BAB 3

Romance Completed 241312

Zaim Luqman mengurut perlahan lehernya. Terasa tegang pula urat tengkuk ketika ini. Dia menyandarkan badan pada kerusi bagi menghilangkan rasa lesu yang bersarang sejak akhir - akhir ini.

Pintu biliknya dibuka lebar. Satu sosok lelaki melangkah masuk ke dalam.

"Kenapa tak balik lagi?"

"Kau ni, kalau masuk bilik aku memang tak reti - reti nak bagi salam atau ketuk pintu dulukan, ni tak... Main terjah jer..."

"Ala... Rileks la bro, macam la kau tak biasa dengan aku. Takdelah,,, aku nak gerak balik tadi tapi nampak bilik kau terang lagi. Tu yang aku singgah,, jenguk kau, risau pulak, kalau kau pengsan ke apakan," balasnya sambil menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ. Ah, peduli apa, kawannya itu nak marah ke apa. Dari dulu lagi memang dah perangai dia macam tu.

Hmmm... Zaim Luqman melepaskan keluhan panjang.

"Cuba bagitau aku, kenapa kau balik lambat?" Faez Haikal terusan menyoal.

"Kejap lagi aku baliklah. Balik awal - awal pun, bukannya ada sesiapa pun yang menunggu dekat rumah," balas Zaim selamba, sambil melipat lengan baju kemejanya yang berwarna putih itu itu hingga ke siku.

"Haaa, kalau macam tu, kau dah layak sangat dah ni untuk cari calon isteri, buat peneman hari - hari kau yang sunyi tu." Cadang Faez Haikal. Senyum nakal terhias di bibir.

"Kau dengan mama aku tu sama jelah, tak habis - habis suruh cari calon isteri. Macam takde benda lain nak suruh aku cari. Cubalah suruh cari benda yang buat aku happy sikit. Perkara yang mengundang kemurungan aku jugalah yang kau duk suruh buat." Zaem mula membebel. Sakit hatinya, ingatkan habis di rumah mama sahaja isu itu. Aiii.... Di pejabat pun ada....

"Tak betul ke apa yang aku cakap tu, umur kau pun dah 30 tahun. Memang dah cukup matang dah tu kalau nak kahwin pun. Malah terlebih matang lagi." Tukas Faez.

"Kau lupa atau buat - buat lupa. Dah banyak kali aku dah cakap dengan kau, aku tak nak kahwin. Titik..."


"Rugi tau tak kahwin. Tengok cam aku, happy jer, balik rumah ada yang sediakan itu ini, boleh urut - urut. Tidur pun ada bantal peluk. Kang seronok tu," Faez Haikal semakin galak menyakat kawannya itu. Tapi perkahwinan tu satu perkara yang menyeronokkan tu dia tak tipu. Haaa, yang tu betul.

"Biasa jer, takde beza pun. Yang penting aku tetap dengan pendirian aku. Single lagi best."

"Hmmm, aku tau bro apa yang bermain di fikiran kau. Kau sebenarnya masih fobia disebabkan kisah lalukan. Lupakan kisah duka kau tu bro. Kau berhak dapat yang lagi baik daripada dia. Lagipun kau memang tak perlukan kawan tak guna macam Si Adib tu. Buat apa kau nak kenang - kenang. Dan yang paling penting kau kena buktikan yang kau boleh dapat perempuan yang lagi baik dari ex tunang kau tu." Sedikit nasihat dia beri pada kawannya itu. Adib kawan baiknya juga. Sungguh dia tak sangka, Adib sanggup rampas tunang kawan baiknya sendiri. Mereka bertiga dah lama berkawan sejak dari universiti. Tasha pun kawannya semasa di universiti juga. Entah apa yang lebihnya Tasha sampai kawannya yang sorang ni boleh bercinta dan seterusnya bertunang. Tapi siapa yang sangkakan. Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ni semua Adib punya pasal.

"Aku dah padam pun mereka dari ingatan aku. Dua - dua tak guna," sarat dengan amarah kata - katanya itu.

"Emmm, baguslah kalau macam tu. Dah boleh cari calon la kan..." Faez Haikal menduga.

"Isyyy, tak habis - habis dengan calon kau nilah. Dahlah, pergilah balik. Kesian bini kau tunggu. Mana laki aku tak balik - balik lagi ni..." Zaim Luqman menghalau cara halus. Kang kalau guna cara kasarkan, tujuh keturunan pula kawannya itu mengungkit.

"Yela - yela aku balik. Tapi jangan lupa, cari calon. Hehehe," cepat - cepat dia melangkah keluar dari bilik itu, takut kena baling dengan buku diari. Zaim mengacu - acukan buku diari itu kepada Faez. Tapi takde niat pun untuk membaling. Saja acah - acah. Kawannya ini selalu sangat suka menyakatnya sekarang ni. Taulah hati tu tengah bahagia. Pengantin barulah katakan. Kawan - kawannya yang lain semua bahagia, sedangkan dirinya tak bertuah dalam bercinta. Entah apa malangnya.

Tasha... Nama itu kembali berlegar dalam ruang fikirnya. Sudah setahun berlalu, melalui cerita Faez, Adib dan Tasha telah selamat bernikah. Emmm... Biarlah mereka. Buat apa nak difikir - fikirkan lagi. Dia juga sudah lama nak lupakan nama - nama itu yang dianggapnya seperti parasit, yang tak sudah - sudah menempel di memorinya.

Hari sudah semakin menutup cahaya terangnya. Zaim memandang ke luar tingkap. Kenderaan bertali arus di jalan. Semua dengan urusan masing - masing. Dia mematikan lampu dan bergerak keluar dari bilik. Entah bila otaknya dapat dicucikan daripada ingatan kisah - kisah lama. Walaupun setahun dah berlalu, tapi semua tu masih segar dalam ingatannya.

*******

Loceng yang terletak di pintu autogate berbunyi nyaring ke dalam rumah. Zaim yang baru selesai mandi, meninjau ke luar pagar sana. Kelihatan seorang wanita sedia menunggu di situ.

Zaim tepuk dahi, macam mana dia boleh lupa. Dia ada meminta pembantu rumah secara harian untuk datang membersihkan rumahnya pada hari minggu ini, tempahan awal sudah dia buat seminggu yang lalu. Kebiasaannya dua minggu sekali dia akan mengupah orang untuk membersihkan rumahnya. Maklumlah diakan orang bujang.

Zaim Luqman menyikat rambutnya dan segera berlari anak ke arah anak tangga. Dia bergegas ke arah suis di tepi pintu utama untuk menekan suis autogate. Menunggu di situ sehingga wanita itu masuk ke dalam.

"Assalamualaikum encik. Saya datang untuk bersihkan rumah," wanita itu memberi salam dan menerangkan tujuannya ke situ.

"Yer, saya tau. Sila masuk Cik Adila. Tapi haritu saya ada minta dua orang. Sorang perempuan dan sorang lelaki." Ajak Zaim, nama Adila dia baca pada nametag yang terletak pada poket baju wanita itu. Zaim meninjau ke luar.

"Oh, maaf, bos saya minta saya sorang saja ke sini kerana pekerja lelaki ada urusan emergensi harini. Tak dapat turut serta. Yang lain semua dah ada tempat masing - masing," balasnya menerangkan keadaan sebenar.

"Emmm, takpelah, sila masuk dulu, saya nak bagi penerangan di mana tempat yang perlu dibersihkan," ajak Zaim.

"Okay macamni. Awak kena bersihkan semua tempat dalam rumah ni kecuali bilik saya. Bilik saya tak perlu bersihkan. Awak fahamkan."

Wanita itu mengangguk. "Saya mulakan sekarang yer encik."

"Boleh, silakan. Saya ada di bilik, kalau ada apa - apa, awak ketuk je pintu. Pintu rumah ni jangan tutup, biarkan terbuka luas. Kang tak pasal - pasal kita kena tangkap khalwat.

"Isteri encik takde dekat rumah ker?"

Zaim Luqman mengerutkan dahinya. Banyak tanya pulak dia, dahlah soalan sebegitu dia cukup tak suka. Hanya gelengan sebagai jawapan. Dia bergegas naik ke bilik. Tak habis - habis perkataan 'isteri' yang mengganggu hidupnya. Apa muka macam dia ni tak layak ke nak hidup membujang. Isyyy... Getusnya.

*******


Emily mengetuk pintu bilik Rayyan. Di tangan turut dia bawa satu buku nota. Niatnya bukannya soal kerja sangatpun tapi lebih kepada rindu. Sejak kepulangan Rayyan Sebulan yang lepas dan sehingga ke harini, langsung dia tidak disapa mesra melainkan atas urusan kerja semata. Entah apa salahnya. Nak kata bergaduh, tidak. Nak kata merajuk juga tidak.

TOK... TOK...

Dia mengetuk pintu bilik bosnya itu beberapa kali. Sejak Rayyan dipindahkan ke sini sebagai pengurus cawangan, dia sudah memulakan tugasnya sebagai setiausaha lelaki itu. Hatinya sangat tertarik dengan kredibiliti yang ditonjolkan melalui sosok tubuh itu.

Dia membetulkan kain skirtnya yang separas lutut itu dan melangkah masuk ke dalam setelah kedengaran arahan masuk dari Rayyan. Walapun mereka pasangan kekasih tetapi protokol dan peraturan syarikat tetap wajid diikuti. Itulah yang selalu diingatkan oleh Rayyan. Dan dari sejak mereka mula berhubungan sehinggalah sekarang, staff yang lain seorang pun tidak dapat menghidu perhubungan mereka. Jika ada yang tau pun itu dia tidak pasti kerana selama ni hubungan terlebih mesranya dengan Rayyan adalah secara sembunyi - sembunyi dan status Rayyan sebagai suami orang telah diketahui oleh semua kakitangan di sini. Memang nayalah kalau perhubungan mereka diketahui umum.

"Sayang..." Emily memanggil dengan suara yang dibuat - buat manja.

"Kita dekat office, jaga tingkah laku you." Tegas suara Rayyan. Wajahnya terus menunduk tanpa memandang ke arah wanita yang sedang duduk di depannya itu.

"Kenapa you nampak lain sekarang ni? You dah tak macam dulu. You macam sengaja nak jauhkan diri dari I, kalau i nak datang dekat pada you, you selalu mengelak. Kenapa???" Emily meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"I tengah serabutlah Emily, dengan masalah rumah tangga i lagi, you tak boleh ker bagi i ruang untuk bertenang dalam masa i nak selesaikan masalah rumah tangga i ni. Kenapa you tak pernah faham?."


"I yang tak faham you??? Habis tu you ada ke faham perasaan i? Dah sebulan hal ni berlalu Rayyan. Sejak you balik sini, you dah macam abaikan i."

"Isyyy, susahlah bercakap dengan orang yang tak faham ni." Rayyan merengus.

"Sampai hati you cakap i macam ni. Kalau dulu, you sentiasa lebihkan i dalam segala hal. Dah dua tahun Rayyan kita macam ni. Apa kurangnya i berbanding dengan isteri you?"

Rayyan angkat wajah. Matanya tunak memandang ke arah Emily. Nafas dia tarik dan hembus perlahan.

"I nak you cuma faham i. Keadaan emosi i tak stabil sekarang ni Emily. Susah sangat ke you nak faham keadaan i. You i sayang dan isteri i pun i sayang. Dua - dua i sayang. Tapi sayangnya i pada isteri i tak pernah berbelah bahagi." Balas Rayyan. Suaranya kedengaran kendur.

"You ceraikan aje isteri you. Kahwin dengan i. I boleh bahagiakan hidup you."

Mencerlung mata Rayyan. Dia sendiri pun sukar hendak sebut perkataan itu. Tetapi wanita di depannya ini, semudah ABC menyebut perkataan 'cerai' tu. Gigi di ketap kuat.

"Siapa you nak arah - arahkan i untuk cerai isteri i? You takde hak Emily. Walau macam mana sekalipun, i akan tetap pertahankan rumah tangga i. Ingat tu."

Terhinggut bahu Emily mendengar suara kuat Rayyan.

"Habis tu, you anggap i ni sebagai apa? teman tidur you semata atau perempuan simpanan you?" Emily masih tidak puas hati. Rancak dia membalas. Matanya juga sudah berkaca.

Rayyan cuma diam. Malas mahu menjawab. Dia kembali menekur di meja. Buat - buat melihat handphonenya.

"Rayyan Hakimi..." Emily menguatkan sedikit nada suaranya.

"You keluar dari bilik i sekarang Emily. I nak tenangkan fikiran i." Seoktaf arahan itu terpacul dari mulutnya. Tanpa mengangkat kepala dia menuturkan kata - kata itu. Wajahnya tegang memperlihatkan dirinya yang sedang kusut.

*******

Gagang telefon dia letak ke telinga. Dia ketika itu baru balik dari makan malam bersama Emily. Ikutkan hati dia malas nak keluar malam itu tetapi disebabkan wanita itu tak habis - habis mendesak mengajaknya keluar, dia ikutkan sahaja. Tetap juga melayan macam biasa. Walaupun kadang - kadang dirinya seakan rimas. Entahlah, dia sendiri pun tidak pasti sampai ke mana perhubungan mereka.

....."Hari minggu ni balik rumah ayah. Ada perkara nak bincang."

TUTTT...

Hanya sependek itu ayat yang terlontar di bibir ayahnya sebelum talian dimatikan. Tiada lagi perbualan mesra, bertanya khabar macam dulu. Dia melepas lelah. Lelah dengan masalah yang dia hadapi sekarang ini.

"Sayang... I tidur sini malam ni yer," Emily bersuara sejurus melihat Rayyan mula membuka kunci pintu rumah.

"No... You balik rumah you."

"Ala bolehlah, i rindukan you. Rindukan semua tentang diri you. Belaian dari you, pelukan you dan semualah." Emily bersuara lunak. Sengaja memancing perasaan Rayyan. Jika dulu, seperti itulah dia menggoda lelaki itu. Seorang lelaki bernama Rayyan tidak pernah akan menolak setiap pujuk dan rayunya.

"Tidak Emily. Cukuplah apa yang kita dah buat dulu. I tak nak kita terus - terusan berbuat dosa lagi. Sudahlah sekarang rumah tangga i dah macam sebuah kapal yang terumbang - ambing dekat tengah lautan. I tak nak nanti terus tenggelam hingga ke dasar." Emmm, sejak bilalah dia dah pandai bermadah pujangga. Dia bedal je semua kata - kata itu seperti apa yang terlintas di ruang fikirnya.

Emily mengerutkan keningnya. Lain macam pulak lelaki itu pada malam ni.

"You dah banyak berubah sekarang Rayyan. You dah tak macam dulu."

"I sama je Emily. Cuma keadaan yang mengubah hidup i. Cukuplah sekali kita tertangkap oleh isteri i. I tak nak kita tertangkap kali kedua oleh orang lain pula." Jelas Rayyan. Berharap wanita itu menghadam kata - katanya.

"You pergilah balik, i penat sangat. I nak rest." Rayyan menyambung kata.

Emily melepas keluhan berat. Dia melangkah menuju ke arah keretanya yang terparkir di tepi pintu pagar rumah Rayyan. "Sampai hati you buat i macam ni Rayyan. Dia teringat satu peribahasa 'dah habis madu, sepah dibuang'. Air matanya mengalir laju. Sesuai sangatlah dengan dirinya.

Rayyan hanya memandang dari situ. Melihat sehingga Emily masuk ke dalam perut kereta. Dia tutup pintu dan segera menuju ke biliknya. Ingatan sejurus pulang dari rumah mertuanya dulu menjengah ke layar matanya.

Di ruang tamu rumah orang tuanya itu dia mula berfikir dengan waras. Kata - kata ibunya dulu benar - benar meruntun tangkai hatinya.

"Jangan diulang lagi perbuatan tu Rayyan. Untuk kali ini emak maafkan kamu. Tapi tidak untuk lain kali. Jika kamu masih teruskan lagi perbuatan keji kamu tu, jangan pernah mengaku, emak ni, ibu kamu... Ingat Rayyan... Sekali lagi kamu ulangi. Kamu bukan lagi anak emak..."

Bengkak matanya memohon ampun dari ibunya. Ya, dia terkilaf. Sampai sekarang kata - kata itu terngiang - ngiang di telinganya. Dia takut dan tersangat takut jika emaknya tidak mengaku dirinya sebagai anak.

*******

Pintu kereta dibuka perlahan. Dia melangkah longlai menuju ke pintu utama rumah.

Di ruang tamu sudah siap sedia menunggu ayah dan emaknya. Dia menghampiri keduanya dan menyalami tangan mereka.

Ayah menghulur sekeping surat. Rayyan menyambut dengan debaran. Perlahan dia buka. Matanya buntang memerhati setiap ayat di dalam surat itu. Surat panggilan ke mahkamah.

"Selesaikan perceraian kamu baik - baik dengan Diya. Lepaskan dia dengan cara baik. Biar dia mulakan hidup baru." Haji Musa bersuara sejurus melangkah pergi dari situ.

Rayyan terkelu seribu bahasa. Tiada kata - kata yang dapat dia lafazkan ketika itu. Dia menyandarkan badannya pada sofa.

Happy reading semua... -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience