Awak..harini saya dah kena masuk kerja..awak boleh ke tinggal seorang di rumah?? Bersuara Azhar sambil membetulkan tali leher di koler bajunya. Munirah buat tidak endah sahaja soalan yg dituju kepadanya itu. Sudah 2 hari dia mengambil cuti kerana tidak gamak meninggal Munirah sendiri dalam keadaan tertekan begitu. Munirah hanya bergantung kepadanya sahaja disebabkan itu Azhar tidak dapat berbuat apa-apa dari memberikan perhatian sepenuhnya kepada Munirah. Munirah hanya memandang kosong sahaja siaran televisyen yg sedang menyiarkan ceramah di waktu pagi. Hari ini Munirah bangun awal dan tidak tidur kembali selepas subuh. Azhar masih tidak membenarkannya pergi bekerja selagi dirinya tidak menunjukkan perubahan sembuh. Munirah memeluk erat anak patung beruang besar tinggi parasnya itu di atas sofa. Pada mulanya itu adalah anak patung Azhar tetapi setelah Munirah sangat menyukainya, Azhar menghadiahkan sahaja kepadanya. Apabila Azhar datang dekat kepadanya segera Munirah menyembam kepalanya di belakang anak patung itu. Dia tidak mahu melihat susuk tubuh Azhar yg sudah pun kemas berbaju kerja. Mengeluh Azhar sekejap sebelum memujuk Munirah. Azhar melabuhkan punggungnya di atas sofa dan menepuk lembut belakang Munirah.
Janganlah macam ni..saya tak boleh bercuti lama..Bukan saja-saja saya nak tinggalkan awak sendiri. Meh sini..nak tengok muka tu sikit..Buat apalah sembunyi dekat belakang 'Koko' ni. Pujuk Azhar lembutnya sambil tangannya suka sahaja mengeletek badan Munirah. Patung beruang itu diberi nama 'koko' kerana badannya berwarna coklat pekat. Mengeliat Munirah cuba menahan geli selepas dicuit oleh Azhar banyak kali.
Jangan pergi..Bersuara Munirah sambil jarinya mula mengentel lengan baju Azhar yg belum dilipat itu. Sudah menjadi tabiatnya berbuat demikian bila melihat Azhar memakai baju berlengan panjang. Mukanya masih lagi tidak memandang ke arah Azhar. Dia harap sangat Azhar dapat mengambil cuti harini. Entah kenapa ia tidak suka duduk bersendirian di rumah. Munirah tiada sesiapa lagi tempat ingin mengadu kalau bukan dengan Azhar sahaja ia berkongsi semua ini.
Ermm...maaflah saya memang tak boleh cuti harini. Tak lama lagi kan dah nak cuti sekolah..Lepas ni awak nak hadap muka saya 24 jam pun tak pe. Saya ada dekat awak. Nak pergi duduk dengan walid tak?? dekat sana ada kak Farah?? Nanti boleh awak berkawan juga. Cadang Azhar setelah mengingati semula yg Munirah perlukan seorang kawan untuk dirinya berbual kosong. Jika hendak diharapkan Azhar sahaja sampai bila pun Munirah tidak ada teman rapat sejantinanya. Azhar mula mengangkat badan Munirah untuk duduk seperti biasa. Dibelai rambut kusut Munirah yg belum mandi itu.
"Tak nak"
Ok..kalau macam tu ikut saya pergi tempat kerja..nanti awak boleh duduk di dalam bilik guru..kan best tu?? Cadang Azhar lagi sambil tangannya giat sahaja mengikat rambut Munirah ke belakang. Muncung Mulut Munirah apabila Azhar mengajaknya pergi ke sekolah sekali.
"Tak nak"
Habis tu nak apa?? Nak saya cium awak?? Berani sahaja Azhar berkata begitu kepadanya selepas sabar sahaja melayan kerenah manja Munirah ini. Tatkala ia sakit sahaja perangainya seakan anak bongsu apabila dirinya kembali normal datanglah kerenah keras kepala anak sulung. Hanya Azhar sahaja sabar melayan segala kehendaknya ini. Azhar tidak pasti lelaki lain akan bertahan jika Munirah terus berperangai begini.
Tak nak..tak nak lah..gatal..saya nak pergi jumpa Mek som..Ujar Munirah kali ini meletakan kepalanya di dada Azhar pula. Entah kenapa ia suka sangat menghidu perfume milik Azhar itu. Azhar selalu saja memakai perfume kuat baunya sudah seperti mahu mengorat guru-guru muda sahaja di sekolah itu. Pada mulanya Munirah membenci bau ini tapi lama-kelamaan ia mula ketagih saja. Azhar faham apa yg Munirah rasa sekarang ini. Ia amat perlukan seorang rakan untuk meluahkan apa yg tersirat di dalam hatinya. Tidak semua Munirah akan berkongsi kepadanya kerana lain perasaan bila dikongsi dengan rakan wanita berbanding dengan suami sendiri. Azhar memeluk lembut tubuh Munirah. Pandangan sayu diberikan kepada Munirah yg sedang berada di dalam dakapannya itu.
Baiklah..pergi naik mandi dulu..Bawa apa yg patut ok?? Saya akan hantar awak ke sana nanti. Muahhh..Balas Azhar lalu melepaskan satu kucupan hangat di dahi Munirah. Geram sahaja dia melihat dahi luas milik Munirah itu. Seperti ia meminta ciuman dari bibir Azhar saja. Monyok muka Munirah apabila Azhar berbuat begitu kepadanya. Terus dia bangun dan pergi meninggalkan Azhar sendiri di situ.
Ehhh dia nak bermanja dengan orang tak pe..bila orang nak bermanja dengan dia tak boleh pula.. Macam ni pun boleh ehh..Bersuara Azhar sambil memerli sedikit ke arah Munirah. Dia perasan senyuman mula terukir di wajah Munirah selepas ia berkata begitu. Azhar turut tertawa dapat juga mengenakan diri Munirah itu. Selepas ini bukan setakat ciuman di dahi sahaja pipi Munirah juga akan menjadi mangsa.
Jam menunjukkan pukul 2.00 p.m. Azhar segera menyiapkan kerjanya kerana sekejap lagi dia mahu menjemput Munirah di Pusat jagaan itu. Tidak mungkin dia akan membiarkan Munirah bersendirian lama di sana walaupun Munirah sudah selesa dengan keadaan di sana. Tut..tut..tut..kedengaran telefon Azhar berbunyi menandakan seseorang sedang menelefonnya.
Hello Assalamualaikum bonda..Napa call Azhar ni?? Kata Azhar setelah mengangkat panggilan telefon itu. Tetiba sahaja bondanya menelefon pada waktu ini.
Waalaikumsalam..Azhar..nanti lepas pulang dari tempat kerja balik rumah bonda boleh? Bonda buat masak sedikit. Pulanglah ke sini. Kita makan sekali. Pinta Hajah Fazilah berharap sangat anaknya itu dapat datang ke rumahnya. Sejak azhar bsrkahwin secara diam kurang sahaja ia pulang ke rumah walid dan bonda. Ia lebih suka berada di rumahnya bersama dengan Munirah sahaja. Hajah Fazilah pun tidak tahu kenapa Azhar selalu sahaja lebihkan isterinya ini padahal sebelum ini Azhar seorang yg mentaat arahannya dan walid. Hajah Fazilah mula tidak berminat dengan penampilan diri Munirah itu.
Owhh yeke..tengoklah nanti macam mana..Azhar kena ambil Munirah dahulu. Tak kanlah Azhar nak datang sendiiri pulakan. Balas Azhar malas sahaja mahu pergi ke rumah bondanya itu. Pada masa yg sama fikirannya terus memikirkan tentang Munirah. Tidak tahu apa yg Munirah sedang lakukan sekarang. Sudah makan atau belum. Segalanya mula bermain di fikiran Azhar.
Hmm..kamu selalu saja tolak..sekarang dah kerap tidak pulang ke rumah bonda..Seronok sangatkan layan bini muda dekat rumah tu. Sampai sekarang zuriat tidak melekat lagi. Kalau kamu sayang sangat dekat dia kenapa sampai sekarang bonda tak merasai cucu lagi?? Asyik main dengan anak Mira saja. Baik Kamu menikah saja dengan Mira. Boleh juga bonda rasa ada cucu si Eisya tu..Cakap dengan kamu banyak macam ni bukan nak dengar. Tak apalah kalau kamu tak nak datang..Bonda boleh habiskan semua juadah itu. oklah..Assalamualaikum. Berleter Hajah Fazilah panjang lebarnya dekat Azhar. Berdenyut saja telinga Azhar rasa selepas menerima segala tomahan bondanya itu. Entah apalah nasibnya selalu dipaksa begini sekali. Tidak tahu berapa kali dia mahu beritahu bondanya supaya bersabar dahulu. Munirah masih lagi muda usianya tidak mungkin dia akan memaksa Munirah untuk memberi nafkah batin untuknya. Dia mahu Munirah sendiri bersedia untuk semua ini. Barulah mereka boleh merancang untuk masa depan pula. Mengeluh Azhar panjang di atas kerusi dalam bilik guru itu. Kalaulah kakak iparnya itu tidak mandul pasti dirinya tidak dipaksa begini oleh bondanya. Sepatutnya abangnya sahaja yg berkahwin lain tetapi bukan dirinya. Jika isteri sudah tidak mampu memberikan zuriat suami berhak menikah lain. Itulah yg difikirkan oleh Azhar. Dia berharap sangat bondanya itu faham dan terima segala kekurangan Munirah sebagai isterinya. Mereka berdua belum bersedia untuk ke arah itu lagi. Biarlah dirinya dan juga Munirah mengejar impian masing-masing dahulu.
Tegang sahaja wajah Azhar setelah keluar dari perut kereta honda civicnya itu. Tidak tahu kenapa hatinya terasa bahang apabila Munirah menolak mentah saja untuk mengikutinya ke sini. Dia faham Munirah masih lagi tidak sihat dan takut untuk datang ke sini. Tetapi Azhar juga tidak mahu datang berseorangan ke sini. Apa pula yg akan dikatakan oleh keluarganya nanti. Dia menghembuskan nafas sedalamnya. Berharap sangat segalanya akan dipermudahkan nanti. Azhar melangkah malas kakinya berjalan menuju ke depan pintu rumah itu.
Amboii seronoknya bermain dengan daddy ye?? Sampai lupa dekat mummy dah..Bersuara Mira mematikan lamunan Azhar itu. Segera Azhar memberi Eisya kepada Mira semula. Anak kecil itu sejak dari tadi lagi berkepit sahaja dengan dirinya. Bukan ia tidak suka kepada budak-budak tetapi ini adalah anak Mira dengan bekas suaminya. Azhar berasa sedikit tidak selesa dengan semua ini tambah pula Eisya selalu panggilnya dengan panggilan 'daddy'. Nanti apa pula yg akan difikrikan orang lain.
Abang jadi guru subjek apa sekarang?? Tanya Mira berminat sahaja ingin mengetahui apa yg Azhar lakukan sekarang ini. Sudah lama ia tidak bertanya tentang kisah Azhar selama ini. Rupa paras Azhar tidak ubah seperti dahulu sahaja. Sentiasa kemas dan teratur orangnya. Jika Azhar menjadi suaminya dahulu pasti sekarang mereka sudah hidup bahagia dan dikurniakan banyak cahaya mata. Itulah yg selalu terlintas di fikiran Mira. Kalau masih terbuka lagi peluang kedua ini pasti tidak akan sia-siakannya lagi.
Ermm..saya jadi cikgu bahasa melayu dan cikgu seni..Jawab Azhar meleretnya masih lagi tidak berminat mahu berbual dengan Mira berdua-duaan di situ. Mira masih lagi setia memanggilnya abang seperti dahulu saja. Sekarang semua itu hanyalah tinggal kenangan yg pahit. Azhar masih lagi ragu kenapa Mira muncul kembali di dalam hidupnya. Tidak cukupkah selama ini Mira sudah banyak mengecewakan dirinya.
Owhh daddy Cikgu seni lagi Eisya..Dulu-dulu daddy selalu tau melukis..cantik sangat lukisannya. Rindu pula mummy rasa nak melukis lagi. Kata Mira lalu memandang ke arah wajah Azhar. Dia berharap sangat Azhar masih lagi teringat kenangan itu bersamanya. Mereka berdua suka meluangkan waktu hanya untuk menghasilkan sebuah lukisan saja. Semua kenangan manis itu tidak akan pernah Mira lupakan. Kerana itu juga Azhar sendiri mencintai dirinya. Bagaikan agung sahaja cinta Azhar terhadapnya ketika itu. Segala cintanya dilepaskan ke dalam sebuah lukisan.
Ermm..saya nak berbual dengan Azfar dan Azman dulu. Awak pergilah berbual dengan Wirda dan bonda. Ujar Azhar lalu bangun dan pergi dari situ. Cukuplah Mira mahu ia mengingati kenangan pahit Azhar bersamanya. Azhar sudah lama melupakan semua itu. Tiada lagi peluang yg dia mahu berikan kepada Mira. Cukuplah selama ini dirinya dipermalukan oleh keluarga Mira. Disebabkan minatnya ingin menjadi guru hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga Mira malah mereka siap menghina Azhar lagi tidak layak untuk menampung hidup Mira. Sekarang baru mereka nampak Azhar sudah memiliki segalanya. Semua ini adalah usaha titik peluhnya sendiri. Dia tidak merasa menyesal langsung menggunakan duitnya untuk Munirah. Dia sangat bersyukur memiliki isteri seperti Munirah.
Wehh bro..lex arr..Pehal tegang je muka ko tu..Tegur Azfar sambil memberikan puting rokok kepada Azhar. Mentah sahaja Azhar menolak pelawaannya itu. Azhar bukanlah kaki merokok seperti lelaki lain. Jangan tanya jika masih wujud ke tidak lelaki tidak merokok. Ada saja berlambak dekat bumi ni. Azfar terus mencebik mukanya selepas Azhar menolak pelawaannya itu. Terlalu baik sangat adik lelakinya ini. Azman hanya menggelengkan kepala sahaja melihat Azfar merokok seorang diri di situ. Azman juga tidak gemar merokok. sekali sekala sahaja dia akan menghidap shisha jika ketagih sangat. Sejak dari kecil lagi mereka dididik menjadi anak yg berguna dan bertanggungjawab walaupun sudah meningkat dewasa ini perangai boleh dikatakan mengalah syaitan. Seburuk mereka bertiga masih lagi menjaga baik nama keluarga ini.
Korang tak rasa ke..Mira tu kerap saja datang ke sini..dah kenapa doo..aku rasa semaklah..Dengan dengar bunyi rengek anak dia lagi. Yg bonda pon satu..tak habis-habis nak main budak tu. Tambah Azfar lagi terus menghisap dalam puting rokok itu. Dibiarkan segala masalahnya di bawa oleh hembusan asap rokok. Azhar yg terkena dengan tempias asap rokok itu terus menepis dengan tangannya. Azman masih lagi seronok melayan seorang awek baru di dalam telefonnya itu.Tidak dipedulikan apa yg kedua abangnya itu berbual.
Entah..aku pun malas nak ambil tahu..aku dah kahwin kot..agak-agaklah dia nak datang kembali. Memang minta simpanglah aku nak pasang dua. Ujar Azhar menyokong jawapan yg dikatakan oleh abangnya itu. Sudah lama dia ingin berbual begini dengan adik beradiknya. Segala masalah yg dihadapi olehnya dapat berkongsi dengan mereka berdua.
Ehh mana pergi Munirah?? Asal tak datang ke sini?? Tanya Azman baru teringatkan tentang Munirah. Tangannya masih lagi sibuk membalas pesanan mesej yg masuk itu.
Dia tak sihat..Kalau dia datang ke sini pun bukannya bonda nak layan..ko faham jelah bonda tu macam mana. ade ke patut dia suruh aku cepat timbang anak?? Memang tak lah. Kedengaran suara Azhar naik sedikit. Dia betul-betul marah kali ini. Spek matanya itu terus ditanggalkan. Kata-kata bonda tadi terus terngiang di dalam fikirannya.
Herghh..baru sekarang kau rasa?? Dah 4 tahun aku rasa beb semua itu. Setiap hari bonda hina kami. Hina Wirda..tapi kau tengok Wirda masih boleh bertahan dengan semua ini. Wirda tak mandul..cuma belum ada rezeki lagi. Bukan kami tak cuba..Kedengaran sayu sahaja suara Azfar selepas menyembut nama isterinya itu. Rasa bersalah mula membelegu dirinya. Tahan sahaja telinga isterinya itu menerima segala tomahan kasar bondanya setiap hari. Disebabkan itulah Azfar tidak berniat langsung mahu berkahwin lagi. Biarlah dia hanya hidup berdua sahaja dengan Wirda sampai ke hari tua. Dia sendiri tidak pernah kisah langsung semua itu. Isteri adalah utusan yg perlu dijaga bukannya dibuang selepas mereka mempunyai kelemahan. Siapa mereka mahu melawan takdir.
Ermm..Munirah muda lagi..Faham jelah kenapa aku tak nak anak. Haa kau Azman..pegilah ngorat si Mira tu..Sesuailah kau dengan dia. Baru berkahwin dah ada anak. pakej tu. Sakat Azhar sejak dari tadi melihat sahaja kerenah Azman seronok sahaja membalas mesej dengan aweknya itu. Umur semakin meningkat tetapi tidak mahu mendirikan rumah tangga lagi. Hanya dirinya saja yg masih solo dalam keluarga ini. Azfar juga setuju apa yg dikatakan oleh Azhar. Mereka berdua adalah lelaki yg setia. Tidak mungkin mereka akan mudah jatuh cinta dengan perempuan lain.
Coihhh...tak nak aku..Aku nak first class do..bukan 2nd hand. Hahahaha. Ketawa Azman selepas berkata begitu kepada abang-abangnya. Azhar dan Azfar turut ketawa kerana faham apa yg dimaksudkannya itu. Mereka bertiga seronok sahaja berbual kosong di situ. Memberi pendapat masing-masing tentang kehidupan yg dilalui oleh mereka. Azhar hilang sekejap segala keresahannnya itu. Munirah kembali bermain di fikirannya. Tidak sabar dia mahu menjemput Munirah nanti. Pasti Munirah juga sedang menunggunya.
Mana Munirah?? Tanya Azhar kepada umi setelah memasuki pusat itu. Baru dia perasan sudah pukul 6.30 p.m. kerana terpaksa menghantar Mira pulang ke rumahnya. Kalau bukan tidak disebabkan Bonda sudah lama Azhar tinggalkan saja Mira di stesen bas dan suruh ia pulang naik grab sahaja. Tetapi hatinya tidaklah sekejam itu mahu tinggalkan Mira bersama anak kecilnya. Sebenci mana pun dirinya dekat Mira, Mira tetap kawannya. Dia masih tidak melupakan semua itu.
Lama sangat dia tunggu kamu datang jemput sampai tertido di katil Mek Som haa..Kasihan pula umi nak kejutan dia. Letih saja seharian ini dia banyak tolong umi dan Iman di sini. Mudah saja kerja kami ada Munirah. Jawab Umi seronoknya memberitahu Azhar semua itu. Kedatangan Azhar dan Munirah sangat dialukan ke sini. Mereka sudah banyak berhutang budi dengan Azhar dan Munirah yg suka membuat saham akhirat ini. Azhar memandang sayu wajah Munirah yg sedang sedap tidur di atas katil itu. Manis sahaja dirinya yg masih memakai tudung bawal dan juga baju kurung. Perlahan-lahan Azhar melabuhkan punggungnya di sebelah Munirah. Puan Noriah memberikan ruang kepada mereka berdua sekejap. Tersenyum Puan Noriah melihat Azhar sangat mengambil berat pasal Munirah. Mereka berdua sentiasa dalam doanya.
Kesiannya awak..mesti letihkan..Maaflah saya tinggalkan awak sendiri di sini. Cakap Azhar sendiri mengusap lembut pipi Munirah. Ditatap lama wajah Munirah yg sedang masih tidur dibuai mimpi keberangkali. Tangannya setia sahaja memegang erat tangan Munirah. Melihat jari jemari tangan Munirah yg sudah sembuh itu. Kesan parut banyak sahaja di setiap tubuh badannya. Azhar terus mencium lembut tangan Munirah. Baru sehari dia meninggalkan Munirah lama hatinya mula terasa rindu. Kalau boleh setiap hari dia mahu melihat Munirah berada di depannya. Biarlah segala kerenah dan perangai Munirah itu berlarutan sahaja. Azhar tidak pernah jemu melayan dirinya seperti seorang putri raja. Gadis yg berada di depannya ini lain daripada yg lain. Kewujudan Munirah dalam hidupnya sangat sempurna sekali. Senyuman mekar terus terukir di wajah Azhar. Tidak dapat ia gambarkan hari yg akan tiba esok. Setiap hari dia mahu memberi kejutan kepada Munirah. Seorang tuan putri yg amat ia kagumi.
Share this novel