BAB 19

Drama Completed 5869

“Issabella …,”

“Please get out Is before I call the security,” arah Laila

Mahfis melangkah keluar dari pejabat Laila dengan hati yang remuk. Orang yang selama ini dicintai menolak cintanya. Walaupun dua belas tahun tahun dia cuba menyemai perasaan benci tetapi perasaan sayang tetap ada.

Laila meraup wajahnya. Perasaan kecewa Mahfis tidak dapat diubati kerana dia cuba belajar mencintai Hasby Hatta. Perlahan-lahan telefon bimbitnya dikeluar dan nombor Hasby didail.

“Hello abang. I love you,” kata Laila

“ Kenapa nie sayang? Tiba-tiba cakap I love you dekat abang nie,”Airel bertanya. Pelik rasanya apabila isterinya itu melafazkan kata-kata indah seperti itu.

“ Tak ada apa,saja nak cakap. Ntah kenapa rindu pulak,”

“Akak gatal,” tiba-tiba suara Fezrol menerjah masuk.

“Razlan,”jerit Laila lalu menamatkan panggilannya. Malu rasanya apabila Fezrol mendengar luahan perasaannya kepada Airel.

Hasby yang baru melangkah masuk ke dalam rumah yang baru seminggu mereka diami tersenyum melihat Laila sedang berbaring di sofa dengan masih berpakaian kerja. Mungkin penat kerana pagi tadi Laila ada menyatakan bahawa wakil dari Perancis ada datang ke syarikatnya. Dia duduk di pinggir sofa dimana tempat Laila berbaring. Wajah jelita itu dipandang sepuasnya.

“Te amo senorita,” bisik Hasby ditelinga Laila. Dia mengucup pipi mulus itu sebelum mengangkat Laila ke bilik.

Tubuh yang keletihan itu dibaringkan ke katil sebelum dia melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Ketika dia keluar Laila masih lagi terlena. Dia ingin mengejut isterinya itu tetapi kesian pula melihat wajah letih Laila. Tambahan pula Laila sedang ABC ketika ini. Dia mengetahuinya ketika mengejut Laila pagi tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience