BAB 8

Drama Completed 4066

Anna Syifa tahu, Anna Syifa juga bersalah dalam hal ini kerana tidak berterus terang dengan Hakimi. Ketika ini satu saja yang terlintas di fikiran Anna Syifa. Biarlah Hakimi hidup bahagia tanpa Anna Syifa. Hakimi tentu akan lebih menderita kalau Hakimi kehilangan Anna Syifa bila Hakimi tahu Anna Syifa sudah tiada lagi di dunia ini. Sebab itulah Anna Syifa berpakat dengan along sebegitu. Hari terakhir kita berjumpa, sebenarnya Anna Syifa baru selesai melakukan kimoterapi. Kepala Anna Syifa masih pening-pening lalat lagi dan perut Anna Syifa pun terasa mual. Anna Syifa mendapat idea untuk terus menipu Hakimi kerana keadaan Anna Syifa ketika itu.

Hakimi..maafkan Anna Syifa untuk kali terakhir ini. Anna Syifa mohon Hakimi hiduplah dengan bahagia walaupun tanpa Anna Syifa. Anggaplah antara kita memang tiada jodoh. Allah mengetahui segalanya Hakimi. Kita nak apa yang kita mahu tapi Allah hanya akan beri apa yang hambaNYA perlu.

Hakimi...jangan disia-siakan hidup Hakimi di dunia ini. Binalah hidup baru walaupun tanpa Anna Syifa di sisi. Cinta kita takkan mampu mengatasi cinta Allah terhadap hamba-hambaNYA. Redhalah Hakimi menerima ketentuan takdir ini. Andai masih ada rasa cinta dan sayang di hati Hakimi terhadap Anna Syifa, sentiasalah doakan Anna Syifa. Hanya itu saja yang Anna Syifa perlukan.

Hakimi..kita ini hanyalah seorang hamba. Kita milik Allah Hakimi ! Kita tak tahu hayat kita ini sampai bila. Kalau boleh Anna Syifa pun nak hidup bahagia di sisi Hakimi. Lelaki yang pernah membuat Anna Syifa bahagia. Yang Anna Syifa cinta sepenuh hati tapi Anna Syifa takkan dapat menolak ketentuan takdir.

Hakimi...mencintai seorang insan biarlah seadanya, kerana yang bernyawa pasti akan pergi dijemput Ilahi. Cintailah Allah sedalamnya dan seikhlasnya kerana Allah jua yang kekal abadi.

Hakimi..Cukuplah sampai di sini warkah terakhir ini. Sekali lagi Anna Syifa mohonkan kemaafan dari Hakimi. Maafkan kesalahanku sayang! Relakan pemergian Anna Syifa ini. Semoga Allah akan temukan kita di Jannah sana. Kalau bukan sebagai pasangan tapi kita tetap saudara seagama iaitu Islam.

Salam sayang penuh kerinduan..

Ain Anna Syifa Binti Moulin Zahar.

Hakimi melipat kembali surat terakhir itu sambil menyapu air matanya. Maafkan aku juga Anna Syifa kerana melukakan hatimu dulu. Aku juga bersalah Anna Syifa kerana terlalu taksub dengan cinta hingga menjadikan hatiku buta dan tak dapat menerima kenyataan bahawa kau bukan ditakdirkan untukku.

Aku menyesal Anna Syifa kerana kata-kata kesatku dulu tapi sayangnya masa takkan dapat diundur kembali. Kau sudah tiada untuk aku pohonkan kemaafan itu. Maafkan aku Anna Syifa !

Maafkan Kesalahanku Sayang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience