Chapter 64

Romance Completed 35261

“Tiara, sudah makan vitamin ke belum?” Hafiz menyoal sambil membelek-belek botol vitamin itu. Namun, tiada balasan dari isterinya yang sedang mengelamun itu.

“Tiara, saya tanya ni. Kenapa tak jawab?” bahu Wahidah Tiara ditepuk perlahan.

“Apa awak? Awak ada tanya apa-apa ke?” tanya Wahidah Tiara dengan cemas.

“What happened to you? Saya tanya sudah makan vitamin ke belum?” ulang Hafiz sekali lagi. Dia juga pelik mengapa tiba-tiba Wahidah Tiara jauh termenung.

“Tak ada apa-apa. Saya okay je.” balas Wahidah Tiara. Beban di hatinya tidak boleh berkongsi dengan siapa-siapa. Dia teringin untuk berkongsi masalahnya kepada ibu kandung, tetapi ibunya sudah buang Wahidah Tiara dari keluarganya selepas kahwin. Siapakah sanggup mendengar luahan hatinya selepas ini? Hendak kongsi kepada suami? Tidak mungkin Wahidah Tiara berkongsi luahan hatinya kepada Hafiz. Disebabkan janji kepada Datin Mariam, dia tidak boleh bercerita kepada Hafiz. Hanya kepada Allah, Wahidah Tiara boleh luah segala perasaannya.

“Are you sure? Saya rasa macam awak ada rahsiakan sesuatu dari pengetahuan saya.” bersuara Hafiz. Sejak dari petang, isterinya banyak berdiam. Hanya termenung jauh.

“Nothing. Awak jangan lah fikir lebih.” balas Wahidah Tiara.

“Awak sudah makan vitamin ini?” Hafiz mengeluarkan satu pilnya. Dia tahu isterinya tidak akan mencerita kepada dirinya. Dia kenal sangat perangai Wahidah Tiara.

“Belum.” jawab Wahidah Tiara sepatah.

“Kenapa belum? Sepatutnya awak kena makan ubat ini selepas makan kan? Makan sekarang.” bebel Hafiz lalu menghulurkan air kosong.

Wahidah Tiara menyambut huluran gelas daripada Hafiz tanpa menolak. Pil vitamin itu ditelan. Hafiz pula seronok melihat report scan bayinya. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Hafiz masih ingat pergerakan anaknya dalam rahim Wahidah Tiara.

“Tia, you know something? Saya tak dapat nak tunggu awak bersalin. Saya nak main dengan baby kita, nak manjakan dia. Tak sabar nak jadi seorang ayah. Oh my god, tak lama lagi saya akan jadi ayah. We will raise our baby together.” luah Hafiz sambil menggenggam tangan Wahidah Tiara erat.

“Insha Allah.” senyum Wahidah Tiara.

“Dah pilih nama untuk anak kita?”

“Awak, baru 4 bulan. Tak akan dah nak pilih nama bagai. Bersalin dulu, lepas itu kita pilih nama.” balas Wahidah Tiara. Terasa lucu melihat keterujaan suaminya.

“Kena tunggu juga sampai bersalin ke Tiara?”

“Ye awak. Entah-entah doktor kata baby boy sekarang, tapi bila sudah keluar baby girl. Masa itu kena pilih nama lagi.”

“Bukan ke jantina baby sama masa scan dan lahir?” tanya Hafiz sambil menggaru kepala.

“Ada kalanya jantina baby lain masa scan dan masa lahir. So, kesimpulannya tunggu sampai bersalin.” kata Wahidah Tiara.

“Yelah. Nanti kita keluar beli barang baby.” cadang Hafiz.

“Okay. Awak…”

“Ada apa Tiara?” mata Hafiz dan Wahidah Tiara bertembung. Lama. Gayanya seperti mereka bercakap melalui mata.

“Can I hug you?” pinta Wahidah Tiara.

“Of course can. Kenapa pula tanya kebenaran nak peluk suami sendiri?” bisik Hafiz.

“Saja.” balas Wahidah Tiara. Badan suaminya dipeluk erat.

“Saya minta maaf Hafiz. Saya tidak tahu cara untuk buatkan mak untuk menganggap baby kita sebagai cucu dia. Dalam masa yang sama, saya tak nak awak menjadi anak derhaka.” luah Wahidah Tiara dengan rasa penuh sedih. Tetapi kesian, dia hanya boleh meluah dalam hati sendiri.

“Ya Allah, Ya Tuhanku, tolong bagi kekuatan kepada hambamu ini. Saya tahu semua yang saya lalui sekarang adalah balasan untuk saya kerana berhasrat untuk meruntuhkan rumah tangga Is dan Sofi dulu. Bagi kekuatan untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran dalam hidupmu ini, Ya Allah.” doa Wahidah Tiara dalam hati.


****************

“Alright guys, that’s all for today. Class dismissed.”

“Sofi, mari kita makan di kafe nak? Dah lama kita tak makan bersama.” ajak Christina. Sejak Sofia Amelia sudah berkahwin, mereka bertiga tidak meluangkan masa bersama seperti dahulu.

“Tapi aku kena balik, Christina. Aku…” belum sempat Sofia Amelia menghabiskan pertuturan, suara pensyarah didengari.

“Sofi, can you meet me for a while?” tanya Puan Hafizan, pensyarah Sofia Amelia.

“Err… can, Puan.” Sofia Amelia menjawab teragak-agak.

“Follow me to my room, now.” arah Puan Hafizan dan keluar dari bilik kuliah.

“Korang boleh tunggu aku tak?” soal Sofia Amelia kepada dua sahabat itu.

“Kami tunggu di luar bilik Puan Hafizan. Kau pergilah cakap dengan dia dulu.” kata Rohani.

“Okay, tapi untuk apa Puan Hafizan nak jumpa aku?”

“Mana kami tahu? Kau jumpa lah dia dulu. Baru cerita kat kami. We will wait for you.” ujar Christina.

Mereka bertiga sampai ke bilik Puan Hafizan. Hati Sofia Amelia tak perlu cakap. Rentak jantungnya seperti baru habis acara maraton. Dengan bacaan Bismillah Sofia Amelia mengetuk pintu bilik Puan Hafizan. Tidak sampai 3 saat, mereka mendengar suara Puan Hafizan dari dalam bilik. Sofia Amelia masuk ke dalam bilik pensyarahnya manakala Christina dan Rohani duduk di sofa yang tersedia di hujung ruang bilik pensyarah.

“Good afternoon Puan.” ucap Sofia Amelia dengan penuh sopan.

“Good afternoon Sofi. Duduk dulu.” arah Puan Hafizan. Badannya ditegakkan.

“Thank you Puan. Boleh saya tahu kenapa Puan nak jumpa saya?” soal Sofia Amelia. Walaupun rasa takut, Sofia Amelia bercakap dengan tenang.

“Awak ada apa-apa masalah ke Sofi?” Puan Hafizan mula sesi persoalan.

“Masalah? Tak ada Puan. Kenapa tiba-tiba tanya?” jawab Sofia Amelia. Namun, dia berasa pelik. Kenapa tiba-tiba pensyarah bertanya sebegitu.

“Kalau ada apa-apa awak boleh share dengan saya. Lately, saya tengok awak tak menumpukkan perhatian dalam kelas.”

Sofia Amelia diam sejenak. Memang betul Sofia Amelia tidak memfokuskan dalam kelas. Fikirannya hanya mengenai soal kandungannya. Sejak dia mendapat tahu berita hamil, mindanya kerap memikirkan kandungan sahaja.

“Puan…”

“Sofi, saya tahu awak sudah berkahwin. Saya juga tahu Is adalah suami awak. And I know that he is a nice guy, suka menolong orang dan juga seorang yang fahamkan perasaan dan situasi orang lain. Tapi, bila soal rumahtangga, ianya berbeza. Dalam soal rumahtangga, bukan awak dan suami awak sahaja yang terlibat, malah ahli keluarga juga yang terlibat. And the same time, wanita dan juga lelaki ada peranan masing-masing dalam rumahtangga. Saya rasa awak tahu apa peranan awak dan suami awak dalam rumahtangga. I don’t think I have to explain further. Setiap hari awak akan belajar sesuatu dalam rumahtangga ini. There sure will be small fights, misunderstandings and arguments in a lifetime relationship. Tapi jangan bawakan masalah itu rumit sehingga menyebabkan suatu masalah besar.” panjang lebar Puan Hafizan menasihati Sofia Amelia.

“Saya faham Puan. Saya sedar rumahtangga ini bukan benda yang boleh main-main. Tapi, dalam rumahtangga juga mesti kena ada give and take.” balas Sofia Amelia.

“Give and take? Apa maksud awak?”

“Contoh, kalau isteri tak nak sesuatu, maka suami kena terima dan sokong isteri. Baru tak akan ada sebarang masalah. Betul tak, Puan?” soal Sofia Amelia.

“Apa awak cakap itu betul tapi that cannot be applied in every situation. Depend on the situation as well.” terang Puan Hafizan.

“Hanya suami yang boleh faham perasaan isteri apabila halnya melibatkan suami dan isteri, Puan. So, as husband, he should support his wife’s decision.”

“Cuba cerita dengan saya, apa masalah sebenarnya. Mana tahu saya mampu tolong awak.” cadang Puan Hafizan.

“Saya… I’m…” Sofia Amelia serba-salah. Patutkah dia bercerita kepada pensyarah?

“Sofi?” panggil Puan Hafizan apabila melihat Sofia Amelia berdiam.

“I am pregnant Puan.” beritahu Sofia Amelia dengan laju.

“Wow! That's great news. Tahniah Sofi.”

“Tapi Puan…”

“Tapi apa Sofi?”

“Saya tak nak anak ini. Saya belum bersedia.” luah Sofia Amelia.

“Astaghfirullahalazim. Apa awak cakap ni Sofi? Awak tahu tak anak adalah anugerah Allah? Anak adalah tanggungjawab awak dan Is. Allah tahu bila waktu yang sesuai untuk jadikan awak seorang ibu.” terkejut Puan Hafizan apabila Sofia Amelia bercakap dia tidak mahu anak yang dikandung itu.

“But I am not ready Puan. I am still young.”

“Sofi, you can’t just think about yourself. Think about the baby in your womb. Dia tak berdosa. Sepatutnya awak berasa syukur. Di luar sana, masih ada lagi pasangan yang menginginkan anak. Is tahu ke awak pregnant?”

“Tak.” Sofia Amelia menggeleng lemah.

“Awak tak bagitahu dia?” soal Puan Hafizan lagi.

“Tak.”

“You should inform him Sofi. Is sepatutnya tahu yang awak mengandung.” meninggi sedikit suara Puan Hafizan. Dia juga agak kecewa dengan Sofia Amelia.

“Puan, boleh saya minta tolong?”

“Yes, ada apa?”

“Ada tak mana-mana doktor yang Puan kenal untuk gugurkan kandungan?” tanya Sofia Amelia tanpa rasa bersalah.

“Sofia Amelia! Belajar terima ketentuan Illahi. Jangan nak buat kerja tak masuk akal! Anak itu tak berdosa. Awak sedar tak apa yang awak buat ini satu dosa besar?”

Terkejut Sofia Amelia melihat muka merah Puan Hafizan.

“Puan, saya…” Sofia Amelia menekur lantai.

“Saya nak awak bagitahu Is hari ini juga. Kalau awak tak bagitahu dia, biar saya sahaja yang cakap dekat dia.” keras bunyi Puan Hafizan.

“Puan…” Sofia Amelia hilang kata.

“You may go now! Ingat apa yang saya suruh buat kan!”

Tanpa membalas Sofia Amelia keluar dari bilik pensyarah. Wajah Rohani dan Christina yang sedang menunggunya dipandang.

“Biarlah Puan Hafizan tak menolong, aku pasti Rohani dan Christina akan tolong aku.” gumam Sofia Amelia dalam hati.

“Kenapa Puan Hafizan panggil kau?” tanya Rohani perlahan sambil tengok bilik pensyarah itu.

“Kita sembang kat kafe.” kata Sofia Amelia lalu beredar dari situ.


*************************

“Assalamualaikum umi.”

“Waalaikumsalam Is. Awalnya balik hari ini. Sudah seminggu umi dekat sini, ini kali pertama umi tengok Is balik awal ke rumah.”

Sudah seminggu Fatimah berada di rumah Iskandar Faiz. Disebabkan kedegilan menantu, Fatimah meninggalkan rumah dan suami di kampungnya.

“Kerja sudah habis awal umi. Itu yang Is balik ke rumah. Sofi mana?” tanya Iskandar Faiz sambil mencari bayang isterinya.

“Dia belum balik lagi Is. Kamu nak makan? Umi masak kari ayam dan kubis je hari ini.” pelawa Fatimah.

“Belum balik? Dah pukul 3 petang umi. Kelas pun sepatutnya habis pukul 1. Kenapa masih belum balik lagi?” bimbang Iskandar Faiz.

“Mungkin ada kelas tambahan kot.” ujar Fatimah.

“Kalau ada apa-apa, mesti Sofi bagitahu Is, Umi. Dia tak bagitahu Is pun. Is pergi cari dulu umi. Tak tahu kenapa, tiba-tiba tak rasa sedap hati.” kata Iskandar Faiz dan bangkit dari kerusi. Kunci keretanya dicapai untuk mencari isterinya. Namun, langkahnya terhenti apabila menerima panggilan.

“Waalaikumsalam, apa???!!!”

New chapter dah update awal harini :) Jangan lupa untuk comment and rate ;) Selamat membaca semua ! Love you all <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience