Bau harum dari dapur menggamit Fakhri untuk ke dapur . Lengan kemejanya dibutang . Pagi itu dia terpaksa bertolak awal kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah . Lea kelihatannya sedang menyusun mangkuk dan menuangkan air ke dalam cawan .
“Assalamualaikum abang . Abang , jom sarapan . Lea masakkan laksa untuk abang . Lea tahu abang kempunan nak makan laksa semalam , tapi sebab Lea lambat selera abang terus mati . Duduklah dulu”,ujar Lea sambil menarikkan kerusi untuk suaminya duduk .
Lea telah keluar rumah seawal 6 pagi semata-mata mahu membeli bahan untuk memasak laksa buat suaminya . Fakhri sedaya-upaya mengusir rasa sebak yang hadir .
“Aku dah lambat . Aku ada mesyuarat”,ujar Fakhri berura-ura mahu pergi , namun Lea lebih pantas menahan . Tangan Fakhri dipegang . Satu perasaan halus mencuri masuk ke ruang hati Fakhri .
“Abang , kalau abang nak cepat pun janganlah lupa ikat tali leher ni . Meh , Lea tolong”,ucap Lea sambil lincah mengikat tali leher suaminya . Fakhri memandang Lea dengan pandangan yang sukar ditafsirkan . Haruman tubuh Lea bagaikan menggamitnya untuk mendakap Lea .
Lea menentang mata suaminya . Ketampanan Fakhri begitu terserlah pada pagi itu . Lea tersenyum . Walaupun Fakhri tidak dapat melihat senyumannya , biarlah . Hanya Allah sahaja yang tahu keikhlasan senyumannya .
“Abang , Lea dah bungkuskan laksa ni untuk abang . Lea tahu , suami Lea ni workaholic orangya . Nanti , abang jangan lupa makan tau”,ucap Lea sambil menghulurkan bekas buat suaminya .
Bagaikan dirasuk , Fakhri mengambil terus bekas itu tanpa benyak soal . Lea tersenyum senang . Tangannya dihulurkan untuk bersalaman . Tanpa sepatah kata , Fakhri turut menghulurkan tangannya. Lea terus tunduk dan mencium tangan suaminya . “Hati-hati abang”,ucap Lea lembut .
Fakhri berjalan ke muka pintu dengan perasaan yang bercampur baur . Fakhri memandang ke belakang . Dia dapat melihat Lea melambai-lambai ke arahnya sambil sebelah tangan lagi mengusap-usap perutnya yang terkandung anak mereka .
**************
Fakhri di atas sofa sementara menanti Lea membawa secawan kopi panas untuknya . Lea berjalan perlahan-lahan menghampiri suaminya . Perutnya yang memboyot dek usia kandungannya sudah mencecah 9 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pergerakannya . Secawan kopi diletakkan di atas meja berhadapan suaminya .
“Lea , aku nak cakap dengan kau sikit”,ucap Fakhri dengan nada yang sengaja dibengiskan , seperti biasa .
Tanpa ,menurut tanpa bantahan . Punggungnya dilabuhkan di kerusi berhadapan suaminya . Melihat kepayahan Lea berusaha untuk duduk , membuatkan Fakhri terlintas untuk membantu . Namun , ego yang menghalang telah membatalkan hasratnya . Akhirnya , Lea berjaya juga duduk .
“Abang nak cakap apa?”soal Lea . Perutnya yang memboyot itu diusap sayang . Fakhri menarik nafas sedalam-dalamnya .
“Kau bahagia tak jadi isteri aku?”soal Fakhri sambil memandang tepat ke dalam anak mata isterinya . Lea hairan dengan soalan suaminya yang tiba-tiba mempersoalkan kebahagiaannya menjadi isteri lelaki itu .
“Alhamdulillah , Lea bahagia dapat bahagiakan abang . Lea bahagia kerana dapat menyayangi abang selayaknya . Lea bahagia dapat meraih redha Allah apabila Lea berbuat kebajikan kepada suami Lea . Lea juga bahagia apabila arwah ibu tak perlu tanggung azab atas dosa saya pada suami saya”,ucap Lea, penuh ketulusan .
Fakhri mengeluh . Bukan itu jawapan yang dia inginkan daripada gadis itu . Amarahnya tiba-tiba memuncak .
“Hei , kau jangan nak tipu aku . Setelah apa yang aku buat dekat kau , takkan kau masih bahagia hidup dengan aku”,ujar Fakhri seraya berdiri . Jari telunjuknya tepat menghala ke arah Lea . Lea terkaku .
“Aku dah seksa jiwa kau . Aku biar kau jalan kaki beli laksa malam-malam buta , lepastu aku tak hargai pun usaha kau tu . Aku tak bagi kau tunjuk muka kau dekat aku , aku tak bagi kau keluar rumah sesuka hati . Takkan kau masih bahagia lagi hidup dengan aku”,Fakhri menengking isterinya .
Satu-persatu mutiara jernih jatuh menimpa pipi Lea . Teresak-esak Lea menahan tangis . Lea turut berdiri bagi menyamai ketinggian suaminya walaupun dia belum cukup tinggi .
“Abang , Lea sumpah dengan nama Allah , apa yang Lea cakap tadi tulus dari hati Lea . Lea tak tipu bila Lea kata Lea bahagia hidup dengan abang”,ucap Lea . Purdah yang dipakainya dibuka . Tudung yang dipakainya juga dibuka . Fakhri terkesima melihat isterinya . Cantiknya isteriku!
“Kalau abang nak tahu , wajah ni , muka ni , sentiasa tersenyum bila bersama dengan abang .Lea tahu abang tak nampak , tapi Lea tak tipu . Walaupun berkali-kali luka di hati Lea abang toreh , tapi Lea tak kisah . Walaupun abang tak bagi Lea keluar untuk jenguk abah , Lea tak kisah sebab Lea tetap dapat tahu khabar abah walaupun dari telefon . Lea tak kisah bang , sebab Lea tahu syurga Lea pada abang . Lea nak abang tahu , abang adalah orang kelima yang ada dalam hati Lea selepas Allah, Rasulullah , ibu dan ayah . Lea cintakan abang , suami Lea . Lea sayangkan abang”,ucap Lea dalam sendu .
Jari-jemari Lea lembut menyentuh pipi Fakhri . Fakhri terkesima . Pertama kali melihat sendu yang terukir di wajah isterinya .
“Lea tak pernah menyesal menjadi isteri abang . Lea tahu , satu hari nanti Allah akan buka pintu hati abang untuk Lea . Lea yakin dengan perancangan Allah”,Lea menyambung . Fakhri turut mengalirkan air mata . Untuk kesekian kalinya , ego ditolak ke tepi .
“Lea , awak terlalu baik untuk saya . Saya tak layak jadi suami awak . Saya lelaki tak guna . Awak hanya layak untuk lelaki-lelaki yang baik di luar sana . Saya tekad , saya akan lepaskan awak tak lama lagi . Awak jangan risau , segala penderitaan awak akan tamat tak lama lagi”,ucap Fakhri seraya berlalu pergi .
Tangan Lea yang bergayut di pipinya ditepis perlahan . Lea tidak dapat membendung perasaannya lagi . Malam itu menjadi saksi betapa luluhnya hati seorang wanita bergelar isteri.
Share this novel