BAB 9

Family Completed 2427

“Farisi, kita pergi pekena air batu campur dekat kedai Pak Saleh dulu nak? Yela sempena meraikan hari terakhir exam kita. Nak?” Sufian yang berjalan di tepi Farisi sambil menuntun basikal menoleh kepada Farisi sambil tersenyum riang.

Farisi yang hanya terdiam semenjak keluar dari dewan peperiksaan tadi di pandang lama.

“Kau tak sihat ke?”

“Aku sihat aje”

“Habis tu kenapa? Tak apa, kali ni aku belanja”. Sufian yang menyangka Farisi tidak mempunyai duit untuk menjamah air batu campur cepat-cepat menawarkan diri untuk belanja kawan baiknya itu.

“Eh, tak apa. Sufian, kita pekena cendol pulut lain kali ye. Aku nak balik rumah la. Dada aku ni asyik berdebar je dari tadi.”

“Tak mengapa, esok lusa ada lagi hari, marilah kita balik”.Sufian yang sedikit risau melihat keletah kawannya itu cepat-cepat mengayuh basikal apabila melihat Farisi juga sudah mula mengayuh laju basikalnya.

“Setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan dunia ini. Allah menjadikan setiap yang di muka bumi ini hanya sementara. Bila sampai waktu dan ketikanya pasti Dia akan menjemput kita kembali kepadaNya..”Pak Jamlus mengusap kepala Farisi yang masih lagi terdiam kaku semenjak dia pulang dari sekolah tadi.

Rupanya hatinya yang sedari tadi merasa tak senang bagai ada tak kena adalah petanda yang bapanya akan meninggalkannya.

Sebaik sampai di halaman rumahnya, dia sudah menjangkakan ada sesuatu yang buruk pasti berlaku. Deretan motor serta bunyi orang membaca yasin menguatkan lagi andaiannya yang sesuatu yang berharga dalam hidupnya sudah diambil pergi.

Sufian yang sama-sama mengikut ke rumahnya di pandang dengan linangan air mata.

“Bapa aku Sufian.....” Dia merasa tangan Sufian yang memaut kuat bahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience