"HELLO, maaf menunggu." Sapa Syakira dahulu kerana terlambat sampai. Sengaja Syakira mencuit telinga lelaki itu tadi sekadar ingin mengoda.
Lelaki itu kelihatan agak terganggu dengan apa yang Syakira lakukan sebentar tadi.
Syakira terus duduk bertentangan dengan Naufal Adrian. Wajah lelaki itu ditenung lama dengan penuh senyuman. Memang kacak wajah lelaki itu. Saling tak tumpah macam pelakon Daler Yusuf.
"Handsomenya awak. Memang taste saya yang jenis kulit putih-putih melepak macam awak ni. Aumm!" Kata Syakira tanpa segan silu.
"Err, excuse me?" Lelaki tu mula rasa tidak selesa selepas diganggu oleh Syakira secara seksual.
"Oh, okay fine. Sorry." Pinta Syakira sambil memusingkan bebola matanya. Susah juga nak goda lelaki ini. Nampak macam seorang yang setia. Kalau lelaki lain, baru goyang sikit dah ajak sewa hotel.
"Ha, awak nak jumpa saya ada apa?" Tanya Syakira sambil menyedut air jus di hadapannya. Dia tahu, tentu itu air dia sebab di atas meja itu ada dua gelas air.
"Nah." Naufal Adrian menyerahkan satu fail kepada Syakira.
"Hah?" Syakira mengerutkan dahinya seraya berhenti dari menyedut air jus tadi.
"Fail apa ni?" Tanya Syakira lagi sekali. Pelik betul mamat ni, ini baru kali pertama dia jumpa orang sepelik Naufal Adrian.
"Saya nak awak sign kertas-kertas ni." Kata Naufal Adrian ringkas.
"Nak sign tu boleh je, tapi saya tak tahu isi dia apa. Terangkan please." Kata Syakira sambil menyilangkan tangannya. Kening Syakira diangkat sebelah macam Ziana Zain.
"Okay saya terangkan. Ini kontrak kahwin. Kita kahwin kontrak." Terang Naufal Adrian ringkas.
"Wait a second. Selalunya orang kahwin kontrak ni sebab dia tak nak kahwin. Jadi alasan awak taknak kahwinlah? Macam tu?"
Naufal Adrian menggangukkan kepalanya lantas tertunduk ke bawah. Hujung jarinya dimainkan.
"Habis tu, kenapa awak nak kahwin dengan saya sedangkan awak tak nak kahwin?" Soal Syakira dengan dahi berkerut tetapi dia tidak marah.
"Sebab mama saya yang suruh." Balas Naufal Adrian perlahan.
"Itu je?" Tanya Syakira dengan bibir sudah mengukir senyuman menahan ketawa.
Naufal Adrian mengangguk.
"Hahahah!" Syakira ketawa berdekah-dekah di dalam cafe itu tanpa segan silu. Semua mata memerhatikan ke arahnya kerana terasa terganggu.
"Kenapa awak ketawa?" Tanya Naufal Adrian dengan dahi berkerut.
"Haha, taklah. Macam betul-betul dalam drama melayu tiga suku lah. Kahwin paksa, kahwin kontrak. Lepas ni apa? Mak mertua tak suka? Hahaha! Lawaklah." Kata Syakira dengan sisa tawa masih melekat.
"Ish, saya serius."
"Kita kahwin kontrak je tau. Cukup tempoh 30 hari kita bercerai." Sambung Naufal Adrian lagi.
Tawa Syakira terhenti. Tidak lama selepas itu dia tersenyum kembali.
"Okay, tapi kalau saya dapat buat awak tergoda dan jatuh cinta dengan saya, kontrak ini dengan sendirinya akan terbatal. Deal?" Kini, Syakira tersenyum puas sambil menyilangkan tangannya.
Naufal Adrian berfikir sejenak sambil memandang tepat ke arah muka Syakira. Tidak lama selepas itu, dia pun menganggukkan kepalanya.
"Okay! Deal!"
Share this novel