Aidil duduk dibirai katil menanti isterinya keluar dari kamar mandi. Dia mesti bertanya siapa lelaki bersama dengan isterinya tadi dekat rumah sewa milik mereka dekat Damansara.
Keluar saja Ena dari kamar mandi dan menuju kealmari pakaian dan memakai pakaian tidurnya. jelas terlihat dimata Aidil kesan gigitan dileher isterinya. Sedangkan dia baru saja balik dari Oversea menguruskan kerja disana.
" Siapa lelaki tu? " Tanya Aidil.
" Lelaki mana ni? " Pertanyaan dibalas pertanyaan.
" Jangan banyak soal Ena. Saya tanya siapa dia? " Kata Aidil lagi menahan emosinya kerana taknak bertindak lebih jauh. kesian pada anaknya Luth yang baru berusia 5 tahun.
" Maksudnya awak dah nampak lah semuanya kan. " Kata Ena.
" Sebab tu saya tanya. " Kata Aidil lagi.
" Okey. by the way dia kekasih saya. Sejak Zaman sekolah menengah lagi kami bercinta. " Kata Ena berterus terang.
" Habis awak kahwin dengan aku untuk apa? " Tanya Aidil.
" Untuk menyenangkan hati Mama. " Kata Ena.
" Bukan sebab awak cintakan saya? " Tanya Aidil.
" Bukan. Saya tak pernah ada rasa cinta pun pada awak. Saya kahwin dengan awak hanya atas sebab kesiankan Mama, Yang nakkan saya jadi menantu dia. " Kata Ena.
" Awak sanggup buat saya macam ni Ena? Awak sanggup kecewakan saya? Awak sanggup permainkan cinta saya. Apa yang awak nak lagi. Saya dah berikan semuanya. " Kata Aidil.
" Saya nak awak lepaskan saya. " Kata Ena.
" Semudah tu awak nak minta saya lepaskan awak? " Tanya Aidil.
" Habistu? Awak nak jadi dayus ke? Buat-buat buta atas perlakuan Saya dibelakang awak? " Kata Ena.
" Saya sayangkan awak Ena. Saya tak sanggup kehilangan awak dan Luth. " Kata Aidil. Jatuh jua airmatanya didepan Ena.
" Awak ambiklah Luth. Saya takkan tuntut apa-apa. Yang saya nak, awak lepaskan saya. " Kata Ena.
Aidil mula berdiri dari duduknya. Dia mendekati isterinya lalu berkata.
" Sepatutnya awak ambik pisau tikam saya kat sini, Agar saya tak merasa bagaimana sakit bila cinta yang dipertahankan dikhianati. " Kata Aidil.
" Saya tak sejahat tu. Jika saya nak, saya mampu buatnya namun saya masih ada rasa hormat pada awak. " Kata Ena.
" Saya setia pada awak Ena. Saya sanggup korbankan perempuan yang saya cintai untuk menikahi awak dulu. Saya sangka awak akan setia pada saya, rupanya awak juga sama seperti perempuan diluar sana. " Kata Aidil.
" Saya pernah bagitahu dulu setelah awak lafaz akad, awak bukan yang pertama dalam hati saya. " Kata Ena.
" Tapi awak kata saya akan jadi yang terakhir. " Balas Aidil.
" Maaf saya tak mampu nak teruskan semua ni. Sebab sekarang pun saya mengandungkan anak lelaki tu. Saya taknak awak di anggap dayus Aidil. Saya tak bahagia dengan awak. betul perkahwinan ni satu bala bagi saya. " Kata Ena memohon agar Aidil melepaskannya.
" Abi. " Panggil Luth.
" Eh anak Abi dari mana ni? " Tanya Aidil mengesat airmata di pipi.
" Luth dari taman tadi. Bik Lela bawa jumpa kawan Luth kat sana. " Kata Luth.
" Pergi mandi!! " Tengking Ena pada Luth.
Bergenang airmata dibirai mata Luth. Dia tahu Mamanya tak semesra Maksu kepada Adra. Maksu Adra baik dipandangan mata Luth.
" Mama jahat!! Luth benci mama!! " Kata Luth.
" Luth. luth. " Panggil Aidil lalu meninggalkan Ena didalam bilik mereka.
" Luth. Buka pintu sayang. Abi nak masuk. " Kata Aidil.
" Taknak. Mama jahat. Kenapa Mama tak sama macam MakSu Adha. Dia baik layan Luth. Tak sama macam mama. " Kata Luth.
" Adha? Siapa dia? " Tanya Aidil.
" Dia tu Maksu pada Adra. Shafiyyah Adha nama dia. " Kata Bik Lela.
" Siapa Adra Bik? " Tanya Aidil.
" Adra tu kawan sekolah Luth. Cikgu dia pernah bagitahu bibik, Adra dan Luth ni selalu bersama. Terkadang MakSu Adra yang jaga Luth bila Karim lambat sampai. " Kata Bik Lela.
" Bukannya masa saya kat luar, Ena yang ambik Luth? " Tanya Aidil.
" Tak. Karim yang selalu ambik Luth. Pernah sekali tu, Karim tak tahu yang Puan tak ambil Luth, Hingga petang juga MakSu Adra teman Luth dekat Tabika tu.
Meruap darah Aidil naik ke wajahnya apabila Ena buat hal hingga lupakan anaknya. Dia mula meluru masuk kedalam biliknya melihat Ena yang sedang menyikat rambutnya yang pendek paras leher dan berwarna perang.
" Awak sanggup biarkan Luth sampai kepetang dekat tadika? Awak sanggup dahulukan jantan tu dulu. Awak belakangkan Luth? " Tanya Aidil mula menahan emosi.
" Yes. Sebab kehadiran budak tu, saya tak pernah pun harapkan. " Kata Ena.
" Tapi dia anak awak. Darah daging awak!! " Tengking Aidil.
" Tapi bukan dengan lelaki yang saya cintai. " Kata Ena.
" Baik awak nak saya lepaskan awak bukan. Saya akan turutkan kehendak awak. Lagipun saya taknak tanggung dosa yang awak buat. " Kata Aidil.
" Good. " Kata Ena lalu berdiri dan menghadap Aidil.
" Zarina Binti Jamal, Saya ceraikan awak dengan talak satu. " Kata Aidil dan berlalu meninggalkan rumah banglo itu.
" Abi!! Abi!! " Luth memanggilnya dalam deraian airmata.
" Abi tak lama. Abi nak jumpa Nenda dan Tokpa kejap. " Kata Aidil.
" Luth nak ikut Abi. " Kata Luth.
" Abi tak lama. " Kata Aidil.
Bik Lela mendekati Luth untuk membawanya masuk semula kedalam banglo.
" Bik. Hubungi saya bila Ena dah leluar dari rumah ni. Biarkan apa je yang dia nak bawak. Tapi ingat jangan benarkan dia bawa Luth. " Kata Aidil.
" Baiklah. Saya akan hubungi Aidil bila Puan Ena dah keluar. " Kata Lela.
" Luth mandi, makan lepas tu Luth rehat. Esok Luth nak kesekolah jumpa kawan Luth kan. " Kata Aidil.
" Abi janji tak lama kan? " Tanya Luth.
" Abi janji. Abi nak jumpa Nenda dan Tokpa je. " Kata Aidil.
Aidil memandu keluar kereta menjauhi Banglo miliknya. Sakit yang dirasakan dihatinya sangat-sangat meninggalkan kesan mendalam dihatinya.
Dia menghubungi PA nya merangkap sahabatnya Zaman Kolej. Hanya beberapa kali deringan panggilannya disambut.
" Kau tak reti nak tidur ke? " Tanya Ezwan.
" Jumpa aku tempat biasa. " Kata Aidil.
" Kau tak reti nak berkepit dengan si Ena ke? Asyik aku je kau bawak kehulu kehilir. " Kata Ezwan.
" Kau nak jumpa aku, atau kau nak aku keluarkan memo esok bonus kau aku sekat. " Kata Aidil.
" Ok. Fine. Aku datang setengah jam lagi. " Kata Ezwan lalu memutuskan panggilan.
" Sakit kau buat aku macam ni Ena. " Kata Aidil menghentak steering keretanya.
Sampai ditempat yang dijanjikan bersama Ezwan. Dia duduk sementara menunggu Ezwan. Memesan Kopi O panas agar dapat melupakan masalah rumah tangganya.
" Kau dah kenapa bro. " Tanya Ezwan duduk didepannya.
" Aku dah ceraikan Ena. " Kata Aidil menunduk melihat meja.
" Apa?? kau biar betul. Kau gila ke apa? " Tanya Ezwan.
" Bukan macam tu. Aku taknak jadi dayus. Dengan kandungan yang dibuatnya dengan lelaki lain. " Kata Aidil.
" Apa. Dia mengandung? Anak siapa? " Tanya Ezwan.
" Anak lelaki yang kita jumpa dengannya tadi tu. " Kata Aidil.
" Dia dah gila ke? Tak tahu dosa pahala. Ada yang Halal yang haram juga dia cari. " Kata Ezwan.
" Qku taknak jadi masalah dikemudian hari Wan. Jadi aku lepaskan dia. Aku taknak dia mengganggu fikiran Luth. Kau tahu tak selama kita dekat luar negara, dia tak pernah pun ambil Luth dari tabika dia. " Kata Aidil.
" Habis, siapa yang ambik Luth? " Tanya Ezwan.
" Pak Karim. Bik Lela bagitahu nasib ada seorang Makcik kawan dia bantu Luth menanti Pak Karim hingga ke petang. " Kata Aidil.
" Kesiannya dia. Nasib baik makcik kawan dia tu kalau tak. Dah kena culik anak kau tu. " Kata Ezwan
" Tu yang buat aku benggang jugak tu. " Kata Aidil.
" Takpe lah mungkin dah jodoh kau sampai sini dengan Ena tu. " Kata Ezwan.
Dalam pada mereka berborak, Ezwan melihat sekumpulan remaja perempuan duduk tak jauh dari meja mereka membebel.
" Mana Adha ni? Mesti dia yang lambat setiap kali bawa keluar makan. " Kata gadis bertocang.
" Betul tu. Suka sangat lambat. " Kata gadis berspek mata.
" Korang tahu kan ada anak saudara yang perlu dia jaga. " Kata gadis montel.
" Kau lawan kan lah si Adha tu. Dia kan bff kau. " Kata gadis pakai spek itu.
" Senyap dia dah sampai. " Kata gadis bertocang.
Ezwan dan Aidil menoleh kearah bunyi exzos motor yang parking tak jauh dari meja mereka. Gadis yang memakai tudung berwarna biru hmgelap itu membuka helmet dikepalanya. Barulah dia membuka helmet dikepala budak perempuan itu.
Gadis itu senyum dan mengganggukkan kepalanya pada Ezwan dan Aidil. Dia memegang jemari kecil budak disisinya.
" Maksu. Muka uncle tu macam muka kawan Kakak lah. " Kata Adra.
" Shhhtt. Maksu dah lambat. Cepat. " Kata Adha.
" Muka siapa yang dia maksudkan tu? Aku ke kau? " Tanya Ezwan.
" Ntah. " Balas Aidil. Malas nak ambik peduli.
" Yang penting manisnya senyuman dia macam lebih gula. Ada lesung pipi pulak tu? " Kata Ezwan.
Aidil hanya membiarkan kata Ezwan tanpa balasan.
" Maaf. Aku lambat. " Kata Adha.
Ezwan dan Aidil sama seperti tadi mencuri dengar perbualan gadis-gadis itu.
" Kau ni Adha. Kitorang takde masa nak tunggu kau hari-hari. Kalau macam ni masak kitorang dari sejam pertemuan naik jadi dua jam. " Kata Gadis bertocang.
" Sorrylah. Bukan aku sengaja pun. Lagipun korang tahukan aku kena jaga abang aku, Adra ni nak juga aku perhatikan. Korang senanglah nak cakap. Takde nak jaga sesiapa. " Kata Adha.
" Sabar Adha. " Kata gadis chubby itu.
" Aku boleh sabar kalau bab lain. Tapi kalau bersangkut paut dengan Abang dan Adra aku tak boleh nak sabar. " Kata Adha.
" Sebaiknya kau keluarlah Adha dari group ni. Kau banyak sangat alasan. " Kata gadis bertocang.
" Ok. Aku keluar. Aku rela hilang korang dari aku hilang darah daging aku. " Kata Adha.
" Maksu. Kenapa Maksu marah-marah ni? " Tanya Adra.
" Takde sayang. dah jom balik. Maksu tapaukan kat sana. Kesian Papa kat rumah kan. " Kata Adha.
" Ok Maksu. " Kata Adra.
Mereka meninggalkan tempat itu.
Ezwan mengeluh begitu juga dengan Aidil.
" Aku fikir, masalah aku ni besar, rupanya ada lagi yang tanggung masalah yang lagi besar. " Kata Aidil.
" Tulah. Kau cukup serba serbi. Tapi kau takde tuah dalam percintaan malah perkahwinan kau dengan Ena. " Kata Ezwan.
Share this novel