Bab 2

Drama Series 6860

Terkebil-kebil matanya memandang siling putih di atasnya. Jururawat yang masuk, tidak dia hiraukan.

"Puan..."

Rainah diam membeku.

"Puan kena makan sikit...", pujuk jururawat.

Rainah masih diam tak terkutik. Suara yang berbunyi bagaikan angin lalu. Dia tenggelam dalam perasaannya.

'Mak... Tergamak hati mak. Mak memang nak Rai mati kan.... ', tangisnya di dalam hati.

Airmatanya sudah kering, beku.

Doktor Salmi memasuki bilik Rainah.

" Zaharah, puan Rainah belum makan lagi?", tanya Salmi kepada jururawat yang menjaga Rainah.

"Belum doktor. Air pun dia tak minum"

Salmi diam. Dia faham keadaan pesakit seperti Rainah. Mereka memerlukan kesabaran yang tinggi apabila menghadapi kes seperti ini.

"Rainah, makanlah sedikit. Nanti awak nak jumpa anak awak macam mana kalau awak sakit."

Raniah tersentak. Halus kedengaran sebutan anak di dengarinya. Seakan-akan di tiup angin. Matanya melilau, lantas tertancap pada sebatang tubuh yang berbalut putih di hadapannya. Dia mengecilkan mata. Baru jelas pada pandangannya akan suasana di bilik itu. Dia seolah-olah terasing dengan dunia luar.

'Anak...'

Matanya tunak pada wajah perempuan di sisinya kanannya. Dia masih diam.

"Rainah kena maa...", kata-katanya terputus tatkala pintu di serbu dari luar.

Terlihat cemas wajah seorang gadis yang menerpa ke arah Rainah.

"Adik..., kenapa jd macam ni?", tangannya mengelus lembut tangan Rainah.

Rainah membungkam tanpa apa-apa penjelasan.

"Cik ni waris Puan Rainah?", Salmi bertanya.

"Saya Johanna, kakak angkat dia. Saya nak tahu dia sakit apa?"

"Doktor Salmi. Puan Rainah mengalami dehydration yang teruk. Tambah pula dia tak nak makan langsung. Malah dia juga mengalami masalah depression. Boleh saya tahu ,adakah Puan Rainah mengalami apa-apa kejadian buruk. Sebab dia cuba bunuh diri semalam."

"Astagfirrullah.... Rai... Apa yang kau fikir Rai?...", Johanna meraup wajahnya.

"Maaf doktor, boleh kita bercakap di luar?"

"Baiklah... Zaharah, tolong pantau pesakit..", ujar Salmi seraya memandang jururawatnya.

Salmi Dan Johanna bergerak keluar dari bilik.

*******

Faari tidak jadi untuk menjenguk Rainah apabila melihat ada seseorang yang lena di atas kerusi di sisi katil. Dia hanya nampak belakangnya sahaja. Lalu terus melangkah pergi ke bilik pejabat Salmi.

"Busy...?"

"Tak.. Kenapa datang sini? Tak jenguk Rainah?", tanya Salmi selamba.

"Belum lagi. Siapa yang menunggu tu?", ujarnya ingin tahu.

"Kakak angkat Rainah. Selama ni dia yang jaga Rainah".

"So, what happened??"

"Aihhh lajunya. Ada apa-apa ke ni?"

"Salahkah kalau aku nak tahu?"

"Yelah.."

Salmi hanya bercerita ringkas. Faari terjeda mendengar penjelasan Salmi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Pintu terkuak, wajah Johanna yang cemas membuatkan jantung Salmi berdetak.

"Rainah...hilang...", Johanna tercungap-cungap.

Faari tersentak. Laju dia keluar mencari Rainah.

"Kita berpecah...!", Salmi mengarah Johanna.

Johanna mengangguk.

" Nurse...,cari patient Puan Rainah sekarang... Cepat..!!!"

******

Handset Salmi bergetaran, laju dia mengangkat panggilan.

" Okey. Okey. Saya datang sekarang. Jangan buat apa-apa tindakan. Tenangkan dia dulu. "

Panggilan diletakkan. Terus dia menekan nombor telefon Faari.

"Faari ,go upstair. Rooftop.... Hurry.."

Salmi terus berlari menaiki tangga. Dalam keadaan sekarang. Lift terlalu lambat. Dia melihat kelibat Faari yang berlari. Sesampainya di bumbung. Beberapa orang jururawat serta pegawai perubatan lain masih lagi memujuk dari jauh. Rainah yang berdiri di atas penghadang, hanya memandang sepi kepada mereka.

Faari mendekat. Rainah menapak sedikit ke belakang. Jika setapak lagi, Rainah akan jatuh dari tingkat 10.

"Rai...", jerit Johanna.

"Rai... Jangan Rai... Kau tak nak tengok anak kau...??", Johanna. menjerit lagi. Airmatanya sudah merembes keluar.

'Anak...'

"Mak aku tak bagi anak aku....", lirih suaranya berkata. Dia melangkah sambil memejamkan mata.

Namun pegangan kuat pada pergelangan tangannya, membuatkan dia memandang wajah seorang lelaki.

"Kau memang gila....", ujarnya sambil menarik dia naik.

Johanna meluru lalu menampar pipi Rainah. Semua orang terkejut.

"Jangan buat macam ni lagi. Ingat anak kau sedang tunggu kau... Kau kena kuat untuk dia...!Akak kan ada. Kau tak sayang kakak ker...???", Johanna dah menangis sambil memeluk erat Rainah.

"Kita fight sama-sama, okey...."

Rainah yang terkedu terus memeluk Johanna sambil menangis.

"Rai minta maaf, Kak...", dia tersedu-sedu dalam pelukkan Johanna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience