28

Romance Series 10716

"Fea" panggilan Taylor menyedarkan Fea.

Langkah Taylor terhenti saat melihat suasana hangat di hadapannya. Telinganya memerah.

Ed segera melepaskan rangkulannya terhadap Fea.

Taylor menatap tajam kearah Ed tanda tidak senang dengan tindakkan Ed sebentar tadi terhadap Fea.

"Ek, thanks" ucap Fea kekok. Jika Ed tidak membantunya tadi, mungkin dia sudah terjatuh.

Fea menoleh kebelakang, melihat gaung yang agak curam, ngeri. Apa akan terjadi jika Ed tiada disitu? Mungkin dia sudah jatuh dan kaki tangannya patah, ataupun dia mungkin sudah mati.

Fea menjarakkan kedudukkannya dengan Ed.

"Saya tak tahu apa akan jadi kalau Ed tidak selamatkan saya tadi" luah Fea seraya mengusap belakang tengkuknya.

Dahi Taylor berkerut. Dia menghampiri Fea. Melihat Fea yang asyik memandang ke arah gaung, membuat dia tidak sedap hati.

"Awak ok tak?" soalnya dengan rasa tanggungjawab terhadap Fea.

Fea mengangguk pantas.

"Mari kita masuk" Taylor menarik tangan Fea pergi dari situ tanpa menoleh sedikit pun kearah Ed.

Dia langsung tidak percayakan Ed. Dia tahu niat sebenar lelaki itu.

.
Fea kembali duduk di sisi Fiona dan Della.
"Kenapa ni?" Fiona perasan dengan perubahan wajah Fea. Wajah rakannya itu nampak pucat.

"Fea hampir jatuh ke gaung" sela Ed yang datang menghampiri mereka semua semula.

Sudah tentulah yang lain ikut terkejut terutama Rey.

Fiona menatap tajam kearah Ed.

"Are you alright, Fea?" soal Rey masih dengan riak terkejut.

Fea kemudian mengangguk pantas.
"I'm good papa" sahut Fea yakin walaupun jantungnya masih berdegup laju.

Taylor yang berdiri tidak jauh dari Rey, menatap tajam ke arah Ed.

"Nasib baik Ed ada disitu, kalau tidak..Fea tak tahu apa nasib Fea masa tu" luah Fea dengan tonasi suara separuh bergetar.

Fiona yang duduk disebelahnya, menggenggam erat tangan Fea seolah-olah memberi kekuatan. Manakala Della bangun dan duduk di samping kanan Fea membuatkan kedudukan mereka berubah dan sekarang giliran Fea pula berada ditengah-tengah.

Della mengusap lembut belakang tubuh Fea.
"Syukur awak selamat" ucap Della sambil menarik nafas lega.

"Terima kasih Ed. Kalau kamu tak berada disitu tadi, sesuatu yang buruk mungkin berlaku pada Fea. Uncle betul-betul berhutang nyawa dengan kamu " luah Rey jujur. Dia betul-betul terhutang budi dengan lelaki itu.

Ed tersengih.
"Kebetulan saya ada disitu" sela Ed merendah diri.

Rey bangun. Dia berjalan menghampiri Ed lalu menyentuh lembut bahu anak muda itu.

Ed memandang sekilas kearah tangan berusia Rey sebelum tersenyum.

"Pasal Drake tu, uncle minta maaf. Kamu serahkan segalanya pada uncle. Uncle tahu bagaimana mahu beri pengajaran padanya."
mendengar ayat itu terpancul di bibir Rey membuatkan hujung bibir Ed terangkat.

Dia berharap sangat Drake dipenjarakan disini dan mendapat hukuman yang setimpal kerana menculik Fiona dengan niat.

.

Fea terbaring di atas katil sambil satu tangannya diletakkan pada dahi. Matanya memandang tepat ke lelangit ruangan kamar biliknya.

"Apa yang kau fikir?" Della duduk di birai katil disebelah Fea.

Terdengar satu keluhan berat keluar dari mulut Fea. Dia sendiri bingung dengan apa yang telah berlaku.

Siapa dalang yang telah mengupah Frank untuk menculik Fiona?

"Kau rasa, siapa yang telah menculik Fi?" soal Fea pelan.

"Frank Alexander" jawab Della spontan.

'Bukk!'
"Aduh! Kau dah kenapa, Fea?"
Della mengerang selepas dipukul dengan bantal oleh Fea.

"Kau ni, aku serius tapi kau boleh main-main pulak!" marah Fea geram.

"Betul la apa yang aku cakap tu. Memang Frank yang culik Fi, kan!?"

Sekali lagi Fea mengeluh. Ternyata Della ini lembam juga ya! Gerutu Fea dalam hati.

"Ye, aku tahu Frank yang culik Fea. Tapi atas arahan siapa?" sela Fea lantas duduk dan bersandar di kepala katil.

"Kan semalam kita dah tahu, Abang Drake yang lakukan semua ni"

Fea mencerlung tajam ke arah Della.
Dia tak fikir itu perbuatan abangnya. Dia kenal Drake walaupun hubungan mereka tidak pernah rapat sejak dulu. Abangnya memang seorang yang tegas, tampak garang dan menyebalkan. Tapi sebenarnya dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa.

Dia harap, semua itu hanya fitnah.

*

Drake masih ditahan reman untuk beberapa hari.

Drake bersandar di dinding sambil mencangkung. Kedua tangannya menekap di kepala.

Derapan sepatu mendekat mendekati selnya.
Muncul susuk seorang lelaki berpakaian lengkap sebagai warden penjara.

"Drake, ada seseorang ingin berjumpa dengan kamu" suara petugas tersebut.

Dahi Drake berkerut.
'Siapa?' soalnya dalam hati.

Tangan Drake digari dan dia dibawa ke ruangan menunggu.

Ceklek!
Suara bukaan pintu itu mengejutkan Drake. Dia lantas mendongak.

"Andrew" suaranya dengan bunga senyuman.

"Tuan tak apa-apa?" Lelaki itu duduk berhadapan dengan Drake.

Andrew merupakan mata-mata Drake di Ireland. Tidak ada sesiapa pun yang menyedari kehadiran lelaki itu di sini selain Drake.

"Saya baik-baik saja. Bagaimana keadaan diluar?" Drake cuma risau keadaan papa dan adiknya. Harapannya hanya ada pada Andrew dan Taylor sahaja.

Tapi, Andrew hanya mata-mata. Dia hanya mengawasi mereka dari jauh. Tapi Taylor pula mengawasi kedua mereka dari dekat.

Andrew dan Taylor saling mengenali cuma Taylor tidak tahu akan kehadiran Andrew selama ini di Ireland.

"Nampaknya lelaki tu mula memainkan peranan, Tuan. Saya pasti, dia ada agendanya yang tersendiri." jawab Andrew.

"Apa maksudmu?" Dahi Drake berkerut.

"Lelaki tu seperti cuba meraih perhatian Cik Fea. Saya rasa, dia cuba untuk buat Cik Fea jatuh cinta padanya"

Mendengar penjelasan Andrew, membuat rahang Drake mengejang.

"Bagaimana kau boleh berkata demikian? Kau ada bukti?"

Andrew menyeluk saku seluarnya. Dalam masa yang sama, warden yang bertugas mahu melarangnya dari mengeluarkan sesuatu dari saku seluar. Mereka tidak mahu barang terlarang dan berbahaya ada disitu.

Andrew segera mengangkat satu tangan lalu mengeluarkan iphone miliknya.

Melihat barang yang dikeluarkan Andrew selamat, warden tersebut menapak semula kebelakang.

Andrew memutarkan video rakamannya semalam.

Tangan Drake terkepal kuat lantas,

'Bammm!!!' Dia menghentak meja dengan kuat.

Drake mula gelisah ditempat. Dia tidak suka adiknya rapat dengan lelaki tak guna itu. Dari awal lagi dia mengenali Ed. Dia tahu siapa lelaki itu yang sebenarnya. Luaran sahaja nampak baik, tapi hakikatnya, tidak sama sekali.

"Tuan, saya sendiri akan beri keterangan pada lawyer Tuan. Saya ada bukti yang kukuh yang Tuan tidak bersalah. Dan saya juga tahu, ada seseorang yang cuba menjadi gunting dalam lipatan Tuan."

Drake menoleh. Wajahnya sudah merah padam.

"Apa maksud kamu, hah!?" Drake sudah tidak dapat mengawal keadaan lagi. Dia mahu keluar dari sini. Walaupun ada Taylor dan Andrew yang menjaga dua orang kesayangannya di luar sana, tapi masih tidak cukup jika dia tidak ikut serta.

"Siapa yang kamu maksudkan?" Drake menatap tajam ke arah Andrew.

Sekali lagi Andrew memainkan video rakaman lalu ditolak perlahan ke hadapan Drake.

Walaupun video itu hanyalah melalui perbualan telefon, namun dia boleh mendengar dengan jelas butir bicara bagi sebelah pihak dan tembelang mereka sudah pecah!

"Andrew, dengar kata aku." Drake sudah tidak dapat menahan sabar. Tahap marahnya sudah meningkat ke tahap maksimum.

"Aku nak kau hubungi Pendakwa Raya Eun Sol" Andrew tahu maksud tuannya.

"Baik, Tuan." Andrew bangun lantas keluar.

'Bammm!!!'
"Damn it!" Drake mengakui semua ini atas kesilapannya. Kenapa dia tidak perasan semua ini sejak dari awal lagi?

Patutlah Andrew berkata begitu padanya. Ternyata mata-matanya itu mempunyai bukti yang sangat kukuh, bukan setakat tekaan semata-mata.

Bersambung...

Mohon maaf reader sekalian. Saya terlalu sibuk dengan kerja hakiki sejak beberapa bulan ini. Harap reader-reader sekalian memahami. Saya akan terus update walaupun sibuk demi readers tersayang. Saya tinggalkan kalian dahulu dengan update terbaru saya kali ni. Adakah anda tahu siapakah dalang yang berada di sebalik penculikkan Fiona?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience