Dia mula memimpinku ke arah meja makan. Dia membantu aku untuk duduk di atas kerusi. Dia kan penculik? Apa motif dia sampai nak mandikan, makanlah apa endah. Aku ni cuma tebusan dia je kan?
"Kenapa awak layan saya baik macamni ha? Bukan ke biasanya penculik akan layan mangsa dia dengan jahat lepastu pukullah, deralah dan macam-macam lagi." Ujarku.
"Aku culik kau tak semestinya nak dera engkau atau jadikan engkau sebagai wang tebusan." Ujarnya
"Habistu apa motif awak pergi culik saya?" Ujarku.
"Aku kan dah cakap yang engkau ni nyawa aku. Dah semestinyalah yang engkau kena sentiasa bersama dengan aku buat selama-lamanya." Ujarnya. Aku mula muak dengan kata-katanya. Tak habis-habis dengan nyawa. Lagipun masing-masing ada nyawa kan buatlah macam ada nyawa sendiri tak perlulah nak libatkan orang lain.
"Dahlah tu saya nak makan ni cepat sikit!!" Ujarku. Aku juga dari tadi menahan lapar akibat belum makan sejak semalam.
"Ehh..tak sabar nampak. Sabarlah sayang nanti abang tolong ambilkan ya." Ujarnya
"Sayang? Abang? Euww berani betul dia nak gelarkan diri dia macamtu lepastu panggil aku sayang pula. Hello hanya suami aku je yang boleh panggil aku macamtu ok?" Desis hatiku perlahan.
"Buka mulut.." Ujarnya. Aku mula membuka mulutku dan dia juga turut menyuapkan aku makanan tersebut. Ikan masak kari? Inikan makanan kegemaran aku. Macamana dia boleh tahu makanan apa yang aku suka ha? Makanan ini juga persis seperti masakkan arwah suami aku. Tanpaku sedar, aku mula mengalirkan air mataku.
"Sayang, kenapa sayang tetiba menangis ni? Ujar lelaki itu.
"Masakkan awak sama seperti masakkan arwah suami sa..saya. Dia selalu masakkan ikan kari untuk saya. Saya rindu dengan arwah sa..saya..tsk..tsk..." Ujarku sambil menangis. Dia mula memeluk tubuhku dengan erat.
"Sabar. Memang sukar untuk kita lupakan orang yang kita sayang. Sayang kena bersabar tau." Ujarnya lalu mengelap air mata. Aku cuma membiarkan sahaja diriku dipeluk olehnya.
Share this novel