BAB 7

Short Story Series 3885

Seseorang muncul di hadapanku. Dari belakang tubuhnya sahaja, aku dah boleh agak siapa.

Noah muncul nak selamatkan kami!

Wow!

Noah berpaling dan memandang tepat ke arahku.

"Bawa pergi kawan-kawan you dari sini Sophea!"

Terkebil-kebil mata aku memandang Noah.

"Now!"

Tanpa melengahkan masa, aku cuba membawa mereka berdua beredar dari situ. Rasa bertenaga pula. Bila dalam keadaan takut, semua benda boleh jadi.

Noah sedang melawan mereka. Seorang lawan 5 orang. mampu ke?.

Tiba-tiba ada yang menghalang kami.

Sekelip mata Noah muncul di situ dan menolak tubuh lelaki itu ke dinding bangunan.

Aku teruja sangat tengok. Kuat betul. Noah bagi isyarat mata agar aku terus berjalan.

Sampai di kereta aku letak Suzy dan Melissa dalam kereta. Aku hidupkan enjin dan biarkan mereka dalam tu. Aku nak pergi tolong Noah. Takkan aku nak beredar macam tu. Kalau Noah perlukan pertolongan aku macam mana?

"Kau nak pergi mana Sophea?" Soal Suzy dalam keadaan separuh sedar sewaktu aku mahu menutup pintu kereta.

"Tidur jelah!" Ucapku.

Aku terus kembali ke sana. Aku lihat hanya Noah sendirian di situ dan sedang membelakangi aku. Mungkin dia melihat kumpulan lelaki tadi beredar kot.

Ala! Sekejap betul berlawan. Baru nak teruja tengok vampire lawan vampire.

Noah terjelepuk jatuh di atas jalan seperti kepenatan. Aku berlari ke arahnya.

"Encik okay ke?"

"I'm so thirsty."

Gulp! Aku telan air liur. Nak cari mana air? Air longkang? Air kosong? Dah sah-sah dia tak minum.

Okay Sophea, what should you do now?

Terpaksalah aku berkorban.

Aku duduk di sebelahnya dan hulurkan lengan.

"You can bite me but first! I wanna ask something. I can be a vampire too or not after you bite my arm?"

Noah pandang aku dan menggeleng.

"Yeke ni?"

Dia keluarkan satu botol kecil. Dalam tu ada cecair jernih. Aku tak pasti apa tapi sama macam yang dia letak pada luka aku dulu.

"After i bite you, drink this."

"Okay."

Dia terus gigit lengan aku. Aku tutuplah mata sambil ketap bibir. Tak nak tengok. Boleh tahan sakit macam kena gigit something bukan macam kena cucuk jarum.

"Your blood is so sweet." Ucap dia.

Aku ingat dia dah berhenti. Bila aku buka mata, wajahnya begitu dekat dengan wajahku. Dah kenapa. Tiba-tiba dia beralih pada leher aku dan gigit.

"Hei! Dahla tu!"

Aku cuba lepaskan diri.

Bagi lengan nak leher pula. melampau! Dia tetap tak lepaskan.

Sakit sangat!

Noah nak bunuh aku ke? Dia nak sedut habis darah aku?

"Lepaslah Noah!"

Tubuh aku terasa lemah. Aku mula nak menangis. Memang Noah sengaja ambil kesempatan! Tadi dia tolong aku! Sekarang dia nak bunuh aku! Agaknya dia yang rancang semua ni! Dia upah mereka kacau aku lepas tu dia acah-acah jadi hero sebab nakkan darah aku!

Itu sebabnya aku tak nampak pun Noah berlawan lepas aku datang tadi!

Licik sungguh Noah!

Selepas Noah berhenti menggigit leherku, aku terkulai layu tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience