Bab 10

Short Story Series 16005

Beberapa minggu kemudian...

Macam biasa Deyna dan Hazirah berada di cafe cuma kali ini dia terpaksa berada dicashier disebabkan Akak Zira bercuti bersalin. Dalam ralit Deyna melihat pelanggan ada seseorang datang menegurnya.

"Hei." Sapanya dan kemudian dia duduk bertentangan dengan Deyna.

"Hai. Bila masuk." Tanya Deyna pelik sebab tak nampak kelibat Aidil Haziq tadi.

"Baru je. Dah kau termenung apa yang kau nampak." Katanya selamba.

Deyna tersengih. "Ouhh ya ehh. Awak nak order apa-apa ke Haziq. Cappucino panas?" Tutur Deyna sambil mata memerhati sekeliling. Tak kuat nak pandang encik crush lama-lama.

Yaa selepas beberapa minggu yang lalu Deyna dan Aidil Haziq sudah menjadi semakin rapat tetapi tidak lebih dari seorang kawan.

"Yup. macam biasa cappucino panas." Balasnya dengan mata masih melekat pada Deyna.

Tanpa balasan Deyna terus menuju kedapur. Mana dia tahu Aidil Haziq nak beli air itu? sebab Aidil Haziq kalau datang cafe memang cappucino panas tu je dia beli.

"Uit Cik Terbantut, seronok dating depan tu." Sergah Hazirah dari belakang sambil tersengih.

"Kau merepek apa Rah, dia datang order air je kot. Jangan merepek." Tangannya sibuk membancuh air.

"Helehh. Ehh orang lain kau boleh tipu tau Naa tapi bukan seorang Hazirah yang kenal hati budi kau dari dulu sampailah sekarang tau." Bebelnya dengan tangan tepuk dada sendiri. Belagak.

"Apa-apa jelah kau." Terus Deyna berlalu keluar dari dapur cafe. Duduk lama-lama nanti kena mengusik dengan Hazirah.

"Fine Naa fine. Kau tunggu satu hari nanti bila crush kau tu dah jatuh cinta dekat kau, aku orang pertama yang tepuk tangan tanda kau dah bahagia." Tutur Hazirah seorang diri. Kawan dia yang pendek memang macam tu. Dah suka tak nak bagitahu.

Usai Aidil Haziq membayar dia terus berlalu pergi selepas mengucap selamat tinggal.

Deyna tersenyum seorang diri dicashier itu, bila tersedar ada mata yang memerhati terus dia cepat-cepat menyibukkan diri.

Malam itu Deyna terpaksa beli barang dapur seorang diri kerana Hazirah tidak ikut sekali katanya ada dinner dirumah keluarga tunangnya. Bukannya dia tak ajak cuma Deyna saja tak nak ganggu orang yang dah ada pasangan nanti Deyna juga yang sendu seorang diri.

Dalam sibuk Deyna memilih udang, ada yang datang tegur dari belakang. Pusing sahaja terus nampak muka encik crush. Terbeliak biji mata Deyna. Uish jodoh. Asyik jumpa saja. Inikah yang orang selalu kata kalau dah jodoh tak kemana hehe.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Deyna apabila nampak tangannya kosong.

"Beli barang." Jawabnya pendek

"Barang apa? Dah jumpa?" Sambil mata memerhati udang.

"Belum." Balasnya pendek lagi. Aidil Haziq berdiri sebelah Deyna.

"Nak saya tolong ka?" Baik pula Deyna malam ni.

"Boleh juga tapi kau cari la dulu barang yang kau nak beli. Nanti aku bagitau." Balasnya dengan tangan sibuk menilik udang juga.

"Jom. Saya dah timbang udang ni." Terus Deyna berlalu ke troli.

"Kau buat apa masuk kawasan mee segera?" berkerut dahi Aidil Haziq melihat Deyna. Tak tau kenapa dia rasa comel apabila melihat Deyna yang berdiri disebelahnya. Pendek. Macam bawa anak saja.

Tanpa jawapan Deyna terus mencapai dua pek besar maggi kari tetapi belum sempat masuk dalam troli ada tangan merampas maggi tersebut. Deyna memejamkan matanya geram bila makanan kegemarannya diambil. Kalau Hazirah dah lama dia cepuk tetapi sekarang bukan Hazirah tapi crush. Gila dia nak tampar anak orang.

"Awak kenapa? Tu makanan sayalah." Tanya Deyna dengan muka bengang. Nak nangis pun ada.

"Kenapa apa? Makanan yang kau ambil banyak ni tak elok." Balasnya lembut.

"Mana ada banyak dua pek saja kot." Bila Deyna ingin mencapai pek itu terus dia mengangkat tinggi. Tau lah Deyna pendek.

"Dua pek besar sayang, bukannya pek kecil." Katanya lembut lagi. Tenangnya wahai encik crush. Memanglah tenang bukan makanan dia.

"Yang makan saya, suka hatilah." Terus Deyna memeluk tubuh.

"Memang kau yang makan dan yang sakitnya nanti kau. Aku cuma nak pesan." Balasnya sambil meletakkan maggi tersebut ditempat yang tinggi. Dah lah tinggal tu saja, maggi lain tak semua tak kena dengan citarasa Deyna.

Terus Deyna menolak tolak pergi tanpa berpusing belakang. Tiba-tiba satu pek maggi jatuh dari langit ehh bukan ada seseorang letak.

"Aku tau niat kau nak pergi beli maggi dekat kedai runcit tapi aku bagi kau satu pek saja." Katanya sambil berdiri di hadapan troli Deyna ingin menahan troli dari terus bergerak.

Muka Deyna dah tahan senyum. Caring betul. "Awak nak beli apa tadi? Barang saya dah habis beli dah."

"Barang aku bukan dekat dalam ni so jom." Terus dia berlalu pergi.

Usai membayar barang terus Deyna ikut dia dari belakang kerana malu dengan pertengkaran semasa mahu bayar tadi.

~Flashback~

"Semuanya RM150.00 cik" ucap akak cashier tu.

Belum sempat Deyna mengeluarkan duit ada tangan yang dah menghulur card di hadapan Deyna. Belum sempat akak cashier tu ambil Deyna sudah menahan.

"Ehh jangan ambil card dia haram." Balas Deyna sambil menjeling Aidil Haziq.

"No, just take it. Dia isteri saya dan dia tengah merajuk jadi dia tak nak saya bayarkan walaupun dia tau yang dia lupa bawa duit." Balasnya selamba.

Melopong mulut Deyna dengan keselambaanya yang mengatakan dia ni isteri Aidil Haziq. Tak tahu nak rasa bahagia ke apa.

Deyna tersengih kepada akak cashier tu yang sedang senyum sambil menjeling kami berdua.

~End Flashback~

Tersedar dari lamunan Deyna dah tak nampak batang hidung Aidil Haziq.

"Mana dia pergi?" Mata memerhati sekeliling. Ah sudah. Dalam ralit Deyna memerhati ada seseorang yang menarik tangannya yang berlapik dari berlakang.

"Kau berangan apa? Ni ha kedai dia." Tuturnya sambil menunjuk kedai emas itu.

"Awak nak beli apa ni?"tanya Deyna pelik kerana tiba-tiba saja ajak dia masuk kedai emas.

"Aku nak beli cincin."jawabnya sambil mata memerhati cincin disebalik cermin kaca.

Terbeliak biji mata Deyna. "Awak nak kahwin ke?" Kalau dia dah nak kahwin putuslah harapan Deyna. Deyna menggarukan keningnya yang gatal. Boleh tak dia nak nangis sekarang. Dia dah terlambat ke? bermacam-macam ayat berlegar di fikirannya.

Lama mata Aidil Haziq melihat Deyna yang tidak tentu arah itu. "Aku nak beli dekat adik aku. Kau pilih kejap yang mana yang sesuai."

Terus Deyna menghembus nafas lega. Dia mengurut perlahan dadanya yang berdegup laju. Tanpa membuang masa Deyna memilih cincin yang atasnya ada mahkota kot? anggap jelah macam tu.

"Cuba kau try dekat tangan kau." Tuturnya sambil menghulur cincin itu.

"Jari saya sama saiz dengan adik awak ke?" Tanya Deyna sambil memasukkan cincin dijari manisnha. Lawaa macam sesuai dengan Deyna je hehe.

"Muat dan lawa." Katanya perlahan.

Usai dia membuat pembayaran, kami keluar dari kedai itu.

"Ermm saya balik dulu Haziq. Jumpa lagi nanti Assalamualaikum dan good night."

Dia mengangguk "waalaikumsalam dan good night too."

Terus kami membuat haluan masing-masing.

Deyna berhentikan langkahnya apabila sudah jauh dari Aidil Haziq. Dia tersenyum sendiri. Dia bahagia dan dia berharap agar bahagia ini bukan sementara ataupun palsu.

TBC...
Follow and Comment to unlock new Chapter

Double update tehee. Saya tak sempat nak check lepas edit terus publish. Maafkan ketypoan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience