Bab 5

Crime Series 28897

Lee membawa aku ke kafe hipster.

Aku tak biasa ke kedai makan begini. Lebih selesa dengan masakan mamak atau gerai.

Taste Lee lain dengan aku. Dia memilih meja di tepi dinding.

Kami duduk berhadapan.

"Anna okay kan makan kat sini?"

Aku okay je mana-mana. Aku bukan jenis cerewet.

"Okay je. Saya jenis tak kisah."

"Anna ada berapa orang adik beradik?"

"Lima. Saya yang sulung."

Oh I see. Patutlah kau berhempas pulas keje kat kedai mamak tu.

Nak tolong adik beradik dia sambung belajar agaknya.

Qarl membuat andaian sendiri.

Pelayan membawa menu.

"Anna suka makan apa?"

Lee ni. Semua benda nak tanya. Nak tahu pasal aku.

"Makan pape je. Tapi yang paling feveret Nasi Ayam."

Lee tersenyum.

"Ala tapi Anna, Nasi Ayam takde kat sini. Kat menu makanan ni cuma western je. Sorry, I tak patut bawak you makan sini. Kalau I tau you suka Nasi Ayam, I bawak you datang tempat lain."

Aku tak kisah pun.

"Its okay, Lee. Saya tak kisah pun. Saya makan je western. Saya nak order Fish and Chips la."

Lee memandang aku.

"Okay then. Fish and Chips kat sini sedap jugak tau. Yummy."

Oh okay.

"Lee pula suka makan apa?"

Matanya memadang menu di tangan.

"I suka makan... Anna."

Gulp! Dia ni menakutkan aku je.

Wajah aku da berubah jadi asam kecut.

"Just kidding. I gurau jela. Saja nak tengok reaksi you macam mana."

Lee ni. Tak lawak la.

"I suka makan Spaghetti Carbonara."

Ohh. Patutlah haritu dia nak order spaghetti. Feveret dia rupanya.

Pelayan tadi datang. Lee mula memesan makanan.

Kami berbual kosong. Topik tentang course tempat belajar aku. Kenapa aku pilih course Ekonomi. Bla..bla..bla..

Kisah dia, tidak sedikitpun dia buka.

Aku juga malu untuk bertanya lebih.

Selesai makan, Lee meminta diri ke tandas.

Qarl bangun dari meja dan menuju ke tandas.

Rancangan harus diteruskan. Dia merancang untuk menculik Anna malam ini juga. Best timing. Anna mahu pulang ke kampung. Dia tidak mahu rancangannya tergendala.

Dia mendail nombor Shark.

"Hello Shark. Aku nak kau tunggu kat tempat yang kita rancangkan. Kejap lagi, sebelum aku hantar dia ke stesen bas. Kau bersedia je. Bila aku mesej ON, kau cepat-cepat drive van tu ke lokasi tu. Got it? Aku taknak misi kita gagal. Budak perempuan tu akan jatuh ke tangan kita."

"Okay bos."

Qarl nekad. Dia mahu misinya diteruskan.

Dari jauh dia melihat Anna.

Gadis yang baik. Tapi kau jadi saksi pembunuhan. Aku tak boleh lepaskan kau.

"Jom. Saya hantar awak. Karang lambat, tertinggal bas pulak."

Aku menuruti sahaja kata-katanya.

Aku duduk di sebelah pemandu. Lee memandu dengan tenang.

Sampai di satu persimpangan jalan, ada van cuba memintas kereta kami.

Ada tiga orang lelaki, kesemuanya bertopeng hitam.
Apa semua ni?

Mereka menerpa ke arah Lee. Pisau diacukan.

Aku takut. Seorang dari mereka membuka pintu di sebelah penumpang.

"Encik, saya takde barang kemas atau duit nak bagi. Tolong lepaskan kami."

Mereka mahu merompak kami. Lee dibawa ke tepi. Dia dibelasah.

Dan aku, cuba meronta untuk lepaskan diri. Aku menangis. Mahu meminta tolong. Tapi mulutku ditekup. Kawasan sini jalannya sunyi.

Ya Allah, selamatkan aku.

Selamatkan Lee juga.

Aku ditarik masuk ke dalam van putih itu. Mereka menekup mulut dengan sapu tangan hitam, ada sejenis cecair di sapu tangan itu.

Tak lama kemudian, aku tidak sedarkan diri. Dan van itu, membawa aku entah ke mana.

Aku terjaga. Sebuah bilik gelap dan sempit.

Tanganku diikat. Kaki ku juga diikat. Mulut ditutup dengan kain.

Aku memandang sekeliling. Bilik yang usang dan berhabuk.

Aku meronta cuba untuk lepaskan diri. Malangnya. Tidak berdaya.

Lee. Apa jadi pada Lee?

Aku diculik. Barangkali, ketua mafia tersebut sudah lama mengekori aku.

Bilik ini gelap. Aku rasa lemas.

Pintu bilik terkuak dari luar.

Seseorang masuk. Pasti ketua mafia itu. Matilah kau, Anna.

Dia menghampiri aku. Tangan kirinya memegang pistol.

Pistol itu diacukan ke kepala aku. Aku memejamkan mata. Takut.

Nyawa aku bakal jadi taruhan. Mungkin ini saatnya aku akan pergi tinggalkan dunia ini.

Dia menarik kain hitam di mulut aku.

"Tolong saya, Encik."

Aku cuba merayu. Merayu agar dilepaskan.

"Kau tak boleh lari lagi. Cubalah lari hingga ke hujung dunia."

Ketua mafia itu ketawa terbahak-bahak. Seram mendengar tawanya begitu.

"Lepaskan saya! Saya tak tahu apa-apa."

Sepasang mata itu. Benar. Dia adalah si ketua mafia itu.

"Kau dah jadi saksi kepada satu pembunuhan. Aku tak boleh lepaskan kau. Kau harus mati."

Air mata mula mengalir.

Aku tak sengaja terlihat. Aku tak buat laporan polis pun.

"Saya tak sengaja. Maafkan saya. Saya tak nampak apa-apa pun. Percayalah cakap saya, Encik."

"Kalau kau tak nampak, kenapa kau lari?"

Sinis. Kata-kataku dimanipulasi.

"Saya takut."

Aku mula teresak.

"Diam. Aku taknak dengar tangisan kau yang buruk tu."

Dia meleretkan pistol itu ke leher aku.

Tidak.

Dia duduk di katil aku. Di sebelah aku.

"Anna Adriana."

Dia berbisik di telinga aku. Aku tak nampak wajah dia.

Suaranya berbisik halus. Menakutkan. Apatah lagi membayangkan wajahnya.

Mendengar hembusan nafas dia yang halus. Seperti nafas kucing.

"Anna, jangan takut. You are safe with me."

Tidak.

Aku tak selamat dengan kau. Tak guna punya ketua mafia.

Aku taknak jadi mangsa dia. Taknak.

"Anna. Anna. Kesian kau."

Tiba-tibanya tangannya merentap tudung aku. Auratku. Rambutku dibiarkan lepas.

"Kau cantik, Anna. Mahu jadi perempuan simpanan aku?"

Aku menggeleng. Taknak.

Dia mengelus rambutku perlahan.

"Kalau kau jadi perempuan simpanan aku, aku takkan bunuh kau. Aku akan jaga kau baik-baik."

"Mahu?"

Pilihan apa yang aku ada?

Aku mahu hidup. Tapi, aku takkan sesekali gadaikan maruah hanya untuk lepaskan diri.

Aku menggeleng.

"Taknak. Saya taknak!"

Dia mendengus marah.

Satu tembakan dilepaskan ke pintu bilik.

Aku terkejut. Takut.

Dia mengacukan pistol ke arah aku.

Dadaku mula sesak nafas. I need inhaler. Aku ada asthma.

Nafasku mula turun naik.

Dia bangun. Nampak seperti panik melihat keadaan aku.

"Kau kenapa?"

"Sa...saya... In... Inhaler... Dalam hand... Handbag..."

Tolong. Aku tidak mampu bernafas dengan baik.

Dia mengambil handbag aku. Menggeledah barang-barang.

Inhaler. Yes. That one.

Dia menekupkan pada hidung dan mulut aku. Terima kasih.

Rasa macam hampir mati tadi.

"Aku taktau kau ada asthma."

"Kesian kau, Anna. Jangan nangis. Tinggal je kat sini dengan aku."

Dia menghidu rambut aku perlahan.

Tolong selamatkan aku, ketua mafia ini sungguh bernafsu. Menakutkan.

"Mahu tahu siapa aku?"

Aku panik. Siapa dia yang sebenarnya?

Suaranya... Seakan. Seperti. Seseorang. Yang aku. Kenali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience