dia tetap nak buat.”

“Tak pe lah. Nanti umi nak cakap dengan Wahidah. Along boleh call dia?”

“Boleh. Nanti along call dia. Sekarang along mandi dulu. Tak sabar nak makan masakan umi ni. Dah terliur ni.”

“Yelah! Pergi.”

****************

“Uncle, ada apa jumpa kami?” Rohani menyoal kepada Dato’ Johari.

Rohani dan Christina terkejut apabila Dato’ Johari datang ke rumahnya tiba-tiba.

“Mana Sofi?” tanya Dato’ Johari. Matanya merenung kedua-dua rakan anaknya. Mencari kejujuran di sebalik mata mereka.

“Sofi? Kami tak tahu uncle. Kenapa ni?”

“Betul korang tak tahu? Betul-betul tak tahu ke atau buat-buat tak tahu?” suara Dato’ Johari meninggi.

“Sumpah uncle. Kami tak tahu.” Christina mula bersuara. Hatinya berdebar saat mendengar suara Dato’ Johari yang kuat itu.

“Betul uncle.” Rohani turut menyokong Christina.

“Sofia Amelia is missing.” Dato’ Johari memberitahu kepada Rohani dan Christina. Nadanya sudah kendur.

“Missing?” Rohani dan Christina pandang satu sama lain. Ke manakah perginya kawan seorang itu? Dah lah wayar dalam kepala Sofi kadang-kadang putus.

“Yes. I came here to ask you both whether you know where she go.”

“Kami tak tahu uncle. Tapi pagi tadi Sofi datang sini.” Rohani menceritakan dari A sampai Z kepada Dato’ Johari.

“Jadi sangkaan aku betul. Mesti Sofi pergi vacation. Tapi ke manakah dia pergi?”

“Terima kasih sebab bagitahu uncle. Kalau Sofi ada call, tolong inform uncle. Uncle balik dulu.”

*****************

“Assalamualaikum Sofi.” Amir bagi salam saat masuk ke dalam bilik Sofia Amelia.

Sofia Amelia yang tengah membelek majalah tidak peduli kedatangan Amir ke biliknya.

“Suka hati je masuk ke dalam bilik orang.”
“Berdosa kalau tak menjawab salam.” tegur Amir lembut.

“Suka hati aku lah. Nak jawab salam ke tak. Yang tanggung dosa tu aku, bukan kau.” majalah di tangannya dilempar kasar ke atas mejanya. Mukanya masam mencuka.

“Sekarang, kau yang tanggung. Lepas kau dah jadi isteri aku, aku yang kena tanggung dosa kau.” Amir menjawab selamba.

“Apa? Isteri? Aku jadi isteri kau? Kau jadi suami aku? Jangan mimpi, okay!”

“Sofi! Sofi! Aku kenal sangat dengan perangai kau. Jual mahal.” Amir senyum sinis.

“Kau kena ingat Sofi! Just you and me are here. Aku boleh buat apa saja kat kau. Tak ada orang yang tanya aku kat sini.”ugut Amir.

“Kau ugut aku ke? Kau jangan cari pasal dengan aku eh Amir.” ada getaran dalam suara Sofia Amelia.

Amir mendekati Sofia Amelia. Tangannya menyisir rambut Sofia Amelia.

“Aku tak akan buat apa-apa kalau…”

“Kalau apa?” menyampuk Sofia Amelia. Sofia Amelia tidak selesa dengan keadaan sekarang. Sofia Amelia dapat berasa hembusan nafas Amir.

“Kalau kau setuju kahwin dengan aku.”

“No way!” membantah Sofia Amelia.

“Kalau kau tak nak, aku terpaksa berkelakuan kasar dengan kau. Aku akan buatkan kau milik aku sepenuhnya harini.” Amir mencempung Sofia Amelia.

“No Amir. Jangan buat kerja gila.” air matanya bergugur.

“Kau yang jual mahal Sofi. I will do anything to make sure you are mine forever.” badannya bertindih badan Sofia Amelia. Sofia Amelia cuba meronta. Tetapi kudratnya lemah. Tidak dapat melawan Amir.

“Aku setuju kahwin kau!” terus Sofia Amelia berkata untuk menghentikan Amir dari bertindak lanjut.

“Betul?” Amir bertanya untuk kepastian.

“Ye.”

Amir mengalihkan badannya.

“Baik. Kita kahwin lepas balik. Faham!”

“Faham.” balas Sofia Amelia.

“Eh jantan tak guna! Kau ingat aku betul-betul bersetuju untuk kahwin dengan awak? No way! Ni Sofia Amelia lah! Kau tahu nasib kau nanti lepas balik Malaysia.”

“Bila kita balik?” menyoal Sofia Amelia.

“Kenapa? Tak sabar nak kahwin dengan aku ke?”

Sofia Amelia menunduk.

“Kau pernah tengok muka kau kat cermin? Dah lah muka macam tahi lembu. Ada hati nak kahwin dengan aku yang cantik macam Angelina Jolie.”

“Lusa kita balik.”

“Lusa. baik” kata Sofia Amelia dan senyum. Senyuman itu penuh bermakna.

“Kau tunggu Amir. Tunggu nasib kau nanti. Nak kahwin dengan aku eh.”

********************

“Dato’ maaf ganggu waktu ini.”

“Tak apa James. Macam mana? Dah tahu mana Sofi pergi?” soal Dato’ Johari. Dari tadi Dato’ Johari menunggu James. James ialah tangan kanan Dato’ Johari.

“Ada Dato’. Tapi…”
“Tapi apa?” Dato’ Johari tidak boleh bersabar. Ada apa-apa perkara buruk berlaku dekat anak ke?

“Nama Cik Sofi tersenarai dalam senarai pelancong ke Thailand. Tapi cik Sofi tak naik kapal terbang itu.”

“Tak naik? Habis dia pergi mana?”

“Tak tahu Dato’ ” James menunduk. Persoalan sama bermain di otaknya.

“Sofi, where are you? Kenapa seksa daddy macam ni? Kat mana aku nak cari ni.” Dato’ Johari tak tentu arah.

“I am going to lodge a police report.” Dato’ Johari bergerak untuk pergi ke balai polisnya.

“Dato’ jangan ambil keputusan terburu-buru. Kalau Dato’ buat laporan polis, mesti akan keluar dalam berita. Bukan nama Dato’ sahaja yang terlibat, nama cik Sofi pun akan terlibat. She has a future. We should think about her future.” James menasihati Dato’ Johari. Dato’ Johari berfikir sejenak.

“Habis? Kita nak buat apa sekarang? I want to know where my daughter is.” merintih Dato’ Johari. Tanpa khabar berita Sofia Amelia hilang begitu sahaja.

“I will handle it. Dato’ jangan risau. Saya balik dulu.” James meminta dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience