Amelia duduk seorang diri di luar Makmal. Menunggu ketibaan Jobi. Dia sudah tunggu sejak dari jam 5 pagi lagi. Batang hidung Jobi masih belum terlihat.
"Mana lah Jobi ni. Kata nak datang pagi. Kerja da nak start da ni. Tak sempat aku nak salin pakaian tu kalau lambat macam ni.".
Amelia pandang jamnya. Masih menunggu seorang diri luar Makmal itu. Beg sandang diletakkan di bawah. Terasa lama mengangkat beg itu. Peluh di pipi sudah terlihat sedikit. Kesal Amelia kerana datang terlalu awal.
"Kereta sape pula ni?".
Amelia nampak kereta Zenvo STI di depan luar Makmal. Amelia endahkan saja. Namun sudah terpegun dengan kemewahan kereta itu.
"Cantik nye kereta tu. Kalau lah aku ada kereta macam ni, bangga mak bapak aku.".
Berkata sensiri Amelia di hati. Impian keretanya selama ini berada di depan mata. Mahu saja dia mengambil gambar bersebelahan dengan kereta itu. Ditahan kuat hatinya. Dia juga ada sifat pemalu. Dia biarkan saja kereta itu di sana.
Amelia duduk kembali. Amelia berdiri sekejap. Hanya untuk melihat kereta bewarna putih itu. Orang yang memandu kereta itu pula masih belum keluar.
"Kereta siapa ni? Aku tak pernah nampak pula kereta ni kat sini sebelum ni.".
Kedua kali berkata sendiri di hati. Dia tidak pernah nampak kereta itu sebelum ini. Tiba-tiba saja muncul di sini.
"Tak kesah lah.".
Amelia endahkan kereta itu. Tidak mahu terus-terus fikir kereta cantik itu. Dia tidak mahu menambahkan kusut. Amelia sudah kusut menunggu Jobi yang masih belum mumcul-muncul. Tidak mahu lagi dia terus fikir dengan kereta itu.
"Hello miss?".
Seorang lelaki sekarang di depan mata Amelia menegurnya dengan nada lembut. Lelaki itu yang memiliki kereta Zenvo STI. Badannya sado. Jambangnya penuh di pipi dan mulut. Memakai anting-anting warna hitam di telinga. Jam tangan diperbuat dari emas asli. Berketinggian 180 lebih.
Amelia mengelamun sebentar melihat lelaki itu. Begitu kacak wajah lelaki itu. Tinggi lampai. Sekali imbas dua tiga kali seperti artis Hindustan.
Amelia lupakan Jobi. Terlupa juga semua pesan Guna. Matanya tidak berhenti memandang lelaki itu.
Ajkar nama lelaki itu. Kini Ajkar rasa pelik. Amelia yang kacukan Rusia itu memandangnya tidak henti.
"Miss?".
Panggil Ajkar sekali lagi selepas tidak tahan dilihat terus-terus oleh Amelia.
"Oh mak kau jatuh tergolek".
Amelia terkejut. Latahnya di mulut terkeluar. Dia tunjukkan sikap kampung. Memang Amelia lama tinggal di kampung.
Ajkar pula ketawa sinis. Tidak tahan melihat muka Amelia. Matanya besar kalau melatah. Beg yang dipegangnya terjatuh ke lantai. Tangan pula menghala ke kanan tiba-tiba. Boleh dikatakan macam mak cik-mak cik.
"Oh orang Melayu".
Ajkar sangka Amelia orang luar. Disebabkan kulit Amelia putih mulus dan matanya warana biru. Ajkar masih senyum terhadap Amelia. Masih tidak lupa dengan latah Amelia.
"Ya saya Melayu. Apesal!?".
Amelia sudah terbiasa dikatakan begitu. Dia juga tahu yang dia ada kacukan Rusia. Ibunya orang Rusia dan bapanya orang Melayu.
"Kat mana tempat ni?".
Ajkar beri gambar Hotel kepada Amelia. Nama Hotel itu Fabeles Hotel. Amelia pula tidak lihat gambar itu. Malah mengambil begnya yang jatuh ke bawah.
Dia bangun tidak lama kemudian. Amelia lihat terus gambar yang ditunjukkan Ajkar itu.
"Kalau saya tak silap Hotel ni ada kat Sebelah je. Masuk kiri. Jalan terus. Depan tu tempat Hotel ni.".
Amelia tahu Hotel itu. Dia tidak mahu Ajkar terus terpampang di sini. Cemburu Jobi nanti.
"Thank You.".
Ajkar memakai kaca mata hitamnya kembali. Dia menuju ke tempat letak keretanya. Amelia yang disapanya hanya memandang pergerakan Ajkar. Hatinya tetap tahan dengan ketampanan Ajkar.
"Siapa lah lelaki ni? Kacaknya. Kalau lah suatu hari nanti aku dapat laki kaya macam ni. Best nyeerr. Eh. Kau cakap apa ni. Jobi kau nak letak mana.".
Jobi dan Amelia hanya kawan biasa. Jobi pernah luahkan perasaannya kepada Amelia. Dia sanggup tunggu keputusan Amelia. Jobi hanya berlagak di depan Amelia. Sebenarnya dia ternanti-nanti jawapan Amelia. Sudah dua tahun dia menunggu. Amelia tetap mahu hubungan mereka sekadar kawan.
"Lia.".
Terdengar suara Jobi dari belakang. Amelia tolehkan kepalanya melihat Jobi. Di tangan Jobi ada plastik besar. Mungkin berisi kain yang harus dipakai oleh Amelia hari ini.
"Lambatnya sampai. Nasib masih sempat. Dah bagi sini baju tu. Aku nak ganti. Da nak jam 6 da ni. Karang Prof marah aku, tak pasal-pasal kena buang kerja.".
Amelia tidak gembira melihat kehadiran Jobi. Jobi sudah janji yang dia mahu datang lebih awal.
"Sorry lah. Tadi kat jalan jem sikit lah. Jam-jam macam ni kan memang da nak start jem. Jadi aku lambat lah. Ni baju tu"
Jobi mencipta alasan sama. Amelia pula sudah tahu memang itu alasan yang dikeluarkan oleh Jobi. Dia hulurkan plastik besar itu kepada Amelia. Amelia ambil cepat plastik itu dari tangan Jobi. Dia perlu segera tukar pakaian sebelum Guna sampai.
"Ok. Ok. Tak pe Jobi. Aku ganti baju dulu. Kau tunggu lah aku kat office. Nanti aku datang.".
Airah lari pantas. Dia ke arah bilik mandi. Hanya di sebelah kanannya saja bilik itu.
"Da gila ke apa baju macam ni Jobi nak aku pakai. Pendek sangat ni.".
Pakaian itu nampak biasa saja. Amelia saja yang melebih-lebihkan. Baju berkemeja putih dan ber-skirt warna hitam.
Amelia berfikir dua kali untuk memakai baju itu atau tidak. Baju itu hanya di depan mata. Amelia memegang kepalanya sambil memlih baju itu.
"Kalau aku tak pakai baju ni, confirm hari ni aku kena buang. Aduh paksa je lah pakai baju ni.".
Amelia buat keputusannya. Dia akan memakai baju itu walau dia sekarang tidak nampak selesa. Dia masuk bilik mandi menukar pakaiannya. Plastik yang dibawa Jobi dipegang.
^^^
Jobi masih tunggu kedatangan Amelia. Nora pula sedang melayan telefon. Memang Jobi dan Nora tidak mesra. Bukan seperti dia dengan Amelia.
Nora lihat Jobi saja mahu termuntah. Inikan pula mahu borak. Pasti ditendang saja Jobi nanti.
"Suara apa tu?".
Jobi terhenti dari menulis. Nora pula berhenti bercakap dari telefon itu. Terganggu telinga mereka dengan bunyi tapak kaki seseorang.
Amelia perlahan-lahan datang ke arah Jobi. Proffesor Guna pula masih belum datang. Amelia sangat berubah sekarang. Nora pula menjeling saja Amelia. Dia nampak biasa saja Amelia.
"Cantiknya kau Lia. Sumpah cantik sangat.".
Jobi tidak henti-henti memandang Amelia sekarang ini. Dia berdiri dari pejabatnya. Dia pergi dekat dengan Jobi.
"Jangan lah cakap macam tu. Aku tengah tak selesa dengan baju ni sekarang. Kau pula puji aku lebih-lebih.".
Dia elakkan dengan pujian daripada Jobi. Dia tidak mahu dipuji seperti itu. Baju itu sangat ketat.
"Ok lah. Kau duduk lah kat office kau dulu. Siapkan semua catatan yang kau dapat dari analisis bahan-bahan kimia tu. Nanti Prof nak tengok.".
Jobi berhenti memuji Amelia. Dia faham perasaan Amelia sekarang. Dia puji saja di hati. Walaupun sekarang ini di hadapannya seperti bidadari. Dia tahan dengan kuat.
"Macam lah dia tu cantik sangat.".
Suara kecil Nora terdengar. Tapi hanya Jobi saja yang dengar. Amelia pula menundukkan kepala. Dia pergi ke pejabatnya untuk lihat analisisnya semalam.
Selepas saja Amelia gerak dari pejabat Jobi, dia menghala pula ke tempat Nora. Tidak puas dengan sindiran Nora itu terhadap Amelia.
"Nora. Jujur aku nampak kau memang cantik.".
Senyum Nora. Pennya digigit di mulut. Tidak tahan dengan pujian Jobi itu. Dia sendiri tidak pernah dipuji Jobi seperti itu.
"Tapi aku nak pesan satu ja kat kau. Muka tu biarlah sama dengan gaya. Jangan muka cantik gaya hodoh".
Sinis ketawa Jobi. Puas dia sindir Nora. Dia kembali ke tempat duduknya. Buat apa yang diarah oleh Guna semalam.
"Ish. Macam lah dia tu bagus sangat.".
Nora juga tidak mahu kalah. Dia sengaja kuatkan suaranya supaya Jobi boleh dengar. Geram sekarang ini dia lihat Jobi.
"Selamat pagi Prof?".
Nora berdiri dari kerusinya. Di depannya sekarang adalah Guna. Guna sudah sampai ke Makmal itu. Cepat-cepat Nora kemaskan bajunya yang sedikit kelihatan kusut. Disebabkan lama duduk di mejanya.
"Nora. Tolong panggilkan Amelia sekarang. Saya tunggu kat office."
Guna mencari Amelia. Dia mahu lihat sama ada Amelia patuh dengan arahannya atau tidak.
"Baik Prof.".
Nora masih berdiri tegak. Dia menunggu Guna sampai masuk ke dalam. Lama sedikit dia berdiri.
Selepas Guna masuk, dia berjalan ke arah bilik Amelia. Kata-kata Jobi masih diingat. Dia masih tidak puas hati.
"Amelia Prof nak jumpa kau.".
Nora jalan cepat selepas dia sudah panggil Amelia di dalam bilik. Tidak mahu dia berlama-lama di bilik Amelia itu.
Amelia pula tundukkan kepala. Dia sendiri kenal dengan sikap Nora. Begitu kuat dengki.
Amelia pergi ke pejabat Guna. Dia masih tidak selesa dengan jalannya. Dia paksakan jalan begitu. Demi Guna. Tidak mahu dia dibuang kerja.
"Prof. panggil saya?".
Tanya Amelia. Dia tidak lupa juga tunjukkan pakaian barunya itu. Senyum juga dilontarkan ke arah Guna.
"Amelia. Hari ni saya nak awak pergi analisis beberapa bahan atom yang saya da bagi dekat Jobi tu. Saya kena keluar sekarang. Esok saya akan datang balik. Saya kena gerak dulu. This emergency. Sebelum saya pergi, saya nak pesan kat awak, buat kerja elok-elok tu.".
Guna keluar dengan cepat. Dia terasa lambat sekarang ini. Ada benda yang dia kena buat. Dia terpaksa tinggalkan Makmal. Diarahkan juga kerja kepada Amelia.
"Prank ke apa sekarang ni. Aku rasa macam bodoh dah pakai baju ni.".
Amelia bercakap sendiri. Dia rasa dipermainkan. Guna pula langsung tidak memuji bajunya. Langsung pergi dari office. Menyampah yang dia rasakan sekarang.
Share this novel