Hana Aishah merenung bangunan pencakar langit yang sedang dia lintasi. Satu per satu bangunan yang masih terang dengan pelbagai cahaya dia lalui.
Malam isnin itu kereta tidak banyak di atas jalan raya di ibu kota. Lengang sahaja jalan dia lihat. Kesunyian malam itu seperti memahami hatinya yang sedang berduka.
Air mata yang menjadi penemannya semenjak isyak tadi mengering jua. Penat barangkali perigi air matanya mahu mengeluarkan apa - apa sisa yang berbaki. Yang tinggal dengannya saat itu adalah kekecewaan.
Fakhrul yang sedang memandu tenang itu diam membisu. Untuk itu Hana Aishah bersyukur. Tadi sewaktu lelaki itu memberitahunya mereka akan singgah mengambil Adam sebelum kembali ke rumah Kapten Azam , Hana Aishah sudah tiada kuasa mahu bertekak dengan lelaki itu.
Dia terlalu penat dengan emosinya. Wajah ibunya yang terbaring di CCU dengan segala jenis macam wayar bermain di dalam mindanya. Wajah pucat Teacher Basirah yang bernafas dengan bantuan alat pernafasan membuatkan sakit di dadanya kembali.
“Mak janji. You promise me. Please wake up” kata - kata yang dia bisikkan ke telinga Teacher Basirah meniti bibirnya memecah kesunyian di dalam kereta lelaki itu.
Matanya terasa terik kerana Hana Aishah sudah tidak mampu mengeluarkan air mata tetapi hatinya sakit.
“Sayang. Sayang kena doa. We dont know anything yet. Once they’ve wake her up , we’ll know ....” kata - kata pujukan Fakhrul dipotong laju oleh Hana Aishah.
“Just stop talking” keluhan berat Fakhrul kedengaran saat Hana Aishah membalas. Tangan yang tadi dia taut di tangan isterinya sepantas kilat di tarik kasar.
Hana Aishah memejamkan matanya cuba merehatkan mindanya tetapi gagal sekali lagi. Segala memori bersama ibunya bersilih ganti dengan wajah ibunya yang terbaring di katil CCU tadi.
Masa berjalan terlalu perlahan. Air matanya tidak kunjung tiba jua. Saat Fakhrul menghentikan kereta di sebuah kondominium di ibu kota, kakinya laju mahu melangkah keluar.
“Sayang” sekali lagi suara yang membuatkan hatinya kucar kacir menegur. Hana Aishah sedang membongkok diri di sebelah kereta BMW itu. Matanya dipejam rapat sebelum nafasnya ditarik panjang dan dihembus perlahan melegakan sesak di dada.
Fakhrul menarik Hana Aishah ke dalam rangkulannya. Sesak di dada Hana Aishah perlahan - lahan menghilang. Kepalanya terasa ringan untuk seketika.
“You havent been crying since we left the hospital. Abang risau” Hana Aishah masih sedang cuba melaraskan penafasannya waktu kata - kata itu meniti di bibir Fakhrul.
“You can talk to me. At least sayang lega sikit” Fakhrul memujuk lagi. Hana Aishah dapat rasakan kucupan di kepalanya.
Beberapa minit berlalu and hati Hana Aishah yang keresahan tadi perlahan - lahan tenang. Sekali lagi dia terpaksa merendahkan egonya dan mengambil ketenangan yang lahir daripada lelaki yang setiap genap sel tubuhnya benci itu.
*****************************
“Babah miss you. I miss you baby boy” saat Emir membuka pintu kondominium mewah itu , kaki Fakhrul terus meluru mencari insan yang dia rindui itu.
Adam yang sedang terbaring meniarap di atas sofa itu terus dia kendong dan peluk. Baru sehari suntuk tidak bertemu hati Fakhrul sudah tidak tenang.
“I`ve wanted you since before you were born and I finally get you. I can’t be away from you” Fakhrul berbisik penuh rindu di telinga anaknya yang masih terlentok lena itu. Haruman tubuh itu dihirup berkali – kali.
Anak lelaki yang berbaju tidur kartun itu berdengkur halus menandakan kepenatan. Fakhrul yakin yang Adam yang aktif itu terlelap kerana terlalu penat bermain seharian dan dia cemburu kerana dia tidak dapat menyaksikan ligat anaknya.
“Hana” suara Emir mengejutkan Fakhrul daripada termenung melihat anaknya. Matanya yang tadi difokuskan pada Adam dihalakan ke arah Hana Aishah yang sudah berada di dalam pelukan Emir. Dia menahan rasa melihat adegan itu. Bukan lagi cemburu buta yang dahulu tetapi pedih kerana dia bukan tempat isterinya meluahkan rasa.
“Oh God Hana. Please don’t cry like this. You`re worrying me” suara Emir yang penuh risau itu memujuk. Lagi kuat esakan Hana Aishah kedengaran saat itu.
“I cant lose her. I just got her. After …. After ….” Tergagap – gagap isterinya mengadu dalam esakan yang semakin kuat itu.
“After 4 years Em. She cant go” Emir menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Erat. Seerat yang Fakhrul mahu peluk tetapi tidak sudi disambut isterinya.
“Hana. We don’t know anything yet sweetheart” Hana Aishah menggeleng kuat mendengar pujukan Emir.
“No. She`ll leave me like how he did” suara kecewa Hana Aishah meruntun jiwa Fakhrul. Kesakitan yang ditanggung isterinya dapat dia rasai. Fakhrul tahu Hana Aishah sedang berbicara tentang anak sulung mereka.
“Stay the night here. I`m not living you alone in this state” kata putus Emir membuatkan Fakhrul tidak senang duduk. Melihat adegan di hapadannya pun dia sudah panas punggung lagi pula hendak melihat Hana Aishah bermalam di situ.
Fakhrul sudah mengigit bibirnya menahan diri daripada menuturkan bicara. Mindanya ligat memikirkan cara untuk membawa anak isterinya pergi daripada kondominium mewah itu tanpa menaikkan amarah isterinya tetapi dia buntu.
“Mika has been calling me since morning. He`s worried about you. You didn’t pick up his call” ini lagi satu punca keresahan Fakhrul. Pagi tadi saat ibu mertuanya di tolak ke dalam dewan bedah, Hana Aishah hilang kerana menjawab panggilan telefon yang Fakhrul pasti daripada seorang lagi lelaki misteri.
“I miss you Mika. I wish you were here with me but I can’t be selfish right. You need this. I want you to have this. Remember how you always tell me you want to relive what your dad did. So for your dad, please complete the course. Hana tunggu Mika ok. And Hana tahu doa Mika sentiasa ada dengan Hana walaupun Mika jauh” suara lembut isterinya yang dia rindui itu sudah bertukar pemilik. Suara yang selalu dihadiahkan untuknya sekarang sudah menjadi milik lelaki lain. Perbualan Hana Aishah dengan lelaki bernama Mika itu lebih menggusarkan hatinya daripada melihat Emir dan Hana Aishah.
“Thank you for everything Mika. I don’t know what I`ll do without you. I love you” kata – kata penamat Hana Aishah yang membuatkan harapan Fakhrul untuk menyelamatkan rumah tangganya goyah sebentar. Sudahlah memang semenjak pagi tadi dia terasa hati dengan isterinya yang pandai – pandai membuat keputusan untuk meletakkan Adam di bawah jagaan Emir sekarang mendengar perbualan telefon ini pula.
“I wanna lie down. My head hurt so much” aduan isterinya itu disambut dengan senyuman ikhlas Emir sekaligus membawa Fakhrul kepada masalah baru yang akan bermula ini.
“Cause you`ve been crying Hana. Hmmm, you`re just so stubborn and always like to cause harm to yourself. When are you going to stop hurting yourself” Emir membebel sambil memimpin tangan Hana Aishah menuju ke salah sebuah bilik tidur di kondominium itu.
“Hana tidur ok. I`ll take care of you and Adam while you rest. Nobody is going to hurt you” pujukan Emir membuatkan hati Fakhrul semakin menggelisah. Melihat Hana Aishah menuju ke dalam bilik dengan Emir yang hanya berseluar pendek dan bersinglet itu benar – benar menggusarkan hatinya.
“Sayang” Fakhrul menahan suaranya supaya emosinya tidak jelas kelihatan. Kaki Hana Aishah yang tadi melangkah berhenti sebentar. Jelingan Emir ke arah Fakhrul tidak Fakhrul endahkan. Dia tahu dia berdosa kerana menjadikan Hana Aishah sebegitu dan dia tidak mahu Hana Aishah terus hanyut dalam kehidupan sebegitu.
“You can go. I `ll take care of them” tegas suara Emir kedengaran dan Fakhrul menahan diri daripada mengeluarkan kata – kata yang akan mengeruhkan hubungan dia dan isterinya.
“Abah will be waiting for us” jalan terakhir yang terpaksa dia gunakan. Dia tahu langkahnya murah tetapi saat ini hanya itu sahaja yang akan membuatkan Hana Aishah mendengar katanya.
Hana Aishah berdiri di situ tanpa bergerak. Tiada bicara mahupun suara yang keluar. Dalam setiap detik yang berlalu, Fakhrul dapat merasakan debaran di dadanya semakin kuat. Adam masih tidur lena di tidak mengendahkan ketegangan yang sedang memuncak di ruangan itu.
“Hana no. Don’t listen to him” nafas kelegaan Fakhrul helakan saat melihat kaki isterinya yang bertukar arah itu.
“You`re such an ass” untuk hari itu makian Emir dipadamkan dari mindanya. Dia perlu membawa Hana Aishah dan Adam keluar daripada situ.
Adam dikendongnya berhati – hati sebelum kakinya diberdirikan. Dia memandang ke arah Hana Aishah yang kembali seperti robot. Air mata yang tadi mengalir sudah mengering sebelum tangan isterinya lincah mengutip barangan Adam yang bergelimpangan yang pasti anak mereka sepahkan sebelum tidur.
“Hana. You`re not seriously going with him” suara Emir sudah naik satu oktaf tetapi bibir Hana Aishah tetap membisu.
“Hana. I`m talking to you” Emir mengulangi tegang.
“I`ll call you tomorrow ok” Hana Aishah membalas apabila segala barangan Adam sudah dimasukkan ke dalam beg galas berwarna hitam itu.
“No. You`re not going” Emir menarik tangan Hana Aishah sudah menuju ke pintu kondominium itu.
Keluhan berat dilepaskan Hana Aishah sebelum sekali lagi tubuh Emir dipeluk erat. Wajah Emir yang tadi tegang berubah raut. Jelas kerisauan di sebalik wajah itu dan Fakhrul tidak menyukai sedikit pun segala yang sedang berlaku ini.
“You are not ok. Don’t go. I`m worried about you” terlalu lama pula Fakhrul rasakan Hana Aishah berada di dalam pelukan lelaki itu.
“I will be. Em doakan Hana ok” Hana Aishah merenung tenang ke arah Emir sambil menutur kata – kata yang kedengaran terlalu tenang untuk seorang wanita bernama Hana Aishah yang baru sahaja menangisi ibunya.
“Please Hana. Just this once think about you. Not even Adam. Just you” kata – kata Emir yang semakin lama semakin mendesak itu membutakan kaki Fakhrul bergerak menuju ke arah isterinya. Fakhrul mengambil beg sandang yang mengandungi barangan anaknya daripada tangan isterinya sebelum disandang ke bahu.
“Its getting late. Nanti abah tak tidur tunggu kita” suara tenang Fakhrul berbicara sekaligus tangan isterinya dipaut.
“You`re such an ass right. You don’t even care about her. You ….” Sebelum sempat Emir menghabiskan bicara Hana Aishah laju memotong.
“Em. Please” Emir mengeluh kasar sebelum lelaki itu melangkah pergi menuju ke bilik yang mahu ditujui isterinya dan Emir sebentar tadi. Untuk itu Fakhrul menghelakan nafas kelegaan.
“Jom sayang” Fakhrul memanggil Hana Aishah yang hanya menunduk semenjak tadi sebelum menarik tangan isterinya. Hana Aishah membuntuti Fakhrul seperti robot. Tiada bicara, tiada kata hanya kebisuan. Walaupun Fakhrul risau tetapi biar mereka sampai di rumah mertua Fakhrul baru lelaki itu memikirkan cara untuk membetulkan semula keadaan.
“Sayang nak makan dulu tak. You only had that nasi goreng throughout the day. Nanti sayang gastritis pulak” tiada jawapan hanya kebisuan menjadi jawapan saat Fakhrul bertanya sewaktu mereka menaiki lif menuju ke lobi. Wajah yang seperti patung tanpa emosi itu Fakhrul tenung sepanjang lif itu turun menuju ke tingkat G.
Fakhrul menyerah beg Adam ke arah penyambut tetamu yang sudah mengambil keretanya yang diparking di lobi itu. Pintu belakang kereta yang sudah terbuka itu ditujunya sebelum dia membaringkan Adam di kerusi bayi yang dibeli pembantunya beberapa hari lepas. Lega dia melihat Adam yang masih tidur nyenyak itu.
“Sayang teman abang dekat depan ok. Adam dah tidur tu. I don’t think he will want to feed on the way home” suara Fakhrul diceriakan sewaktu dia memberitahu isterinya yang masih berdiri seperti patung di sisi kereta BMW itu.
Pintu penumpang dibuka sebelum Hana Aishah menurut tanpa bicara. Fakhrul menarik nafas dalam mengumpul kesabaran menghadapi perangai Hana Aishah yang ini. Hampir dua tahun mereka hidup sebumbung sebagai suami isteri Fakhrul tahu ini adalah cara Hana Aishah memprotes. Apabila isterinya tidak mampu melawan menggunakan kata – kata , kebisuan akan menjadi hukuman untuk Fakhrul. Seperti saat ini.
“Give me patience Ya Allah. Kau lembutkan hati isteri aku” Fakhrul berbisik perlahan sebelum menuju ke tempat pemandu dan tidak sampai beberapa minit mereka sudah memasuki lebuh raya menuju ke rumah mertuanya.
“We`ll stop by at drive thru ok. Sayang suka Mc Chicken kan” tiada jawapan balas tetapi Fakhrul masih meneruskan bicaranya. Sampai bila mereka kena terus begini.
“Remember our second morning as husband and wife, sayang merajuk tinggalkan abang and you went out with Along to buy your Mc Chicken” Fakhrul tertawa sendiri meneruskan bicara.
“I still remember how you pujuk me that night” Fakhrul terus – terusan mengusik dan Hana Aishah masih diam membisu seribu bahasa.
“I miss going for breakfast with you. I miss every single thing about us” sebak yang cuba dibendung nampak jelas saat kata – kata itu dituturnya.
“Abang tahu abang tak layak dapat kemaafan sayang but abang tak mampu nak hidup tanpa sayang. 3 tahun cukup untuk abang tahu hakikat itu” teragak – agak tangan kiri Fakhrul mencapai tangan Hana Aishah. Sejuk tangan itu di rasakan.
“Ish emotional pulak malam – malam ni kan” tangan Hana Aishah yang sedang bersandar sambil merenung ke luar jendela itu diusap perlahan. Matanya setiap beberapa minit akan lari mencuri memandang wajah yang dia rindui itu.
Sesampai mereka di MCD berdekatan rumah mertuanya, Fakhrul dapat melihat kereta yang beratur panjang. Sibuk restoran makanan segera itu.
“Abang turun belilah. Panjang sangat que. Sayang nak anything else other than Mc Chicken?” Fakhrul tersenyum tawar apabila pertanyaannya tidak berbalas. Beberapa minit berlalu dia hanya merenung Hana Aishah yang diam membisu. Keluhan berat dilepaskan sebelum dia melangkah keluar menuju ke restoran makanan segera itu.
Hatinya terusik dengan layanan isterinya yang beku itu tetapi dia tidak mampu mahu marah. Sepertimana dia terpaksa menahan rasa melihat Hana Aishah yang sudah jauh berubah kalau hendak dibandingkan dengan Hana Aishah dahulu yang sangat menjaga batas pergaulan, seperti itu dia terpaksa menebalkan muka dan hatinya menahan malu apabila Hana Aishah berkasar dengannya di hadapan ahli keluarganya.
Hampir lima belas minit dia terpaksa menunggu kerana seperti mana di luar , seperti itu sibuknya restoran makanan segera itu di dalam. Setelah memastikan segalanya telah dibeli, kaki Fakhrul melangkah menuju ke keretanya. Fakhrul melangkah menuju ke bahagianya tetapi saat di mendekati keretanya, Fakhrul dapat melihat isterinya yang sedang berbual di telefon bimbit.
“Its just so hard. I`m an anest Mika. I know the outcome. You cant fool me” esakan Hana Aishah kedengaran saat Fakhrul membuka pintu keretanya.
“No. I just.. Ya Allah. Its so hard” Hana Aishah sedang berbaring membelakangkan Fakhrul sambil bibir itu laju meluahkan rasa.
“I know. I know” Fakhrul melihat getaran tubuh isterinya yang menahan sebak itu.
“I`m just… My emotions is all over the place. I just want my mom back. The normal her. The one that will always hug me when things get too hard” suara sebak itu memecahkan kesunyian malam itu.
“I miss you. I want you here with me but I cant. I want you to finish this course. For once I want you to do things for you. Don’t think about me and Adam. I cant be selfish” suara isterinya yang cuba dikuatkan tetapi jelas sebak menyambung. Fakhrul merenung kea rah bulan yang terang malam itu.
“No. You promise me. Please just stay there ok” Hana Aishah memujuk lembut. Kalau dahulu suara itulah yang selalu memujuknya.
“I miss you too but if you come here before completing your course, I will blame myself for the rest of my life” itu kata – kata terakhir yang Fakhrul benarkan masuk ke telinganya sebelum dia mematikan segala perbualan Hana Aishah dan lelaki bernama Mika itu.
Memang sudah tiada ke harapan untuk mereka. Benarkah kata – kata Hariz yang Hana Aishah sudah move on. Hanya diakah sahaja yang masih mahu mempertahankan perkahwinan mereka ini? Dia mahu Hana Aishah bahagia tetapi untuk kehilangan Hana Aishah dan Adam dia tidak mampu. Bagaimana dia mahu meneruskan hidup sekiranya Hana Aishah pergi meninggalkannya.
Terlalu banyak persoalan yang bermain di mindanya sampaikan dia tidak sedar mereka sudah sampai ke rumah mertuanya. Entah bila Hana Aishah menamatkan perbualan dengan lelaki itu. Saat berlalu dan Fakhrul tenggelam dalam segala persoalan yang bermain di mindanya.
Dia melihat ke arah Hana Aishah yang membuka pintu kereta dan meninggalkan dia dan Adam yang masih tidur nyenyak di dalam kenderaan itu. Susuk tubuh isterinya yang kurus itu dilindungi jubah hitam yang digayakan Hana Aishah pagi tadi. Sepasang Kaki yang tinggi itu berjalan menuju ke dalam rumah tanpa memperdulikan dia.
“Bah. Babah” suara serak anak kecil yang menjadi pengubatnya memanggil sekaligus membuang segala kegusaran , kesedihan dan kekecewaan Fakhrul.
“When did you wake up sayang” Fakhrul tersenyum lebar melihat anaknya yang sudah bermata bulat merenungnya sambil menghisap jari.
“Up. Up” pecah tawa Fakhrul mendengar arahan bos kecil itu.
“But then can you help babah first?” Fakhrul bertanya dan wajah penuh tanda tanya Adam kelihatan.
*************************************
Hana Aishah solat subuh pagi itu berimamkan lelaki itu. Rasanya tidak tahu dia hendak ungkapkan. Bahagia itu tiada , rindu itu tiada. Hatinya sudah kebas barangkali. Sudahlah malam tadi Adam membuat perangai lagi. Mahu tidur dengan lelaki ini tetapi mahukan susu Hana Aishah. Sudah elok – elok dia melentokkan kepalanya di bilik Kapten Azam , raungan Adam menggagalkan misinya.
““I know a million apologies wouldn’t be able to erase all the bad memories I’ve gave but sampai akhir nafas abang, abang tak akan berhenti meminta kemaafan. Do your worst but I will never leave your side” Fakhrul merenung ke dalam anak mata Hana Aishah subuh itu.
Hana Aishah yang sedang termenung itu mengeluh berat mendengar kata – kata maaf yang entah untuk keberapa ribu kali itu. Penat mendengar maaf lelaki itu. Kalau dengan maaf segala derita akan hilang dia tidak kisah tetapi sakit yang dirasai itu tidak dapat pergi walau seribu kemaafan lelaki itu pinta.
“Kalau maaf awak nak saya akan cuba bagi tapi untuk berdiri di sebelah awak dan hidup balik sebagai suami isteri saya tak mampu” tenang suara Hana Aishah saat kata - kata itu dia lafazkan. Dia memandang ke arah Fakhrul yang jelas kekesalan. Tetapi kekesalan itu sudah terlalu lambat. Kerosakan yang Fakhrul lakukan terlalu dalam untuk dia ubati.
“Satu je peluang sayang. Sekali je. Kalau sayang nak abang melutut pun abang sanggup” tona yang suatu masa dahulu sangat asing untuk seorang lelaki bergelar Tengku Fakhrul. Untuk lelaki itu merayu adalah sesuatu yang mustahil. Lelaki bernama Fakhrul yang tidak pernah tahu meminta. Hanay tahu mengambil apa yang lelaki itu mahukan tanpa memikirkan akibat kepada orang sekeliling. Dan sekarang Hana Aishah tengah merasainya.
“Abang janji, kalau abang buat lagi benda bodoh dulu, I will walk away sayang tak payah suruh pun” wajah Fakhrul didekatkan ke wajah Hana Aishah. Deruan nafas lelaki itu menampar wajah Hana Aishah.
Pagi tadi sewaktu Fakhrul mengejutkannya subuh Hana Aishah sengaja melambat – lambatkan segala proses sampai sudah hendak habis waktu tetapi Fakhrul tetap menanti di tikar sejadah yang sudah dihamparkan.
“Please sayang. Abang sakitkan our firstborn until he left. Allah bukan bagi abang je peluang kedua melalui Adam. But He gave us both another shot at this marriage” Fakhrul tidak mahu kedengaran terdesak tetapi saat itu dia sudah tidak kisah.
Tangan sejuk lelaki itu menyentuh tangannya. Sepertimana semalam dia sudah penat mahu menegah. Dengan segalanya yang sedang berlaku kepada Teacher Basirah , dengan ketidak tentuan tentang perhubungan mereka selepas terbongkarnya konspirasi Tan Sri Fadhil, Hana Aishah benar – benar penat.
“I gave this favourite pair of brown eyes too much pain. Abang teringin nak tengok this favourite pair of mine shone with so much happiness and life. Like when we first knew about arwah Adam that was here” air mata Hana Aishah bertakung saat kenangan silam diungkap kembali. Tangan lelaki itu yang tadi memegang erat tangannya sudah beralih tempat. Tempat kegemaran Fakhrul. Tempat dimana bukan satu atau dua tetapi tiga nyawa pernah ditiupkan roh ke situ.
“I love you more than I love my own self. I need you. Itu hakikat yang abang tak boleh nafikan sampai akhir nafas abang” satu kucupan hangat di hadiah ke ubun - ubun isterinya. Haruman rambut isterinya yang terlalu Fakhrul rindui. Subuh itu adalah subuh pertama semenjak tiga tahun lepas di mana air mata Fakhrul tumpah kerana gembira. Buat kedukaan yang menemaninya tetapi bahagia.
“Please sayang. Sekali je. Just once” Hana Aishah menahan rasa yang mulai hadir saat air mata yang dia tahu milik lelaki itu jatuh kepipinya. Tubir matanya kembali hangat kerana dia sudah tidak mampu untuk menghadapi lagi derita.
Tubuh Fakhrul yang tadi rapat dengan tubuhnya direnggangkan. Wajah Hana Aishah yang masih tunduk merenung keriba itu ditolak naik. Mata Fakhrul yang merah menahan sebak itu merenung ke dalam anak mata Hana Aishah. Segala jenis emosi bermain di minda Haan Aishah tetapi hanya satu emosi yang jelas di anak mata hitam milik Fakhrul.
“For Adam. For our baby boy. Even if tempat Fakhrul dah tak ada dalam hati Hana Aishah” Hana Aishah terkedu saat melihat cinta yang dia pernah dia rindui satu masa dahulu kembali. Renungan yang dia lihat daripada hari pertama mereka berkahwin sehinggalah saat dimana fitnah dilemparkan ke atas dirinya. Renungan yang dia tagihkan satu masa dahulu.
Fakhrul merenung ke dalam anak mata isterinya sebelum matanya lari mencari punca kekuatannya. Muhammad Adam bin Tengku Fakhrul. Yang sedang tidur di dalam kot bayi itu. Adam yang sedang tidur lena itu sedang terlentang memandang ke arah atap dengan patung zirafah kegemaran anaknya menjadi bantal peluk. Selimut yang dirapikan tadi sudah ditendang pergi. Bibir berbentuk seperti Fakhrul itu terbuka menandakan tidur yang lena.
Pagi itu hati Hana Aishah berkecamuk lagi. Antara bahagia yang tidak pernah hadir di dalam hidupnya dan masa depan Adam. Kata – kata bapa mertuanya kembali bermain. Bahagia memang tidak pernah menjadi miliknya jadi kenapa dia perlu memikirkan tentang dia lagi. Segalanya hanya demi Adam kan? Jadi penting lagikah sakit di hatinya?
Hana Aishah cuba merasionalkan mindanya. Memikirkan demi kepentingan Adam sepertimana yang bapa mertuanya katakan. Fakhrul dengan masalah emosi lelaki itu yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka dan Hana Aishah yang memerlukan bantuan psikiatri. Dua insan yang hancur emosi dengan trauma hidup mahu membesarkan seorang anak. Hana Aishah tertawa sinis.
“We’re so messed up. How do you expect us to give a stable family to him?” mendengar persoalan Hana Aishah itu , Fakhrul tersenyum tawar.
“Because Tengku Fakhrul and Muhammad Adam ada Hana Aishah. That’s how abang know that we`ll sail till the end to meet our anak syurga” air mata yang ditahan Hana Aishah gugur juga mendengar suara penuh keyakinan Fakhrul.
************************************
Siang itu mereka sibuk. Menanti tindak balas Teacher Basirah. Seperti mana pagi tadi Hana Aishah sudah penat mahu berbalah apabila Fakhrul bertegas tidak mahu menghantar Adam kepada Emir, seperti itu dia sudah penat dengan teka teki bagaimana tindak balas ibunya apabila ubat tidur sudah diberhentikan. Setakat ini, masih tiada tindak balas yang merisaukan mahupun memberansangkan.
“I`ve weaned her offed the sedation. Now we`ll see her respond and if everything goes well maybe tomorrow we will try to extubate her” mendengar kata – kata pakar bius Dato` Aina yang mengetuai pembedahan ibunya, Hana Aishah tidak tahu mahu merasa takut ataupun lega.
“Don’t you think that its too soon” sejujurnya dia takut tetapi memang itu yang terbiak untuk melihat prognosis ibunya.
“The faster we can wean her off the better. She has completed the cerebral protection and the good thing is brainstem is still functioning. So I don’t want to delay her anymore” Hana Aishah hanya mampu mengaggukkan kepalanya.
Semenjak jam 12 tengah hari tadi , ibunya sudah diberhentikan ubat tidur. Mereka menanti tindak balas ibunya tetapi sehingga hampir masuk asar ini, masih tiada balasan yang positif. Bibir dia tidak putus berdoa. Tanganya semenjak tadi berada di dalam genggaman bapanya.
Semenjak semalam Kapten Azam tidak mahu berbicara. Mulut itu terkunci rapat. Hana Aishah gusar tetapi dia tidak mahu mendesak bapanya juga.
“Dik. Abah rasa kena bagi tahu mami dengan mamu korang” kata – kata pertama Kapten Azam sewaktu mereka menuju ke hospital menakutkan Hana Aishah.
Mereka adik beradik naik satu kereta siang tadi meninggalkan menantu – menantu dan cucu – cucu Kapten Azam di rumah. Masing – masing diam membisu tidak tahu mahu membalas apa saat bapanya yang semenjak awal menegah daripada berita tentang Teacher Basirah yang sedang sakit itu sampai ke keluarga besar mereka. Sudah berputus asakah Kapten Azam?
“Bah. Alif belikan air the untuk abah. Abah tak makan lansung. Pagi tadi pun abah tak makan sarapan Kak Chik buat” Alif Haziq yang baru tiba di ruangan menunggu itu menarik kerusi plastik dan duduk di hadapan bapanya.
“Roti bakar pun Alif ada beli. Abah makan sikit” Alif Haziq membuka ikatan teh Tarik yang dibeli daripada kedai mamat berdekatan IJN itu dan dituangkan di dalam cawan kertas yang disediakan di bilik menunggu itu.
“Abah tak ada selera. Alif letak dulu dekat tepi” Alif Haziq menggelengkan kepalanya.
“Nope. You`re eating this. Depan Alif and now” suara Alif tegas membalas.
“I don’t have time to argue with you. Abah bukan budak – budak nak paksa – paksa” Hana Aishah mengusap tangan bapanya yang masih bertaut dengan dia.
“Kalau abah sayang kitorang, abah kena makan. Abah nak marah Alif pun marah lah. But I`m not moving from here until you eat something” Alif Haziq membalas renungan bapanya.
“Baby..” sebelum sempat Hana Azuwa menyambung Alif Haziq lebih laju memotong.
“I cant lose both of you. Baby nak abah” air mata Alif Haziq gugur jua saat kata – kata itu meniti di bibirnya.
“Please bah” tubuh bapanya dipeluk erat Alif Haziq.
“Abah tak boleh give up macam ni. Baby tak kuat sorang – sorang” esakan Alif Haziq kedengaran.
Hana Aishah terkedu saat melihat air mata bapanya mengalir lebat. Saat itu dia tahu Kapten Azam benar – benar telah berputus asa. Kalau air mata lelaki itu gugur maka lelaki yang sentiasa kuat itu telah hilang punca. Dia boleh kira dengan jarinya berapa kali Kapten Azam pernah menitiskan air matanya.
Hana Aishah terus bangkit meninggalkan ruangan itu. Dia nekad waktu itu. Kakinya melangkah menuju ke ruangan CCU di mana ibunya ditempatkan. Pas khas sudah diberikan kepada mereka dan untuk itu dia berterima kasih kepada Dr Kamal. Walaupun Dr Kamal memberikan layanan sebegitu kerana Fakhrul, untuk masa itu dia sudah tidak kisah.
Bunyi mesin yang bising bersambung di unit rawatan rapi jantung itu. Ruangan yang menempatkan 20 bilik itu dipenuhi dengan staf. Di unit rawatan rapi setiap pesakit harus mempunyai seorang jururawat khas. Pagi itu seorang jururawat wanita berbangsa yang lembut tutur bahasa menjaga ibunya. Tenang hati Hana Aishah melihat cara jururawat itu mengendalikan ibunya.
“Kak. Saya nak cakap dengan mak sekejap boleh” Hana Aishah menuju ke arah Hashimah. Wanita yang berbadan genit itu tersenyum pendek sebelum menganggukkan kepalanya.
Sesampai Hana Aishah dibilik ibunya, mata dia merenung kea rah Teacher Basirah yang terbaring dengan segala macam mesin yang masuk keluar daripada tubuh ibunya. Kesakitan yang dia rasai tidak dapat dia ungkap. Nafasnya ditarik beberapa kali cuba mengumpul kekuatan.
“Assalamualaikum mak” kata – kata itu dibisikkan di telinga Teacher Basirah dan seperti semenjak semalam, nadi ibu terus naik. Hana Aishah tahu ibunya mendengar setiap bait katanya. Punggungnya dilabuhkan di kerusi di sebelah katil ibunya.
“Mak tanya adik semalam sebelum mak masuk operation. Supaya adik ampun kan mak” suaranya dikuatkan supaya tidak bergetar menunjukkan sebaknya.
“I didn’t say anything remember” Hana Aishah mengusap dahi ibunya yang sudah berkedut itu.
“Sebab mak tak ada dosa walaupun secebis pun dengan adik” air mata Hana Aishah sudah bergenang.
“Adik tak marah mak. Adik tak mampu” air mata yang ditahan Hana Aishah menitik jatuh ke katil tempat pembaringan ibunya.
“Sebab mak punya pengorbanan banyak sangat untuk adik. Sakit yang adik tanggung sikit sangat kalau nak banding dengan sakit yang adik bagi mak tanggung 3 tahun tunggu anak mak yang tak kenang budi lari tinggalkan mak” suara Hana Aishah penuh dengan kepahitan.
“Mak yang kena ampunkan adik. Because I broke my promises to you. Adik tinggal mak terkapai – kapai sorang – sorang when I vowed to take care of you and abah” esakannya ditahan.
“Mak jangan hukum adik macam ni. Mak jangan tinggalkan adik tergantung macam ni” rayuannya dibisikkan ke telingan Teacher Basirah.
“Adam tinggalkan adik. Sakit tu adik rasa sampai sekarang mak. Sakit sangat. Lagi sakit daripada sakit adik bersalinkan anak adik sorang – sorang dekat London” air matanya dikesat cuba meneruskan bicaranya.
“Adik tak mampu nak tanggung lagi satu kesakitan yang sama. Adik tak ready lagi nak berpisah dengan mak” tangan ibunya yang bengkak dengan kesan suntikan itu ditarik rapat ke dada Hana Aishah.
“Mak bangun ye” berkali – kali dikucup tangan itu. Haruman ibunya yang lain daripada haruman ubat – ubatan yang bergelumang di bilik itu.
“Jangan buat adik macam ni” air matanya sudah membanjiri tangan ibu.
“Jangan buat adik sebut lagi perkataan tu” saat itu sebaknya tidak dapat dibendung lagi.
“Kesian kat adik mak. Please” esakan Hana Aishah bergema.
Tergagap – gapap dia mahu Menyusun bicara. Air matanya turun seperti air terjun. Kenangan empat tahun lepas. Segalanya kenapa perlu berulang kembali. Kenapa dia perlu dihukum lagi sebegitu. Kenapa sakit itu perlu dia lalui lagi?
“Adik tak boleh redhakan mak pergi. Adik… adik … Ya Allah sakitnya” Hana Aishah teresak – esak menangis mengucup tangan ibunya. Dadanya terasa sesak. Teramat sesak sampai dia tidak mahu mencapai walaupun satu nafas.
“Adik tak mampu nak redhakan mak pergi macam … macam mana adik …. Adik …. redhakan Adam pergi” terluah jua kata – kata itu dibibirnya.
“It hurt so much. Sakit sangat mak” tangan ibunya digenggam erat. Seerat pelukan yang dia berikan kepada arwah Adam sewaktu anaknya menghembuskan nafas terakhir di dalam pelukannya.
Bahu dipegang erat oleh seseorang. Tanpa perlu berpaling Hana Aishah tahu pemilik tangan itu. Untuk saat itu dia mahukan insan itu.
Insan yang dia cari kehadirannya sewaktu dia sedang memandu menuju ke hospital dengan darah yang mengalir laju menuruni kakinya malam kelahiran Adam. Insan yang di cari diwaktu bangunnya dia daripada koma selepas melahirkan zuriat mereka. Insan yang sama dia panggil berkali – kali di malam dimana Adam sedang bertarung nyawa menanti mereka.
Insan yang sama dia mahu azankan dan ucapakan syahadah terakhir kepada zuriat sulung yang dia lahirkan. Insan yang tidak pernah ada sewaktu dia dan arwah Adam perlukan 4 tahun lepas tetapi tetap setia di sisinya 4 hari ini.
“She cant leave me like this. I cant go through this again” Hana Aishah menangis lagi dikala azan asar berkumandang dipeluk erat Fakhrul yang sedang berdiri sisinya.
Tangan kanannya masih menggenggam erat tangan kanan ibunya tetapi kepalanya disembamkan di perut Fakhrul. Baju lelaki itu sudah basah dengan air matanya tetapi sakit di dadanya tidak berkurangan. Dalam setiap saat yang berlalu sakit itu hanya bertambah kuat.
“I`m sorry sayang. I`m so sorry for leaving you alone” suara sebak Fakhrul kedengaran di saat yang sama Hana Aishah dapat merasakan tautan di tangan kanannya berbalas.
Wajahnya pucatnya diangkat merenung ke arah Fakhrul yang merenungnya dengan penuh penyesalan. Beberapa saat berlalu sebelum sekali lagi tangannya kanannya digenggam lagi. Wajah Fakhrul merenungnya kerisauan saat melihat senyuman yang sudah menghiasi bibirnya.
“Sayang..” Hana Aishah memotong ayat Fakhrul sambil menggelengkan kepalanya.
“Shhh. Listen” di kala itu wajah lelaki itu yang tadi merenungnya terus merenung ke arah punca bibir isterinya mengukir senyuman.
“Subhanallah” pujian kepada Maha Pencipta meniti di bibir Fakhrul saat itu. Hana Aishah memalingkan wajahnya mencari harapan yang kembali muncul.
Teacher Basirah sedang merenungnya dengan air mata yang tanpa henti mengalir daripada sisi. Bibir yang semenjak tadi berbuat bunyi kerana tidak mampu mengeluarkan kata – kata itu masih terkumat kamit cuba berbicara walaupun dihalang tiub penafasan yang masih berada di dalam mulut ibunya.
“Mak. Ya Allah. Mak. Allahu Akbar” Hana Aishah bangkit sebelum wajah ibunya dicium berkali – kali.
“Mak tak tinggal adik. Mak tak pergi. Mak tak tinggal adik” berkali – kali kata itu ditutur Hana Aishah penuh bahagia.
Entah bila Hana Aishah tidak tahu tetapi Fakhrul sudah memanggil pasukan bius untuk memeriksa ibunya yang sudah sedarkan diri itu. Dia pula tidak habis – habis mengucup wajah ibunya penuh bahagia.
“Mak dah bangun. You woke up. Mak tak tinggal adik” berkali – kali mulutnya tanpa penat menutur bicara.
“Sayang. Let them check her. Just for awhile ok” Fakhrul memeluk pinggang isterinya erat apabila Hana Aishah tidak mahu berganjak.
“Mak dah bangun. I cant leave her” Hana Aishah menggelengkan kepalanya.
“Yes. Abang tahu. But let the anest check them first. Kita tunggu dekat tepi ni je. I promise” Hana Aishah kearah Teacher Basirah kegusaran sebelum ubun – ubun ibunya dikucup lama.
“Adik ada dekat depan pintu bilik ni. Bagi diorang check mak kejap je. Adik janji adik tak tinggal mak dah lepas ni” kata – kata janji itu diungkap sebelum dia ditarik keluar ke oleh Fakhrul.
Tangan Fakhrul kejap memeluk pinggang Hana Aishah yang merenung ke arah Teacher Basirah yang sedang diperiksa itu. Wajah yang sudah berseri bahagia itu ditenung Fakhrul. Kata – kata Hana Aishah sebentar tadi menggores kembali luka yang sudah mulai sembuh.
Kenangan lepas kembali mengasak minda. Hari – hari yang kalau dia mampu dia mahu ubah kembali tetapi dia tidak mampu. Kehadiran dan pemergian insan yang merubah bukan sahaja dirinya tetapi Hana Aishah jua.
Hari yang membuktikan kegagalan dia sebagai suami dan babah kepada Adam.
Share this novel
tq up date
thanks for the update. but i tak boleh sangat bila hana baik or rapat dengan fakhrul. i tak suka hana korbankan diri demi orang lain. sekali ja please bagi hana fikir untuk diri sendiri. please bagi hana pilih mika dan hidup bahagia. jangan bagi family hana or family fakhrul yg buat keputusan untuk hana. mika lebih baik utk hana lupakan kesakitan yg dah hana lalui. please eve jgn bagi hana pilih fakhrul. i hope sangat ending hana nanti kahwin dengan mika demi kebahagiaan adam. Adam perlukan parent yg bahagia dan harmoni bukan family tanpa rasa
agak2 sampai Bab berapa eh.. saya dah penat dgn Hana aishah HAHAHAHAHA.. k gurau je.