Rate

Lelaki paling biadap Bab 16

Humor Completed 61915

Farid Husin tersengih-sengih di dalam Lif sambil menjeling ke arah rakan-rakannya, diam-diam menunjuk isyarat bagus, ketiga-tiga rakannya hanya mengangguk sebelum mengalih pandangan ke arah Fazura sejak tadi hanya menunduk, setelah pintu Lif terbuka di Lobi hotel ketiga-tiga rakannya keluar dari Lif

"Kau nak pergi mana?,"
tanya Farid Husin sambil memegang lengan Fazura, bila melihat Fazura ingin keluar dari Lif

Fazura tersentak seakan-akan baru tersedar dari lamunan
"Balik office"

"Balik lah dengan aku"
Kata Farid Husin

Fazura mengangguk lemah kemudian menapak berdiri di sebelah Farid Husin, Fikirannya sudah membayangkan sejak tadi hidupnya akan berakhir sekiranya mengahwini lelaki seperti farid Husin, dia akan di hina sepanjang hidup, di permalukan bukan sahaja di pejabat malah di kalangan ahli keluarga farid Husin, siapalah dirinya hanya seorang cleaner yang tiada pelajaran datang dari keluarga yang miskin berkahwin pula dengan anak orang kaya

wajah Farid Husin berkerut sambil mengalih pandangan memandang Fazura, dia mula memikirkan cara untuk mengahwini Fazura tanpa pengetahuan keluarganya

"tak akan aku nak bawa kau gie Thailand, jauh tu"
Keluh Farid Husin sambil memandang Fazura
"Aduhai Manalah nak kahwin nie?,"

Fazura lantas mengankat muka memandang ke arah Farid Husin Selepas mendengar keluhan dari lelaki itu
"Kalau gitu, tak payahlah kita kahwin"

Farid Husin mengeleng kepala, sakit pula hatinya mendengar permintaan fazura
"Kau dah lupa ke, apa pegawai agama islam tu pesan, kalau aku tak kahwin dengan kau dalam masa seminggu, diorang akan tangkap kita semula, kau ada duit ke nak bayar denda tu semua?,"

"Encik farid jangan risaukan saya, Saya akan larikan diri"
balas Fazura dengan nada yakin

"Okaylah, nanti pintu lif nie terbuka, kau pergilah lari"
Kata Farid Husin dengan senyuman sinis

Beberapa detik kemudian pintu lif terbuka di tingkat aras bawah parking lot, farid Husin lantas menolak tubuh fazura sehingga tubuh wanita muda itu hampir terjatuh di luar pintu Lif

"Pergilah lari"
tegas Farid Husin dengan wajah berang memandang Fazura terpacak di depan pintu lif dengan raut wajah terpinga-pinga

"Tak payahlah tolak saya macam tu"
Kata Fazura dengan nada sebak

'Kau kan nak lari, pergilah lari, yang kau tunggu lagi sini buat apa?,"
Balas Farid Husin dengan nada geram kemudian menapak ke arah keretanya tanpa mempedulikan Fazura

Fazura berdiri di depan pintu lif, dia mengerang perlahan bila melihat kedua tapak tangannya kemerahan kerana menahan tubuhnya dari tersembam kemudian mengalih-ngalih pandangannya melihat keadaan sekeliling, hatinya mula cemas tidak tahu hendak kemana lalu mengalih pandangan ke arah Farid Husin namun kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan, fazura semakin cemas lantas menapak mencari-cari farid Husin dan ketika itu dia melihat sebuah kereta berwarna merah sedang bergerak perlahan fazura segera berlari mengejar kereta itu setelah melihat farid Husin melalui cermin kereta yang terbuka

"Encik Farid!"
"Encik Farid!"

jerit Fazura beberapa kali sambil berlari mengejar kereta di depannya namun kereta berwarna merah itu tiba-tiba bergerak laju, Fazura terus mengejar, hatinya mula menyesal kerana berniat untuk melarikan diri setelah berdiri di depan pintu lif tadi, barulah dia sedar, dia tidak tahu kemana harus pergi

Kereta berwarna merah terus bergerak melewati tiang automatik yang terangkat lalu menyusur keluar dari parking lot, Fazura dengan nafas tercungap-cungap masih terus mengejar walaupun dia tidak lagi melihat kelibat kereta itu, peluh terus membasahi wajahnya namun dia tetap berlari sehingga keluar dari parking lot

"Dah puas ke larikan diri?,"
tegur Farid Husin sambil berdiri di belakang keretanya setelah Fazura keluar dari parking lot

Fazura membisu, wajahnya di basahi peluh dan kelihatan lelah sambil kedua tangannya menekan perut supaya dapat mengatur nafasnya semula

"Lain kali bila bercakap pakailah otak tu dulu"
Kata Farid Husin lagi kemudian menapak ke arah pintu kereta

"Cepatlah masuk"
Arah farid Husin pada Fazura sebelum masuk ke dalam Kereta

Fazura Segera menurut, Kedua kakinya menapak laju ke arah kereta

"Kau ingat aku nie driver kau, duduk depanlah!,"
herdik Farid Husin sehingga terjongket kedua bahu Fazura kerana terkejut selepas dia duduk tempat duduk belakang

Fazura tergesa-gesa keluar dari kereta semula kemudian pindah ke tempat duduk hadapan
"Saya ingatkan Encik farid tak suka saya duduk sebelah encik"

Farid Husin mengeleng kepala
"banyak betul kerenah kau,"

Teguh holding

Sejak dari jam 05.30 minit petang, hamdan berjalan mundar-mandir di hadapan pejabat department advertising marketing yang kosong sambil melihat skrin Telefon pintarnya, sudah beberapa kali dia menghantar pesanan ringkas kepada farid Husin namun satu pun tidak di balas, hatinya tertanya-tanya jika Farid Husin berjaya memerangkap Fazura dari rancangannya,

"Hamdan,"

Hamdan segera mengalih pandangan dari skrin Telefon pintarnya
"Weii Farid, mac.."
Hamdan lantas terdiam bila melihat kelibat Fazura di belakang Farid Husin

"Fazura awak boleh balik, esok datang je macam biasa"
Arah Farid Husin

Fazura mengangguk lemah kemudian menapak masuk ke dalam pejabat namun sempat menatap tajam ke arah Hamdan

Hamdan sedikit tersentak sehingga menelan air liurnya bila melihat tatapan tajam dari fazura kemudian berdiri di samping Farid Husin memerhati seketika Fazura di dalam pejabat

"Macam manalah farid?,"
Tanya Hamdan dengan nada perlahan

Farid Husin tidak menjawab, hanya menunjuk isyarat okay sambil mengeyit matanya

"Yes"
Balas hamdan seakan memahami maksud dari Farid Husin tadi

"Jom masuk pejabat aku dulu, sekarang nie aku ada satu lagi masalah"
Kata Farid Husin

Hamdan mengangguk faham lalu mengekori Farid Husin masuk ke dalam ruangan pejabat kemudian menapak ke arah pejabat Farid Husin namun kedua anak matanya masih sempat melirik-lirik memerhati ruangan pejabat yang kosong bimbang jika kelibat Fazura ada di situ

"Sekarang nie hamdan, bagaimana pulak cara aku nak kahwin dengan dia?,"
Tanya Farid Husin setelah masuk ke dalam pejabatnya namun Hamdan lekas memberi isyarat supaya farid Husin memperlahankan suaranya

Hamdan memerhati sekali lagi ruangan pejabat melalui daun pintu yang masih terkuak kemudian menutup pintu itu setelah yakin tidak melihat kelibat Fazura

"Kau pergi jelah Thailand"
Kata Hamdan tersengih-sengih

"Jauhlah Hamdan, lagi pun aku tengah sibuk nie,"

"Kalau gitu kau pergi jelah jumpa ahli keluarga dia, mintak untuk kahwin express"

"Nanti.."
Farid Husin diam seketika, otaknya cuba mengingat kembali apa yang pernah di beritahu Fazura padanya tentang ahli keluarga wanita muda itu

"Dia dah takde ayahlah, cuma ada mak dengan adik dia je, itu pun aku tak tahu, adik dia tu perempuan ke atau adik lelaki"
Kata Farid Husin setelah mengingat tentang keluarga Fazura

Hamdan mengeluh perlahan sambil mengusap-ngusap dagunya
"Macam pulak dengan adik beradik arwah ayah dia atau mak dia?,"

"Manalah aku tahu"

"Banyak kerja nie farid, kalau kau nak kahwin kat sini, dia tu kena ada wali, takde wali tak boleh"
Jelas Hamdan dengan kerut di dahinya

"Satu masalah selesai, lain masalah pulak muncul, nak kahwin pun susahkan"

Masalahnya tak susah pun, tapi kau tu ha, nak kahwin cepat"

Dan di saat itu, Fazura secara tiba-tiba membuka pintu pejabat Farid Husin

"Arwah ayah saya anak yatim piatu, ibu saya anak tunggal, saya ada adik perempuan, itu sajalah ahli keluarga saya yang ada,"
Kata Fazura dengan wajah lemah sambil berdiri di muka pintu kemudian menapak keluar dari pejabat Farid Husin

Wajah hamdan dan Farid Husin tergamam seketika sebelum saling berpandangan dengan raut wajah gelisah

"Weii gilalah, nasib baik kita tak cakap pasal hal perangkap tu, kalaulah dia dengar masak kita Farid"
Bisik Hamdan sambil mengusap dadanya

Farid Husin mengeleng-geleng kepalanya
"Kau bukak jelah pintu tu, risau pulaklah aku"

"Kau ada dengar tak tadi?,"

"Dengar apa?,"
Tanya Farid Husin pula sambil melihat Hamdan membuka pintu pejabat

"La.. pasal keluarga dialah, Arwah ayah dia anak yatim piatu, mak dia pulak anak tunggal"

"Habis tu apa masalahnya?,"

"Kau nie farid, kahwin nak, tapi hal perkahwinan pun kau tak tahu"
Keluh Hamdan

Kau pun belum kahwin, cakap orang"

"Sekurang-kurangnya aku tahulah serba sedikit"

Farid Husin menyenget bibirnya
"Habis tu apa masalahnya?,"

Hamdan lantas menapak menghampiri Farid Husin
"Dia dah takde sapa2 so kau boleh kahwin dengan dia mengunakan wali hakim"

"Boleh ke?,"

Hamdan mengangguk-ngangguk
"Tentulah boleh, Tapi.. kau dengan dia kena buat kursus kahwin dulu, lepas tu buat test HIV barulah kau boleh mohon untuk gunakan wali hakim"

Farid Husin mengeluh berat
"Banyak juga tu, lebih baik aku gie thailand je"

"Alaa.. Pasal kursus kahwin tu kau janganlah risau, aku ada member buat kursus kahwin online, nanti aku daftarkanlah kau dengan dia cepat-cepat"

Farid mengangguk lemah
"Okaylah, aku harapkan kau jelah hamdan"

"Ada bayaran tak?,"
Tanya Hamdan sambil mengankat kedua keningnya

"Aku dapat je 500 ribu, kau tunggu jelah pemberian dari aku"

"Ini barulah namanya best friend"

Setelah beberapa jam berlalu, farid husin melihat jam di tangannya menunjukkan waktu itu sudah hampir 10 malam, suis laptop segera di matikan setelah menyiapkan kerjanya, lehernya di gerak-gerak kiri dan kanan kemudian bangun dari kerusi, Blazer yang tergantung di Jacket hanger segera di ambil lalu menapak ke arah pintu pejabat

Selepas mematikan suis lampu pejabat, Farid Husin menapak keluar, melangkah perlahan sambil memerhati seketika ruang pejabat yang masih berlampu, dia segera menapak ke arah hujung pejabat terdapat suis-suis lampu di sebelah pintu store namun ketika dia menghampiri pintu store, Farid Husin mendengar dengkuran kuat seseorang di balik pintu store itu

Wajah farid Husin berubah cemas, telefon pintar di dalam poket seluarnya cepat-cepat di tarik keluar,

"Farid stupid!"

Tubuh Farid Husin terjongket terkejut bila mendengar suara wanita membentak di balik pintu store, wajahnya terpinga-pinga hairan

"Macam kenal je suara tu?,"
Bisik Farid Husin lantas menapak ke arah pintu store, tangan kanannya memusing tombol pintu kemudian menolak daun pintu dengan kuat

"Pukk!!"

"Adoii! sakitlah"

wajah farid Husin tergamam bila dia membuka suis lampu, melihat Fazura sedang menonggek sambil memegang kepalanya

"Kau buat apa kat sini?,"
Tanya Farid Husin dengan kening bertaut

Fazura mendongak kepala, matanya terkebil-kebil namun terbeliak bila melihat Farid Husin sedang berdiri di muka pintu lantas bergegas berdiri dari duduknya

"Aku tanya, apa kau buat kat sini?,"

Fazura menunduk tanpa menjawab tangannya masih mengusap-ngusap kepalanya, tubuhnya pula terhuyung hayang seakan-akan sedang mabuk

"Weii kau pekak ke?,"

"Saya tidurlah, saya buat apa lagi"
Jawab Fazura tanpa memandang wajah Farid Husin

"buat apa kau tidur kat sini?,"
Tanya Farid Husin lagi dengan wajah bingung namun pertanyaannya itu tidak di jawab Fazura

"Geram betullah aku dengan kau nie, susah betul nak bukak mulut bila orang tanya, aku tanya kena.."

"Saya tak tahu nak tidur kat mana, saya dah takde tempat tinggal..!,"
Jawap fazura kemudian menangis teresak-esak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience