Chapter 50

Romance Completed 35261

“Assalamualaikum Rohani. Kau free tak?” tanya Sofia Amelia apabila panggilannya dijawab oleh Rohani.

“Waalaikumsalam. Aku free je. Kenapa Sofi? Suara kau pun semacam je. Kau sihat ke tak?” bimbang Rohani.

“Aku nak cakap dengan kau sekejap, boleh?” minta Sofia Amelia. Dia memerlukan seorang teman untuk mendengar segala luahan yang menyebabkan kegelisahan hati.

“Kau ni dah kenapa? Sejak bila kau minta kebenaran sebelum cakap sesuatu? Benda baru kau buat sekarang.” Rohani rasa sedikit pelik dengan kelakuan Sofia Amelia pada saat itu.

“Rohani, hati aku tak tenang. Hati aku rasa macam something bad is going to happen.” luah Sofia Amelia.

“Tak tenang? Tadi kau okay je masa jumpa.”

“Memang tadi aku okay. Tapi tak tahu kenapa tiba-tiba je aku rasa macam ni. Tadi gelas pecah. Lepas itulah hati aku tak sedap. Aku risau kalau benda buruk terjadi nanti.”

“Sofi, jangan risau. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan. Kadang-kadang bukan semua yang kita rasa berlaku tau. So, don’t worry, okay? Kalau kau masih rasa tak tenang, kau pergi solat. Berserah kepada Allah. InsyaAllah hati kau akan tenang.” pujuk Rohani.

Sofia Amelia menghela nafas. Dia harus minta petunjuk kepada Allah. Betul cakap Rohani, Allah akan menenangkan hati yang menjadi tidak nyaman itu secara tiba-tiba. Namun, bunyi enjin kereta yang memasuki garaj mengacaukan lamunan Sofia Amelia.

“Rohani, laki aku dah balik. Aku call kau nanti.” tanpa memberi salam, talian diputus.

Sofia Amelia melangkah ke arah pintu untuk mengalukan suaminya. Sebelum Sofia Amelia menghampiri pintu utama, sempat dia mengemaskan rambut yang sedikit kusut.

“Assalamualaikum.” Iskandar Faiz memberi salam dan masuk ke dalam rumah. Mukanya penuh dengan riak kecewa dan keliru.

“Waalaikumsalam abang.” Sofia Amelia meraih tangan Iskandar Faiz dan mencium. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

Perasaan Iskandar Faiz saat itu bercampur. Apa dia perlu lakukan? Adakah dia perlu bertanya tentang apa yang dikata oleh Wahidah Tiara tadi benar atau tidak perlu? Sekiranya benar, mampukah Iskandar Faiz terima tanpa sebarang rasa sakit?

“Duduk dulu abang. Saya pergi buat air untuk abang.” kata Sofia Amelia dengan ceria. Rindu sepanjang hari mampu diubati apabila melihat muka suaminya.

“Abang tak nak air. Boleh tak abang nak bincang sesuatu dengan sayang?” soal Iskandar Faiz selepas beberapa minit.

“Aku harus tanya pasal ni. Harap-harap hati aku dapat terima jawapan yang akan diberitahu oleh Sofi.” gumam Iskandar Faiz dalam hati.

“Sayang, awak ada rahsiakan apa-apa daripada abang tak?” Iskandar Faiz memulakan perbicaraannya.

Muka Sofia Amelia berubah. Hatinya berdegup kencang. Adakah suami sudah tahu sebab misi menggodanya?

“Ke… kenapa abang tanya?” tanya Sofia Amelia.

“Just answer my question Sofi. Don't question me back!” walaupun suara Iskandar biasa, namun berbunyi tegas.

Sofia Amelia terkedu. Selama berkahwin sebulan ini, inilah pertama kali Iskandar Faiz tegas dengannya.

“Abang…” Sofia Amelia membawa tangan milik Iskandar Faiz ke dalam pegangannya.

Iskandar Faiz menanti dengan penuh sabar. Dia memberi masa kepada isterinya. Biarlah lambat, asalkan dapat jawapan daripada isterinya.

“Boleh saya tahu apa maksud abang tadi?” dengan penuh debaran Sofia Amelia menyoal Iskandar Faiz.

“Abang, straight to the point je. Adakah sayang cinta dan sayangkan abang dengan seikhlas hati?”

“Sofia Amelia binti Dato’Johari mencintakan dan sayangkan Iskandar Faiz seikhlas hati.” jawab Sofia Amelia tenang.

“Sejak bila sayang jatuh cinta dengan abang?”

Sofia Amelia menelan air liurnya. Mengapa suami menyoal soalan-soalan pelik?

“Lepas kahwin dengan abang.” jawab Sofia Amelia berhati-hati.

“Are you sure?”

“Yes abang. Why?” tanya Sofia Amelia. Dahinya berkerut. Malahan muka Iskandar Faiz pula nampak tegang.

“Masa jumpa abang di office pertama kali, Sofi cakap cintakan abang. Maksudnya sebelum kita kahwin lagi Sofi cintakan abang kan? Kenapa sekarang jawapan Sofi berubah?”

Terkejut Sofia Amelia mendengar soalan Iskandar Faiz. Sofia Amelia lupa mengenai perjumpaan bersama Iskandar Faiz masa challenge dengan Rohani dulu.

“Abang itu…” gugup Sofia Amelia. Dia tidak tahu bagaimana hendak bercerita kepada suaminya. Kalau dicerita, adakah Iskandar Faiz mendengar tanpa marah?

“Apa Sofia Amelia?” jerkah Iskandar Faiz. Dari cara menjawab Sofia Amelia, Iskandar Faiz dapat mengagak apa yang diberitahu oleh Wahidah Tiara ada betulnya.

“Abang kenapa marah ni? Cuba bertenang dulu. Please.” merayu Sofia Amelia. Air matanya gugur perlahan di pipi.

“I am being patience with you. Don’t test my patience!”

“Okay fine. Saya cerita semuanya kepada abang. Masa saya jumpa abang di office hari itu memang saya tak mencintakan abang. Saya… saya tipukan abang. Saya berbuat macam itu sebab… sebab…”

“Sebab nak berjaya dalam challenge awak.” Iskandar Faiz menghabiskan ayat tergantung itu.
“Abang, saya tahu saya salah. Tolong maafkan saya, abang. Tapi itu dulu. It’s our past. Now is present. We focus our present and future. Benda sudah lepas kita tak payah nak ungkit balik abang.” merayu Sofia Amelia.

“Senang je Sofi cakap kan. Suruh lupa. Sofi pernah fikir pasal perasaan abang? Tak kan? Untuk Sofi abang tak ada perasaan. Abang macam patung bernyawa di mata Sofi kan?” jelas nada sedih dalam suara Iskandar Faiz. Sejujurnya Iskandar Faiz mengharapkan Sofia Amelia tidak akan memberi jawapan sebegitu.

“Abang, saya tahu. Saya gagal untuk fikirkan perasaan abang masa itu. Tapi,”

“Dah Sofi. Abang tak nak dengar apa-apa penjelasan lagi. What has been done in the past, We cannot change it.” tutur Iskandar Faiz lemah.

Diri Iskandar Faiz tidak bersedia untuk mendengar penjelasan dari Sofia Amelia. Hatinya sakit apabila mendengar kebenaran dari mulut Sofia Amelia. Maknanya dia telah ditipu oleh isterinya sebelum ini.

“Abang…” Sofia Amelia meraih kedua-dua tangan suami dan mencium. Air matanya bergugur dan membasahi tangan Iskandar Faiz.

“Saya minta maaf abang. Saya tahu saya berdosa tipu abang. Tapi sumpah demi Allah, saya cintakan abang sepenuh hati saya. Tolong percayakan saya, abang.”

“Abang nak mandi, nak solat.” kata Iskandar Faiz dan bangun lalu meninggalkan isterinya yang menangis teresak-esak di ruang tamu.

“Maafkan abang. Abang nak masa untuk lupakan segalanya yang telah berlaku masa lalu.” omel Iskandar Faiz dalam hati.


***********************

“Hai pretty.” sapa Hafiz. Wahidah Tiara yang sibuk minum air arak sambil menikmati muzik di kelab malam itu tidak mempedulikan kedatangan Hafiz.

“Marah ke?” tanya Hafiz dan duduk di sebelah Wahidah Tiara. Tangannya memaut bahu Wahidah Tiara bagi merapatkan kedudukannya.

“Tak lah. Kenapa aku kena marah?” menyoal Wahidah Tiara acuh tak acuh. Minuman keras itu diminum.

“Sebab tak dapat jumpa kau tadi.” jawab Hafiz. Kekosongan antara jari jemari Wahidah Tiara diisi dengan jari jemari Hafiz. Sempat lagi Hafiz mencium tangan Wahidah Tiara. Mereka nampak seperti kekasih.

“Owh. Tak lah. Aku tak marah pun.” jawab Wahidah Tiara perlahan. Otaknya hanya memikirkan tentang keadaan Iskandar Faiz dan Sofia Amelia sahaja.

“Agak-agak apa yang tengah berlaku sekarang? Sudah pasti betina itu tak dapat tipu lagi. Padan muka! Kau rampas Is dari aku. Mesti Is akan ceraikan kau malam ni. Aku lebih kenal Is. Dia benci orang yang tipu dia!” gumum Wahidah Tiara dalam hati. Hatinya bersorak gembira.

“Baby, jom dancing.” ajakkan Hafiz menyedarkan Wahidah Tiara. Muka Hafiz ditenung sekejap. Muka berbentuk bulat, lens mata yang warna asalnya coklat, hidung mancung, kulitnya hitam manis dan lesung pipit apabila senyum membuatkan lelaki yang bernama Hafiz nampak handsome. Semua wanita akan tertarik dan menjatuh cinta dengan lelaki itu.

“Do you want to dance with me pretty?” soal Hafiz lagi. Tangannya dihulurkan. Tanpa berfikir lama, Wahidah Tiara menyambut huluran Hafiz.

“Since I am happy today, I have to celebrate it. Tak lama lagi Is akan jadi milik aku.”


**************************

Iskandar Faiz hanya menghabiskan masanya di bilik. Turun makan pun sekejap sahaja. Selepas menjamu selera, Iskandar Faiz naik ke bilik. Langsung tidak menegur isterinya.

“Kenapa aku rasa sakit sangat? Apa yang Sofi buat sakitkan hati aku sangat. Abang cintakan sayang. Abang rindu peluk cium sayang. Tapi abang tak boleh. Hati abang tak dapat terima perbuatan sayang.” rintih Iskandar Faiz.

Tok! Tok! Tok!

Sofia Amelia ketuk pintu bilik. Dengan perlahan dia membuka pintu biliknya. Sofia Amelia tahu suaminya terkesan dengan perbuatan dia dahulu. Tetapi, ianya tidak boleh diubah. Benda sudah jadi, kita boleh buat apa?

“Abang…” Sofia Amelia mendekati Iskandar Faiz. Punggungnya dilabuh perlahan di birai katil. Iskandar Faiz tidak menunjuk apa-apa reaksi. Hanya berdiam diri dan sibuk melayari internet.

“Abang sudah solat isyak ke? Kalau belum kita solat sama-sama.” ajak Sofia Amelia perlahan. Matanya tertancap telekung di tangan.

“Pergi ambil wuduk. Kita solat sekali.” balas Iskandar Faiz dan masuk ke dalam kamar mandi.

Sofia Amelia menguntum senyum. Akhirnya, Iskandar Faiz bercakap. Tetapi, adakah dia sudah memaafkan Sofia Amelia?

Mereka berdua solat berjemaah. Sofia Amelia mencium tangan Iskandar Faiz dengan penuh rasa cinta. Iskandar Faiz mencium ubun-ubun isteri seperti biasa.

“Abang, can we have a talk?” pinta Sofia Amelia. Sungguh harap suaminya bersetuju untuk mendengar penjelasannya.

“Nak cakap apa?” Iskandar Faiz menyoal. Dia tahu isterinya akan bercakap pasal tadi.

“Abang, masih marahkan saya?”

“Kenapa tanya?” Iskandar Faiz tanya sambil melipat sejadah.

Sofia Amelia mengetap bibir. Matanya dipejam rapat untuk mendapatkan kekuatan. Susah juga untuk memujuk Iskandar Faiz apabila marah. Bukan senang!

“Abang, saya tahu saya bersalah. Tolong maafkan saya. Saya tak boleh kuat kalau abang terus macam ni. Saya rasa macam saya seorang je dalam rumah ni. I am feeling lonely.” ujar Sofia Amelia dengan penuh sayu. Air mata mula berkumpul di tubir mata.

“Untuk Sofi itu benda kecil. Tapi bukan untuk abang. Lain kali fikir perasaan orang lain sebelum bertindak. It doesn't matter orang itu ada kena mengena dengan kita ke tak. Semua orang ada perasaan. Please think about that.” kata tegas Iskandar Faiz.

“I know that, abang. Saya minta maaf sangat-sangat. Masa itu saya hanya berfikir untuk berjaya dalam cabaran Rohani. Saya gagal untuk memikirkan perasaan abang.”

“Abang nak tidur. Selamat malam.” tanpa mempedulikan Sofia Amelia, Iskandar Faiz baring di atas katil.

“Maafkan saya, abang.” bisik Sofia Amelia. Tanpa menganggu Iskandar Faiz, Sofia Amelia keluar dari bilik tidurnya.


*************************

“Sofia Amelia, can you answer this question?”

Suara pensyarah yang sedang mengajar di depan menyentakkan Sofia Amelia. Dia langsung tidak memberi perhatian dalam kuliah itu.

“Sofi, kau tahu jawapan ke tak?” soal Rohani dengan perlahan. Takut lecturer dapat dengar. Pensyarah mereka tegas orangnya.

“Sofia Amelia!” panggil lecturer lagi.

Tanpa melengahkan masa, Sofia Amelia berdiri. Namun, otaknya kosong. Tidak mampu berfikir jawapan untuk soalan yang telah ditanya oleh pensyarah.

“B” Rohani berbisik. Dia tak sanggup tengok sahabatnya kena marah dengan pensyarah.

“The answer is B, sir.” jawab Sofia Amelia. Nasib baik Rohani menolong. Kalau tidak, pasti Sofia Amelia dihalau dari kelasnya.

“Sofi, aku tahu kau ada masalah. Kau tak normal. What’s wrong?” soal Christina.

“Lepas kelas, aku cerita.” jawab Sofia Amelia lemah.

“I want you all to finish this homework and submit it through our university system. Get it? If there are no more questions, class is dismissed!”

Sofia Amelia, Rohani dan Christina keluar dari dewan kuliah. Muka Sofia Amelia jelas kelihatan sedih.

“So, tell us now. What is your problem?” tanya Rohani.

Sofia Amelia cerita semuanya kepada mereka berdua. Mereka terkejut mendengar cerita Sofia Amelia.

“Macam mana Is dapat tahu? Ini rahsia kita bertiga,kan.” soalan itu yang muncul dalam fikiran Christina. Tiada sesiapa pun tahu pasal ini selain mereka bertiga.

“Yes, kita sahaja yang tahu pasal hal ini. Kau tak tanya Is ke? Siapa cakap kat dia?” Rohani pula soal kembali.

Sofia Amelia mengeleng. Dia tidak pun terfikir untuk tanya dari siapa Iskandar Faiz tahu pasal ini.

“Is, okay ke tak?” Rohani risau. Rasa bersalah makin menyelubungi dirinya.

“Dia tak cakap kat aku pun. Pagi tadi pun dia tak sarapan kat rumah. Selalu Is akan sarapan dengan aku. Tapi harini dia tak layan aku pun. Dia masih marahkan aku. Aku buntu Rohani. Aku tak tahu macam mana nak pujuk dia lagi.”

“Aku minta maaf Sofi. Masalah ini semua berpunca dari aku.” kata Rohani dengan perasaan menyesal. Kalaulah dia tak mulakan dulu, mesti masalah ini tak akan muncul.

“Guys, we have to think of a way to cool down Is. There is no point thinking about the past.” bersuara Christina.

“Betul cakap Christina. Kami bantu kau untuk selesaikan masalah ini. Tapi macam mana nak pujuk Is?”

“Aku ada idea.” ujar Christina dengan satu senyuman. Senyuman yang ada makna tersirat.

“Apa dia?” tanya Rohani.

“Goda Is, Sofi.”

Follow my ig miz.kikki_novelplus untuk gambar-gambar watak dan teaser ;) enjoy reading ! stay safe !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience