prologue

True Story Series 2336

Pulau Batam, Indonesia,2000.

Sunarti melangkah turun dari bas dan berjalan di laluan pejalan kaki menuju ke arah rumahnya. jarak dari perhentian bas itu kerumahnya lebih kurang 2 kilometer. mujur cuaca cerah dan tidak hujan. Angin pula bersemilir lembut. sesuai dengan suasana pulau yang damai dan Sentosa.  Sesekali Sunarti melihat jam tangan di pergelangan tangannya.
"Sudah hampir maghrib tetapi masih terang banget kayaknya "Fikir hati Sunarti.

"Narti!"terdengar satu suara melaungkan namanya. Sunarti  mempercepatkan langkah kaki supaya segera masuk ke kawasan kampung. Dia tahu siapa yang memanggilnya itu.
"Itu suaranya Agus, ada mahu apa ya?"fikir Sunarti
"Hey, Narti, aku memanggilmu, masa kamu gak dengar sih"tangan kekar Agus memegang kemas lengan kecil Sunarti.
"Agus, lepaskan,  aku mahu segera pulang"rayu Sunarti.
"Kamu boleh pulang tapi kamu harus berjanji akan menremui aku malam  ini ok, izinkan aku mencicipi tubuhmu yang segar ini sayang.."ujar Agus dengan Seringai jahat.

"Ibu ku sakit dan aku perlu menjaganya aku tidak boleh keluar waktu malam "Sunarti memberi alasan.

Sunarti ada seorang kakak lelaki bernama Suwito. Setelah kematian ayahnya, Suwito telah pergi bekerja di Ibu Kota untuk menjana perekonomian keluarga mereka. Malangnya akibat satu perkelahian di tempat kerja, Suwito telah membunuh seorang mandur dan kini menjadi buruan polis.
Terpaksa kini Sunarti bekerja di sebuah resort terkenal di Pulau Batam itu   demi untuk membiayai pengubatan ibunya.

"Narti... kamu bikin aku kesel, jika kamu mahu tidur denganku akan aku berikan uang sebesar 2 juta Rupiah setiap bulan, kamu cuma perlu bersetubuh denganku Dan bersetuju untuk menjadi isteri keduaku"balas Agus.

"Kau sendiri tidak bekerja bagaimana kau boleh memberiku uang 2 juta rupiah perbulan?"soal Sunarti jengkel.

"Soal uang bukan masalahmu sayang katakan saja kau setuju untuk mengahwiniku " gesa Agus .
Aku Akan Beri jawapan setelah berbincang dengan Ibuku"Kata Sunarti.
Agus kemudian melepaskan tangan Sunarti. Gadis itu berlari pulang ke Rumahnya.
Agus cuma tersenyum.
"Aku sudah tidak sabar untuk merasai keenakan  tubuh kau Narti, Malam ini Kita Akan bersatu, tunggu Aku deh sayang" Agus tertawa memikirkan rencananya untuk memecah masuk ke Rumah Sunarti.

Agus menunggu sehingga azan Isyak berkumandang. Ramai penduduk Kampung  berduyun duyun menuju ke Masjid Kampung untuk solat Isyak. Agus tersenyum melihat Lastri, ibu Sunarti keluar dari Rumah dengan memakai mukena Putih.

"Inilah saatnya aku masuk ke dalam Rumah Narti dan bersembunyi di dalam bilik gadisku itu"fikir Agus. Saat Agus mendengar imam mengangkat takbir, dia menaiki tangga Rumah Sunarti.
"assalamualaikum sayang..."Agus memberi Salam seperlahan yang dia mampu.
Dia menjenguk Narti yang sibuk memasak di dapur lalu perlahan lahan memasuki kamar Sunarti. Agus masuk ke bawah ranjang Milik Sunarti dan akan menunggu di situ sehingga tengah Malam tiba.

"prang...!!!"bunyi cermin pecah kedengaran.
"Kak Suwito?"soal Sunarti. Kaget melihat susuk Abang semata wayangnya itu sehingga terlepas pinggan kaca yang dipegangnya.
"Maaf Narti, Aku butuh perlindungan, juga makan dan minum. Uangku sudah habis, boleh Aku pinjam uangmu sedikit?"soal Suwito.

"Gajiku sudah habis Aku sudah habiskan untuk membeli sembako  dan ubat ubatan Ibu, Cuma tinggal segini Aja"Sunarti menghulurkan duit sebanyak 100 ribu rupiah.
""ga papa, serahkan Kalung emasmu itu untuk Aku jual, lagian itu hadiah ulang tahun kelahiran dari Aku kan?"Kata Suwito.
"Tidak, Kalung ini untuk waktu kecemasan Kak"Sunarti menolak pwrmintaan Suwito.
"Gini Narti, Aku ada rancangan untukmu... Aku fikir kau kerja di resort itu pun gak ada untungnya, apa Kata Jika kau pergi ke Malaysia, gajinya lumayan tinggi Narti"pujuk Suwito.
"Gak kak, Aku benci Malaysia, kau lupa Kak, bapa kita pergi ke Malaysia, kemudian Dia menikah Baru lalu meninggalkan ibu Dan Kita di kampung I
ini, cuma selepas 10 tahun kemudian Kita menerima khabar bapak meninggal dunia di Sana "ujar Sunarti.

"Aku gak mungkin lupa Narti,  tapi ingat tak ketika bapa pulang dengan patung Barbie, kau melonjak gembira, dia juga membawa pulang uang yang Banyak Kan?, bumi Malaysia itu bumi Emas loh kau juga boleh dapat Banyak duit"pujuk Suwito.
"Lalu apakah Kita tidak berhak ke atas harta warisannya ayah kak?"Sunarti membeberkan kekesalannya.
"Kenapa tidak Kak Suwito Saja yang pergi ke Malaysia, disini juga jadi buronan Kan?"Kata Sunarti.

"Menurut Kata Pak Herman, TKW lebih mudah mendapat pekerjaan di Sana, dan gajinya lumayan tinggi berbanding TKI, selain diberikan gaji mereka menyediakan tempat tinggal Narti"pujuk Suwito.
"baiklah Aku setuju dengan usulmu kak, tapi IBU...?"Sunarti memikirkan nasib ibunya.

"Narti . Kalau kamu setuju untuk pergi, aku boleh jaga Ibu,"Kata Suwito.
"Kapan Aku berangkat?"soal Sunarti cepat.

"Esok Malam"Balas Suwito.
"Narti, pinjam kamarmu sebentar ya, Aku mau solat"kata Suwito.
"Yah, pergilah"Balas Narti kerana Narti maklum bilik abangnya itu sudah lama tidak dibersihkan bilik Suwito dipenuhi dengan debu Yang menggunung.

Suwito masuk ke bilik Sunarti lalu berteriak kecil,

"Agus.... Keluar kau Agus, "panggil Suwito. Sewaktu menghampiri Rumahnya tadi Suwito sudah melihat Agus memasuki Rumahnya dan dia Tahu perasaan Agus terhadap Sunarti.
Agus menelan ludah,
"aduh, gagal lagi rencanaku"fikir Agus.Tetapi dia tidak keluar dari persembunyiannya itu.
Agus kekal di bawah ranjang itu, wLaupun ketika Sunarti memasuki kamar untuk tidur.
pada esok hari Sunarti berkemas beberapa pakaian untuk di bawa ke Malaysia.
"Tak perlu bawa banyak pakaian Narti, kamu akan diberikan uniform untuk bekerja. Dan kamu pasti akan selalu keluar untuk shopping pakaian." ujar Suwito. Sunarti berhenti berkemas selepas mendengar saranan Suwito.
sehingga lah Sunarti selesai berkemas.
"ayuh Kita pergi sekarang Narti"Kata Suwito.
Suwito membawa Sunarti ke pengkalan kapal selepas meminta izin danmemeluk Lastri.
"Narti, ibu lepaskan Narti pergi ke Malaysia untuk bekerja, tapi Jaga dirimu baik baik nduk"pesan Lastri.

Di pengkalan kapal,

"Pak Herman, Aku Mohon jagalah adikku Narti ini Baik Baik ya, "pesan Suwito.
"Jangan kau bimbang Wito, adikku Hendra sudah menunggu di Malaysia, dia sudah menyediakan pekerjaan terbaik untuk Narti.gajinya Nanti hampir RM 1,500 perbulan."Kata Herman. Suwito membuat Kira Kira di Dalam kepalanya,
"wah, hampir 5 juta rupiah ya Pak, Gini ya Narti, Nanti Aku nyusul kamu ke Malaysia ya, jangan kamu lupa untuk kirim gaji Bulan pertama kamu, Ibu Akan Aku hantar ke Rumah jagaan dan Aku bakalan ke Malaysia juga untuk mencari pekerjaan di Sana, ok?"Kata Suwito.

"ok Kak "Balas Sunarti.
Perjalanan ke Malaysia menaiki kapal laut tidaklah seindah menaiki kapal terbang. Sunarti tidak dapat melelapkan Mata kerana tidak biasa dengan pergerakan kapal Yang sentiasa bergelombang akibat meredah selat melaka.

"Siren dibunyikan oleh kapten kapal kerana mereka sudah hampir tiba di pelabuhan Mersing.
Sunarti memeluk beg pakaian miliknya, kerana sebelum berlepas malam tadi Pak Herman sudah memberikan arahan supaya bersedia untuk terjun dari kapal selepas siren dibunyikan. Sunarti sudah bersedia untuk terjun. Dia berjalan ke birai kapal, suasana pagi yang damai membuatkan fikiran Narti menjadi lapang.
semakin ramai penumpang kapal keluar dari dalam kabin kapal.
"Dengar sini semua, setelah kamu terjun berlari secepatnya ke tepi pantai. di sana Adikku Hendra akan menyambut kalian semua,ikut arahan Hendra baik baik jika tidak mahu tertangkap."ujar Herman.

Sebuah kapal polis maritim malaysia di lihat cuba untuk mendekati kapal milik Herman.
"Ayuh semua terjun sekarang"Herman berteriak.
Debush...
debush....
seorang demi seorang melompat kedalam laut yang cetek separas betis Sunarti. Sunarti berlari sekuat hati cuba melawan deburan air, dia berlari kearah cahaya lampu suluh yang digunakan Hendra untuk memandu arah kesemua pendatang asing tanpa izin itu.
Setelah semuanya berkumpul.

"Aryan, kamu bawa TKW menaiki econovan dan Agung, kamu bawa TKI menaiki bas."Arah Hendra.
"Ayuk Mbak mbak syantik ikut aku"ujar Aryan.

"Dan Mas mas gantung semua ikut Agung ya"panggil Agung.

"Perhatian kepada semua PATI, jangan bergerak kawasan ini telah pun di kepung"pihak polis maritim negara Malaysia membuat pengumuman melalui speaker.

"Cepat lari semua, jangan dengarkan omong kosong mereka itu"Hendra menjerit untuk memastikan kesemua PATI itu selamat.
Aryan dan Agung membawa semua PATI ke tepi Jalan untuk menaiki kenderaan yang mereka sudah sediakan.
Sunarti berishtighfar dalam hati kerana Aryan memandu dengan sangat laju.
"Kenapa Mas tak memandu kearah yang Sama dengan bas yang membawa TKI tadi?"Soal Sunarti.
"Mereka itu Akan di Bawa ke negeri Pahang untuk menjadi pekerja ladang sawit, kamu semua TKW Akan menjadi ART di Rumah para Sultan di ibu Kota Kuala Lumpur.

Satu minggu ini kamu semua akan diajar tatacara bekerja di Rumah para sultan. "ujar Aryan . Mereka semua berhenti disebuah Rumah besar yang Akan menjadi tempat tinggal dan tempat latihan. mereka.
"Selamat datang kepada mbak semua ya, namaku Putri Serikandi Negara, panggil Saja Putri ya, Aku Akan menjadi tenaga pengajar untuk Satu minggu ini. Rumah calon majikan anda semua, kurang lebih sebesar Rumah ini ya dan ada yang lebih besar dari ini. calon majikan anda semua mengharapkan agar anda semua dapat menjadi assistant Rumah tangga dengan Baik, bukan untuk menjadi IBU Rumah tangga ya, Jadi peraturan pertama, anda di larang untuk jatuh Cinta dengan majikan lelaki anda,"pesan Putri.

"Andai Kata majikan kami yang menggoda duluan gimana mbak Putri?"Soal Miranti.
"Jika majikan anda yang menggoda itu jomblo, apa Salahnya Kan?, untung untung dapat jadi nyonya besar tapi Jika majikan anda suami nyonya besar, harap anda menolaknya dengan Baik ya"pesan Putri.
Putri mengedar pandangan kepada semua TKW itu.
"Peraturan yang kedua, tolong jangan mencuri, Nanti kami Akan menunjukkan kepada anda semua perhiasan wanita yang menjadi idaman semua wanita, kami harap tidak ada seorang pun dari anda mengunakan Alasan mahu melihat perhiasan majikan mereka dari dekat"ujar Putri.
Seterusnya Putri mengajarkan cara mengunakan peralatan electronic yang terbaru supaya kesemua TKW itu mahir mengendalikan peralatan tersebut di Rumah calon majikan mereka.

Assalamualaikum pembaca yang budiman bertemu kembali setelah Che da bercuti hampir 2 tahun. salam kenal untuk pembaca yang baru bersama dengan Che da, Che da Ada sedikit masalah kecil di rumah sehingga tidak dapat menyambung novel lama, namun Che da akan usahakan untuk menyambung secara perlahan-lahan ya, harapan Che da agar anda semua terhibur dengan novel terbaru dari Che da, sebarang pertanyaan atau kritikan amat dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience