Bab 18

Drama Completed 5973

Ibu mengetuk pintu bilik Saraa.

"Ye,  bu?  Kenapa?" tanya Saraa sejurus membuka pintu.

"Boleh ibu masuk kejap?" tanya ibu.

"Aik tu pun nak tanya? Tentula boleh,"

"Ibu nak cakap sesuatu ni," ujar Ibu selepas melabuhkan punggungnya di katil Saraa.

"Cakapla," Saraa yang duduk di sebelah ibunya sedia mendengar.

"Esok ibu dan ayah tak ada tau. Kami nak pergi ke kenduri Mak Esah. Hari Ahad nanti kalau takde apa-apa masalah baru kami balik. Saraa jaga diri baik-baik tau," jelas Ibu.

"Uish jauhnya nak pergi ke rumah Mak Esah tu,"

"Nak buat macam mana, sebab tu la ibu dan ayah akan bermalam kat sana. Hari Ahad nanti kami balikla,"

Hati Saraa kini tiba-tiba tidak keruan. Dia rasakan bahawa ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Saraa nak ikut," ujarnya.

"Ish tak payahla. Ibu dan ayah tak pergi lama pun, sekejap aje. Saraa jaga rumah ya," larang ibu.

"Tapi kan dua hari ni Saraa cuti, biarla Saraa ikut," Saraa menggongcang-goncang lengan ibunya.

"Tak payah," tegas ibu sebelum berlalu keluar dari bilik.

"Ish kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati? Aku takut," dia bermonolog seorang diri.

Dia mencapai telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi WhatsApp.

'Aku rasa tak sedap hatila'

'Kenapa ni?' - Shazrin

'Ha'ah kau ni kenapa?' - Areena

'Kau ada masalah ke?' - Syafiqa

'Entah'

'Ibu aku kata dia nak pergi ke kenduri kakak angkat dia. Dua hari. Esok dan lusa. Lepas tu hati aku rasa lain macam sangat.'

'Ala kenduri je kan?' - Areena

'Kau tak payahla risau sangat' - Syafiqa

'Masalahnya hati aku kuat mengatakan yang akan ada benda buruk yang akan berlaku'

'Instinct kau je tu' - Shazrin

'Instinct aku jarang menipu aku. Sebab tu la aku takut'

'Takpe kau istighfar banyak-banyak. Insyaallah takde apa-apa yang akan berlaku' - Syafiqa

'Betul tu. Kau bertenang, okey?' - Areena

'I need coffee right now urgh!'

'Hey, no!' - Shazrin

'Makin kau minum kopi, makinla hati kau gelisah' - Syafiqa

'Kau tenangkan diri dulu. Tarik nafas, hembus' - Areena

'Hmm okey. Thanks'

Saraa menutup aplikasi WhatsApp lalu menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba untuk mengalih perhatiannya supaya tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Namun, semakin dia cuba untuk mengalihkan perhatiannya, semakin itu juga fikirannya tidak dapat berhenti untuk memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku.

"Urgh! Dahla! Aku tak nak fikir benda yang bukan-bukan!" dia mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.

'Aku nak kopi!' katanya dalam hati.

'Tapi kalau aku minum kopi sekarang, takut nanti hati aku makin gelisah'

'Ala takpela aku minum sikit je la'

Setelah dia berkira-kira sendiri, dia keluar dari biliknya untuk membuat air kopi di dapur.

"Kau buat apa, Saraa?" tegur Afrina yang juga hendak ke dapur.

"Aku nak minum coffee,"

Afrina melihat jam di dinding lalu mengerutkan dahinya.

"Kau ni agak-agakla. Dah pukul 11 malam kot. Kau ni nak berjaga ke?" ujar Afrina.

"Ish kau tak payah menyibukla. Suka hati akula. Mata aku, bukan mata kau," Saraa menjawab.

"Aku tanya je kan?!" marah Afrina sambil menjeling Saraa.

Saraa tidak memberikan sebarang jawapan. Tangannya ligat membancuh kopi yang diingini dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya kembali bersama secawan kopi.

...

Saraa bersalaman dengan ibu dan ayahnya. Ibu memeluknya lama sekali pada waktu itu. Hal ini membuatkan hatinya kembali tak keruan.

"Saraa jaga diri baik-baik tau," pesan ibu kepadanya.

"Ye, Saraa akan jaga diri Saraa baik-baik. Tapi ibu dan ayah kena balik cepat tau. Saraa tak biasala kalau takde ayah dan ibu di sisi Saraa," Saraa mencebikkan bibirnya.

Ayah yang memdengar kata-kata anaknya itu terus mengusap lembut kepala Saraa.

"Saraa kenala biasakan diri. Lagipun Saraa kan dah besar. Saraa bukan budak-budak lagi tau," ujar ayah lembut.

Saraa mengeluh lemah.

"Kalau Saraa nak ikut tak boleh ke, bu? Saraa pun nak pergi kenduri," Saraa menggoncang-goncang lengan ibunya.

"Ala tak payahla. Ibu dan ayah pergi sekejap je la, sayang," pujuk ibu.

"Saraa tak payahla macam ni. Tak malu ke dengan Suf dan Mikail tu? Diaorang tengah perhatikan kita tu," ujar ayah.

"Hmm okeyla," Saraa memuncungkan mulutnya.

Sufrina yang melihat tingkah laku Saraa memandangnya dengan pandangan meluat.

"Mengada betul," bisik Sufrina kepada diri sendiri.

Ibu dan ayah masuk ke dalam perut kereta Adam. Ya, Adam yang bertanggungjawab menghantar mereka ke rumah Mak Esah. Enjin dihidupkan lalu mereka bertiga pun bertolak ke destinasi yang dituju.

Belum sampai 5 minit mereka bertolak, Saraa terus menghantar mesej kepada Adam.

'Hantar ibu dan ayah aku dengan selamat tau'

'Okey bos!'

'Nanti kalau korang dah sampai  bagitahu aku tau'

...

Saraa duduk bermalas-malasan di sofa sambil menonton televisyen.

"Kak Saraa, Mika nak tengok kartun," Mikail yang masih berpelat kanak-kanak itu mendekati Saraa.

"Ala Kak Saraa nak tengok cerita ni," Saraa menyakat.

"Nak kartun!!!" Mikail mencebik.

"Mikail, kenapa ni?" tanya Afrina yang baru tiba di ruang tamu.

"Mika nak tengok kartun,"

"Eish takdenya nak tengok kartun. Sekarang ni masa untuk Mikail tidur. Jom masuk bilik," Afrina mendukung adik lelakinya itu.

"Kak Saraa tolong Mika!! Mika taknak tidur," jerit Mikail apabila didukung kakaknya.

Saraa hanya memerhatikan tingkah laku mereka berdua.

'Suka hati korang la' katanya dalam hati.

Bip! Bip! Telefon berbunyi memandakan mesej masuk. Saraa segera membuka aplikasi WhatsApp di telefonnya.

'Ibu dan ayah kau dah selamat sampai!'

'Thank you ^^'

'Petang ni jom lepak. Kat tempat biasa'

'Kau tak penat ke?'

'Tak'

'Okey! Kita jumpa lepas asar'

'Set!'

...

"Kau nak pergi mana, Saraa?" tegur Syaza apabila melihat Saraa mengenakan tudung kepala.

"Nak jumpa Adam. Kenapa?"

"Mentangla mak ayah kau takde kat rumah, ikut suka kau je nak keluar, kan?" Syaza berpeluk tubuh.

"Habistu? Aku nak mintak izin kau?"

"Ehem ehem," Saraa mengatur suaranya.

"Syaza, Syaza, Saraa nak keluar jumpa Adam boleh? Saraa rindula nak lepak ngan Adam," ujar Saraa dengan suara yang sengaja dimanja-manjakan.

Syaza mengetap gigi mendengar kata-kata Saraa. Geram.

"Puas hati kau? Dah aku nak keluar. Kau jangan nak menyibuk hal aku," Saraa terus meninggalkan Syaza bersendirian.

Afrina yang melihat wajah Syaza yang merah menahan perasaan itu mendekatinya.

"Kau ni dah kenapa, Syaza? Kau borak apa dengan Saraa tadi?" tegurnya.

"Kau tau tak aku benci sangat kat Saraa tu. Eeee! Geram hati aku dibuatnya," ujarnya secara tiba-tiba.

"Dia buat apa kat kau?" Afrina mengerutkan dahi.

"Dia sakitkan hati aku!"

"Hah?"

"Kau suka kat Adam jugak kan?" tanya Syaza.

Afrina mengangguk.

"Kau tau tak tadi dia kata kat aku dia nak jumpa Adam sebab dia rindu kat Adam. Apa perasaan kau?"

"Oh so betulla,"

"Apa yang betulnya?" kini giliran Syaza pula yang mengerutkan dahi.

"Saraa dengan Adam bercinta," Afrina menyerkap jarang.

"Ah! Dahla! Cakap dengan kau pun menyakitkan hati je," marah Syaza.

"Eh, aku pulak? Aku cakap apa yang aku rasa betul je,"

"Kalau diorang betul-betul bercinta, kau tak sakit hati ke? Kau kata kau suka sangat kat Adam, kan?"

"Tipula kalau aku cakap aku tak sakit hati. Tapi aku bukan macam kau. Kuat sangat melenting," ujar Afrina.

"Tu maknanya cinta aku kat Adam lebih kuat berbanding kau,"

"Kau ni dah apahal nak banding-banding pulak!" Afrina meninggikan suaranya.

"Kata aku kuat melenting, tapi ni  kau pun kuat melenting jugak kan," Syaza tersenyum puas melihat Afrina yang gagal mengawal perasaannya.

"Kakak! Ibu panggil," sampuk Sufrina menghentikan perbalahan mereka berdua.

...

"Kau kenapa nak jumpa aku ni?" tanya Saraa.

"Aku nak lepak dengan kau la. Salah ke?"

"Takla salah. Aku saja je tanya,"

"Saraa..." Adam memandang wajah Saraa.

"Ye aku la ni. Kenapa?"

"Tadi kan ayah kau ada pesan kat aku," ujar Adam.

"Ha dia pesan apa?" Saraa memandang wajah Adam teruja.

"Dia nak aku jaga kau,"

"Ala tu je? Ayah aku ni kan... Aku dah besar la. Aku pandai jaga diri sendiri," omel Saraa.

Adam tertawa mendengar omelan Saraa.

"Kau ni umur je bertambah. Tapi perangai masih lagi macam budak umur 12 tahun. Sebab tu ayah kau nak aku jaga kau,"

"Eee kejamnya kau ni," Saraa mencebik.

"Lepastu ibu kau pesan jangan lupa kemas rumah, kalau nak makan pergi masak sendiri. Kau pandai memasak?" Adam menjongket keningnya menyakat Saraa.

"Kalau aku tak pandai, kau nak buat apa? Nak masak untuk aku?"

"Kalau kau nak, boleh je kau datang rumah aku malam ni. Makan kat rumah aku," Adam tersengih.

"Ish taknakla. Malula aku dengan mak ayah kau. Kau jangan risau aku pandai je masak kalau untuk makan sendiri," Saraa mengenyit matanya.

"Ye, ye aku gurau je. Ha satu lagi. Mak ayah kau pesan solat jangan tinggal tau,"

Saraa tersenyum.

"Tu aku tau,"

Ring! Ring! Telefon Adam berdering.

"Assalamualaikum. Ye mak? Kenapa?"

"Oh okey okey lepasni Adam balik Adam belikan untuk mak,"

Adam mematikan telefonnya.

"Saraa aku balik dulu. Mak aku suruh beli santan pulak, dia nak guna untuk masak," ujar Adam.

Saraa mengangguk.

"Okeyla aku pun nak balik jugak ni. Bye,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience