CHAP 21

Romance Series 74213

Pak Mahmud hanya tersenyum melihat mereka berdua, "Cik Anya apa khabar? Lama tak nampak." tegur Pak Mahmud. "Sihat Pak Mahmud, saya pun dah lama tak jumpa Pak Mahmud. " senyum Anya. "Pak Mahmud ke kereta dulu ye." Pak Mahmud meninggalkan mereka berdua.

"See.. semua orang kenal awak, termasuklah pemandu keluarga saya. Saya tahu awak sebahagian daripada keluarga. Tapi, kenapa satu apa pun saya tak ingat tentang awak? Dan Becky ada cakap dengan saya.. Lebih baik, kita macam. Apa maksudnya tu Anya?" soal Bahr.

"Please.. I need to know. Kadangkala saya tak tahu dengan diri saya. Saya memandu tiba-tiba saya berhenti depan butik awak. Saya beranggapan mungkin saya selalu datang sini sebab Becky, tapi.. saya tak yakin macam tu sebab ni hati saya ni.. dari kali pertama saya jumpa awak, berdegup." kata Bahr.

"Kita pernah jadi partner." terang Anya. "Partner?" soal Bahr. "Partner in crime, awak ialah saya.. dan saya ialah partner in crime awak. Kalau awak nak buat benda gila, awak akan ajak saya. Bila awak nak pergi ke mana-mana, orang pertama awak bagitahu ialah saya, saya ialah orang yang awak risaukan bila tak makan, bila saya tak layan awak, awak akan buat apa sahaja untuk raih perhatian saya kembali." terang Anya.

"Maksudnya.. memang awak orang penting dalam hidup saya kan?" soal Bahr, bernada rendah. "For how long?" soal Bahr. "Three years ago, dan sudah semestinya kita berkenalan demi selamatkan Becky. Dan, dari situ.. we become partner in crime." kata Anya. "3 tahun yang lalu? Tapi, kenapa bila saya sedar awak tak ada di sisi saya?" soal Bahr.

"Sebab sebelum awak kemalangan, kita bergaduh besar. Pasal gambar.." sebelum Anya menyambung, dia menarik nafas. "Gambar saya tidur dengan banyak lelaki." kata Anya. "Dan, saya percaya?" soal Bahr. "Ya, awak percaya.. dan yang paling penting, awak jujur dengan saya.. sebenarnya persahabatan kita ini hanya palsu, pura-pura. Awak kawan dengan saya sebab cuma nak balas budi Becky untuk saya." terang Anya.

"Sebab kenapa saya pura-pura kawan dengan awak?" soal Bahr lagi. "Sebab.. saya dan awak jauh beza, status, pangkat, you name it. That's why... adalah lebih baik awak tak tahu semua ini. Supaya awak boleh reset saya dalam minda awak. Anggap saya tak penting lagi. Lagi pula, awak dah ada Sherry." kata Anya.

"So, itulah ceritanya.. Boleh hantar saya balik? Saya banyak kerja." Anya berdiri. "Sit down, Anya!" keras suara Bahr. "Saya jumpa gelang ni.. gelang ni, yang cakap awak sebenarnya Candy saya. Bukannya Sherry." terang Bahr. Anya terkejut. "Jadi, selama ni ... selama saya belum sedar. Orang yang saya dengar suara, orang yang menangis di sisi saya. Orang yang cakap, Your Candy need you ialah awak! Dan bukannya Sherry kan ?" soal Bahr.

Tapi, pelik.. kenapa bila Bahr bertanyakan kepada Sherry, Sherry mengaku bahwa dialah Candy. Nasib Bahr menjumpai gelang ini di bawah katilnya ketika ingin mencari mengenai Anya. Belum lagi gambar-gambar dia, Becky, dan Anya ketika Mummynya menunjukkan album gambar.

"Rasanya.. semua dah terjawab kan? Tolong hantar saya balik." kata Anya. Baru sahaja dia berdiri, Bahr sudah menarik tangannya, Anya sudah tersentak, "Bahr yang dulu tak akan senang-senang sentuh saya, sebab dia tahu.. saya orangnya macam mana. Tapi, seperti yang saya katakan.. it's okay kalau kita tak kenal antara satu sama lain. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. So, please." kata Anya

"I love you, Anya." jujur Bahr. Tersentak Anya. "I love you, I really do." kata Bahr. Anya terkejut, "aku tahu perasaan ni.. kalau lah aku bangun daripada koma dan ingat semua benda ni, mungkin aku berterus terang tentang perasaan aku. Perasaan yang tak boleh kehilangan kau. I love you." luah Bahr.

Anya terdiam. "Apa kau cakap ni Bahr? Kau sedar tak? Kau akan berkahwin dengan Sherry, lima bulan dari sekarang.. dan saya akan bertunang dengan Zahin. Jadi, tolong.. jaga sikap awak tu!" marah Anya. "Do you love Zahin?" soal Bahr. "Very much.. Sebab dia yang ada dengan saya waktu susah, senang, sedih, gembira." kata Anya.

"You don't love me?" soal Bahr. Anya ketawa. "Dari awal perkenalan kita, kau tu aku anggap sebagai red-flag, dengan perempuan keliling pinggang. Lagipun, aku tak sesuai dengan kau dan kau tak sesuai dengan aku." kata Anya.

Sakit hati Bahr, "kalau tu yang kau mahukan, aku minta maaf, aku minta maaf sebab muncul dalam hidup kau, Anya.."kata Bahr. "Aku harap kau tepati lah janji kau." kata Anya.

"Janji apa Anya?" soal Bahr. "Janji yang kau tak akan kacau aku lagi selepas ini." kata Anya dan sakit hati Bahr apabila Anya menuturkan itu. Kiranya, persahabatan mereka sudah sampai ke penamatnya. "Baik.. jangan risau." kata Bahr, senyum dalam terpaksa.
***
Anya menangis. "Kau kenapa Anya?" soal Becky, melihatkan Anya menangis. "Zahin pukul kau ke? Dia marah kau ke?" soal Becky. "Bahr.. we not friend anymore." kata Anya, menangis. "Kau sayangkan Abang Bahr kan? Jujur dengan aku Anya... kau dah mula sayangkan dia kan?" soal Becky.

Anya hanya diam. "Becky...." hanya tu terluah daripada mulut Anya. "It's okay Anya.. Aku faham. Biarlah semua ini terawat oleh masa, Anya. Zahin is much better than Abang Bahr." kata Becky.
***
Bahr masih mengusap gelang pemberiannya kepada Anya, sesekali mengucupnya. Memang takda ruang di hati kau untuk aku Anya. Kenapa kau bodoh sangat Bahr, ambil masa yang lama untuk berterus terang dengan Anya.

"Anya.. I love you. Aku tak boleh tanpa kau Anya. Arghhhh!!" tangis Bahr dan menghamburkan buku-buku di rak bukunya. "Anya Inayla!!" jerit Bahr sambil memegang kepalanya. Kepalanya sangat sakit.

Sehingga dia menghantuk sendiri kepalanya di dinding, sangat kuat! "Bahr!! Bahr Malik! Sedar anakku.. Sudah!" jerit Mummynya. "Mummy.. Anya. Bahr nak Anya... Anya.. Arghhh!!!!" jerit Bahr memegang kepalanya, kepalanya sangat sakit sekarang. Entah kenapa. "Bibik.. call my doctor, now!" kata Mummynya.
***
"Tuan Bahr?" panggil doktornya. "Anya.. Mummy mana Anya?" soal Bahr ketika bangkit dari pembaringannya. Walaupun pandangannya masih kelam dan kepalanya sakit. "Mana Anya, Mummy? Please..." rayu Bahr.

"Kenapa ni Bahr, kenapa nak cari Anya.. Kamu tahu tak tadi, kamu hantuk kepala kamu dekat dinding, kamu bongkarkan rak buku. Mummy risaukan kamu." rayu Mummy. Doktornya sudah mulai memeriksa Bahr.

"Bahr... Bahr kena selamatkan Anya, Bahr kena lindungi dia." kata Bahr. "Apa maksud Bahr ni?" soal Mummy. "Bahr dah ingat semuanya Mummy, Bahr dah ingat semuanya... Anya dalam bahaya sekarang. Hari di mana Bahr kemalangan, waktu Bahr demam panas, sebenarnya Bahr paksa diri Bahr memandu untuk bagitahu Anya.." kata Bahr.

"Bagitahu apa?" soal Mummy bernada tinggi. "Anya dalam bahaya! Mummy.. Orang yang bermusuh dengan Becky sekarang dah sasarkan Anya." teriak Bahr.

Mummy terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience