BL17

Humor Series 177133

TUBUH KECIL yang berada di dalam dukungannya dibawa rapat ke arah dada, sambil tangan masih lagi mengelus belakang tubuh kecil itu. Sesekali, Neyla bertindak mencium pipi yang kemerahan-merahan itu.

Anak ini yang dijadikan umpan oleh bapa kandungnya sendiri. Walaupun anak ini adalah kesilapan yang sering menghantuinya namun Neyla masih punya hati dan belas kasihan tak mungkin dari kesalahannya dia ingin mengorban satu nyawa.

Anak ini tak bersalah.

Kerana dia alpa dengan fantasia indah yang dia cipta hanya sementara.

"Xiean .." Neyla menyeru pembantu rumah agam itu.

Xiean pula terus melangkah ke arahnya.

"Ya, Miss?" Xiean menyoal. Dia memandang Neyla.

Berkerut dahinya apabila melihat mata Neyla yang sedang meliarkan pandangannya ke arah sekeliling, seolah-olah mencari sesuatu.

"There is something wrong Miss Neyla?" soal Xiean ingin tahu.

"Darlow.. Where is he?" Soal Neyla masih lagi mencari-cari sosok tubuh lelaki itu. Rasanya pagi tadi ketika dia bangun dari tidur lelaki itu masih berada di atas katil bersama dengannya.

Sejak daripada itu, Dan sehingga tengah hari ini lelaki itu tidak kelihatan lagi. Matanya masih mencari sosok tubuh Darlow namun langsung tidak kelihatan. Adakah urusan lelaki itu telah selesai disini dan dia di biarkan lagi?

Mungkin benar kata lelaki itu.

Dirinya hanya milik lelaki itu. Tetapi lelaki itu bukan miliknya.

Hampa.

"After he met Master Arlo, he immediately left this house." Jawab Xiean.

Sebaris ayat itu cukup untuk membuatkan tubuh Jantungnya terhenti seketika dia mematung di tempatnya. Dada Neyla pula terasa berat. Dia memandang Xiean dengan pandangan yang susah di tafsirkan.

Kecewa.

Kenapa dia masih mengharapkan lelaki itu.
Adakah kerana layanan dan sentuhan lembut penuh kasih lelaki itu hanya ingin mempermainkan jiwanya?

Begitu mudah Darlow meninggalkannya.
Dia menarik nafas lalu dia menghela nafasnya perlahan. Mata kembali memandang Xiean. Memaksa bibirnya mengulas senyuman namun hambar.

......

MATA Hitam milik Darlow masih lagi memerhati sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil. Dia hanya diam berdiri di tepi katil tersebut. Tubuh yang masih lagi belum sedarkan diri itu membuatkan Darlow cukup dihurung rasa bersalah.

Sepatutnya dia memberikan amaran awal pada Gibran tentang masalah yang bakal di hadapi lelaki itu, Namun di sebab seorang wanita egonya menghalang segalanya.

Dia juga langsung tidak pernah menyangkakan bahawa lelaki tua itu akan membuat tindakkan drastik seperti ini.
Apabila fikirkan perkara yang terjadi sebulan yang lalu dia kembali mengetap rahangnya kuat.

Akibat kebakaran besar itu, Gibran yang cuba bertahan di dalam kepulan asap tebal mengalami kerosakan paru-paru di bahagian kanan Dan kecederaan pada kepala lelaki itu juga menjadikan punca Gibran masih dalam keadaan koma.

"Bila flight ke France?" Soal seorang lelaki yang sedari tadi hanya berdiri di sebelahnya.

"Malam ni," jawab Darlow. Kedua-dua belah tangannya masih berada di dalam poket. Anak matanya langsung tidak beralih daripada wajah pucat yang hanya menggunakan bantuan alat pernafasan tersebut.

Lelaki itu mengangguk.

Dia tahu, Carlos tidak percayakan sesiapa dengan sewenang-wenangnya. Tidak mudah untuk Carlos melepaskan Sahabat baiknya yang di anggap seperti darah dagingnya sendiri kepada orang lain untuk menguruskannya. Dia tahu apa yang Carlos lakukan kali ini tidak dipengaruhi oleh emosi.

Setiap keputusan yang dia lakukan, dia tidak akan membiarkan emosinya mempengaruhi keputusan tersebut.

Namun Lelaki itu tahu, ada perkara yang menganggu fikiran Carlos kali ini apabila di desak oleh Zahra untuk berlaku jujur kepada Farah.

"How is your sister?,"

"Depression."jawab Megat omar sepatah.

"I already told you, Tindakkan kita ini akan membuatkan beberapa jiwa terseksa.."

"I know."

Megat Omar mengelamun seketika apabila teringat apa yang terjadi kepada Adik perempuannya minggu lalu. Sekali lagi Farah cuba membunuh diri kerana terlampau berhalusinasi melihat Gibran yang memanggilnya dia luar balkoni bilik adiknya itu.

......

LEHER Megat Omar dicengkam kasar oleh Megat Othman. Dia merenung tajam wajah anak lelakinya itu dengan penuh rasa amarah. Makin terbakar hatinya apabila melihatkan tiada reaksi daripada Megat Omar di hadapannya itu.

Mendengar penjelasan Megat Omar sebentar tadi membuatkan rasa amarah yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja.
Kalau ikut hatinya yang membara saat ini mahu mati dia kerjakan anak lelakinya itu.

"Apa yang hang dah buat long?" soal Megat Othman kepada Megat Omar. Tangannya masih belum melepaskan genggaman pada leher anaknya malah pegangannya semakin dikuatkan.

"Hang nak tengok adik ang tu gila dulu ka," kata Megat Othman. Kesal dengan sikap Megat Omar.

Kali ini, kata-katanya dibalas dengan gelengan pelahan Megat Omar yang semakin kehabisan nafas. Wajah Megat Omar semakin merah. Ketika ini Megat Othman seakan-akan menunggu masa untuk membaham mangsanya.

Megat Omar menatap wajah dingin Megat Othman. Berusaha kedua tangannya naik memegang tangan yang mencengkam lehernya.

"Abah..." Sepatah yang keluar dari mulut Megat Omar.

Pelahan-lahan Megat Othman melepaskan pegangan pada leher Megat Omar. Bila melihat wajah anaknya semakin tidak berdarah.

Nafasnya di tarik dalam setelah lehernya di lepaskan. Tubuh sang ayah yang sudah membelakanginya di pandang.

"Along buat ini untuk keselamatan adik.." Ayatnya membuatkan Megat Othman menghelakan nafas panjang.

"...Cuma Along tak tahu sampai bila..," sambung Megat Omar. Kali ini reaksi Megat Othman berbeza, dia kembali memandang Megat Omar tajam.

"Tak tahu sampai bila?" Keras nada yang digunakan oleh Megat Othman.

"Kami masih tak tahu apa rancangan dia seterusnya. Pihak polis masih belum ada bukti. Kebakaran dulu juga tak nampak unsur khianat. Nampak seperti kemalangan biasa."

Apabila mendengar keterangan itu, pandangan Megat Othman berubah menjadi semakin tajam dan menggerunkan. Dia menikam anak mata Megat Omar seolah-olah akan membaham mangsanya secara hidup-hidup.

"Aku takkan benarkan bangsat tu dekat dengan mereka lagi.." Keras nada yang digunakan oleh Megat Othman.

Ya! Demi anak perempuannya. Dia akan pastikan satu-satu puterinya tak akan merasa kesakitan itu lagi. Itu janjinya.

.....

SEBULAN yang lalu, mereka sangat bahagia. Mereka berkongsi rasa yang sama. Mereka mencipta memori baharu bersama-sama. Namun semuanya berubah sekelip mata.

Gibran Hans.

Sang suami pergi meninggalkannya selama.

Lelaki itu meninggalkannya seolah-olah membuang segala rasa antara mereka. Dia masih tidak dapat menerima apa yang tertulis untuknya.

Dan kini dia berusaha untuk melepaskan segala memori yang sudah tercipta. Walaupun sakit, dia terpaksa melepaskan segalannya.

Mungkin benar, Rasa cinta dan Kasih yang dia rasakan dulu hanya pinjaman sementara dari yang Isa.

Namun separuh jiwa rela melepaskan, tetapi separuh lagi masih mengharapkan rasa itu kekal bersamanya.

"Kenapa takdir kita macam ni abang.. Sakit.. Sakit sangat."

Malam itu, tangisan Farah mengisi ruangan bilik tersebut. Dia menzahirkan perasaannya melalui tangisan. Tubuhnya mengerekot di dalam selimutnya.

Malam itu, seperti hari-hari sebelumnya Farah tertidur di dalam tangisan sayu.

.......

Sementara di luar bilik tersebut, Megat Omar yang bersandar pintu hanya mampu memandang kosong dinding di hadapannya. Rahangya diketap, cuba untuk mengusir emosi dan rasa yang perlahan-lahan mula menguasainya.

Tidak.

Dia tidak boleh biarkan rasa ini mempengaruhinya.

Tangisan sayu satu-satu adik perempuannya membuatkan dirinya berperang dengan segala rasa yang sudah bermaharajalela di dalam dirinya.

Jemarinya digenggam kuat olehnya. Lama. Lama Megat Omar berdiam diri sebelum akhirnya gegaran telefon menyentakkannya.

"Ya aku kesana sekarang," jawab Megat Omar bersama keluhan sebaik sahaja panggilan di jawab.

Dia kembali menegakkan tubuh, Pintu bilik yang tadi terbuka sedikit di tarik pelahan lalu di tutup rapat. Nafas di tarik dalam lalu perlahan-lahan di lepaskan.

"Kehidupan ini seumpama BUNGA, maka CINTA adalah madunya. Along janji pelangi yang hilang akan kembali.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience