BAB 10

Romantic Comedy Completed 8105

Aku sudah tidak mendengar apa-apa lagi. Ya Allah. Bala apakah yang telah Engkau turunkan ini? Muhammad Irfan Hakimi. Kenapa aku tidak pernah tahu bahawa Muhammad Syamsul Helmi ini adalah adikmu? Aku tidak pernah menyesali takdir tetapi aku tidak sanggup berdepan dengan Muhammad Irfan Hakimi.
Aku tidak sanggup menatap wajahnya. Menatapi kekecewaannya. Maafkan aku, Abang Irfan. Bertahun-tahun kutunggu berita darimu tetapi engkau tidak pernah menghubungiku. Sangkaku engkau telah punya penggantiku tetapi rupa-rupanya…

“Bukankah abang pernah berjanji, abang akan melamar Hana secara rasmi setelah abang menggapai impian abang untuk memiliki PhD. Kini, abang kembali untuk mengotakan janji. Malangnya…”
Aku tersedu-sedu. Saat itu, aku sedang membersihkan meja di dapur seusai sarapan pagi. Helmi telah lama menghilang ke kebunnya selepas mengucup hangat bibirku.

“Hana jangan bersedih. Abang redha dengan ketentuan ini. Seminggu Helmi di rumah Hana, abang masuk ke rumahnya. Baru abang tahu, adik abang mengahwini kekasih abang. Tetapi percayalah, Hana. Helmi menyayangimu dengan sepenuh hatinya. Kau tetap akan bahagia di sisinya. Abang tetap doakan kebahagiaan Hana suami isteri.”

“Mungkin salah abang juga kerana pergi tanpa khabar berita. Niat abang untuk membuat kejutan tetapi rupa-rupanya, abang yang dikejutkan. Selama ini abang hanya berada seketika di Sabah. Abang ke luar negara menyambung pengajian demi memenuhi impian abang.”
Aku hanya membatu sedangkan sesekali bahu terenjut menahan esakan.

“Maafkan Hana, bang. Hana ingin jadi seperti Siti Zubaidah yang berjuang bermati-matian demi menyelamatkan suaminya, Zainal Abidin dari dalam tahanan tetapi Hana tidak sekuat Siti Zubaidah.”

“Sudah abang maafkan. Cuma pinta abang, jangan sampai Helmi tahu siapakah Budak Kecik yang menjadi idaman abang.”
Petang itu, kami menghantar kepulangan Abang Irfan hmmm…. Abang Hakimi dengan penuh kesayuan. Kali ini Abang Irfan betul-betul akan bertolak ke Sabah. Malam ini dia akan menginap di Kuala Lumpur sebelum menaiki flight awal pagi esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience